Tuesday, July 13, 2010

Dah terasa kesannya

Alhamdulillah balik tadi CC hantar sampai rumah. Lagipun dah 7 lebih masa tu. Kalau tak pukul berapalah sampai rumah agaknya. Thanks la ye CC. Minggu ni penat sikit. Penat otak nak fikir bila nak buat paper. Dah macam ketandusan idea nak buat ulasan. Stress betul nak buat. By hook or by crook esok dah kena siap sebab by Friday dah kena rolling paper. Banyak copy plak tu nak buat. Nak check slide lagi. Sigh..... bosan ah. Balik-balik tulis yang sama aje. 

Oh pasal yang jatuh tadi tu kan, tiba-tiba tadi rasa lemah badan semacam. I doubt it is due to that incident tapi memang tetiba lemah badan. Kaki rasa macam lembik aje. Tangan pun sejuk-sejuk. Serius risau ok. Ni pun dah mula rasa kat pinggang and kaki. Sengal-sengal semacam aje. Maklumlah jatuh terlentang macam nangka busuk tadi. Diorang suruh pegi berurut tapi tak tau kat mana. Tak biasa la berurut semua ni. Korang tau kat mana bagus tak? Nak betulkan pinggang yang asyik ngilu aje ni. Tu bujang lagi tu. Esok kalau dah kawin macam mana la eh. Ex-boss dulu tau my problem so dia selalu macam takut-takutkan. Eeee buat orang takut aje tau. Tapi betul la apa dia kata tu. Belum apa-apa dah sakit pinggang, bila mengandung lagi teruk. 

Eh orang kalau tau mana bagus untuk mengurut ni bagi tau. Kena take action sekarang before getting more serious. Masa tu nyesal tak guna. Ok chow. 

Cerita Selasa

Pagi saya bermula dengan begitu warna-warni kerana sesuatu yang tidak kena pada kereta saya. Saya dah perasan something is not right about the car tetapi saya masih drive jugak sampai semalam. Saya call Abah and bagitau pasal kereta tu. Abah suruh repair cepat sebab ada kemungkinan tayar boleh tercabut kalau dibiarkan. Oh terus trauma kejap nak drive ok.

By hook or by crook saya kena hantar kereta saya pergi worksyop hari ni juga. Tapi saya tak mo lah terus ke worksyop. Saya nak pegi keje dulu. Tapi kalau saya pegi keje dulu camne nak keluar nanti? Nak balik petang pun siksa inikan nak keluar time office hour. Memang bercintalah nak menolak kereta semua tu. Saya ingat nak car pool tapi kebetulan suami kawan saya itu outstation dan dia akan naik bas saja. So pagi tadi saya decide untuk naik bas saja.

6.30am saya dah siap and terus turun. Konon-konon nak jalan slow and steady ke bus stop. Sedang elok saya berjalan, tiba-tiba zuuuup saya terjatuh. Terlentang di pagi hari ok. Saya cukup trauma kalau terjatuh-jatuh ni. Bukan apa, saya selalu sangat jatuh. Dulu saya ingat biasa-biasa aje tapi sebenarnya ada effect dekat pinggang saya. Kalau baring tu sakit sangat rasa dia. Jadi saya sangat berhati-hati takut terjatuh lagi. Tapi kena jugak pagi ni. Ada air sirap tumpah. 1st thing on my mind lepas jatuh was my baju. “Alamak kotor tak baju ni” Terus berdiri and check baju. Alhamdulillah ok. Lepas tu barulah terasa sakit especially dekat my left bum tu. And walaupun I kept whining about my biggy bum ni, at least bila terjatuh tu ada juga penyerap hentakan eh. Hahaha….

Anyway dah sampai bus stop baru perasan I got no coins. Tunggu my friend tu lambat lagi so I pun naik ajelah bas yang datang tu. Since I takde small change, I bayar RM1. I tak kisah pun tapi bila ada orang lain naik and bayar guna coins, driver tu panggil I and bagi the balance. Wah terharu pulak pagi-pagi ni. Bagus betul driver ni. Selalunya ada sesetengah driver tu buat tak kisah aje. My last bus ride was way back in February 2008. Dah lama tu and yet the fare masih sama; 50 sen aje. Dulu kat P9 selalu kena berdiri aje and bersesak-sesak dalam bas. Kat P18 ni bas boleh kata empty. Tak sampai 10 orang pun yang naik walaupun berhenti kat banyak tenpat.

Naik bas no 800 routenya ialah P18-Wisma Putra-P17-P16-Kompleks ABCD-tak tau dah…. Half and hour jugaklah I duduk dalam bas tu. Sempat la merasa dari gelap sampai terang and menikmati keindahan Putrajaya. Selalu kalau drive tengok depan aje kan. Kali ni kiri kanan boleh tengok. Turun kat bus stop and berjalan menikmati udara pagi ke office. Hmmm macam menarik kan.

Yang tak menariknya incident terjatuh tu je lah. Risau betul. Oh risau jugak berapa lah kos repair kali ni. So far Savvy ni tak pernah la yang sikit-sikit kosnya. Pemakan duit yang hebat kareta I ni walaupun kecil. Hopefully tak la mahal mana. Ok nak luar jap. Dah dapat kebenaran bos nak keluar ni. Chow.

Monday, July 12, 2010

Rules...rules...rules...

After one full week of Minggu Haluan Siswa, Siti got one day off yesterday so I took her home and went to do some shopping. Just like what I’ve expected, ada begitu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Dah macam army pun ada. Some of the rules are:- 
  • Kena pakai court shoes; no fancy design nor pointed tip and the heels kena square one, tak boleh stilettos-like
  • Kena berjalan dalam kumpulan. And sorang kena jadi IC (in-charge) yang perlu control the group supaya tidak berpecah dan jalan seiringan. Kena bagi command like “yang depan perlahan sikit” when yang belakang lambat or vice versa
  • When dining in mess, lelaki kena tarikkan kerusi untuk perempuan and perempuan tak boleh cakap “Eh tak pe saya boleh tarik sendiri”
  • Beg tidak boleh disangkut di bahu sebaliknya perlu dibimbit (guna tangan kiri or kanan tak ingat dah)
  • Tak boleh guna payung. Tak kiralah hujan ke panas ke.
And banyak lagilah. Luckily my family ni memang jenis yang patuh pada peraturan kot sebab she said she feel ok aje dengan semua peraturan tu. Kawan-kawan ramai je yang merungut. Memanglah ada yang begitu ridiculous tapi selagi termampu tu, ikut aje lah. Mesti ada sebab di sebalik semua peraturan tu kan. Lagipun peraturan ni dibuat untuk instilled discipline dalam diri kita. Kalau kita boleh patuh, mudahlah kita nak bentuk disiplin diri lepas tu.
 
I bought her everything that I can think of; mop, penyapu, duster, toilet brush, toiletries basket, IKEA boxes, biscuits, instant noodles, 3in1 drinks, steam iron, jug kettle and macam-macam lagilah. Dapur aje tak boleh bawak. Fridge and washing machine too. Kalau tak dah serupa rumah I juga. I came to know she can’t use umbrella when seeing the umbrella which I put together with all the stuff she said “Payung tu nak buat apa? Kat sana mana boleh guna payung semua ni. Kena redah je” Laaaa……
 
And did I mention something on medical check-up before? I dah agak dah akan berlakunya sesuatu ni. Diorang kan kena masuk PALAPES semua ni so adalah agak pelik bila tak de medical check-up before registration untuk memastikan tahap kesihatan semua penuntutnya. Happens to be ada sorang yang ada high blood pressure. Badan dia pun agak besar lah jugak. Tak pasal-pasal kena hantar balik. Kena hantar balik as in tak boleh sambung belajar kat situ dah la. Kesian budak tu, wasted aje buat and beli macam-macam.
 
I hantar Siti balik around 8.30pm. Kena ada kat sana before 9pm sebab 10pm ada row call. Ntah sampai kul berapa lah row call tu. Just like DPA aje kan. But them lagi lama; 3 years. At least DPA tu 6 bulan aje. Tu pun banyak complaint eh. Hehehe….
 
Today dah start kuliah. Wah kuliah gitu… mahasiswi sangat tau….. Selamat berkuliah la ye Cik Siti kita.

 

Thursday, July 08, 2010

Where has all the feelings gone......


I think I have lost the enthusiasm is my work. Like seriously losing it. It makes me feel sungguh berdosa because I don’t deserved to keep the earning based on my daily works. I spend more time doing other thing than my own work. Thus I got pending stuff here and there. It’s not like before where I used to have sleepless night thinking about works. Now I got to work but the feeling isn’t there anymore. I came to work just for the sake of coming to work. I not someone who like to play truant so I’m not starting it now no matter how I feel everyday at work. Macam zombie pun ada.

I have great plans before. I want to do this and that. In fact early this year I already makes plan for things I wanted to do each month. But I haven’t done anything yet. I now move very slowly. It is so frustrating ok. Frustrating because I know I can get work done if I have my mind on it. I’ve made many changes before. The asset management are getting way much better than before. I still have many things I wanted to do before I left this job for the next officer. But how am I going to do and achieve all the targets if I just don’t have the motivation to carry on?


Maybe because I keep doing all the same routine day in day out. Preparing all the same letters, memos, reports and attending all the same meeting discussing all the same agenda. If you know me long enough you’ll know that I can’t stay at the same environment for too long. Maybe it’s due to my life before where I hardly stay or do the same things for more than 3-4 years. It would be either moving to new home, new schools, new work and all. I constantly need to move on with new thing. Should I consider applying for transfer? Ntah la labu… pening dah fikir ni.

How Mak can work for 35 (ke 36 or 37) years and still counting really amazed me. Maybe because she have commitments kot. Something I don’t have. If you have commitments, you have to just swallow everything and keep the life going strong for everyone you are committed too. Kan…. so nak commit to what eh? Buy house? New car? Macam tak je coz yang sekarang pun tak termampu ada hati pulak nak tambah eh.


Again…. should I apply for transfer? Should I or should I not? Or should I apply to further my study? Tsk…. Now you know why I love DPA so much eh....

Wednesday, July 07, 2010

The decision....

Berhubung dengan isu di sini, I've decided to just let go. Buat tak tau sudah. Lagipun that friend dah besar dan matang. Dia boleh fikir dan judge sendirilah action dia kan. Kalau dia rasa apa yang dia buat tu tak berapa baik atau manis, pasti dia akan berubah juga satu hari nanti. Tapi kalau dia tak rasa apa-apa, normal aje then ikut suka dia lah kan. Buat apa lah saya nak susah-susahkan diri fikir untuk dia, betul tak? Now that I've made that decision, rasa lega sikit. Caring too much pun ada bad side dia. After this kena fikir more about myself and not about others. Diri sendiri pun tak terjaga sibuk nak jaga orang eh. Hehehe.... tau tak pe......

As for now, I'm busy with my work. Ada banyak je benda nak kena buat. Unfortunately, I kind of bored already with my work. Since 3 and half years ago I dok buat benda yang saaaaama aje. Bosan seh. Dah malap dah api dalam hati ni.... Hehehe... api tu.... I mean semangat yang berkobar-kobar dah tak de. Keep repeating all the same things memang la bosan. I think its about time for me to move on ke tempat lain pulak. Tapi where to eh?  Dah la semua nak meninggalkan I tak lama lagi. I pun nak la meninggalkan orang jugak camni..... tapi ada sedikit sayang dengan ini department sebab this is it all began. Tempat saya belajar banyak benda. Kalau budak-budak tu tempat mula belajar merangkak, bertatih, berjalan dan bercakap. Sekarang kena cari tempat untuk belajar lebih lagi. Was thinking about HR pulak tapi entah la. Macam tak de je kosong. Apa-apapun sebeum bercita-cita nak ke tempat lain, kena lah settlekan semua benda yang dok tertunggak sekian lama tu. Tak selesai-selesai sampai naik stress dibuatnya. Hehehe....

Monday, July 05, 2010

There she goes......

Dah jadi mahasiswi si kurus ni....


Siti dah selamat melapor diri kat UPNM semalam. Contrary to what being expected, tiada adegan air mata yang berlaku. Not that kitorang tak sedih cuma keadaan agak kelam-kabut sampai tak sempat nak sampaikan pesanan terakhir semua tu. Mujur masa on the way tu dah sampaikan pesanan mana yang patut. Tapi masa tu Siti kata janganlah cakap lagi sebab dia sedih. Dia suruh cakap kemudian tapi kemudian tu memang tak sempat la. Ntah kenapa dalam banyak-banyak pendaftaran kat IPTA, yang ni lah paling kelam-kabut sekali.

Ok sebelum tu rewind dulu cerita dari hari Jumaat. They arrived at my place quite late la; 1.30am already. I dah siap masak for dinner and apa lagi, masing-masing serbu lah. Since I tak mo makan, I ingat nak tido tapi nanti macam rudelah pulak tetamu datang tapi tuan rumah tak layan kan. So last-last I yang terlebih layan sampai kul 3 lebih pun tak tido lagi.

Morning bangun uli tepung buat roti for breakfast and bersiap-siap nak keluar for last minute shopping. Tapi biasalah kan kalau dah ramai-ramai tu, 12.30pm baru lah keluar. Since plan nak tengok nenek sekali, ingat nak pegi Jusco AU2 (kot) je. Tapi tak tau jalan so singgah dulu rumah Mak Ngah. Minum teh sambil borak-borak pastu pegi rumah Mama Tam pulak tengok nenek. I dah pening gila dah masa tu sebab tak tido malam tadi so sambil orang berbual and makan, I took a nap.

Since my cousin suggest pegi Jusco Alpha Angle sebab ada banyak choice so ke sana lah kami. But I guess tak de la best mana pun kat sana. Shopping lebih kurang pastu balik. Eh lebih kurang pun beratus jugak lah habis. Agaknya kalau shopping beria boleh habis beribu lah kot eh. Hehehe….

Since hari tu adalah juga birthday Siti yang ke 20, maka buatlah makan-makan sikit malam tu. Goreng mee and makan kek; Choc Fudge yang super sweet from Secret Recipe. Alang-alang tu letak nama Akak and Jannah sekali kat kek tu. Jannah punya belated 24th and Akak pulak akan jadi sweet 16 on 7th July ni. Sambil Jannah the great cook masak, I tolong packed kan beg Siti. Pastu siap tolong iron baju dia lagi. Terlebih baik hati pulak Kak Ngah dia ye. Seingat-ingat I, setiap kali my siblings nak ke mana-mana, I lah yang tukang packed kan beg diorang. But nowadays I dah duduk jauh so tak dapat la nak tolong selalu. Seronok tolong packed kan beg orang ni actually.

Sunday morning pulak Jannah buat bruch terus; plain nasi with ayam goreng, telur dadar and sayur. Gigih betul kakak-kakak nak hantar adik masuk U ni eh. Around 10am bertolak. Ramai betul rombongan kali ni sampai 2 kereta; Abah, Mak, Eman, Thalha, Dik Man and Ayum satu kereta whilst Siti, Jannah, Akak and me satu kereta lagi. Bang Long datang jugak naik motor bersama a whole bunch of stationeries. Seronok la Siti sebab Bang Long sponsored stationeries so her demand memang very long detailed list lah. Pening Bang Long nak mencarinya.

Sisters. Hayat je tak de

UPNM tu nama aje macam dekat tapi jauh jadinya due to closed road sampai kitorang terpaksa u-turn 2-3 kali. I risau takut tak cam jalan je kalau nak pegi lenkali. Oh yang bestnya, kampus dia kat dalam Kem Sungai Besi yang luas tu. I tak tau kenapa tapi I sangat-sangat suka suanana dalam kem ni. Nostalgic sangat. Maybe sebab membesar kat dalam kem kot. Abah dulu pernah keja kat sana so macam nostalgia sangat. Abah kata banyak dah berubah.

Sampai aje Siti kena masuk dewan daftar. She’s kind of nervous and tak biasa so siap mintak teman lagi. Tapi tak boleh teman so kenalah belajar berdikari lepas ni eh. Punyalah lama dia dok dalam dewan tu. Dapat asrama yang agak jauh la jugak dari main building compared to asrama for Pegawai Kadet. Asrama Siti style apartment complex and setinggi 11 tingkat. Campur lelaki perempuan dalam satu blok. Eeee tak biasa I tau. Dulu kat UiTM asrama asing. UUM pun asrama asing. Anyway bila sampai kat asrama aje dah start kelam-kabut. Lif asyik sangkut and huru-hara dengan orang ramainya, barang-baang lagi dan announcement from senior student yang agak kasar bunyinya tu. Kena belajar komunikasi lebih sikit diorang ni.

The hostel. Lupa pulak nak amik gambar keseluruhan ruang.

Siti dapat level 5. Each unit ada 4 bilik; 2pax for each room, completed with sofa, dining table, kitchen semua tu. Just like my house now but hers much bigger. Kitchen tu cuma ada kitchen cabinet, sink semua tu aje. Peralatan kena beli sendiri la. Letak barang pastu terus kena turun. Since lift asyik buat hal, I used the stairs instead. Diorang ni asyik kena rush aje so memang tak sempat nak buat apa langsung. Last time masa hantar Thalha kat UUM, I sempat kemas his room and arranged the clothes dalam wardrobe semua tu. Yang ni I memang dapat tengok bilik semata-mata. Kotor pulak tu., Hopefully Siti and her new housemates akan sama-sama mengemas dengan jayanya lepas ni sebab dah complete dengan furniture semua tunggu nak kemas and hias aje.

Ada a few issues yang I rasa UPNM perlu amik action for future registration. Antaranya ialah I didn’t see any kedai or orang berjual pun kat situ. Kalau barang-barang pun tak de, makanan apatah lagi. Kat UUM haritu semua benda ada. Penyapu, bantal, iron, tikar. You named it semua ada. I know semua patut bersedia tapi sometimes ni biasalah, we are too focused on other things thus leaving some other things left unattended. At least kalau ada jualan ni boleh lah nak beli apa yang patut tu. Ibu bapa terpaksa tunggu lama masa registration tapi tak nampak langsung gerai jual makanan.

Ini pun tak semua yang ada. Bang Long dah balik awal dah sebab keja.... I je yang tak de dalam gambar tu.....

Pastu taklimat untuk ibu bapa pun tak de. All my siblings before termasuk I sekali dulu memang ada taklimat for ibu bapa. At least parents akan rasa lega lah sikit kalau tau serba-sedikit tentang apa yang akan berlaku kat anak diorang tu. Pelik kan. Korang pernah tak belajar kat tempat yang tak de taklimat untuk ibu bapa?

Lagi satu pasal yuran. I wonder why diorang kutip bayaran secara cash sedangkan amountnya sangatlah besar. Dan prosedur itu juga menyusahkan orang. Macam tak terurus aje I tengok UPNM ni. Offer letter semua online aje. At least kalau online sangat pun fikirkan kan lah kaedah untuk memudahkan registration. Contohnya lepas accepted the offer online, buat la printable version of slip bayaran. During registration bawak aje slip bayaran yang telah dibayar. Kan mudah. Ini budak-budak tu kena bawak cash sampai RM17++. Kan bahaya tu kalau tercicir ke apa dalam kelam-kabut semua tu. Medical check-up pun tak buat. Pelik betul. ABis nanti kalau ada sakit-sakit masa orientasi atau masa buat training semua tu macam mana?

Puas hati makan. Sampai ada yang pening kepala....

Banyak je lagi I nak complaint tapi tak pe lah. Kang nanti kata I ni kaki complaint pulak kan. Nak buat macam mana…. memang betul pun. Anyway kitornag terpaksa tunggu until 2.30pm untuk dapatkan resit bayaran. Dengan tak de kedai makan apanya. Hampeh betul lah. Tapi rezeki APC hari tu, I belanja makan kat Saba’ Cyberjaya. Tertunai juga hajat di hati nak bawa Abah makan makanan Arab. Puas hati. Now that semua dah balik, sunyi balik rumah tu. Rumah kat Kuantan pun akan sunyi sikit lah lepas ni tanpa Siti. Dah tak de orang nak bersin kuat-kuat, dah tak de orang nak disuruh masak and gosok baju tanpa banyak songeh, dah tak de orang nak mengemas sambil membebel-bebel dan banyak lagi lah. Sedih yang kena tinggal semua tu.

Jalan kena dalam barisan....

To Siti, belajar lah rajin-rajin and pandai-pandailah membawa diri. Duduk jauh dari kawalan Mak Abah bukan bermakna kebebasan mutlak sebab ke mana juga kita pergi, akan ada mata yang memerhati. Paling dekat kat bahu kiri kanan tu hah. Ingat ye….

Friday, July 02, 2010

Dilema seorang kawan


I have a dilemma la sekarang ni; to tell or not to tell. Dah lama I dok fikir tapi belum dapat jawapannya lagi. So maybe I should share dilemma itu di sini and mintak pendapat kawan-kawan semua. Tu pun kalo ada yang sudi bagi pendapat la. Ceritanya begini….

I ada seorang kawan. Kawan yang I boleh kategorikan sebagai kawan baiklah jugak sebab banyak je menyimpan rahsia I selama ni. Kawan yang selalu I luangkan masa bersama. Kawan yang selalu I rujuk kalau ada masalah atau nak kan khidmat nasihat tentang …. ok tak boleh bagitau lah sebab kalau bagitau nanti korang tau pulak sape. Kawan I ni dulu baik orangnya. Sekarang pun baik lah jugak. Eh kenapa ada “lah” eh. Well masih baik tetapi dengan beberapa perubahan. Perubahan ke arah yang tak berapa nak baik la jugak. Itulah yang merunsingkan I tu.

I dah perasan dah sebelum ni. Selain I ada beberapa orang lain lagi yang dah perasan tapi mungkin semua malas nak amik port until lately. Bukan apa, makin lama makin ketara sangat perubahan itu. So ada beberapa orang yang telah mengeluarkan statement yang sama: dah hilang respect dengan kawan I tu disebabkan perangainya sekarang. Hoho… itu sudah serius bunyinya. I pun dah rasa makin jauh dengan kawan I ni. Mungkin I yang distancekan diri kot. Ntah I pun tak sure.

Dilemma I sekarang ni adalah; should I tell my friend ni about the perangai yang agak menjengkelkan itu ataupun tidak? Should I tell about people’s opinion towards dia or not?


Kalau I bagitau, I takut nanti terguris pulak hatinya. Or maybe nanti dia tersalah anggap yang I ni jealous atau dengki sebab dia lebih rapat dengan orang lain dari dengan I. Or maybe nanti dia marah sebab apa dia nak buat, dengan sape dia nak berkawan semua tu adalah prerogative dia kan. Buat apalah I nak menyibuk kan. Tu yang I risau tu. Sebab I tak de niat langsung dengan semua tu. I bagitau dengan suci hati sebab sebagai kawan, I mestilah tak mo kawan I di kata orang kan. Walaupun kata-kata orang tu betul belaka.

Dan I jugak risau kalau I bagitau, nanti orang-orang yang sebelum ni mengadu dan meluahkan kepada I akan hilang kepercayaan diorang kat I pulak. Nanti dituduhnya I ni membawa mulut pulak. Of course when I tell that friend, I takkan lah nak bagitau sape yang mengata but being in such a small community, I believe this friend akan tau jugak sape yang mengata dia tu. Ok maybe mengata is not the right words. Mengata ni macam mengumpat ke arah keburukan kan. Orang-orang tu bukan mengata, cuma meluahkan pendapat diorang aje. Tapi tu lah takut nanti kawan I tu akan tersalah anggap terhadap I and orang-orang lain tu jugak.

Kadang-kadang kita mempunyai niat yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara tu tapi pelaksanaan kita kadang-kadang adalah mungkin kurang baik disebabkan cara penyampaian, pemilihan kata-kata dan tanggapan pihak yang menerima. Susah betullah.

Being me, I memang tak boleh biarkan macam tu aje sebab nanti I jugak yang susah hati. All this while pun I memang macam tu. If I heard or comes to know about anything bad regarding someone I know, I selalunya akan mendapatkan clarification from the person yang di kata itu. Bukan apa, we have to be fair to everyone. Mana tau apa yang orang lihat itu tidak menggambarkan situasi atau niat sebenar. Macam tu jugak dengan saya. Maklumlah kita sebagai manusia biasa ni memang tak lari dari become judgemental. Perasan tak kadang-kadang while someone talks, belum sempat dia menghabiskan kata-kata dia, dah bermacam-macam benda yang bermain di fikiran kita. Tapi bila dia habis cakap, laaaaa…. lain rupanya dari apa yang kita fikirkan tadi tu. So macam tu lah jugak dengan apa yang berlaku sekarang ni. Maybe kawan saya tu tak sangka perlakuannya akan di salah tanggap oleh orang keliling. Or maybe dia tak sedar dengan perbuatan dia tu.

Jadi kita yang melihat dan mendengar ni kenalah maklumkan dia supaya dia akan tersedar perbuatannya itu ataupun memberikan dia peluang untuk menjelaskan perkara sebenar. Eh korang paham tak ni? Sorilah kalau berpusing-pusing je ayat I ni. Tapi itulah dilemma I sekarang ni. To tell or not to tell. I risau kalau nanti tujuan murni I ni disalah tanggap and nanti dia akan menjauhkan diri. Well sebenarnya without this friend my life still can function like normal. Cumanya tak best lah knowing someone is not having good feelings towards you.

Alah bukannya tak de yang tak suka I tapi kalau kawan yang kita anggap baik tu, macam tak best lah pulak kan. Kalau boleh nak kurangkan lah incident-incident macam ni. Kadang-kadang best jugak kalau I ni a bit more ignorant towards benda-benda macam ni. Tapi it’s not me.

Those yang dah lama kenal I will know that anything and everything is important in my life. I care too much. Rachel Corrie yang kena bunuh dengan Israel sampai ada kapal nama Rachel Corrie pun I kisah. Park Yong Ha mati bunuh diri pun I dok teringat-ingat dan tertanya-tanya motif dia, apa dia fikir sebelum mati semua tu. Tu yang jauh tu. Inikan pulak kawan-kawan sekeliling. Lagilah I care. Ok am I being caring or nosy eh?
 

Whatever it is, kalau ada sape-sape yang sudi nak sharekan pendapat korang regarding this matter, please do eh. Sangat-sangat appreciated. Thanks in advance.

Knowledge sharing


Since my sore throat makin menjadi-jadi and dah start rasa nak demam, yesterday after work terus ke Alamanda beli Difflam kat Guardian and 100plus kat Carrefour. I bought 3 different flavour sebab nak rasa yang orange and lime tu. So far baru minum yang orange tu and rasa dia not so nice la. Baik minum yang original. Tu pun minum sikit-sikit and selang-seli dengan mineral water. Difflam tu pulak belum start makan lagi. Tengoklah kejap lagi after breakfast ke. Difflam ni bagus untuk throat infection. It got anti-inflamatory and anti-bacterial action in which provide fast relief especially untuk sore throat yang serious tu. Anti-inflamatory ni maknanya boleh reducekan bengkak. Yelah bila ada infection, our throat kan akan jadi kind of bengkak (in which menyebabkan swallowing becomes painful) so bila ada anti-inflamatory action, cepatlah sikit tekak tu baik. Cumanya ada numb effect sikit la in which lidah tu rasa kebas aje. But it's good la kan. Bila numb tu tak de la rasa sakit sangat. For those yang tak biasa mungkin rasa pelik sikit la lepas makan tu.

FYI, kalau demam, selesema and diarrhoea (cirit-birit), bagus kalau minum 100plus ni. In fact I haven't pop any pills for this kind of sakit for quite some years jugak after knowing that popping pills not only bad to your liver, it can also affect your kidney. Dah la I ni jenis malas nak minum air kosong banyak-banyak, in which help to clean the kidney. To counter that, I've to make sure I don't do more damage to my kidney. Dulu I selalu je makan pain killer. Dah macam makan Tic-Tac ok. But since I keje dengan Guardian Pharmacy, I banyak baca pasal health thingy ni (in order to give training to staff) and banyak belajar dengan pharmacist jugak. So dah ada kesedaran on what to do and what not to do in order to maintain a good health. Although I ni tak la menjaga sangat but there are few things yang I'll try not to do. Contohnya macam popping pills tu lah.

Although I don't read as much as I used to regarding health issue ni, as and when I ada masa or peluang, I'll try to update myself on product knowledge. Fell free to ask anthing if you want to. At least bila ada yang bertanya ni, for sure I can dig more thus kind of refresher course jugak untuk I kan. Rindu pulak suasana kerja kat Guardian dulu. Dulu tak suka tapi sekarang rindu. Eh bab-bab product knowledge tu I memang suka. Shift je yang I tak suka.

Thursday, July 01, 2010

Park Yong Ha commit suicide


Why? Why? Suicide bukanlah penyelesai masalah wahai Mr. Park Yong Ha oooiii.... Muka dah la hensem, talented pulak tu. Tapi akal ada sedikit kurang juga. Lenkali kalau tertekan semua tu tu, kembalilah kepada-Nya. Itulah indahnya Islam. Ada tempat untuk kita mengadu dan memohon bantuan. Walaupun masalah tak mungkin selesai sekelip mata tapi sekurang-kurangnya ada ketenangan hati. Haih kurang sorang pelakon Korea yang best ni. Ada sedikit patah hati di situ.

Anyway he sounded like a good son despite being so famous and all. Tak macam artis kita yang mudah lupa diri bila dah famous sikit tu. A great lost towards Korean entertainment and his family. Sian ayah dia, dah la sakit tenat, anak pulak bunuh diri. Apa nak jadi ni.....

Sakit tekak dan sakit hati


Tekak saya masih sakit lagi la. Makin sakit pulak tu. Malam tadi sampai tak boleh tidur sebab tekak rasa tak selesa. Siap bangun minum air lagi. Hoh tak bestnya la. Tapi dalam pada sakit tekak tu, sempat la keluar dinner dengan Bang Long nad Kak JC (his girlfriend). Sian my Bang Long. All this while I asyik cerita pasal kesedapan makan makanan arab especially kat Saba' Cyberjaya. Tak tau la pulak yang dia teringin sangat nak makan until I jumpa his girlfriend last weekend. She told me that Bang Long teringin nak makan kat tempat yang I selalu cerita tu tapi dia tak tau jalan. Hehehe.... siannya lah. So we all janji untuk jumpa yesterday since both pun off day semalam. I was thinking untuk cancel aje due to my sore throat tu tapi macam tak sampai hati la pulak when Bang Long called to confirm. On aje lah. Despite that, makan laju je. And puas hati tengok Bang Long makan dengan bersungguh-sungguhnya. Plus dapat makan new dishes yang tak pernah cuba before this. Biasalah kalau makan ngan Bang Long and Kak JC ni, macam-macam nak cuba. Oh paling best, dinner was on Kak JC. Thanks. Lenkali belanja lagi eh.

Oh ada addition pasal orang pelik yang gelojoh tu lagi. He keep sending me SMSes although I tak pernah reply pun. Paling parah, dah start call me "sayang" la pulak. Eeeeee.... gelilah. I macam nak reply supaya dia stop but I don't know how. I can do it in both way, politely or sarcastically tapi tak sure what to say. Kalau cakap politely takut nanti dia tak sedar-sedar jugak and kalau cakap sarcastically takut nanti dia bengang and do something bad pulak towards me. Maklumlah orang sekarang ni pelik-pelik belaka. We never know kan. Benci lah.... mengganggu-gugat ketenteraman awam aje tau. Just stop it will you!!!! This plain rude pelik man.