Tuesday, April 13, 2010

Saya dilahirkan pada tarikh ini 32 tahun dahulu

Hari ni genap umur saya 32 tahun. Wah terasa sangat tua apabila melihat angka itu. Tapi mengapa saya tidak merasakan bahawa saya adalah setua itu. Oh masalah ni. Masalah kerana tidak mengaku tua. Eh saya bukan tak mengaku cuma saya tidak dapat merasakan bahawa saya sudah 32 tahun. Macam tak percaya saje ye. Jiwa saya terasa seperti masih di awal 20-an sahaja. Rupanya dah di awal 30-an.

Setelah 32 tahun, bagaimanakah pencapaian hidup saya? Oh biasa-biasa saje. Tiada lah yang sangat memberansangkan. Tapi memberansangkan itu sangat subjektif. Mungkin saya rasa biasa tetapi orang lain merasakan sebaliknya. Mungkin juga saya merasakan sangat luar biasa tapi tidak pada mata orang lain.

Saya merasakan bahawa saya adalah orang yang cepat belajar. Fast learner gitu. Oh bukan saya terperasan sendiri naik lif sendiri tekan butang tetapi juga diakui oleh ramai orang. Terima kasih terima kasih. Tetapi saya juga adalah seorang yang sangat late bloomer. Maaflah saya tak tau nak terjemahkan late bloomer itu. Lambat berkembang kot. Minda saya sangat cepat berkembang tapi tidak yang lain.

Orang semua dah beranak-pinak tapi saya pula masih belum bertemu dengan pilihan hati. Orang kata saya terlalu memilih. Saya tak pasti tentang itu sebab kahwin ni bukan seperti membeli baju, kalau tak suka boleh buang. Kahwin ni komintmen sepanjang hayat. Memanglah kena memilih sikit supaya senang di kemudian hari. Sudah tentu saya tidak mahu zuriat saya kelak berbapakan lelaki yang tidak bertanggungjawab terutama sekali dalam bimbingan agama kan.

Walaupun saya tidak tahu sama ada perkahwinan itu adalah sesuatu yang saya mahukan dan baik untuk diri saya tetapi, saya telah mula berdoa supaya diberikan petunjuk. Ye saya mengaku saya saya memang lembab dalam bab-bab itu. Patutnya saya berdoa dari dulu lagi. Tak pelah, biarlah lambat tetapi yang penting ianya berhasil. Saya percaya jika ianya yang terbaik buat diri saya dan keluarga saya maka ianya akan dipermudahkan. Jika tidak, tidak mengapa kerana saya masih mepunyai keluarga yang menyayangi diri saya seadanya.

Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa diri saya adalah lebih baik berbanding dengan yang dahulu. Saya telah mula sedar tentang banyak perkara. Bukanlah saya tidak sedar selama ini tetapi saya kurang upaya untuk melawan atau menangkis godaan dan dugaan. Setiap hari saya berdoa supaya diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup yang kian sengit ini. Mudah-mudahan dipermudahkan juga dalam semua perkara.

Saya rasa lebih bertanggungjawab terhadap banyak perkara. Layanan saya kepada keluarga saya juga adalah jauh lebih baik dari dahulu. Keinginan untuk memperbaiki diri juga sangat membuak-buak. Saya harap ianya akan sentiasa membuak-buak sehingga ke akhir hayat.

Sempena dengan peningkatan usia saya ini, saya berdoa supaya diberikan kekuatan, kemudahan dan kesenangan untuk meneruskan kehidupan ini. Saya juga berdoa supaya saya menjadi seorang insan yang lebih baik dari dahulu dalam semua segi; agama, akademik, akhlak, amal ibadat dan sebagainya. Tolonglah doakan saya juga ye. Terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

happy birthday cik eny!

swit@kon said...

babe. i am proud of you.
sangat. being 27th (aku) kerap sangat whining pasal hidup. macam ko penah komen la.
dan aku respect sebab kau boleh maintain kool. serius.


anyway. Happy Birthday Eny. may the best will come. aku doakan yang terbaik semuanya untuk kau!

have fun on your birthday k!!!

dhiya zafira said...

Salam...

Selamat hari ulangtahun...semoga sentiasa di bawah perlindungan ALLAH SWT. Aku doakan yang baik2 sahaja untuk kau...

didi said...

Hepy bestday, Eny!!!!!
Aku ingin wish sesuatu yang tidak cliche dan expected seperti 'all the best' or 'may all your dreams come true'.

Oleh itu, a fitting quote would be :

"In the end, its not the years in your life that counts. Its the life in your years"

Have a good day :)

Eny Yusof said...

Terima kasih semua atas ucapan, doa dan ingatan. I had a great day yesterday.

are-za said...

Hepy belated Best day cik aini..

moga apa yg diimpikan akan menjd kenyataan...

Eny Yusof said...

Thank you are-za. And welcome to the blog.