So let the journey of beraya sakan begin...... Hari Jumaat tu awal pagi I dah bangun. Prepare breakfast and then terus bersiap. My family ni kan ramai so kalau nak ke mana-mana, makan masa berjam-jam jugak la nak bersiap. Pastu kena ada drill officer. If not semua liat aje nak mandi and bersiap especially the boys. Cepat-cepat... ni bilik air kosong ni. Sape pulak nak masuk ni. Cepat dah pukul berapa dah ni. Dik Maaaaan.... Pegi mandi sekarang! Ayum tunggu apa lagiiii???? Agak-agak sape la yang selalu cakap macam tu kan.... Hehehe.....
Lepas breakfast kitorang bergerak ke rumah pertama; rumah Tok Busu kat Klang. Dari Klang ke rumah Aunty Suraya kat Shah Alam pulak. Since masa kami sampai tu dah tengah hari, so kena la tunggu yang lelaki ke masjid dulu. Puas la melepak. Bila dah lama melepak tu, apa lagi aktivitinya kannn.....
Oh Kak Ngahku yang maniiissss..... Hehehe....
Meera pun nak posed macam Cik Siti eh. Asyik la dengan jari telunjuk kat mulut tu. Tak paham, tak paham......
Dah puas makan, berborak dan bergambar, kitorang ke rumah Mak Long Nor kat Seksyen 23 pulak. Ni la first time kitorang ke sana. Kat rumah Tok Busu kitorang dijamu dengan mee goreng. Kat rumah Aunty Suraya makan nasi beriani gam and kuey teow goreng yang sangatlah sedapnya. Kat rumah Mak Long Nor pulak makan mee and bihun goreng. Wah mee, bihun and kuey teow ni dah jadi macam juadah wajib la pulak eh. And percaya tak kalau I cakap I makan semua tu????? Ye I pun tak percaya yang I akan makan semua. Selalu I makan kuih raya aje. No wonder la berat naik membuak-buak.
Next rumah Nek Chik pulak kat Kg. Melayu Subang. Makan lagi. Then rumah Nek Long Maya yang cuma seratus meter away je tu. Tak tahan la kalau pergi rumah Nek Long ni. Sedih tengok Tok Long yang dah tak boleh ke mana. Bergantung sepenuhnya kat mesin pernafasan so dia duduk dalam bilik aje. Nek Long pulak hari tu jatuh sampai patah tulang. Macam-macam dugaan diorang ni. Mudah-mudahan Nek Long and Tok Long redha menghadapinya.
Puas lepak kat dalam, lepak kat luar pulak. Rumah Nek Chik ni very crafty tapi I tak amik pulak ceiling yang cantik tu
Dari rumah Nek Chik ke rumah Nek Teh kat Seputeh pulak. Jumpa balik dengan Tok Busu and family. Sakan betul beraya. Kat rumah Nek Teh makan macam-macam. And yes I makan jugak lagi. Perut memang super kenyang ok. Kalau la perut boleh bercakap, memang menangis dia mintak rehat. Hehehe.....
Dari rumah Nek Teh terus balik ke Putrajaya. Penat Ya Rabbi. Sampai 6 buah rumah sehari ok. Makan banyak. Cakap pun banyak. Tapi seronok. Bukan every year dapat beraya sakan macam ni.
Last year I was very determined to loose weight. Raya ke tak raya ke memang I watch what I ate. But this year semua benda I bedal. Hoh teruk la lepas ni nak kena exercise. Tak pe, bukan selalu kan. Alasan sangat. Hehehe.....
No comments:
Post a Comment