Sunday, October 30, 2011

Fun day at IKEA

This has been in the draft for way too long. Mujur tak naik kulapuk. Hahaha..... Since dah ada gambar so publish je lah kan. Actually we did this on raya ke-6. The last day of long raya holiday. We wrapped it up by going shopping. Ke mana lagi kalau bukan kedai kesukaan ramai.... IKEA.

Seronok la tu dapat belon from Nenek

She's 17 and yet perangai macam budak-budak. Tengok la nanti aksi dia dengan belon tu

Jannah pun ada. Jarang dia dapat join bercuti sama

Selamba aje Akak ni tau

Cakkkk.....


Having fun carrying it

Time to go home


Jarang ada gambar my mom kan

Lift tu penuh dengn kitorang aje

Bye IKEA. Till next time.....

Tak habis-habis.....

My mom suka sangat pegi IKEA. Anak-anak dia pun apa kurangnya. Hehehe.... Each time datang KL mesti nak pegi sana. Ada je benda nak beli. Kalau nak tau, after this trip, we went there another 2 time kot. Dalam masa tak sampai 2 bulan. Each time pegi memang penuh our trolley. Entah apa-apa je yang kitorang beli.

Mak selalu ajak pegi Sogo jugak tapi I ni ada je alasan. Tak baik punya anak. Hehehe... Hari tu on the way nak ke IKEA, I tunjuk la One Utama. I kata sini lagi best. Besar and banyak choice. Silap besar la I bagitau sebab Mak kata lenkali Mak nak pegi sana pulak. Duhhhh.... I actually tak suka ke OU sebab besar sangat sampai tak tau nak pegi mana. Siap boleh sesat-sesat dalam tu ok. Pusing-pusing dok kat area yang sama je. Kena bawak GPS la kalau nak pegi sana. Kan. Tak pelah. Sekali sekala Mak datang sini so patut jugak bawak ke sana kan. Entah apa je lagi Mak nak beli tu.

Where ever the place is, shopping with family is always a fun thing to do. Well at least to me la. Seronok keluar ramai-ramai ni. Macam-macam. Kadang-kadang geram jugak sebab susah ok nak kawal bila dah ramai-ramai ni tapi best aje. Geram kejap aje lah. Hai tak habis-habis dengan geram I ni kan. Hehehe.....

Saturday, October 29, 2011

Future angkasawan


Wah lamanya tak berblog. Banyaknya benda nak cerita tapi malasnya nak upload gambar. Hehe.... Anyway, this time I nak cerita sikit pasal my lovely niece; Adah. I pernah cerita pasal cita-cita si Adah ni yang nak jadi angkasawan kan. Cita-cita tak agak-agak kan. Memang jadi bahan la kat I. Hehehe.....

After raya hari tu Adah kena chicken pox so dalam 2 weeks jugak la dia skip school. Elok masuk sekolah balik dia ada exam. Gigih makcik tu study nak exam ok. Padahal exam tadika je pun. I masa kat U pun takdenya study-study ni. Tapi bagus lah kan. Nak jadi angkasawan kenalah pandai kan. Dalam pada dia sibuk nak exam tu, I sempat la mengusik dia.

Me : Adah, Adah kena dapat semua A tau. Kalau ada satu B, Cik Ngah rotan 10 kali. Kalau satu C rotan 20 kali. Cik Ngah tak kisah Adah dapat nombor berapa pun tapi semua kena A. Faham tak ni?
Adah: A tu penting ke Cik Ngah.
Me : Pentinglah. Semua kena A tau.
Adah : Ok

So masa dia tengah exam tu I saje je call nak ingatkan dia pasal denda rotan I tu. Hahaha..... Actually I didn't meant it pun. Saje la nak mengusik. Tapi dia ingat so baguslah. At least she would try her best kan. Tadi I called her mother. Saje lah nak menyembang. Sekali my sister in law tanya Adah dah bagitau result exam dia ke belum sebab I called Adah before. Adah didn't tell me yet tapi lepas Ummi dia bagitau I dah ada modal baru nak mengusik lagi. Hahaha..... I suka je bab-bab mengusik kasi menangis ni.

Anyway, her mother told me that one day dia balik sekolah cakap dia sakit hati. Wah kecik-kecik dah pandai sakit hati eh. More like geram la kot. She got her exam result already. She got number 4 with 7 A and 1 B. The B is for Bahasa Arab. Ish ish ish anak ustazah tak pandai Bahasa Arab la pulak. Lawak betul Adah ni. Tapi I tak blame her la sebab dia pun baru je start kat sekolah yang belajar Bahasa Arab tu. Orang lain dah start at 5 and dia start at 6. Because of that 1 B, dia siap menangis-nangis sebab takut kena rotan. I sukeeee....... Takut jugak dia dengan I eh. Adah....Adah....

Like I said earlier, masa I cakap tu I memang tak de niat nak rotan pun. Saje je nak mengusik tapi sekarang I rasa macam nak buat betul-betul pulak. Not because of dia dapat B ke apa tapi sebab kalau I tak buat, nanti next time bila I cakap nak denda mesti dia tak heran dah sebab dia tau I just cakap aje. But don't worry, I tak kan la nak rotan kuat-kuat pulak kan. Rotan kat tapak tangan je. Besides rotan, I tengah contemplating on other denda untuk gantikan rotan tu. Agak-agak nak denda apa eh.

As for that 7 A's, I kasi la hadiah nanti. Bab bagus kena la reward kan. Lagipun sekolah dia just kasi hadiah sampai nombor 3 je. Before ni dia dapat nombor 10 and lepas kena ugut terus dapat nombor 4. Bagus jugak teknik ni kan. Hahaha..... But don't worry, I tau tak elok ugut-ugut ni. Kena give motivation instead kan. Itu memang I selalu dah buat. Sekali-sekala mengusik tak salah kan. Hehehe......

In terms of academic, I rasa Adah ni bijak orangnya. Cewah puji anak sedara sendiri la pulak. Hehehe..... Tapi memang betul pun. Kalau mendapat bimbingan yang berterusan Insya Allah dia akan berjaya dalam pelajaran. Tapi bukan senang nak jadi angkasawan ni kan. Bijak is one thing. Being fit is another thing. Adah ni kuat makan so faham-faham je lah kan. Badan mantoppp. Susah betul nak kawal dia makan.

I told her that nak jadi angkasawan kena lah kurus sebab angkasawan kan naik roket. Nanti berat sangat tak naik roket tu. Hahaha.... I siap berlakon konon-konon jaga pusat kawalan la apa la. "Kapten Syuhadah..... ada masalah dengan roket kapten. Kapten perlu meninggalkan roket kerana ia tak dapat terbang." Elok je Adah keluar terus roket tu terbang. Laju je. Each time pun mesti dia ketawa mengekek bila I berlakon macam tu. Macam mana la nak control dia makan kan. I know budak membesar ni memang berselera makan tapi elok la kalau kita kawal sekarang kan. Kang dah obese kang susah pulak. Hehehe.....

Oh ada lagi satu funny story pasal cerita angkasawan ni. We were on the way to a shopping complex. Naik her MyVi. Ramai-ramai so mestilah sempit sikit kan. So my sister in law kata Adah nanti kena beli kereta besar la apa la. And this is her response.

"Adah nak jadi angkasawan. Nanti Adah kaya. Ada duit berjuta-juta. Ummi, sape bayar gaji angkasawan Mi? Makhluk asing ke?"

Adah... Adah.... Sakit perut melayan dia ni tau. Eeee tak sabar nak balik and tanya pasal 1 B dia tu. Nak tengok si drama queen berdrama. Dah la dia menangis tak de intro. Terus je melalak. Confirm dia akan menangis sebab cuak ni. Hahaha......

Berapa lama lagi la nak kena dengar cita-cita dia nak jadi angkasawan ni eh. Budak-budak bukan boleh percaya sangat. Cepat aje berubah. Lepas ni apa pulak cita-cita dia eh. Rindunya dengan anak-anak sedara. Tak sabar nak balik cuti Raya Haji ni.

Wednesday, October 12, 2011

Eny is still here

Masya Allah it's been a while since I last blog an entry here. I've been busy, I've been away and I'm sick now. That should be a good excuse eh. No? Fine. Actually I got a whole lot of photos and story to share but like I said I've been busy (like extremely busy ok), I've been away (aaaaahhhhhh what a great getaway amidst the craziness of busyness) and I am really sick now.

I lost my voice almost a week already due to harsh cough. But that never stop me from talking though. Hahaha..... Ye sila tahan telinga korang mendengar suara saya yang sangatlah horror ini. Bukan selalu dapat dengar kan. Although I always had stomach problem, cramp here and there, muscle pain bla bla bla but Alhamdulillah I rarely got fever, flu or cough. Beberapa tahun sekali baru dapat batuk but sekali dapat memang qada' semua sekali la. Memang teruk. I had this dry and itchy cough. Coughing until my lung pun berbunyi semacam. Yikes menakutkan. Tapi bila bangun pagi mesti ada thick greenish phlegm. Oh did you know that phlegm rasa pahit? Ok I should spare you guys from all this yucky detail. My nose is bocor and the mucus is flowing freely tanpa ada sekatan. My course of runny nose will not be completed kalau tak sampai luka my nostrils. Hopefully it will not be that bad this time. Tolonglah hamba-Mu ini Ya Allah. 

Despite having all the sickness, I can't afford to be on sick leave. I was away the whole week last week so kesian la kat boss if I nak cuti sakit pulak kan. Lagipun ada big meeting next week and as usual me and that 6 paperworks. Dah la ada orang tak buat apa yang disuruh buat. Sabar je lah eh. 

I seriously tak larat ni. Physically and emotionally. Tak pasal-pasal semalam termarah pada one of the agency. I feel bad afterward tapi nasib la kan. He deserve it. Dah puas explain tak faham-faham. Lagipun I was awaiting to explode aje pun due to kerja yang tidak dibuat and that fella la yang menjadi mangsa. I'm sorry but then again nasib la kan. Sape suruh tak buat like what I asked you to do. Agensi lain tak de masalah pun. 

A getaway doesn't seem to make me better it seems. I need another one. Hehehe..... All the story tertunggak akan dicerita bila I larat and ada masa ok. Nasib la kalau cerita tu dah tahap basi berkulapuk sekalipun. Nak baca, baca. Tak nak sudah. Kannnn..... Ok nak sambung batuk jap. Selamat bekerja semua. 

Tuesday, September 27, 2011

Syawal 1432H Day 5

Masih banyak lagi rumah yang belum kami singgah so on Saturday tu sambung beraya. Oh lupak pulak, dari 3 kereta tinggal 2 kereta aje sebab Apis dah balik ke Kedah on Friday tu. Dia sempat ikut sampai rumah Aunty Suraya aje pastu terus balik ke rumah mertua kat Sik. Ini kan kali pertama diorang beraya as husband and wife so kena lah balik both side. So kena la bersempit-sempit sikit. I was planning (planning as in angan-angan aje lah kan) in changing my car. With this bersempit-sempit situation, Abah kata I might have to consider on buying a 7 seater car. Boleh...boleh.... Tapi kena la sponsor sikit. Hehehe.......

Anyway, rumah pertama yang kami terjah ialah rumah Nek Uda kat Kajang. Dah berapa banyak kali kitorang pegi sana in fact masa hantar card untuk wedding Apis tu pun dah pegi tapi masih la tersesat barat each time ke sana. Sangat confusing the road. Nek Uda ada tetamu lain so we can't stay much longer there. Next ialah rumah Tok Lang kat Serendah. Kajang to Serendah. Pergh memang jauh ok. Dengan jem bagai. Kenapa la tak de highway nak ke area sana tu kan. Jalan sempit, kereta banyak. Macam manalah orang yang hari ulang-alik kat sana.

Let's eat this "stone". The most delicious "stone" I ever tasted. Eh macam la pernah makan batu sebelum ni. It's a chocolate actually

Eh eh eh ada orang makan ice-cream. Kiri kanan pulak tu. Ish ish ish...

From Serendah kita ke Greenwood. Rumah alahai tak ingat pulak nama tuan rumah. Kalau ikut dia dah lebih kurang macam Abah je tapi pangkat anak sedara pada Abah. Tapi takkan nak panggil Bang something-something or nama kan. Macam tak sesuai aje. Rumah dia tengah buat open house untuk kawan-kawan anak dia yang study kat Russia. Mak ai punyalah meriah. Makanan pun sedap-sedap. Hai susah betul nak mengawal selera kali ni.

Next ialah rumah Pak Su Pian, sedara belah Abah jugak. Yang sebelum ni semuanya sedara belah Mak kecuali tuan rumah yang tak ingat nama tu. Pak Su Pian ni ada bela kambing. Kitorang ni kan peghak sikit kalau bab-bab haiwan ni. Excited semacam. So sebelum pegi rumah, kitorang singgah kandang dulu. Or rather istana to those kambing kot sebab besar, 2 tingkat pulak tu and cantik. Kalau ikut standard kambing la kan.

Terima kasih la datang menjenguk kami. Terharu tau... Embekk....embekkk.....

Syok main buai ni. Sambil mengadap kambing. Hehehe....

Akak, kambing tu panggil Akak la. Akak kan geng dengan diorang

Asyik muka diorang aje, kali ni let me take over the camera

Sorang berisi sorang kurus kering. Well that's my family. Sangat variety ok

Apalah agaknya yang disembangkan tu eh. Mesti pasal kambing niiii....

Time raya pun korang cerita pasal aku ye.... Embekkk....embekkk....

Mak dengan Abah pun kusyuk dengar pasal kambing jugak

Best jugak kalau ada buaian ni kat rumah baru kan. Petang boleh lepak-lepak

Dah puas beraya dengan kambing and sebelum kitorang pun sama naik bau dengan kambing tu baik le kita gerak ke rumah pulak kan. Kat rumah pun ada tarikan haiwan jugak. Kali ni lagi best. Musang. To be honest I tak pernah lagi tengok musang real live. Comel jugak musang ni rupa-rupanya. Selalu I tengok musang kartun aje. Memang sangat berbeza ok. Pak Su Pian kata kalau nak musang tu amik la bela. Tapi Abah tak kasi. Against the law. Boleh kena tangkap. Alahai baru je nak nak berjinak-jinak dengan musang.

Eman la paling excited sekali dengan musang ni

Comel je kan

From Gombak, kitorang ke AU2 pulak. Rumah Nek Ngah. Kesian Nek Ngah tinggal sorang. Dah la tak sihat. So apa lagi, self-service la ye. Ala macam tak biasa kan. Dalam pada tak sihat tu Nek Ngah puasa jugak tu. Kuat semangat Nek Ngah ni.

I patut tag this photo at her FB kan. Hehehe.....

That's Nek Ngah. Very frail but strong spirited

Selamat hari raya nek

Next ialah rumah best friend Abah. Also kat AU2. Masa Abah mula-mula sampai KL (masa Abah umur 20 atau 21), kawan ni lah yang tunggu Abah kat stesen keretapi.Dia jemput Abah, bawak pegi rumah dia mandi tukar baju semua then baru bawak lapor diri. They've become good buddy ever since.

Pak Cik Bahrin yang sentiasa ceria and loyar buruk. Patut la boleh geng dengan Abah

Sakan semua mendengar celoteh Pak Cik Bahrin

Although sangat seronok mendengar celoteh Pak Cik Bahrin tapi kitorang tak boleh lama. Dah janji nak dinner kat rumah Mak Lang and the time dah 9 lebih dah pun. Kesian pulak Mak Lang tunggu lama. Rumah Mak Lang kat AU5. Tak sampai seratus meter aje dari rumah Mamatam. Kira buat satu cycle yang besar la kitorang ni. Start from there and ended our raya sakan there too. Kitorang makan sakan kat rumah Mak Lang. Sedap-sedap masakan Mak Lang ni. Ish teringat ni raya teringin lagi.

By the time sampai balik kat Putrajaya dah lewat sangat. Letih betul beraya sakan 2 hari berturut-turut ni. Letih yang menyeronokkan. I wish we can do this always. Esoknya we all plan nak berjalan lagi. Tapi kali ni bukan nak beraya. Jalan-jalan bersuka ria. Syoknya raya.. Hehehe......

Syawal 1432H Day 4

So let the journey of beraya sakan begin...... Hari Jumaat tu awal pagi I dah bangun. Prepare breakfast and then terus bersiap. My family ni kan ramai so kalau nak ke mana-mana, makan masa berjam-jam jugak la nak bersiap. Pastu kena ada drill officer. If not semua liat aje nak mandi and bersiap especially the boys. Cepat-cepat... ni bilik air kosong ni. Sape pulak nak masuk ni. Cepat dah pukul berapa dah ni. Dik Maaaaan.... Pegi mandi sekarang! Ayum tunggu apa lagiiii???? Agak-agak sape la yang selalu cakap macam tu kan.... Hehehe.....

Lepas breakfast kitorang bergerak ke rumah pertama; rumah Tok Busu kat Klang. Dari Klang ke rumah Aunty Suraya kat Shah Alam pulak. Since masa kami sampai tu dah tengah hari, so kena la tunggu yang lelaki ke masjid dulu. Puas la melepak. Bila dah lama melepak tu, apa lagi aktivitinya kannn.....

Oh Kak Ngahku yang maniiissss..... Hehehe....

Meera pun nak posed macam Cik Siti eh. Asyik la dengan jari telunjuk kat mulut tu. Tak paham, tak paham......

Telunjuk kat mulut pastu suka beliakkan mata. Memang trade mark si Siti ni la

Dah puas makan, berborak dan bergambar, kitorang ke rumah Mak Long Nor kat Seksyen 23 pulak. Ni la first time kitorang ke sana. Kat rumah Tok Busu kitorang dijamu dengan mee goreng. Kat rumah Aunty Suraya makan nasi beriani gam and kuey teow goreng yang sangatlah sedapnya. Kat rumah Mak Long Nor pulak makan mee and bihun goreng. Wah mee, bihun and kuey teow ni dah jadi macam juadah wajib la pulak eh. And percaya tak kalau I cakap I makan semua tu????? Ye I pun tak percaya yang I akan makan semua. Selalu I makan kuih raya aje. No wonder la berat naik membuak-buak.

Next rumah Nek Chik pulak kat Kg. Melayu Subang. Makan lagi. Then rumah Nek Long Maya yang cuma seratus meter away je tu. Tak tahan la kalau pergi rumah Nek Long ni. Sedih tengok Tok Long yang dah tak boleh ke mana. Bergantung sepenuhnya kat mesin pernafasan so dia duduk dalam bilik aje. Nek Long pulak hari tu jatuh sampai patah tulang. Macam-macam dugaan diorang ni. Mudah-mudahan Nek Long and Tok Long redha menghadapinya.

Puas lepak kat dalam, lepak kat luar pulak. Rumah Nek Chik ni very crafty tapi I tak amik pulak ceiling yang cantik tu

Eeeepppp Meera duduk macam mana tu???? Orang perempuan kena duduk sopan-sopan ok

Hah camni kan comel

Makan time. Oh no not again... Tapi mulut laju je mengunyah. Nyum...nyummm...

Meera cuba duduk diam sikit. Mak Njang nak betulkan tudung Meera ni

I have a few of pictures of them sambil memeluk tiang ok

Meera, jom teman Cik Ngah kejap

Lama tak berlari ni. Gian pulak

Tinggalkan Meera. Cik Ngah nak lari dulu

Wah boleh tahan laju Meera lari ni

Banyak lagi tenaga nak bergambar ye

Budget comel la tuuuu. Memang comel pun kannnn

Ni pun tak semua ada ok. Ramai kan

Nek Chik and Mak

Dari rumah Nek Chik ke rumah Nek Teh kat Seputeh pulak. Jumpa balik dengan Tok Busu and family. Sakan betul beraya. Kat rumah Nek Teh makan macam-macam. And yes I makan jugak lagi. Perut memang super kenyang ok. Kalau la perut boleh bercakap, memang menangis dia mintak rehat. Hehehe.....


Tak habis-habis dengan main da-da-da-si-da dia ni

3 gadis pingitan yang tak habis-habis bergambar. Tak pe lah, kasi can. Bukan selalu kan

I'm tired already. I was the first one yang bangun ok. Ni dah pukul berapa dah ni

Dari rumah Nek Teh terus balik ke Putrajaya. Penat Ya Rabbi. Sampai 6 buah rumah sehari ok. Makan banyak. Cakap pun banyak. Tapi seronok. Bukan every year dapat beraya sakan macam ni.

Last year I was very determined to loose weight. Raya ke tak raya ke memang I watch what I ate. But this year semua benda I bedal. Hoh teruk la lepas ni nak kena exercise. Tak pe, bukan selalu kan. Alasan sangat. Hehehe.....