Thursday, December 01, 2011

Baaalik kampuuung....ooooo.... baaalik kampuuung........

Ya Allah lamanya la nak menyiapkan entry ni. Cerita awal Oktober. Dah masuk December baru nak upload. Hehehe..... Anyway, this is a super duper trooper long pictorial entry. Confirm boleh muntah tengok gambar. So read at your own risk. Hehehe.....

Balik kampung kita kena la buat aktiviti kampung kan. Tak kan nak la nak pi shopping pulak kan. So aktiviti kampung kali ni dimulakan dengan mengail ikan. Hanya lelaki dewasa je yang pegi. Lelaki baru nak dewasa tu telah dilanda keciritan yang sangat teruk. Exactly like yang diorang selalu sebut-sebut tu; "cirit or die". So memang cirit or die betullah. Kesian pulak melihat kebocoran luar kawal itu. Mesti dia frust tak dapat ikut.

Cantik tak garden table tu? Harga dalam RM150 je kot. Mana la nak cari lagi murah camtu

Dik Man naik motor dengan Pak Su. Suka la tuuu....

Moh kita mengail. Tak sia-sia bawak head lamp Energizer Night Race tu

Ecik, nak mengail kena pakai lampu ni. Baru senang

See that nice building? Itu adalah tandas ye. Bukan main hebat. Rumah Opah pulak buruk aje. Hai dunia sekarang ni kan.....

Diorang balik malam tu bawak hasil banyak la jugak. Tapi ikan kecik-kecik. I dah penat sangat so tak amik pun gambar ikan tu. Jenuh Cu siang sebab banyak sangat and kecik-kecik pulak tu. Esoknya ikan tu digoreng untuk lunch. Masya Allah sedapnya lah ai. Garing. Ish teringat ni dah rasa teringin nak makan lagi.

Esoknya ada aktiviti kampung lagi. Kampung Abah ni namanya Kampung Geluk. Terletak di pekan Lenggong, Perak. Does the name Lenggong ring any bell to you? Tak? FYI, Lenggong ni adalah kawasan warisan prasejarah. Banyak kesan prasejarah yang ada kat sini. Mostly kat kawasan gua la. Rumah Opah ni terletak betul-betul dekat salah satu kawasan gua prasejarah tu. Tandas yang cantik kemain tu adalah tandas untuk kegunaan pengunjung gua. Tapi jarak antara kawasan gua and tandas tuada la dalam 1-2km. Sempat la keciciran dulu menjelang nak sampai tandas kan. Hehehe......

I dah pernah pegi sekali ke kawasan gua tu tapi pegi depan aje. Little did I know back then yang kawasan gua tu adalah sangat besar and cantik. Yang I ingat I dah sampai gua tu rupa-rupanya sekadar pintu depan salah satu gua aje. Next time kalau balik kampung lagi nak pegi sekali lagi. Ramai-ramai lagi best.

Ready nak ke gua with water and spek mata hitam


Geng pengembaraan bermula. Again Ayum tak dapat ikut sebab tak sihat lagi

Ok dah sampai


Last time we all sampai sini aje sebab ingatkan ini jelah guanya

Macam-macam formasi batu ada


Masih pakai spek mata hitam Pak Uda dia tu


Not sure whether lubang ni kesan orang korek untuk tahi kelawar atau arkeologi site


Masuk ke dalam untuk ke gua-gua lain



Ada 3 gua lagi. Campur yang tadi ada 4 la untuk area sini

Ada pelantar kayu untuk memudahkan pengunjung bergerak dari satu gua ke gua yang lain




Gua yang kedua



Ada banyak kulit siput kat sini. Kubur siput ke apa ni.....

Setiap gua ada papan kenyataan mengenai latar belakang gua tu

Elok-elok Meera. Licin kawasan ni

Cantik kawasan ni tapi tak boleh nak explore sangat sebab licin and semua pakai selipar aje


Posing sket. Hehehe.....

Peta menunjukkan kawasan gua yang besar sebenarnya tu

Ke gua yang ketiga pulak

Suka pegang botol macam tu tau

Cantik.....

Kawasan kajian arkeologi yang masih baru

Besar dan banyak kesan galian. Agak-agak apa la yang diorang jumpa eh

Another site



Dalam jugak lubang-lubang tu

Posing sket....


Ok ke gua yang lain pulak

Penat jugak tapi seronok

Meera takut la tu. Tak lepas tangan Pak Chik tu

Memang panjang pelantar ni. Kiri kanan ada pokok getah yang masih ditoreh

Tetibe Dik Man muncul. Dah la kitorang cuak sebab gua yang keempat tu namanya Gua Ngaum sebab ada harimau so cepat-cepat nak pegi dari situ. Sekali terdengar ada bunyi-bunyian. Memang cuak lah. Dik Man rupa-rupanya. Hehehe.....

Kesian Dik Man. By the time dia sampai kitorang dah nak balik dah pun. Tu la tadi nak ikut Pak Su sangat....

Meera yang telah berjaya conquer semua gua tu

Nice pose. Boleh letak dalam FB ni. Hehehe.....


Cantik kan. Macam terowong

Sape la yang gatal tangan tu eh. Habis rosak gua


Macam meja je batu tu


Ok this is scary ok. Tetibe ada macam muka kat batu tu. Nampak tak? Jauh ni tapi I zoom kasi clear

Tu batu yang macam orang. Perasan tak?

Kat gua pertama tu ada entrance untuk another gua

Diorang ingat nak masuk la

Tapi tak jadi sebab gelap sangat and head lamp tu tak cukup terang. Next time kita bawak peralatan yang cukup ye

Memang best la pengembaraan ke gua ni. Yang tak bestnya sebab tak bawak lampu and diorang pakai selipar aje so licin sket la. Pastu tak cukup quorum. Lenkali ajak ramai-ramai baru meriah and berani sikit. Ajak Pak Su jadi tour guide baru la boleh masukke setiap celah. Pak Su tu berani wooo..... So kalau korang ada kesempatan ke Lenggong, sila-silalah melawat keindahan kawasan gua tu. Macam-macam sejarah. Ada kaitan dengan Sang Kelembai. Sapapenah dengar pasal Sang Kelembai? Famous tuuuu....

Larat lagi ke ni? Macam jauh aje lagi perjalanan balik kita ni

Meera, Cik Ngah bawak pi mandi sungai nak tak?

Tak habis-habis dengan spek Pak Uda tu

Meera nak cuci kaki aje

Dia ni hantu air. Memang tak de maknanya nak cuci kaki aje

Kan dah kata. Ada berpuluh-puluh gambar penuh aksi Meera kat sungai yang dah nak kering ni. Sakan sungguh nooo.....

Siap nyanyi-nyanyi lagi. Menari pun ye

Cik Ngah, meh la mandi sekali. Best niiii....

Balik tu dia ajak Ucu pulak. Kesian Ucu tak sihat so mandi kejap aje. Buat syarat

Sakan Meera beraktiviti. Mana ke guanya. Mana mandi sungainya. Baguslah. Baru la terasa keseronokan bila balik kampung kan. Dia pun suka jugak dengan aktiviti kampung kitorang ni. Baguslah...... Lenkali boleh ikut lagi. Kalau yang jenis merengek memanjang macam Nabila tu susah sikit la nak bawak. Hehehe.....

Despite asyik la beraktiviti, tapi yang sebenarnya I sibuk buat kerja jugak tau. Even masa kat gua tu pun asyik la menjawab call. Mujur la ada coverage. Pastu kejap-kejap emel. Kejap-kejap emel. Nasib la kan. Dah tau keje banyak tapi nak cuti jugak so pandai-pandai la buat keje tu ye. Kang boss tak kasi cuti lagi dah kang baru tau.....

Hoih penat la buat entry ni. Nak tido jap. Nanti sambung....

3 comments:

swit@kon said...

an awesome archaeological site.
aku gi dengan team arkeologis. seronok dengar depa cerita. dan banyak benda depa jumpa. kau naik tak sampai tempat Perak Man?

hehehe.

Eny Yusof said...

Yanti,

Perak pun at the other side. Ingat next time balik nak pegi sana and Gua Gunung Runtuh sekali.

swit@kon said...

yup. if nak guide aku leh rekomen. haha