Wednesday, May 12, 2010

Makin tua makin kurang malu ke huh?

I was on leave yesterday. My parents came for a visit. Ayum, Mamat and Thalha pun ada. Yesterdays' agenda was mainly to go shopping. Mula-mula pegi IKEA.  Tak de membeli sangat pun sebab dah pokai. Mak yang banyak beli. Tapi kan, bestlah pegi IKEA during weekdays. Senang nak parking kereta and orang pun tak ramai. Rasa tenang aje. Managed to browsed for some baking stuff. Tetiba rasa nak beli baking stuff like mixing bowls, baking tins and macam-macam lagilah. I'm not sure whether it is due to my OCD's or not but once I set my mind on doing something, I would normally geared myself with everything I can think of that I deem necessary. Over kan. Ingat lagi dulu masa nak belajar berenang. Padahal nak main-main aje tapi siap beli swimming suit Arena lagi. Complete with swimming cap and goggles ok. Pastu pegi 2 3 kali je pun and I still can't swim until now. Now that I feels like learning on how to bake, I am planning on completing myself with baking stuff. Agak-agak ape yang perlu eh? Kalau ikut I, semua nak best aje macam dalam TV tu. Hehehe.... Anyway, berbaloi tak kalau beli kat IKEA? Or is there any others place yang lebih best?

Later pegi beli undies plak kat Jusco. In my family, my mom would be the one who bought underwear for everyone. I dulu pun dah keje baru beli sendiri. Hehehe.... So yesterday memang beli baaanyak gilalah. For me included. Masa nak bayar tu, Mak suruh I yang pegi bayar sebab masa tu Mak tengah galak berborak dengan promoter-promoter kat situ. My mom ni memang. Sape penah jumpa my mom taulah. Very talkative and super duper friendly. Anyway, since tak berapa nak ramai customer, boleh kata semua counter tutup. Ada satu je yang bukak. Dah la tu, cashiernya adalah seorang budak lelaki yang cute. Baru pulak tu. So terkial-kiallah dia nak scan satu-satu pastu lipat mana yang patut. Mesti dalam hati dia mengata I kan. "Apelah yang banyak sangat beli underwear ni". Dah la ada banyak bra. Hehehe.... I pun buat muka toya je. Dulu masa muda-muda memang malu gila ok. Tapi sekarang I buat muka toya aje. It was the longest time ever ok. 

Lepas bayar kitorang pun keluar. Sekali masa lalu kat pintu tu, berbunyi ok. Kebetulan ramai pulak orang kat situ. Hish buat malu aje. So security tu pun datang kat I. Dia belek-belek dalam plastik tu. Pastu dia ajak I ke counter sebab nak check. While he was rummaging through the plastic bag, Mak pun cakap, "Ish malu lah pulak. Dah la semua yang rahsia-rahsia aje kat dalam tu". Security tu kata dia pun malu jugak. Hehehe.... So I pun cover line. I cakap, " Tak pe, nah check la semua ni" sambil keluarkan semua sekali and longgokkan kat atas counter tu. Memang ada satu magnetic tag yang dia terlupa nak tanggalkan. Dah la kena tunggu mamat tu scan sikit punya lama. Pastu kena tayang pulak kat secuity. Sabar je lah. Security tu cakap sori. Cashier pun sama. Dia kata kalau orang lain dah mengamuk dah tapi kitorang cool aje. Mak kata takpelah sebab orang baru kan. I guess I got that trait from her la. Eh from Abah too. Tak reti nak mengamuk tak tentu pasal ni. Tapi jangan cari pasal..... sekali mengamuk hah rimau pun takut. Hehehe....

Tapi kan, I memang cool aje semalam. The only time I blushed was masa pintu tu berbunyi aje. Makin tua ni memang makin kurang rasa malu eh? Kalau dululah, I can die of embarrassment tau. Hehehe..... Nak beli pad pun malu, lalu kat tempat underwear pun malu apatah lagi kalau jadi macam tu. Terus mati kat situ jugak lah. Hahaha....  Tapi sekarang memang cool habis lah. Siap boleh teman some friends beli boxer/brief lagi tau. Ooopsss.....    

I just don't get it

Although I do have FB account, I’ve never put any updates on it like I did with my blog. I don’t fancy FB anyway. It was just a mere platform for me to trace my long lost friend. And yes I do get many friend requests from my long lost friend. Someone whom I haven’t heard anything for like zillion years ago. I don’t have problem to approve this kind of friend request. However, I do have problem to approve request from people using nicknames or from people that I can’t register their name yet in my memory. I’ve been to many school, places and stuff so I do have tonnes of friend. Although I am proud to say that I have good memories especially in regards of peoples but sometimes my memories fails to serve me well too. I am honoured that these peoples wanted me to be their friend. So if finally I remember them as someone, whom I have connection with before, I’ll approve it. But since I hardly log into my FB, it’ll takes sometimes la. As for those with nicknames, if I feel like doing it, I’ll check their FB just to know if I know these peoples. That too requires time. Times that I hardly have. Hehehe….. Macam sibuk benar bunyinya. If we were friends before, then I'll approve it. 

But I don’t feel like approving peoples whom is not really a friend of me. Don’t get me wrong. It’s not that I am sombong or berlagak or anything. Just that I don’t understand why these peoples want to be my friend. Just because I was on their friend friend’s list, they wanted to add me too. Come on la, I don’t write anything on my FB so I don’t think these peoples wanted to read my story pun right. So what’s the point of adding me? Ish tak paham la. If in real world, I don’t have problems to befriend my friend’s friend. Betul tak Kylnn? Tapi in FB…. nah I just can’t.

Blogging is a different story coz in blog we can read all kind of stories. It’s not a short updates on what you do or what you feel but more on stories of what you do or what you feel. Betul tak? So even if we don’t really know that particular people in real world, we can still connect through blog world.

Was it me alone that feels like this? Maybe I think too much kot. Ntah la. But still, I won’t approve this kind of friend request. Period. Even if it came from a Korean guy. Eh betul tau. Although I am crazy over Korean guy, and I have one friend request from a Korean guy in which I’m still wondering where, or how he found me or why he’s adding me, I still won’t add him. Tapi kalau Rain tu lain la. Real Rain ye, bukan imitator. Hehehe…..

Friday, May 07, 2010

Layak ke saya? Sesuai ke saya?

Saya ni kat office low profile aje. Eh bukan kat office je. Kat mana-mana pun memang sentiasa low profile. Tak de orang pun yang kenal melainkan kengkawan biasa tu. Tapi saya suka sebab saya memang tak suka kalau ramai sangat kenal saya. Biar kita low profile aje. Dan saya pun bukanlah orang yang aktif berpersatuan. Tapi entah macam mana last year saya telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan untuk Puspanita Caw. Kecil Kementerian saya ni. Nothing much pun nak buat dalam bab-bab kebajikan ni. Cuma bagi duit saguhati kalau ada yang kawin, beranak, masuk hospital, sakit or meninggal. Senang aje keje dia so saya terima ajelah.

This year masa mesyuarat agong hari tu, nama saya telah tercalon sekali lagi sebagai AJK. Ish..ish..ish… sapelah yang suka sangat nak mencalonkan saya yang bukannya pandai sangat bab-bab wanita ni. Tapi memandangkan yang mencalonkan itu adalah pengerusi dan timbalan pengerusi maka saya terimalah seadanya. Hehehe… tak sangka pulak top gun dua orang tu nak mencalonkan saya.

Hari ni ada mesyuarat antara AJK yang telah dilantik hari tu untuk membincang serta menyelaraskan portfolio masing-masing. (pergh ayat!) Memandangkan saya ada mesyuarat bahagian so saya tak dapatlah nak pegi mesyuarat Puspanita tu sebab saya kalau disuruh pilih antara tugas rasmi dengan tugas Puspanita, memang saya akan ketepikan Puspanita tu sebab Puspanita ni kan cuma ko-kurikulum aje.

Lepas mesyuarat bahagian selesai, saya ingat nak masuk lah mesyuarat Puspanita tu. Tapi dah selesai rupanya. Since saya tak de, diorang dah tetapkan pun portfolio untuk saya. Nak tau kali ni saya pegang biro ape pulak? Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga. OMG!!!! Pendidikan dan pembangunan keluarga????????? Saya ni berkeluarga pun belum macam manalah nak membangunkan keluarga. Eh tak baiklah saya ni. Saya bukannya belum berkeluarga tapi belum berkahwin aje. Sebab mak abah dan adik-beradik saya tu kan keluarga saya. Ampun…ampun terseilap cakap pulak.

But still…. pendidikan dan pembangunan keluarga…... Tak de ke biro lain yang lebih bersesuaian untuk saya ni. Dah la tu, antara aktiviti biro ni adalah aktiviti kewanitaan macam belajar menjahit ke, memasak ke or buat ceramah, bengkel atau kursus yang ilmiah berhubung kekeluargaan ni. Ya Allah sesuai ke saya ni? Itu untuk wanita melayu terakhir aje tu. Saya ni brutal. Mana main menjahit memasak bagai ni. Ok lah saya mengaku saya memang ada pegi join bengkel buat gelang kristal hari tu. Tapi tu sebab kena paksa sebab dah tak de orang. Saya ni kan cepat kesian. Geram-geram sebab kena paksa pun saya pegi and buatlah jugak gelang satu. Tapi kalau saya yang nak kena organize memang macam tak sesuai aje. Womanly sangat tau.

Nampak gayanya saya kenalah mencari aktiviti-aktiviti menarik untuk dicadangkan dalam mesyuarat bersama penaung nanti. Nak buat ape eh? Ada sape-sape bleh tolong bagi idea? Nak buat aktiviti masak-memasak, tapi nak masak apa eh? Aktiviti kraftangan pun, nak buat ape eh. Aritu diorang dah belajar dah jahit manik and buat bunga guna benang tu. Ish tak tau sangat la benda-benda seni perempuan ni. Tolonglah bagi cadangan ye. Thanks in advance.

Wednesday, May 05, 2010

Sibuk memanjang

Although I now have internet connection at home (yang lembab mengalahkan siput itu) but I just don’t have time to publish all the entry yang telah berkulapuk di dalam draft itu. Normally I would do some draft whenever I’m free and publish it at office. I just don’t have enough time lately. If you all come and see my place, memang memalukan lah. Very messy I tell you. One thing let to another and I now barely have time to juggle in between everything.

Contrary to what peoples always think of; “admin ni bukannya ada keje pun”, my workload adalah sangat melimpah-ruah sampai tak tau nak buat yang mana satu. Everything pun urgent aje. Pastu at home pula ada banyak distraction lain. Hehehe… yang itu memang akan dicerita kemudian. Ada gambar baru best sikit.

I dah agak dah I would be facing all this dilemma before I made that decision of….. Hopefully I akan dapat membiasakan diri dengan segala kesibukan, kecelaruan dan gangguan baru ini.

Mesti you all geram aje nak tau apekebendantah la yang I merepek kan ni eh. Nanti lah cerita dengan lebih lanjut. Heheheh… Dah nak sambung keje. Daaa…

Wednesday, April 28, 2010

Hospital yang bising

Just come back from visiting my staff’s husband kat HKL yang accident semalam. Conditionnya agak kritikal because he got some darah beku at his brain so they removed his skull to release the pressure. Sama-samalah kita berdoa semoga dia akan pulih seperti sediakala.

Anyway, bukan itu yang saya nak cerita tapi pasal psychiatric ward kat HKL tu. Since neurology ward yang kami pergi tadi tu share the same level as the psychiatric ward, the noise was unbelievably loud. Macam kat pasaraya ok. Terkejut kitorang. Nak tau apa yang loud sangat tu? Karaoke. Percaya tak? Ada karaoke kat hospital. Sedangkan nak hon kereta pun tak boleh inikan pulak nak buat bising. Tapi karaoke boleh la pulak. Tak ke pelik tu. Macam mana lah management HKL ni. Ok saya tau la karaoke tu untuk orang-orang bermasalah jiwa kat wad tu tapi kalau diorang tak providekan set karaoke tu, mesti tak denya pesakit-pesakit tu nak melalak kuat-kuat kan. Siap dengan speaker yang berdentam-dentum ok. Kalau iye pun, buat la bilik sound proof ke, speaker yang slow sket ke.

The sound was so loud, it can be heard form other building too. Saya tau coz masa nak balik tu kena berjalan sikit ke building lain and memang boleh dengar lah bunyi bising tu. Orang waras pun gila karaoke, orang kurang waras pun sama nampaknya. Dunia akhir zaman betul.

Tuesday, April 27, 2010

Mimpi best

Banyak nak cerita tapi busy sangat lah. Tapi ni ada satu cerita best yang nak kena cerita jugak. Hahaha…. Eh belum apa-apa dah tergelak besar eh.

Anyway, malam tadi saya mimpi sesuatu. Sebelum mimpi sesuatu tu, saya mimpi macam-macam dulu. Kena kejar dengan alien lah, ada bom yang hebat la and macam-macam lagi lah. Tiba-tiba….

Saya berada di suatu tempat yang ada pokok-pokok. Pastu ada ular. Alamak bahaya ni. Ular tu terus belit kaki saya. Saya pun cuba untuk tanggalkan ular tu. Lepas tertanggal tu dia datang lagi kat saya. Dia macam nak patuk saya tapi saya larikan tangan saya so tak kena. Ntah macam mana lepas elak-elak tu, kena patuk jugak kat tangan kanan ni.

Saya terus picit-picit tempat yang kena patuk tu untuk keluarkan bisa. Lepas tu tangan saya rasa kebas semacam. Saya pegang pergelangan tangan saya untuk elakkan bisa tu merebak. Pastu abis. Hehehe…. tu je.

Bila bangun saya teringat orang kata kalau mimpi kena patuk ular tu maknanya nak kawin tak lama lagi. Hahaha…. kelakar pulak. Saya? Nak kawin? Calon pun tak de lagi. Tapi bak kata diorang tadi, ntah-ntah ada orang yang dah usha dari dulu ke, atau orang mana ntah nak pinang kat rumah. Hmmm walaupun rasa macam tak aje tapi mana nak tau kan.

Rasa lawak betullah. Yang saya perasan mengenai ular tu ialah dia (wah dia! ingat ini orang ke?) tak panjang sangat pastu mata dia macam besar. Or bulat. Ntah tak ingat tapi saya ingat yang saya sangat perasankan mata ular tu masa dalam mimpi sebab macam lain aje mata dia.

Diorang kata kalau ular tu pendek maknanya jodoh ngan orang dekat. Hahaha…. sape lah tu eh. Tapi betul saya memang tak de apa-apa dengan sapa-sapa and tak de plak terperasan sesiapa yang mungkin tersuka kat saya. Hehehe…. lawak lah.

Dah tua bangka baru lah nak termimpi kena patuk ular. Hehehe…. Tapi saya tak la percaya sangat coz itu maybe mitos aje. Tapi dalam pada tak percaya tu, ntah kenapa macam ceria aje. Ceria yang macam nak tersengih-sengih tak tentu pasal tu. Hehehe….

Agak-agak korang macam mana?

Thursday, April 15, 2010

Saya dah balik

I’m back! Actually semalam lagi but I was so busy. And that busyness akan berlanjutan hingga ke minggu depan. Like my boss cakap lah; patutnya lepas meeting barulah pegi vacation sebab release stress. Sekarang dah stress sebab kena pulun buat paper untuk big meeting minggu depan. NAk buat camne, dah booking tiket awal.

Anyway, sangat best ok trip ke Sabah. Lagi best bila balik ada member treated me for a birthday dinner.

Stories on that later eh. Nak sambuang keje ni.

Tuesday, April 13, 2010

Saya dilahirkan pada tarikh ini 32 tahun dahulu

Hari ni genap umur saya 32 tahun. Wah terasa sangat tua apabila melihat angka itu. Tapi mengapa saya tidak merasakan bahawa saya adalah setua itu. Oh masalah ni. Masalah kerana tidak mengaku tua. Eh saya bukan tak mengaku cuma saya tidak dapat merasakan bahawa saya sudah 32 tahun. Macam tak percaya saje ye. Jiwa saya terasa seperti masih di awal 20-an sahaja. Rupanya dah di awal 30-an.

Setelah 32 tahun, bagaimanakah pencapaian hidup saya? Oh biasa-biasa saje. Tiada lah yang sangat memberansangkan. Tapi memberansangkan itu sangat subjektif. Mungkin saya rasa biasa tetapi orang lain merasakan sebaliknya. Mungkin juga saya merasakan sangat luar biasa tapi tidak pada mata orang lain.

Saya merasakan bahawa saya adalah orang yang cepat belajar. Fast learner gitu. Oh bukan saya terperasan sendiri naik lif sendiri tekan butang tetapi juga diakui oleh ramai orang. Terima kasih terima kasih. Tetapi saya juga adalah seorang yang sangat late bloomer. Maaflah saya tak tau nak terjemahkan late bloomer itu. Lambat berkembang kot. Minda saya sangat cepat berkembang tapi tidak yang lain.

Orang semua dah beranak-pinak tapi saya pula masih belum bertemu dengan pilihan hati. Orang kata saya terlalu memilih. Saya tak pasti tentang itu sebab kahwin ni bukan seperti membeli baju, kalau tak suka boleh buang. Kahwin ni komintmen sepanjang hayat. Memanglah kena memilih sikit supaya senang di kemudian hari. Sudah tentu saya tidak mahu zuriat saya kelak berbapakan lelaki yang tidak bertanggungjawab terutama sekali dalam bimbingan agama kan.

Walaupun saya tidak tahu sama ada perkahwinan itu adalah sesuatu yang saya mahukan dan baik untuk diri saya tetapi, saya telah mula berdoa supaya diberikan petunjuk. Ye saya mengaku saya saya memang lembab dalam bab-bab itu. Patutnya saya berdoa dari dulu lagi. Tak pelah, biarlah lambat tetapi yang penting ianya berhasil. Saya percaya jika ianya yang terbaik buat diri saya dan keluarga saya maka ianya akan dipermudahkan. Jika tidak, tidak mengapa kerana saya masih mepunyai keluarga yang menyayangi diri saya seadanya.

Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa diri saya adalah lebih baik berbanding dengan yang dahulu. Saya telah mula sedar tentang banyak perkara. Bukanlah saya tidak sedar selama ini tetapi saya kurang upaya untuk melawan atau menangkis godaan dan dugaan. Setiap hari saya berdoa supaya diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup yang kian sengit ini. Mudah-mudahan dipermudahkan juga dalam semua perkara.

Saya rasa lebih bertanggungjawab terhadap banyak perkara. Layanan saya kepada keluarga saya juga adalah jauh lebih baik dari dahulu. Keinginan untuk memperbaiki diri juga sangat membuak-buak. Saya harap ianya akan sentiasa membuak-buak sehingga ke akhir hayat.

Sempena dengan peningkatan usia saya ini, saya berdoa supaya diberikan kekuatan, kemudahan dan kesenangan untuk meneruskan kehidupan ini. Saya juga berdoa supaya saya menjadi seorang insan yang lebih baik dari dahulu dalam semua segi; agama, akademik, akhlak, amal ibadat dan sebagainya. Tolonglah doakan saya juga ye. Terima kasih.

Thursday, April 08, 2010

Petang yang ceria

Hahaha.... ada benda kelakar berlaku kepada saya baru sekejap ni. Saya telah menjawab satu panggilan dari seorang pegawai Kementerian mana ntah, terlupa pulak saya. Maklumlah dah tua. Anyway, pegawai ini (lelaki) ingin bercakap dengan En. Nasrol. Saya pun bagitau beliau bahawa En. Nasrol sedang bercuti. Kemudian dia pun bertanya lagi dengan siapa dia boleh bercakap berhubung program ISO dan inovasi. Saya pun bagitau beliau hanya En. Nasrol dan seorang kerani sahaja yang terlibat. Dia agak terkejut tetapi dia memohon untuk bercakap dengan kerani tersebut. Saya pun bagilah nombor kerani tersebut kepada dia.

Tidak lama kemudian, dia menelefon saya semula kerana katanya tiada orang yang menjawab panggilan tersebut. Saya pun cubalah menyambungkan panggilan tersebut tetapi setelah beberapa kali mencuba, masih tidak berjaya. Agaknya telefon kerani itu telah rosak dan perlu diganti. Saya pun memanggil kerani itu supaya datang ke tempat saya dan menjawab panggilan tersebut di tempat saya sahaja.

Tau tak perkara pertama yang pegawai itu tanya pada kerani tersebut? Bukan pasal ISO atau inovasi ye tetapi pasal saya. Sempat kirim salam lagi. Hahaha…. nak buat kerja pun sempat lagi nak berkenalan ye. Kan saya dah kena gelak dengan kerani tersebut; seorang kakak pertengahan usia. Haish malunya saya.

Oh ini bukan kali pertama berlaku. Dulu masa saya kerja swasta, saya pernah jawab panggilan juga dan tiba-tiba ada seorang navy yang hendak berkenalan dengan saya. Saya rasa suara saya tidaklah jenis yang menggoda. Navy ini telah mendapatkan nombor telefon bimbit saya dari seorang mekanik yang saya tidak sangka sanggup memberikan kerjasama kerana mekanik ini sangatlah nerd.

Macam-macam hal. Rasa kelakar lah pulak. Pegawai ini sangat sopan bunyinya. Oh saya tidak bersalah dalam hal ini yeeee….. Saya tidak cuba menggoda mahupun mudah tergoda. Hahaha…. Ceria petang saya dengan incident-incident begini. Kurang sedikit tekanan yang dirasai.

Keraian yang saya tidak dapat turut serta kerana saya nak pergi berjalan lagi

Someone important is here for one year already. Walaupun saya tidak faham kenapa perlu diraikan tetapi sebab tugas, saya pun terlibatlah sama dalam memastikan keraian esok berjalan dengan baik. Oh tugas saya tak susah, senang aje. Tempah kek. Dan satu lagi, buat ayat untuk banner. Sebenarnya buat ayat tu secara tak sengaja sebab saya asyik terdengar-dengar boss saya dan seorang kerani sedang merancang-rancang ayat yang hendak ditulis dan maaf saya katakana, bunyinya sungguh lah tidak sedap. Not that ayat saya sedap sangat. Saya amik ayat yang orang biasa buat aje.

Tentang tempahan kek pulak, saya dah tempah kek or brownies to be more specific. Exactly the same with the one we had for Mak’s birthday last year. Ni pun sama. Oleh sebab saya sibuk-sibuk nak bagi idea, last-last saya lah yang kena order. Hahaha padan muka. Menyibuk lagi keje orang. Tak pe saya tak kisah. Bukan susah sangat pun. Jadi saya membuatnya dengan hati yang gembira.

Tapiiiii, memandangkan saya akan bercuti esok, maka tidak dapatlah saya merasa brownies itu dan tidak dapatlah saya tengok banner itu tergantung. Tak pelah, bukannya saya tak boleh makan brownies guna duit sendiri kan. Banner pun entahkan sempat siap entahkan tidak. Dan bukannya orang tu taupun saya lah tu disebalik brownies and banner tu.

Yang penting……. yeeehaaa nak pergi bercuti lagi. Sempat tu dalam sibuk-sibuk nak buat meeting dan tahap kemuflisan yang melampau. Nampak gayanya, terpaksalah saya mengorek duit tabung haji saya. Hehehe….. mengada-ngada nak melancong tapi tak reti-reti nak menyimpan. Tak pe lepas ni saya akan cuba ganti balik apa yang saya dah korek-korek selama ni tu. Insya Allah….

Boleh lah saya anggap sebagai percutian sempena ulangtahun saya yang bakal menjelang minggu depan. Bestnya. Kali ni pergi berlima; Mak, Siti, Kak Sobir, Kak Fathin dan saya. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan jua. Hmmm ini mengingatkan saya supaya segera mengemas barang-barang saya kerana saya masih belum menyiapkan hatta satu benda sekalipun untuk perjalanan ini.

2 orang sahabat baik saya (En. Afnan dan En. Nasrol) sekarang berada di Beijing. Juga dengan tujuan makan angin. Oleh kerana saya tak sekaya diorang lagi, maka saya berjalan-jalan di dalam Malaysia sajelah dulu. Insya Allah kalau ada rezeki lebih nanti, saya pun nak berjalan-jalan kat luar negara juga dan dimulai dengan umrah dulu. Harap-harap tercapai lah kan.

Saya sungguh tak sabar ni…. Penerbangan pergi adalah esok petang manakala penerbangan balik adalah pada hari Isnin malam. Saya belum pasti lagi sama ada saya nak bercuti pada hari Selasa atau tidak. Kalau rajin saya kerjalah. Kalau tak berapa nak rajin, saya cutilah. Mak, Siti dan kawan saya yang berdua tu akan bertolak balik pada hari itu juga. Jadi saya mungkin perlu bercuti untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Alasan yang sungguh baik. Hehehe....

Ke mana destinasi saya kali ni? Tungguuuuu…..