I totally forgotten about this event until I saw someone's FB status. Since I thought I have one whole day to spare, I dah plan macam-macam. Nak vacuum and mop the floor, do laundry, go for hair cut, groceries shopping bla...bla...bla... Sekali tengok ada larian daaaa.... Habis semua plan melayang.
The event was some CSR project of a staff at MoF. PTD junior sekarang semua kena buat CSR project. Zaman kitorang dulu tak de. Kalau ada, apa lah agaknya project I buat kan. Buat something like
"Food Not Bomb" pun ok jugak kan. Masak and bagi orang makan. I'm not a good cook but cooking for others pun best jugak instead of buat charity dekat orphanage. And ada ramai kawan yang pandai masak so boleh la ajak diorang join buat CSR dengan I kan. Cewah angan-angan.
Anyway, that morning, setelah hampir sebulan tak drive, I drive la the car sebab worksyop kata ok. Eman pun drive masa amik dari worksyop and dia kata ok. Rindunya dekat my Savvy. Tak pernah berpisah sebegini lama. Cewah. Tapi hampa betul hati ni. Masa pegi ok la. Balik tu buat hal lagi. Tak mau tukar gear so merasa la drive gear 1 je. Menjerit-jerit engine. Risau je I kot meletup ke apa. So with that, kereta akan diexport ke Kuantan untuk tindakan selanjutnya. Biar Abah pulak yang handle. Hehehe.....
|
Jerebu. Tak nampak Perdana Putra |
|
PICC pun dah terbang ke angkasa lepas. Hilang ditelan jerebu |
|
Ana, me, Wawa, Leen and Nad. Semua janji pakai warna oren |
|
Some of the participants. Yang baju hijau tu dari Rumah Amal something-something |
Jerebu agak teruk that morning. Merasa la berlari dalam jerebu kan. Apparently we came too early sebab organizer kata flag off at 8.45am. tu dah kira lewat tu. Sure panas nanti. To kill time, we ate foods inside the goodies bag and sembang-sembang. Macam-macam cerita. Then continue dengan warming up session yang sangat best. Teringat time DPA dulu. Ada tarian India bagai. Bila badan dah panas, memang syok sikit berlari.
I was slow like usual but managed to never stop ok. Alhamdulillah slow and steady sampai jugak kat finishing line. Masa berlari tu, Nadia was always by my side. At one time I heard macam bunyi motor tapi slow aje kat sebelah. Lama tapi I malas nak tengok. Bila dah lama sangat baru I perasan ada warden trafik PJH yang follow sebelah kitorang. Agaknya dia tengok kitorang ni lari slow sangat kot. Takut sakit ke apa la kot. Baiknya dia..... Oh sebenarnya behind us, ada polis traffic sekali. Wah terasa macam VIP pulak. Terima kasih ye tuan-tuan yang budiman.
|
Nad, my loyal companion |
|
Hoyeah another one. Credit to Edwin for the nice pic |
|
The kids from Rumah Amal got special goodies bag |
|
My shoes yang telah lama berehat |
Sampai kat finishing line tu terasa macam nak pitam pun ada. Terasa melayang-layang. Hehehe..... Diorang kata dari jauh dah nampak muka I merah menyala. Trademark tu. Semua benda muka I memang akan jadi merah. Tak boleh nak cover. Mujur pakai tudung. If not nampak telinga I merah sekali. Nampak ramai kawan batchmate. Pengantin baru pun ada. Leen dapat no 2. Hebat dia. Well dia memang hebat pun. Lari laju. Sebagai hadiah kerana menang tempat kedua, dia dapat dapur. Memang sesuai sangat hadiah tu. Dapur untuk memasak supaya makan banyak-banyak, jadi gemuk and berlari slow sikit. Baru la boleh bersaing dengan I. Hahahahaha......
No comments:
Post a Comment