Friday, May 07, 2010

Layak ke saya? Sesuai ke saya?

Saya ni kat office low profile aje. Eh bukan kat office je. Kat mana-mana pun memang sentiasa low profile. Tak de orang pun yang kenal melainkan kengkawan biasa tu. Tapi saya suka sebab saya memang tak suka kalau ramai sangat kenal saya. Biar kita low profile aje. Dan saya pun bukanlah orang yang aktif berpersatuan. Tapi entah macam mana last year saya telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan untuk Puspanita Caw. Kecil Kementerian saya ni. Nothing much pun nak buat dalam bab-bab kebajikan ni. Cuma bagi duit saguhati kalau ada yang kawin, beranak, masuk hospital, sakit or meninggal. Senang aje keje dia so saya terima ajelah.

This year masa mesyuarat agong hari tu, nama saya telah tercalon sekali lagi sebagai AJK. Ish..ish..ish… sapelah yang suka sangat nak mencalonkan saya yang bukannya pandai sangat bab-bab wanita ni. Tapi memandangkan yang mencalonkan itu adalah pengerusi dan timbalan pengerusi maka saya terimalah seadanya. Hehehe… tak sangka pulak top gun dua orang tu nak mencalonkan saya.

Hari ni ada mesyuarat antara AJK yang telah dilantik hari tu untuk membincang serta menyelaraskan portfolio masing-masing. (pergh ayat!) Memandangkan saya ada mesyuarat bahagian so saya tak dapatlah nak pegi mesyuarat Puspanita tu sebab saya kalau disuruh pilih antara tugas rasmi dengan tugas Puspanita, memang saya akan ketepikan Puspanita tu sebab Puspanita ni kan cuma ko-kurikulum aje.

Lepas mesyuarat bahagian selesai, saya ingat nak masuk lah mesyuarat Puspanita tu. Tapi dah selesai rupanya. Since saya tak de, diorang dah tetapkan pun portfolio untuk saya. Nak tau kali ni saya pegang biro ape pulak? Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga. OMG!!!! Pendidikan dan pembangunan keluarga????????? Saya ni berkeluarga pun belum macam manalah nak membangunkan keluarga. Eh tak baiklah saya ni. Saya bukannya belum berkeluarga tapi belum berkahwin aje. Sebab mak abah dan adik-beradik saya tu kan keluarga saya. Ampun…ampun terseilap cakap pulak.

But still…. pendidikan dan pembangunan keluarga…... Tak de ke biro lain yang lebih bersesuaian untuk saya ni. Dah la tu, antara aktiviti biro ni adalah aktiviti kewanitaan macam belajar menjahit ke, memasak ke or buat ceramah, bengkel atau kursus yang ilmiah berhubung kekeluargaan ni. Ya Allah sesuai ke saya ni? Itu untuk wanita melayu terakhir aje tu. Saya ni brutal. Mana main menjahit memasak bagai ni. Ok lah saya mengaku saya memang ada pegi join bengkel buat gelang kristal hari tu. Tapi tu sebab kena paksa sebab dah tak de orang. Saya ni kan cepat kesian. Geram-geram sebab kena paksa pun saya pegi and buatlah jugak gelang satu. Tapi kalau saya yang nak kena organize memang macam tak sesuai aje. Womanly sangat tau.

Nampak gayanya saya kenalah mencari aktiviti-aktiviti menarik untuk dicadangkan dalam mesyuarat bersama penaung nanti. Nak buat ape eh? Ada sape-sape bleh tolong bagi idea? Nak buat aktiviti masak-memasak, tapi nak masak apa eh? Aktiviti kraftangan pun, nak buat ape eh. Aritu diorang dah belajar dah jahit manik and buat bunga guna benang tu. Ish tak tau sangat la benda-benda seni perempuan ni. Tolonglah bagi cadangan ye. Thanks in advance.

2 comments:

KI said...

shahnaz dah ada idea in line. boleh berhubung terus dgn puan shahnaz di talian 3816 ye.. call aku pon ok.
hehehe. apa pun, tahniah!

Anonymous said...

btw, saya tag cik untuk pass along an award di blog saya, kalau sudi. tq.