Wednesday, June 27, 2012

Meera the writer

Few weeks ago I balik Kuantan. Ingatkan nak jumpa kanak-kanak semua tapi 3 orang dah balik kampung so tinggal la Meera sorang. Meera pun later kena pegi the other side. Tapi sebelum pegi tu dia kena siapkan homework dulu. Banyak gila homework cuti sekolah dia. Kalau pegi sana nanti tak de orang kisah pasal her homework so kenalah siapkan sebelum pegi. Dah la ada banyak PC game yang baru and best. Memang strss la makcik tu kena paksa siapkan homework and tak boleh main games kan.

Orang kena paksa buat homework
Cik Ngah pun buat homework sekali
Nak kasi dia semangat sikit, I pun temankan la dia sama. Bila buat sama barulah dia ada semangat berlumba-lumba nak siapkan. Cepat Meera.... Cik Ngah dah banyak dah ni. Haaaa sapa lagi cepat.... Kejap Cik Ngah.... Tunggu smpai Meera kat sini baru Cik Ngah tulis. Itulah yang kitorang dok sembangkan sambil menulis tu. Kalau tidak, hoih bercinta nak siapkan satu page ok. Ada je alasan dia. Dah la slow. Bukan pasal dia slow tapi sebab dia malas so tulis pun slow-slow. Sabar je lah.

Gigih ok....
Mula-mula I conteng atas newspaper je last-last tulis atas envelope barulah nampak lawa sket. FYI, I can write with both hand. Asalnya I right handed. Tapi dulu masa adik-adik I kecik lagi, I kesian tengok diorang banyak sangat homework. Kadang-kdang sampai menangis nak pegi sekolah sebab homework tak siap. I dulu selalu je homework tak siap and selalulah kena denda dengan cikgu. Kena jemur tengah panas la, ketuk ketampi la, siapkan homework kat koridor la. Macam-macam lagi lah so I know how it feels like kalau tak siapkan homework and I don't want my younger siblings to experience the same thing I did. 

So I help them to do the homework. Nak tulis guna tangan kanan tak boleh nanti cikgu tau pulak sebab tulisan I walaupun tak cantik tapi tak la suburuk tulisan budak baru belajar menulis kan so I tulis la guna tangan kiri. Mula-mula kekok tapi lama-lama boleh la tulis dengan laju sikit. Bukan takat rumi, tulisan jawi pun ada ok. Ok I tau it's not a good thing to do tapi apparently I'm not the only one who did that. I pernah nampak Abah tolong buat homework Dik Man dalam kereta. Guna tangan kanan. (Abah left handed). My father's friend pun sama. I saw him finish up the homework bila anak dia tertidur depan buku nak siapkan homework. And I'm sure ramai je lagi penah buat. Hehehe.....

Muka stress sebab banyak sangat kena tulis
One thing I don't understand ialah kenapa dari dulu sampai sekarang homework yang sama je kena buat. Bab-bab tulisan macam yang Meera kena buat ni, I rasa tak payah buat pun tak pe. Kalau buat pun maybe sebab nak bagi tulisan cantik. She can read, write and even composed a letter on her own so mesti la dia bosan bila kena tulis banyak-banyak macam ni kan. Tu belum kena tulis 123 lagi tu. Kena tulis sampi 10 ok. Padahal last year masa masuk umur 5 tahun pun buat benda yang sama. Tak berkembang minda bila asyik kena buat yang sama aje. 


Ha ha ha... he he he... hi hi hi....

Anyway, I ada kata tadi yang Meera can compose her own letter kan. Ni hari tu la ni. Agaknya dia bengang dekat Akak la kot sebab marah di ke apa so dia telah menulis surat. 

Mama, Meera sayang Mama. Cik Ma buruk. Bukan itu sahaja..... 

Tak sempat habis dah kantoi dengan Cik Ma dia. Terus tak jadi nak tulis habis. Yang tak tahan tu ayat dia, "bukan itu sahaja". Wah pandai pulak menggunakan ayat macam tu eh. Syabbas betti..... Lepas-lepas ni surat apa pulak la yang dia nak tulis.....

No comments: