Thursday, December 15, 2011

Kenapa nak segan pulak????

Semalam ada ceramah agama sempena Maal Hijrah kat surau bawah rumah I. Panel jemputan memang hebat. Sorang tu ustazah yang jadi pengetua Ustazah Pilihan ke apa ntah tu. Sorang lagi ustaz yang tengah famous sangat sekarang ni. Cuba teka sape? Ala yang comel-comel and kelakar-kelakar tu le.... Haaa betullll... Ustaz Don. Tajuk ceramah semalam "Hijrahkah Kita?" Menarikkan.

I memang nak pegi. Partly of course la sebab nak dengar Ustaz Don live in action kan. Nampak sangat tak ikhlas eh. Surau tu memang selalu je ada buat program ceramah ni and jemputan memang selalu yang hebat-hebat tapi tak penah la pulak I amik pusing kan. Bila Ustaz Don terus tergedik-gedik nak pegi. Hahaha..... Tapi tak pe lah, niat nak ke surau dengar ceramah agama tu dah ada. Niat pun dah dapat pahala kannn....

Tapi I tak pegi pun. Syaitonnirojim telah berjaya dalam misinya untuk menggagalkan niat suci umat Muhammad ni. Nak tau kenapa I tak pegi? Bukan sebab malas ke, letih ke apa. Tapi sebab I segan nak pegi sorang. Boleh gitu? Terasa macam nak sekeh je diri sendiri kan. I yang tak kisah ke mana-mana sorang boleh tetibe segan nak pegi surau sorang-sorang. Apa kes kan..... All this while dah merata I pegi sorang. Nak kata tak pernah ke surau sorang-sorang tak jugak sebab masa bulan puasa memang I selamba je ke surau/masjid sorang-sorang. Memang no hal punyalah. Tapi tetibe semalam boleh pulak datang segan tu. Emmm segan nak jumpa Ustaz Don kah? Hahaha.... Pang sekaliiii.....

Ok ok kena serius sikit ni. Manusia ni macam ni la kan. Bila nak buat benda baik je segan la malu la. Tapi kalau nak buat benda-benda yang Allah larang kemain laju lagi. Hilang malu segala. Oh terasa insaf jugak semalam sebab asyik la tak pasti nak pegi ke tak. I keep asking myself kenapa nak segan. Kenapa? Kalau nak ikutkan mana je I tak pegi sorang. Nampaknya I masih belum kuat untuk menahan my inner demon. Just like buat dosa-dosa yang lain tu la macam tak jaga aurat, solat lewat-lewat or tak jaga hati Mak Abah. Tau salah, berdosa tapi buat jugak. Apa lah nak jadi ni?? Bila la nak insaf entah. Sighhhhhh.....

Bila kita selalu menghadiri majlis-majlis agama ni hati kita akan lebih tenang dan terdorong nak buat kebaikan. Tapi nak melangkah membawa diri ke sana punya lah susah. I think I should put that in the list of things to do. Asyik dengan aktiviti duniawi aje. Kena la selari dunia dengan akhirat ni kan. Hai kalau duduk dengan Kak Sobir mesti selalu pegi usrah kan. Dulu I selalu jugak lepak dengan geng yang warak-warak ni so selalu jugak la ikut diorang ke usrah or program berbentuk keagamaan lain. Tu pentingnya kita dalam memilih kawan ni. Silap pilih nanti kita pun sama binasa. Dapat kawan yang baik Insya Allah tak banyak sikit mesti kita akan dapat tempias baik tu kan.

Insya Allah lepas ni I akan cuba kuatkan azam dan tekad untuk pegi ke program berbentuk keagamaan. Kena buang jauh-jauh rasa segan or malu tu sebab itu sebenarnya hasutan syaitonnirojim aje. Mudah-mudahan tahun hijrah ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Kebaikan takkan datang bergolek kat kita kan. Kena lah usaha sikit.

Sape nak jadi geng surau saya? Jom laaa.......

1 comment:

1na said...

Ehem,

Sila sekeh kepala sendiri yer...

(^_^)