Thursday, December 22, 2011

The most horrifying registration ever

I was on leave till last Tuesday. Balik Kuantan lagi untuk menguruskan Dik Man pulak. Alhamdulillah Dik Man ni walaupun sangatlah pemalas belajar tapi agaknya sebab selalu tolong picit-picit Abah so agak murah rezekinya. Dapat 2 offer; Diploma Sains Komputer kat UiTM Jengka and Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) kat Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Although I memang nak sangat dia masuk UiTM tapi abang-abangnya nak dia amik course kat poli tu aje so ke sana lah dia.

Dik Man as I selalu cerita kat sini adalah orang paling tak kisah dalam dunia ni. Semua benda dia tak kisah. The only thing yang dia kisah ialah PC games. Kalau nak shopping untuk dia pun susah. Tak tau apa yang dia nak. Mostly dia memang tak nak apa-apa. Tapi kalau dia nak tu maknanya dia nak la. 2 weeks ago masa balik I dah bawak dia beli seluar. Last week bawak beli baju and kasut pulak.

Kasut ke kelas. Another pair ialah kasut formal. Mujurlah dia tak berapa cerewet bab kasut ni

Selain kasut and baju, dia beli belt, socks and boxer. I ni kalau nak kena ke area men's underwear ni dah macam tak de perasaan dah. Hahaha..... Not that ada perasaan sebelum ni tapi tak de la tetibe segan nak pegi ke apa. Maklumlah, selalu sangat kena ke area tu untuk membeli for lelaki-lelaki kat rumah tu so dah lali dah. Lepas puas bershopping, kita isi perut pulak.

Dik Man, Meera and Akak

Me, Ayum and Jannah

Shopping tak ingat dunia. Keluar tengahari, malam baru balik. Hehehe..... Anyway, since few weeks ago I asyik la mintak documents related to the registration tapi Dik Man buat tak peduli aje. I siap pegi beli clear folder and susun semua sijil dia dalam tu tapi banyak jugak yang tak jumpa. Tuan punya badan boleh buat dek aje. Geram betul I dengan Dik Man ni tau. Dia memang buat tak peduli aje.

I saw the offer letter kata kena register on 19th December. Tapi bila I tanya dia kata 20th sebab ada surat lain lepas register online. Fine. On Monday morning, around 8am, I was in the kitchen doing the dishes when Dik Man asked to borrow my phone. Nak call kawan dia nak tanya register hari apa. Boleh?????? I pun apa lagi. Macam kena rasukan ablasa la kan. Hahaha....Teruk bebenor bunyinya. Panjang la bebelan I kan. Ok bukan bebel lagi dah. Marah ok. Everyday I tanya and mintak nak tengok borang berkaitan sekali pagi tu baru dia nak tanya.

Lepas siap cuci pinggan I tengok Dik Man tengah online. I bebel lagi tapi dia kata dia tengah tengok website poli tu. Pastu dia keluar. I baca kat website tu rupanya ada few forms yang kena downloaded and isi. Oh my. Tak tau nak describe how I feels then. Paling utama mestilah marah kan. Apa nak jadi la budak sorang ni. Tapi dalam pada mengamuk membebel tu, I pulun jugak la nak print the form tapi printer problem la pulak. Abah call Dik Man and apparently he went to cybercafe untuk print the form. I suruh Akak tolong iron baju Dik Man.

Bila Dik Man bawak balik borang tu I cepat-cepat isi. Sambil mulut membebel sambil tangan menulis. Syukurlah I ada bawak balik my official cop so tak payah la susah-susah nak buat pengesahan ke apa. Abah pun cepat-cepat kena bersiap. Followed by Dik Man. Abah marah-marah pun asyik la gelak sebab I memang mengamuk kat Dik Man. Semua orang memang tau yang Dik Man tu kan kesayangan I so amik nak kena marah dengan I kaw-kaw punya. I rasa ni la paling teruk I marah kat dia. Lepas-lepas tu macam kesian tapi masa tu memang I marah betul.

Kelam-kabut bersiap and by 10.30am dah keluar rumah. Bila sampai kat sana we were directed here and there and finally ke HEP. Sekali orang HEP tu kata kena register on 20th sebab Dik Man tak dapat asrama. Yang register on Monday tu ialah those yang dapat asrama. Hai selepas drama pagi yang hangat sekali balik macam tu aje. So petang tu I suruh Dik Man pegi gunting rambut and cuci gambar passport semua. Since pagi tu kelam-kabut isi borang, tulisan I pun dah macam apa so print balik the form and isi semula cantik-cantik. Ingatkan dah selesai kat situ rupanya tak ok.

Tuesday morning masa I check balik all the form baru I perasan yang Dik Man tak buat lagi medical check-up. So there goes another round of membebel tapi tak la seteruk semalamnya tu. Kali ni Abah pulak yang take over marah-marah. Kesian Dik Man. Asyik la kena marah tapi kali ni memang kena marah. If not until bila-bila dia takkan sedar. Ni pun tak tau la sedar ke tak sedar lagi.

One thing good about Dik Man ni ialah dia kalau kena marah dia diam aje. Tak de la melawan ke apa. Salah tak salah dia diam aje. Pastu dia tak de la nak merajuk ke apa. Lepas kena marah suruh buat apa-apa pun dia buat aje. Kalau I sorry la. Merajuk dulu sehari dua kot. Hahaha.... So sebab tu la I macam lembut hati sikit dengan Dik Man ni. Cuma bab kesengalan dia tu memang tak boleh nak tolong la. So kena la bebel-bebel sikit kan.

Kaunter pendaftaran kat HEP. Tak meriah langsung

Here he comes

Alhamdulillah dah selesai

Ada Abah aje. Masa orang lain bukan main ramai yang menghantar








Gambar atas tu sebahagian dari kawasan poli tu. Lepas register kat HEP, kena pegi ke dewan untuk ambil pakaian. Sekali Dik Man tak boleh keluar la pulak dari dewan tu. So kitorang balik dulu. Leave my phone with Dik Man in case of anything. Tu la orang beli phone mahal-mahal tak reti jaga last-last phone I jugak yang jadi mangsa.

My bus to Putrajaya pukul 4pm so by 1pm tu we went to poli sebab nak amik my phone. Sekali Dik Man nak ikut balik sebab dia bosan kat sana. Mentang-mentang la tak duduk asrama ikut suka dia aje eh. Balik, lunch and bersiap nak balik. Before ke bandar sempat la drop Dik Man kat klinik untuk buat medical check up. I was in a hurry so tak dapat la nak teman. Kesian pulak dia kena buat sendiri. Tapi tak pelah. Biar dia berdikari sikit.

Syukurlah poli tu dekat. Tak sampai half and hour pun dari my house. So apa-apa hal senang. Bayangkan kalau kena belajar jauh-jauh and semua borang tu tak de. Memang tak pegi la jawabnya kan. Dik Man....Dik Man. He's 18 and yet masih la tak tau nak uruskan diri sendiri. Hopefully bebelan I tu tak banyak sikit masuk la dalam hati dia tu. Sekarang ni kitorang ada boleh la nak lepas tangan buat tak peduli kan. Nanti kalau kitorang dah tak de macam mana la kan.

Mujur jugak abang-abang dia yang lain tak de. If not mau lagi teruk dia kena. Kesian pulak kena marah eh. Nasib le Dik Man. Lenkali nak kena marah lagi buat le perangai macam tu lagi ye. Anyway, belajar lah rajin-rajin ye Dik Man. Kami doakan Dik Man akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Hopefully tertiary education ni akan mematangkan Dik Man ni. Mudah-mudahan dia akan menjadi lebih berdisplin dan bertanggungjawab. Insya Allah.....

5 comments:

dian said...

teringat kt adik ipar i...sebaya dikman u ni la..same je perangai diorg..masa nak masuk matrik, org lain yg kisahkan hal dia..dia buat tak kisah je..kalo kene marah pun diam je dan xmerajuk. same la.

Eny Yusof said...

Dian,

Orang macam ni nak marah lebih2 pun tak sampai hati kan. Geram dan kesian. Hehehe.... Kalaulah dapat diselami hati diorang ni. And macam mana diorang berfikir sebab otak dah cerdik dah....

kakngah juga said...

aku plak yang geram membacanya.
hish kalau adik aku memang dah kenal berbakul tong lori semua.
mak aku mesti number one tak berenti membebel.

Eny Yusof said...

Kak Ngah jugak.....

Boys will be boys... Ok maybe not all tapi mostly macam ni lah. And men blamed women sbb suka membebel....

Eny Yusof said...

Btw, mom was not in the story sebab she went to work already. If nottt....