Someone important is here for one year already. Walaupun saya tidak faham kenapa perlu diraikan tetapi sebab tugas, saya pun terlibatlah sama dalam memastikan keraian esok berjalan dengan baik. Oh tugas saya tak susah, senang aje. Tempah kek. Dan satu lagi, buat ayat untuk banner. Sebenarnya buat ayat tu secara tak sengaja sebab saya asyik terdengar-dengar boss saya dan seorang kerani sedang merancang-rancang ayat yang hendak ditulis dan maaf saya katakana, bunyinya sungguh lah tidak sedap. Not that ayat saya sedap sangat. Saya amik ayat yang orang biasa buat aje.
Tentang tempahan kek pulak, saya dah tempah kek or brownies to be more specific. Exactly the same with the one we had for Mak’s birthday last year. Ni pun sama. Oleh sebab saya sibuk-sibuk nak bagi idea, last-last saya lah yang kena order. Hahaha padan muka. Menyibuk lagi keje orang. Tak pe saya tak kisah. Bukan susah sangat pun. Jadi saya membuatnya dengan hati yang gembira.
Tapiiiii, memandangkan saya akan bercuti esok, maka tidak dapatlah saya merasa brownies itu dan tidak dapatlah saya tengok banner itu tergantung. Tak pelah, bukannya saya tak boleh makan brownies guna duit sendiri kan. Banner pun entahkan sempat siap entahkan tidak. Dan bukannya orang tu taupun saya lah tu disebalik brownies and banner tu.
Yang penting……. yeeehaaa nak pergi bercuti lagi. Sempat tu dalam sibuk-sibuk nak buat meeting dan tahap kemuflisan yang melampau. Nampak gayanya, terpaksalah saya mengorek duit tabung haji saya. Hehehe….. mengada-ngada nak melancong tapi tak reti-reti nak menyimpan. Tak pe lepas ni saya akan cuba ganti balik apa yang saya dah korek-korek selama ni tu. Insya Allah….
Boleh lah saya anggap sebagai percutian sempena ulangtahun saya yang bakal menjelang minggu depan. Bestnya. Kali ni pergi berlima; Mak, Siti, Kak Sobir, Kak Fathin dan saya. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan jua. Hmmm ini mengingatkan saya supaya segera mengemas barang-barang saya kerana saya masih belum menyiapkan hatta satu benda sekalipun untuk perjalanan ini.
2 orang sahabat baik saya (En. Afnan dan En. Nasrol) sekarang berada di Beijing. Juga dengan tujuan makan angin. Oleh kerana saya tak sekaya diorang lagi, maka saya berjalan-jalan di dalam Malaysia sajelah dulu. Insya Allah kalau ada rezeki lebih nanti, saya pun nak berjalan-jalan kat luar negara juga dan dimulai dengan umrah dulu. Harap-harap tercapai lah kan.
Saya sungguh tak sabar ni…. Penerbangan pergi adalah esok petang manakala penerbangan balik adalah pada hari Isnin malam. Saya belum pasti lagi sama ada saya nak bercuti pada hari Selasa atau tidak. Kalau rajin saya kerjalah. Kalau tak berapa nak rajin, saya cutilah. Mak, Siti dan kawan saya yang berdua tu akan bertolak balik pada hari itu juga. Jadi saya mungkin perlu bercuti untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Alasan yang sungguh baik. Hehehe....
Ke mana destinasi saya kali ni? Tungguuuuu…..
No comments:
Post a Comment