|
Hoyeaah after sooo long |
Now that cerita kahwin cousin sudah tamat, can start with cerita ceriti lain yang sudah pun basi cuma belum tahap kulapuk je lagi. Hehehe.... This year I haven't start running yet. Lepas sakit teruk masa bulan Januari hari tu terus stop. Ada one finding masa warded hari tu yang membuatkan I'm a bit worried. Mak lagi la. Macam paranoid terus. Tak bagi I angkat berat semua but sometimes I just have to. Ye la dah selama ni macam ok je walaupun ada terasa sakitnya kadang-kadang and people know me as an active and strong person tetibe nak cakap tak larat and tak boleh buat mesti orang ingat alasan sangat kan. But among my running peers, I'm the weakest. Hahaha....
Setelah sekian lama berehat, berat badan pun naik mencanak-canak, nak tak nak kenalah start aktif balik sebelum tetibe semua dah tak kenal I sebab telah menjadi raksaksa gorgon. Hehehe..... Before this dah berapa kali terpaksa let go few event sebab ada hal. Alhamdulillah masa Hari Belia hari tu dapat la join the Standard Chartered Fun Run. Kira my first running event for this year la. Demi kerana tak nak terlepas event larian lagi, sanggup tak balik Kuantan with the other siblings tu.
Tapak event dekat area my office and since kereta ada kat worksyop, terpaksa la I menapak pagi-pagi tu. Almost 3km jugaklah from home. Berpeluh-peluh and serius rasa macam tak larat je nak teruskan dah dengan larian after that. Tapi bila jumpa kawan-kawan hilang la kejap penat tu. And betul seperti yang disangka, geng runners yang lama tak jumpa mesti tegur kata I dah chubby. Ni yang semangat nak exercise lagi ni.....
|
Orang dah ramai berkumpul |
|
Yeah let's Zumba... |
|
Best ok Zumba ni |
|
Me, Leen, Sal, Wawa and Chatul |
Selain the girls kat atas tu, muka-muka biasa lain ialah Edwin, Aizat and Wan Rahim. Ada lagi ke yang I tak sebut eh? Memang ramai and meriah ok. Warming up session was handled by guys from Zumba dance something. Memang best. Tapi jauh sangat so boleh tengok aje lah. Gambar nampak clear sebab zoom. Patut la ramai orang nak join Zumba class. Memang best ok. I aerobic yang ala-ala dancing ni suka je walaupun hakikatnya I dancing macam kayu. Hehehe.....
|
Waiting for the flag off |
|
Sempat lagi tu.... |
Lepas je flag off, macam biasa yang lain berdesup laju berlari. Mujur la berlari ni tak mengeluarkan asap. If not makan asap je lah I. Hahaha.... At first Aizat teman jugak I berlari but half way thru dia jauh ke depan. Slow sangat kot. Hahaha.... Tak pe I faham. I kan lari slow tahap gaban. So I would't mind kalau kawan-kawan tinggalkan I. Tapi kalau dalam hutan tu kena tinggal seriau la jugak kan. Kalau takat dalam bandar ni I ok je. Yang tinggal cuma I and Sal aje. Dah tak larat lari kami berjalan. Bila dah berjalan tak de maknanya nak berlari balik kan. Betul tak Sal?
|
Dekat tapi jauh |
Akhirnya sampai jugak. Penat gila tapi tak boleh berehat lagi. Kena rushing bersiap untuk wedding pulak. Lepas tu baru boleh rehat. Next cerita wedding lagi. Musim kawin betul kan.....
No comments:
Post a Comment