Tuesday, September 21, 2010

Cerita semalam

Semalam memang hari yang mandom aje. I guess same thing goes for everyone. My immediate boss pun sama gak. Dah la dia cuti lagi lama dari I. Hahaha... Hatinya masih di kampung halaman. New big boss plak outstation so belum berkesempatan lagi la nak bermeeting untuk kenal-mengenal. Masa I nak balik cuti raya hari tu, I went to see him to wish selamat hari raya. Alang-alang tu mintak maaf la sekali. Nak tau I cakap camne? Hehehe lawak la pulak. I said; "En. M**, selamat hari raya, maaf zahir dan batin walaupun saya belum ada buat silap lagi dengan En. M**" Hahaha ada ka patut. Tergelak-gelak aje dia. Tak pe pasni mesti ada banyak silap kan. So mintak maaf dulu in advance.

Yesterday kan I puasa. Hish dugaan betul kalau puasa bukan bulan Ramadhan ni tau. Pagi-pagi dah rasa kebulur. Menjelang tengahari dah lapar sangat dah. Balik keje memang dah tahap menggeletar. Gila ah. Padahal I bangun sahur minum 500ml air kosong as usual. Tu baru sehari. Banyak tu nak ganti. Hopefully it'll get better in times. Insya Allah. For berbuka, I had roti john warisan and sate kajang. Makan roti john aje pun dah sengkak perut ni. Sate tu I makan 3 cucuk aje and the rest masuk fridge. My stomach can't accept too many food at one go it seems. Bagus...bagus... maknanya dah shrinked a bit la kan.

Anyway, I went for my braces review again yesterday and the dentist changed the wire to a final one. Final wire ni quite keras so rasa very tight aje the teeth. Sengal and sakit. Nak makan sakit, nak gosok gigi lagi la. Tak pe she said the next review would be on December and maybe dah boleh buka masa tu. Alhamdulillah. So next year I would be braces free la kan. Haish I'll miss the feeling of having bracket in my mouth la nanti. Walaupun sakit, best jugak pakai braces ni actually. Macam cool aje sebab kawan-kawan selalu kata I wanita bergigi besi. Dah macam bionic women tu. Haaa korang ada ke? Hahaha....

Today I puasa lagi. Dan mood untuk bekerja walaupun belum pulih sepenuhnya tapi ok la sikit. So nak sambung buat minit. Happy working guys!

Monday, September 20, 2010

Back to work

Although I don't feel like going to work today but still I clocked in at 6.56am. Hehehe.... And today I started fasting again. Got plenty of days to ganti; 11 to be exact. And that puasa 6 lagi. I plan to fast from Monday to Thursday. Friday till Sunday adalah hari untuk bertemu kawan-kawan, makan-makan or kalau rajin, pergi rumah terbuka. Agak-agak macam tak sempat je nak puasa 17 hari dalam bulan Syawal ni kan. Tak pelah kalau ada rezeki sempatlah kalau tidak tak merasa la nak completekan puasa 6 this year.  

Ramai yang complaint berat badan naik lantas menyalahkan ketupat rendang and kuih raya sebagai puncanya. I pulak dah officially meninggalkan berat yang bermula dengan angka 5 itu. Lepas cuti panjang, my weight is officially 49kg only. I didn't eat that much pun during raya since tak ke mana-mana kan. Ketupat rendang semua tu I makan only on raya 1 dan 2 saje. As for kuih muih raya, makan sikit aje itu pun on raya keberapa ntah. And since Abah was warded at level 5, I turun naik tangga aje sepanjang melawat Abah sebab malas nak berebut lif yang sentiasa penuh tu. Kira macam exercise la jugak kan. Nak turun tak de masalah, boleh berlari lagi tapi tang naik tu, rasa ketat-ketat aje lutut ni and by level 3 to 4, menggeletar je kaki ni rasa. Hehehe... but it a good start la kan. Unfortunately, ianya tidak disambung ye. Datang ofis walaupun satu level aje tetaplah menggunakan lif. Hehehe....

Petang ni ada braces review. Might be the last kot. Tak sure lagi. As for the time being, nak kena buat keje la. Time is ticking so fast and ada banyak dateline nak kena kejar so have to rajin-rajinkan diri walaupun tak de semangat nak keje. Hehehe... I know almost everyone pun feeling the same as me kan.

Oh one more thing, I nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa jua yang ada mendoakan agar kesihatan Abah kembali seperti sediakala. Walaupun masih sakit but at least Abah dah ada kat rumah so hopefully he'll get better in time. Please keep praying for his speedy recovery ye. Thanks!

Sunday, September 19, 2010

The long holiday is finally over

I'm back in Putrajaya already. Cepatnya masa berlalu. Rasa tak puas bercuti. However my weeked went by quite slowly. Saturday morning after preparing breakfast, seperti biasa I melipat kain. Adah slept with me that night so bila bangun nak berkepit aje. Since she got nothing to do beside watching me, I asked her to find some book to read. Instead she found a note book and we played spelling games. 

 Macam ni lah bagus Adah....  tapi tengoklah gelang dia... nak lawan Cik Ngah eh...

Sorry but I can't seem to rotate this pic. look at how she wrote... bersambung-sambung tiap patah ok. Naik pening I nak check, dah macam cari perkataan tersembunyi aje

This one really makes me laugh very loud. I asked her to spell KUAT and she spelled it as KUYAT

The colours and numbers. Mostly ok la cuma ada beberapa aje yang salah and sounded really funny; UNGU - UNU, DUA-DUYA, EMPAT-EMPAK.... and her J. She write it terbalik but overall she's really good eh.

Afternoon tu I didn't went to hospital pun. Mamat and Cumat aje pergi to help Dik Man yang dah menjaga dari semalamnya tu. One thing good about Dik Man yang I noticed ialah dia tak kisah pun nak kena jaga Abah walau sekerap manapun. Kadang-kadang tu kesian jugak nagn dia sebab seharian kat sana. Tapi tak pelah banyak pahala dia dapat tu. Abah pun nampaknya sekarang asyik-asyik panggil Dik Man aje. Dik Man seems to know how to treat Abah just the way Abah want. 

Evening dapat berita baik kata Abah dah boleh discharge. Although the muscle pain is still there tapi doktor kata boleh balik so balik ajelah. Since I can't drive the big car, Epoi la yang pegi amik Abah kat hospital. Kira one whole day I tak pergi ke hospital la. Abah balik and terus masuk bilik. Jalan sikit pun dah sakit sangat-sangat kaki Abah tu. Tak sia-sia I cancelled the plan to go back on Saturday. Lega sikit kerisauan hati ni bila Abah dah balik. Cuma risau bab sakit tu je lah. Bab-bab lain insya Allah settled.

At night I can hardly sleep. Asyik terdengar Abah mengaduh sakit aje. Mostly sebab Abah kerap sangat buang air kecil. Each time nak buang air tu kena manoeuvre the whole body tu yang sakit aje lepas tu. Abah punya personal aide sudah tentunya Dik Man, Kesian jugak tengok dia. 3.30am pun tak tido lagi.

This morning lepas tolong kemas apa yang patut, we (Siti and me) left home around 10am. Kena bertolak pagi sebab takut jem. Normally it'll took only 3 hours drive but today I budget dalam 5 hours kalau jem so maybe sampai dalam pukul 3pm. However, niat baik I untuk delay the journey home because of Abah telah mendapat sedikit keberkatan. Traffic adalah lancar sepanjang jalan and I managed to reach Putrajaya exactly at 1pm. Sampai-sampai aje terus makan nasi and lauk yang dibawa dari rumah. Lapar weh sebab tak breakfast. Sepanjang jalan dok teringat kat nasi tu je. Hehehe.....

Around 6.30pm tadi hantar Siti balik UPNM so now I'm back to being alone. Tak leh nak borak-borak, menyakat or suruh orang tolong amik air ke, makanan ke or cari apa-apa dah. Sila buat sendiri ye. Ehehehe.... Aaaaahhh malasnya nak keje esok. Aduhai.... bukan senang nak pulihkan semangat kalau dah bercuti panjang ni...

Saturday, September 18, 2010

Jumaat yang penuh emosi

My day today start quite early. Early as in kena keluar rumah pagi-pagi lagi sebab menjalankan tugas sebagai supir kehormat. Hehehe.... Hmm actually bukan hari ni je. Everyday pun jadi supir kehormat kalau I balik Kuantan. Since today Akak and Ayum sekolah I kena la hantar diorang ke sekolah. Tapi sebelum tu sempat la membebel seround sebab minyak keta dah empty. I memang geram betul kalo orang naik kereta I and biarkan minyak sampai empty betul; signal low fuel menyala. Sebab we never know kan, entah-entah ada emergency ke apa ke. Kalo nak isi minyak time tu entah sempat entah tidak ke. Like this morning. Dah la budak-budak tu siap lambat, memang tak sempat la nak isi minyak sebelum sampai sekolah. And the next petrol station after that adalah quite far. Risau je I kot keta mati tengah jalan ke. Pagi-pagi dah buat orang marah diorang ni tau. 

Since Mak was on leave today, keje-keje memasak Mak yang buat. I sibuk online. Hehehe.... Afternoon Thalha and Cumat yang jaga shift malam balik for Friday prayer and digantikan oleh Siti. I pulak kena amik budak-budak tu balik sekolah. Petang as usual ke hospital. Dik Man jaga shift malam hari ni. From hospital, I ke Termainal Makmur hantar Thalha. Dia balik ke UUM naik bas pukul 8 tadi. There goes another driver. Lepas ni bila I dah balik, dah tak de dah orang yang boleh drive kat rumah. Risau jugak memikirkan tu. Thalha tadi pun risau je nak balik.

Due to some miscommunication between us, I terpaksa naik ke wad Abah sampai beberapa kali  lepas hantar Thalha. Naik atas and Abah kata Mak semua dah turun. So I turun and diorang kata ada kat atas. Naik atas semula and diorang ada kat surau level 3. Turun balik Ni yang temperature nak naik ni. Ok bukan nak lagi tapi memang dah naik pun. I kalau marah ada dua je; sama ada membebel-bebel ataupun diam aje. Mula-mula tadi memang I bebel la jugak tapi lepas tu diam aje sebab geram tak habis. I know its a bad habit to be angry towards some small matter especially when it involves your own family but I can't help it. Geram betul. Balik from hospital singgah kat Carrefour ECM beli groceries. Baru je semalam I cakap tak keluar ke ECM pun this time tapi dah pegi pun tadi. Bila dah shopping ni angin tu sejuk la sikit kan. Hehehe... yeah buruk perangai I know. Bukan la I yang shopping pun, Mak and adik-adik I yang banyak membeli tapi I dapat beli susu so ok la tu. Balik terus makan cornfllakes. Perut kenyang hati pun tenang. Hehehe....  

Tapi tak la tenang mana sangat la. Actually dari siang tadi lagi I dah rasa tak best. Plan asal I nak balik esok sebab kalau jem teruk pun, I still have one more day to recover. Lagipun nanti tak de la terkejar-kejar nak hantar Siti balik UPNM. Tapi with the current situation, I rasa balik on Sunday ajelah. Kalau Sunday kenalah very early in the morning tapi early macam mana I pun tak pasti lagi sebab mesti nak singgah jumpa Abah dulu kat hospital sebelum balik. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan lah. 

Hati tak tenang sebab risau dengan yang ditinggalkan kat rumah ni. Lepas ni yang tinggal cuma Jannah, Mamat, Cumat, Dik Man, Akak and Ayum. Jannah and Mamat keje, Dik Man, Akak and Ayum pulak sekolah jadinya Cumat sorang jelah yang available untuk jaga Abah during weekdays. Weekend Mamat and Dik MAan boleh take over. Akak pun boleh tapi perempuan jaga siang ajelah. Luckily Jannah keje kat hospital so time break tu boleh la dia jenguk-jenguk Abah sama. Tu bab hospital. Bab rumah pun merisaukan jugak. Nanti sapa nak jaga rumah and nak masak-masak. Cumat boleh masak tapi dia kan nak jaga Abah kat hospital. Jannah and Mamat pagi-pagi lagi dah gi keja. Mamat ok lagi balik petang. Jannah memang tiap-tiap hari balik malam. Pastu isu ke sekolah lagi. At least Mamat boleh la kalau nak hantar Dik Man sebab arah yang sama. Tu budak 2 orang tu macam mana. Mau kena naik bas la diorang tu nanti. Tak pun naik teksi. Aduhai risaunya la. 

Ada 14 orang pun belum tentu senang nak arrange kan. Mula-mula dulu senang sebab semua cuti. Anak-anak yang besar semuanya merantau; 4 kat KL and 2 kat Kedah. Mamat pun tak lama nak ke Kedah balik. Kalau I risau, Abah mesti lagi berganda-ganda risau kan sebab semuanya Abah yang handle sebelum ni. So kena tenang-tenangkan diri. Kalau tunjuk risau depan Abah, takut nanti lagi tak tenang hati Abah..Mana nak fikir sakit dia lagi, mana nak fikir rumah dan urusan berkaitan lagi, mana nak fikir anak-anak lagi.  

On a lighter note, doktor dah bagi Abah green light untuk pindah ke wad kelas 1. Cuma tunggu the nurses uruskan saje. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan baik bagi Abah, Mak juga bagi adik-adik di rumah. Ya Allah ya tuhanku, permudahkan lah urusan kami sekeluarga. Hanya pada-Mu lah tempat untuk kami memohon bantuan. Bantu lah kami Ya Allah. Amin....

Friday, September 17, 2010

Cerita hospital

Semalam kan public holiday so waktu melawat adalah dari 1-8pm. I cooked spaghetti yesterday so lepas masak semua terus ke hospital around 2 something. Lagipun nak reliefkan Dik Man. Dari kelmarin lagi dia tunggu Abah kat sana. Selalunya kitorang buat 2 shift; siang and malam tapi kelmarin Dik Man jaga from siang and malam pulak Thalha datang teman sekali. Since pagi lagi Thalha dah balik, Dik Man tinggal sorang la tu. Mesti sangap dia kat sana. Bukannya boleh buat apa sangat pun kat hospital tu. 

Kaki Abah walaupun dah kurang bengkaknya tapi Abah dah tak boleh jalan la pulak sebab the muscle tak boleh nak guna langsung. Gerak sikit aje pun bukan main lagi Abah kena tahan sakit. So semua pun buat kat atas katil ajelah. Nak buang air kecil ok lagi sebab boleh bawak tong kecil tu tapi nak buang air besar memang agak payah la. Nak letak atas wheel chair pun tak boleh sebab nanti kena pulak kat tempat yang sakit tu. So far Abah dok tahan je diri dari membuang air besar. Aduhai kesian betul. Abah pun dah sangap dok atas katil tu. Nak gerak-gerak nanti sakit so baring ajelah. 

I've tried to upgrade Abah ke Kelas 1 tapi hampeh belum dapat. Kalau guna kelayakan Abah boleh dapat Kelas 1 jugak tapi katil 4 so I used mine sebab boleh katil 2. Dari hari tu I request sampai la sekarang tak dengar cerita pun. Malas nak bising-bising sebab to my understanding, semua orang tau la nak buat keje masing-masing kan tapi nampaknya kejap lagi nak kena tanya gak ni. Tak kan la lama sangat nak booking kan. Nak kata penuh I tengok senarai pesakit kat wad Kelas 1 tu ada berapa kerat aje.   

Nak tau, wad yang Abah I duduk tu adalah wad untuk sakit tulang tapi majoriti pesakitnya adalah kes potong kaki punya. Kat area Abah tu ada 9 katil, 8 ada pesakit and 1 kosong. Dari 8 tu, 2 sebab accident; sorang kaki sorang tangan. Penuh dengan segala dawai and besi. Ngeri betul bila tengok. 6 lagi komplikasi akibat diabetic; Abah bengkak kaki, sorang tu operate betis sebab ada bisul, sorang berlubang kat tapak kaki, 2 orang potong kaki paras betis dan sorang yang baru masuk semalam, potong 3 jari kaki. Tu belum kat sebelah-sebelah sana tu. Semua kes potong-potong aje. Seems that kencing manis ni adalah penyakit yang sangat serius ni, kita je yang tak berapa nak perasan. So kawan-kawan, sila kurangkan manis-manis ye. Serius takut weh bila tengok kes potong-potong ni.

Since Abah sekarang kena duduk kat katil aje, sape yang jaga Abah kena la tolong amikkan wudhu untuk Abah. Semalam Dik Man yang buat. Sebak betul bila tengok. 

Mula-mula cuci muka dulu

Pastu tangan pulak

And finally kaki. Masa kat rambut tu I tak amik

Bagus. Pandai Dik Man jaga Abah. Abah nak buang air pun Dik Man juga yang handle. Bukan Dik Man sorang la. Semua yang jaga Abah buat benda yang sama juga. Insya Allah kalau Dik Man ikhlas, balasan yang baik menanti Dik Man dan yang lain-lain tu. Besar pahalanya jaga ibu bapa yang tengah sakit ni. I sekadar tolong lap-lapkan badan Abah and tolong kupas buah aje lah. Buang air kecil mesti lah Abah malu kat kitorang yang perempuan ni kan. Orang keliling tu pun ada family yang jaga. Kesian kat orang sakit dan kesian jugak kat orang yang menjaga. Macam diorang ni....

Yang tido atas lantai tu ayah dia accident kena langgar dengan orang Singapore yang tengah berlumba kereta and yang tido atas kerusi tu ayah dia kena potong kaki kiri paras betis. Malam meracau-racau so tak tido malam dia melayan ayah dia. Bagus semua ni... anak soleh ni...

Lepas Abah siap solat Dik Man sambung picit pulak

Akak pulak kejenya maaaakan aje. Sape yang sakit sebenarnya ni...

Hah camni baru betul... tolong lap-lapkan badan Abah. Abah masa sihat mandi like 5-6 times daily. Setiap kali nak solat mesti mandi. Pastu panas sikit ke, balik kebun ke mesti mandi jugak. Ni dah masuk hospital, masa boleh gerak ada la mandi jugak tapi lepas tu lap-lap aje. Sian Abah mesti rasa rimas

That uncle behind me, dia pun kena potong kaki jugak. Kaki kiri kena potong paras betis. Mula-mula bisul kecik aje tapi sebab dibiarkan terus melarat. Yang sebelah sana tu pulak mangsa accident tu. Hancur tangan kiri dia.

Budak tak cukup umur. Under 12 tak boleh masuk wad actually tapi bila tak de security jaga, cepat-cepat bawak dia ni masuk

Ya Allah ya tuhanku, berilah kekuatan kepada semua hamba-Mu ini untuk pulih  dari penyakit yang mereka hidapi. Kasihanilah mereka Ya Allah. Pulihkanlah penyakit mereka dan kembalikanlah kesihatan mereka seperti sediakala Ya Allah. Amin.... 

Things that come with weight loss

I always have well toned muscle. Masa kurus dulu sampai la masa berat naik mencanak-canak  tak berapa lama dulu. Siapa pernah pegang lengan I or any part of my body can feel how tough or toned it felt. Cewah perasan tough la pulak. Hehehe... Anyway, one thing about losing weight is that I'm losing it already. Tak pernah lagi my arm felt so flabby like it is now. Eeeeee tak suka tak suka. Rasa tak best je bila pegang my arm and dah tak rasa kental lagi. Sebelum ni I tak perasan. Baru dalam 2-3 hari ni je. Hmmmmm got to do something about it ni. 

On the day I noticed the flabbiness, terus gigih pumping semua konon nak bagi lengan tough la kan. Tapi setakat 3-4 kali je takkan jadinya la kan. Dulu masa kat PULADA kemain lagi pumping eh. Ni dah tidak dalam keadaan terpaksa, memang tak larat la nak buat lebih-lebih ni. Actually memang dari dulu lagi I can't do pumping much. Tangan kecik tapi badan berat. Hehehe.... Nak angkat dumbell kat rumah ni memang tak larat la sebab yang lelaki punya. Lagipun I bukan nak bagi nampak ketul-ketul tu, cuma nak bagi toned aje. 

Balik Putrajaya nanti memang nak kena rajin bersenam la kan. Ni kat rumah takat buat keje rumah aje. Tak de la peluh sangat. Nak pegi gym macam malas je sebab sape je lagi yang pegi gym dengan I sekarang ni.  Sorang-sorang tak syok la. As for my running, bulan 10 nanti baru resume. Ada 2 event this October. Kalau semangat kental, I ingat nak lari-lari sikit during weekend. Tapi kalau semangat kental la kan. Selalunya memang tak la . Hehehe... Kalau dapat join aerobic pun best gak.

Anyway, I macam berkenan nak try tecktonik dance la. Ni Dik Man punya pengaruh la ni. The dance banyak used the arms so dah macam arms workout la jugak kan. Tapi risau takut overused pulak nanti. Hehehe.... Tak pe balik nanti nak cari balik my exercise book. Dulu semangat beli tapi entah ke mana-mana je buku tu. Time bersemangat nak kurus tu rajin la nak baca tapi semangat tu datang sekali sekala je and sehari je pun. Pastu lupa. Rasanya dalam buku tu ada ajar how to toned the arm, the abs and the tights. Pergh pasni ni Eny akan kental la. Hehehe....

Let me share with you guys how the tecktonik dance ni. Meriah gitu. Dalam youtube ada step by step tutorial lagi. Boleh la try kat rumah pasni. Hehehe...... Dik Man cepat ajar Kak Ngah.....  

 

Day 2 as the house manager

On Tuesday pun I masih memegang title sebagai house manager lagi. Biasalah pagi-pagi kena settlekan semua house chores dulu. Pastu baru layan online. Hehehe... sempat lagi tu. Afternoon Kak Sobir and Kak Fatin nak datang beraya and nak amik gambar masa trip ke Sabah hari tu. Eh I tak buat pun review trip tu lagi kan. Punyalah lama, in April tu. Hehehe.....

This is Kak Sobir. Starting as roommate masa kat UiTM and became an older sister a never had

This is Kak Fatin. Got to know her masa duduk sebilik dengan Kak Sobir masa mula-mula keje kat KL 

Nak dijadikan cerita, masa tengah sibuk-sibuk nak call them back to confirm, telefon I kena bar. Actually line I ni family line under my dad's name. Credit limit RM450 tapi normally untuk kami bertiga; Abah, Mak and me, the total bill for every month cuma RM100++ je. Kenapa pulak la nak kena bar-bar ni kan. Nak kata tak bayar, Abah baru je settlekan semua bill sebelum jatuh sakit hari tu. So I called Maxis. Nak tau orang tu kata our current month bill dah exceed credit limit tapi since bill tak keluar lagi I tak leh la nak check detail kan. I can only check the usage and nak tau mine was RM300++. Nak luruh jantung I menengoknya. I've been using handphones since 2002 with the same number and my usage was very very very minimal. Dulu masa pakai prepaid, kadang-kadang I top up RM30 tapi bila next month masih berbaki lagi. Sama jugak kalo top up RM60 atau RM100. Banyak je baki lagi masa due date tu.  Since I guna very minimal, my dad suruh join the family line coz if call Mak and Abah, it's free. In fact most of my calls adalah to them. Almost everyday and sometimes few times in a day. Dah la sekali cakap lama-lama. So saved a lot of money la kan. So bila tengok my current usage sampai RM300++, I pun pelik la. Bila masa pulak I guna sampai melampau-lampau ni. Dah la Abah kat hospital ni. Nanti susah pulak nak call in case Abah nak apa-apa ke kan. So before the bill can be viewed, we asked for temporary unblocked. Gila ah. RM300++. What did I do with my phone ni??????

After zuhur Kak Sobir and Kak Fatin pun sampai. While berborak-borak with them, I received a call from another friend. She sounded very sad, crying and mumbling some stuff. So got to layan her la. Oh ada drama di sebalik itu. Life is full of drama isn't it. Kesian betul my friend ni. She was cheated by someone she knows online. I've told her many times but she trust that guy too much. Now that he cheated on her, takkan la I nak cakap I've told you so kan. Kenalah consoled her and lepas balik cuti raya nanti, we'll make a police report. In between her sobs, this friend keep apologizing for not listening to my advice. As a friend, I've played my part but what can I do when love already blinded her and her conscience kan . Tak pe lah benda nak jadi. At least she learnt her lesson although thru a very hard way. Now as a friend kena support her la in this very trying moment. Banyak betul menyelesaikan konflik percintaan kawan-kawan ni. Dari sekolah lagi. Tak de ke sape-sape nak tolong selesaikan konflik percintaan I pulak ni. Eh cop... ada bercinta ke sampai nak kena ada konflik-konflik ni. Hehehehe... well itulah konfliknya. Konflik sebab tak pernah bercinta. Hahahaha....  

Anyway lepas layan that friend sambung layan Kak Sobir and Kak Fatin pulak. Lepas diorang balik, bersiap ke hospital nak pegi tengok Abah. Sekarang ni kalo keluar rumah pun ke sana sajelah tujuannya. Tak terfikir dah nak bershopping ke apa ke. Kalau tidak, setiap kali balik mesti nak pegi ECM.  Bila pegi  melawat petang-petang camni, malam baru balik. Kena maximizekan waktu melawat tu. Kalau afternoon boleh melawat one hour je so better datang petang sebab lama sikit; 5-8. Malam kalau semua keje dah settle, sambung online and terus tido. TV pun tak tengok dah. Cepatlah Abah sembuh. Amin.....

Mak balik je keje terus tengok Abah dulu sebelum balik rumah

Thursday, September 16, 2010

Cerita cemas pagi raya

Hari tu I janji nak buat separate entry pasal peristiwa pagi raya kan. Ok sebelum tu nak recap sikit pasal history cerita kot ada nanti yang tak paham. My sister kan sekarang ni dalam proses perceraian and since they got a daughter, maka the daughter telah menjadi perebutan. Hari tu kan I penah cerita yang my niece telah dilarikan. So setelah berbulan-bulan dilarikan dan berkali-kali turun naik mahkamah, mahkamah telah memutuskan hak jagaan sementara adalah di bawah my sister. The husband kena serahkan anak tu if not akan ada waran tangkap. Ok fine dia bagi tapi lepas tu banyak pulak cengkadak dia. In order to care for the child, my sister have to move out from my parents place and move in to the rumah perkahwinan; rumah yang diorang tinggal dulu. Ini bukan perintah mahkamah lagi but the husband keep forcing her so my sister ikut lah. 

Nak tau kenapa dia suh pindah sangat ke rumah tu? Sebab dia pun nak pindah and duduk with my sister. Nak bercerai pastu nak duduk serumah lagi apa kes kan. Manusia sorang ni memang nak kena ni. Buku belum bertemu dengan ruas lagi ni. Tunggu la satu hari nanti kena jugak nanti ni. Geram sangat tau. Dah la Abah sakit dia tak bagi my sister tengok. Kenapalah family I ni penyabar sangat ni. Ikut aje apa diorang nak sebab malas nak gaduh-gaduh. Ada pil kalau makan boleh naik syeh tak hah? Meh nak makan sikit and nak pi mengamuk-ngamuk kat diorang supaya diorang tau sket yang kitorang pun pandai melawan ok. Hehehe...  

Anyway, pagi raya tu my sister datang to drop her daughter with us sebelum pegi keje. The husband keep calling her sebab nak anak tu. I said no and suruh my sister pegi je keje. Kebetulan lelaki-lelaki semua dah ke masjid masa tu. Tak lama lepas my sister left, she came back with the husband sebab the husband nak jugak amik anak tu. I said no again sebab mahkamah telah memutuskan, he can only see the daughter once a week and bermalam once a month. Dah la duduk sekali, which mean hari-hari dia jumpa budak tu. Ni baru kitorang nak beraya sekali dia dah kecoh. I bukan berniat nak masuk campur but sometimes bila bercakap dengan orang tak sekolah ni (no offense pada yang lain ye) kadang-kadang terpaksa juga mengeluarkan pendapat atau keputusan.

Dulu Abah kata nak selesai cara baik bukan main lagi kan. Maki hamun Abah sampai jiran-jiran semua dengar. Pastu siap cakap lagi apa-apa hal kita jumpa di mahkamah. Fine nak buat ikut mahkamah kitorang ikut. Tapi setiap kali ada court case tak pernah yang diorang datang sampai banyak kali kena tangguh. Pastu arahan mahkamah tak pernah yang ikut. Patutnya diorang kena bersyukur sebab deal dengan my family nak-nak Abah yang begitu tinggi tahap kesabaran dan toleransi dia tu. Ini tak, buat ikut suka je. Kata nak ikut mahkamah tapi kenapa arahan mahkamah tak ikut.

My sister was in the house and the husband waited outside. I rasa kalau I tak de memang my sister dah amik pun anak tu. Tapi sebab I said no so she just waited la. The husband apa lagi. Telefon my sister, Abah. Mak and rumah. I said not to answer any phone calls so semua pun buat tak tau je la. Berdering-dering telefon. Dah la tak de lelaki dalam rumah tu. Abah je yang ada tapi Abah kan sakit. Dalam sakit-sakit tu Abah dah risau tapi I suruh Abah relax aje. This time let me deal with it. The husband said kalau my sister tak bagi anak tu, he wont send my sister to work. Fine I asked my sister to amik her handbag and I'll send her myself. Pastu siap suruh my other sisters to kunci semua pintu. Agak ketakutan jugak pagi tu sebab lelaki-lelaki pegi masjid tak bawak handphone. Semua tinggal kat umah. Tapi I buat-buat cool aje lah. Kalau I takut or menggelabah, macam mana yang lain kan. 

Elok je I siap, dengar bunyi kereta the husband menderum-derum kat luar and terus dia blah. Nak tau kenapa? Sebab orang dah balik masjid. Tak lama kemudian yang lelaki-lelaki pun sampai and pelik tengok semua pintu kena kunci. So we told them and Bang Long, Thalha and Apis hantar my sister pegi keje. Thank God diorang yang hantar sebab the husband pegi ke tempat keje my sister and mengamuk-ngamuk kat sana. I guess Bang Long mewarisi kesabaran Abah sebab he can still talk nicely and calmly when dealing with orang gila itu. 

Ok cerita tu tak habis kat situ je. Berlanjutan sampai malam ok. When Bang Long balik, the husband called Bang Long and they talked. Actually more like he membebel-bebel and Bang Long reasoning with his antics. Sakit hati betul dengar sebab banyak benda yang dia cakap adalah tak betul. Bang Long said to wait till my sister balik and he wanted to talk with both. Amik nak malam tu bukan talk with both ok. The husband bring the whole family to back him up. Siap bawak set-set PEKIDA tu. Bangga sangat la konon kalo jadi PEKIDA ni. Imagine Bang Long kena deal ngan diorang sorang-sorang. But I respect gila ngan Bang Long sebab dia maintain cool aje. 

In the end, keputusannya ialah my sister kena berhenti keje sebab she choose anak instead of keje. The husband said kalau nak anak kene berhenti keje so tak pe kitorang ikut. And my sister kena tinggal kat rumah tu and tak boleh keluar-keluar tanpa izin dia. Fine kitorang ikut jugak. Tapi no one can enter the house not even us. Diorang pun tak boleh. Kitorang siap tukar kunci padlock lagi. And kitorang akan tunggu sampai next court case. The husband banyak langgar perintah mahkamah. Sepatutnya dia tak boleh ganggu my sister tapi dia ganggu jugak. Dan banyak lagilah. Tak pe buatlah apa dia suka sebab in the end, justice will prevail. Kalau tak kat dunia ni pun kat akhirat nanti. For the time being, my sister terpenjaralah di dalam rumahnya sendiri. Nak buat macam mana kan. Mungkin ini pengajaran buat diri dia juga. Supaya lebih ingat Allah dan jangan sesekali membiarkan cinta di hati mengusai diri sampai lupa pada Mak Abah. Coz in the end, Mak Abah la orang yang akan paling menderita apabila anak-anak jadi macam ni. 

I hope the husband and his whole family will be punished for all the evil deed that they did to us. Nak tau tak, Abah sakit ni pun sebab dia buat. He attacked Abah sebab Abah yang selalu teman my sister kat court, deal dengan lawyer semua. Mula-mula Abah sakit je. Ni dah tak boleh jalan langsung dah. Walaupun sedih tapi tak pe di dunia ni dia boleh la nak buat apa je kan. Esok kat akhirat nanti rasakan all the pembalasan. 

I hanya mampu untuk berdoa supaya sakit Abah cepat disembuhkan dan the whole family akan dilindungi dari sebarang anasir-anasir sihir atau gangguan-ganguan ni. Dan mudah-mudahan juga kes ini nanti akan dipermudahkan. Amin. Tolonglah doakan supaya Abah I cepat sembuh ye. Terima kasih atas doa dan ingatan korang semua. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. 

This entry bukan lah nak membuka pekung di dada tapi sebagai pengajaran kepada diri I sendiri, adik-adik I and semua yang membaca. Kalau nak memilih teman hidup, pilihlah yang kuat pegangan agamanya. Jangan biarkan cinta menguasai diri sebab cinta boleh beralih arah. Rupa pun boleh berubah. Harta benda pun boleh berkurang. Tapi pegangan agama yang kukuh akan dapat menyokong kita walau apa jua cabaran yang mendatang. Pegangan agama yang kuat juga akan mengawal diri kita dari terjebak atau melakukan perkara-perkara yang dilarang ni.  Insya Allah.    

Manager of the house

Mak started working on Monday and Abah was at hospital leaving me as the manager of the house on Monday. Pagi-pagi lagi I dah busy bustling around the house to get work done. My cousin brother stayed one more night to wait for his sister so he helped me vacuum the carpet. Bagus lenkali rajin-rajin la datang Kuantan lagi ye Mad Shah. Kebetulan kawan-kawan Siti nak datang beraya so she plan to cook mee kari. Jadinya bertambah la kerja nak kena buat. Settle semua house chores, bersiap ke hospital pulak. Malam pertama tu Cumat jaga Abah so Apis punya giliran pulak. 

From hospital, ke Giant pulak untuk beli groceries. Then balik and sambung menyibukkan diri. Fuh this is how Abah felt all this while kan. Mana penat nak buat keje lagi, penat nak fikir untuk arrangement lagi, nak drive ke sana ke mari lagi pastu nak layan karenah semua anak-anak lagi. Kesian Abah.

Mee kari Siti menjadi tapi kekurangan bahan jugak sebab bekalan bahan mentah masih bermasalah. Banyak benda yang tak de walaupun dah cari kat beberapa kedai. Belasah je lah, yang nak datang pun orang-orang muda jadi tahap penilaian diorang terhadap makanan tidaklah sestrict orang-orang tua kan. Janji boleh makan. Hanim and her sister pun datang jugak. Meriah la pulak rumah ni. penuh dengan tetamu. Time-time Abah sakit ni la nak ramai orang pun. Kebetulan pulak.

Pak Lang (adik Abah pulak) dengan Mak Lang and Fitri nak datang melawat Abah. Jadi petang tu I tak ke hospital. Tunggu rumah aje. Mee kari Siti sangat la laku. Tak dan Pak Lang nak sampai dah habis. So malam tu Jannah take over sebagai chef and masak mee goreng pulak. Bab-bab masak I memang boleh lepas tangan tapi nak menyedia dan nak mengemas lepas tu memang I la yang kena. Diorang tu tau masak je. Pastu tinggal. Puas la I dok membebel. Hehehe....

Since I was soooo busy, memang tak dan la nak amik gambar. Tangan sibuk, mulut pun sibuk. Hehehe....
Dik Man, tolong buang sampah.
Pokok bunga Abah sapa siram?
Baju dalam mesin ni apa cerita?
Akak tolong Kak Ngah jap.
Ayum pegi mandi sekarang.
Dan lagi dan lagi dan lagi.

Jiran-jiran memang dengar suara I ajelah eh. Mukanya jarang nampak. Dengar suara aje. Hehehe..... But basically itulah rutin sepanjang minggu sebagai house manager. Adik-adik bukan tak tolong tapi kena bersuruh. Ni esok I dah balik sana tak tau la macam mana. Yelah Mak keje, Abah kat hospital, tak de sape dah nak memantau kat rumah tu. Hish risau betul hati ni. Tu lah dulu Abah suruh mintak transfer Kuantan tak mo sekarang dah susah nak memantau dari jauh. Padan muka sendiri. Hehehe.....

Wednesday, September 15, 2010

Hari ketiga Syawal

I didn't sleep at all that night so kepala adalah super dizzy. After Subuh I masak air and terus baring. Ingat nak catching up with my sleep tapi hati tak tenang sebab ada tetamu kat rumah. So badan baring tapi masih sedar. Memang tak boleh nak tido walaupun pening sangat. Tak pelah yang lain-lain kan ada. Pandai-pandai lah diorang. Mak Ngah bising sebab tak kejutkan diorang masa nak hantar Abah ke hospital. Ala tak nak la menyusahkan diorang kan. Diorang kan tetamu lagipun nanti nak gerak balik KL pulak. Sian jugak kat diorang. So pagi-pagi lagi Pak Ngah dan anak menantu yang lelaki pegi tengok Abah kat hospital. Lepas breakfast diorang gerak balik ke KL. And I pulak tak keluar-keluar dari bilik. Hehehe... hampeh punya anak sedara. Sorry la ye Mak Ngah. Seriously rasa berpurat-putar je alam ni kalau berdiri. Lepas diorang balik, MAkpun sambung tido. Akak pun sama. 

Bila Chief Cook dah tumbang, tugas-tugas di dapur diambil alih oleh lelaki-lelaki dengan diketuai oleh Bang Long. Bang Long cuma menyelaras bab-bab penyediaan bahan-bahan, bab-bab memasak Thalha yang lead. Kalau yang lelaki, selain Abah, Thalha lah yang terer memasaknya. Diorang masak sayur bayam and masak lemak ayam kampung. Siti selaku cook wanita turut sama membantu. Bagus my adik-adik ni. Kakak diorang je yang hampeh tak reti memasak. Tak pe lah, tak pandai masak tapi I ada lah kebolehan lain kan.

Itu dia cook kita tengah menyediakan bahan-bahan. Main belasah aje buat keje depan pintu diorang ni.... 

By noon my head dah ok dah. So siap-siap nak pegi tengok Abah kat hospital. Abah dah dipindahkan ke Wad 5B. Raya-raya ni, wad lengang aje. Banyak katil yang kosong. Abah was diagnosed with leg cipilitis, some sort of infection kat kaki. Being a diabetic patient, kena lebih berhati-hati la sebab takut ada  complication lain plus luka-luka diabetic patient ni selalunya lambat sembuh. Orang depan katil Abah kena potong kaki just before raya hari tu. Asalnya bisul kecik aje tapi sebab tak dirawat, terus jadi kritikal. Eeee takutnya. Mudah-mudahan Abah cepat sembuh. Amin.  

 
The culprits yang menyebabkan Abah sakit

Dihiburkan oleh telatah anak-anak.

Bikin kecoh betul diorang ni. Nak-nak my cousin brother yang menonggeng belah kiri sekali tu. Memang terkenal dengan loyar buruk dia tu....

 
Yang lelaki sibuk buat lawak, yang perempuan sibuk bergambar. Hehehe.....

Abah bagitau diorang I dok paksa-paksa Abah pegi hospital. Hish kalau I tak paksa sampai sudah la kena tahan sakit kan....

    Love this pic coz I look slim in it. My jeans look so big on me... Awwww I like!

Manjang pakai tudung hitam diorang ni.... beli lah tudung colour apa pun, hitam jugak yang dilenjannya....

Dush..dush... belasah budak kecik ni... geraaaam aje ngan dia ni... Tengok tangan dia tu... tak padan ngan kecik... ada hati nak belasah orang....

Akhirnya Abah dah lalu nak makan makanan kat hospital. Dulu hari-hari makan makanan dari rumah

So basically that was my raya. Walaupun ada 5 pasang baju raya, I only got to wear one. And all plan to visit my friends was scrapped due to this unplan event. Dok umah ajelah and layan sape datang. Sorry guys for not making it this years. Ingatkan kan cuti panjang leh la raya sakan. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Insya Allah akan ada ruang dan peluang untuk kita berjumpa. Jangan marah noooo.....