Tuesday, November 29, 2011

Stressnyaaaa.....

Hari ni saya sangat stress sampai rasa nak menangis. Hahaha..... Over je tau. Benda kecik pun nak nangis. Tapi betul la. Hari yang penuh menyetresskan. Stress sebab sakit hati, marah, buntu, sibuk, eh macam-macam la. Semua tu terkumpul dan menyebabkan saya tak tau nak rasa macam mana dah. Tu pasal rasa macam nak nangis aje.

Don't worry. Saya bukan putus cinta ke apa. Ni semua keje punya pasal aje. So memang macam kecik je la kot pada orang lain. Maybe saya je kot yang emosi tak tentu pasal. Tapi tak kisah la apa pun yang pasti saya sangat tak suka dengan apa yang saya terpaksa buat ni.

Honestly, saya tak kisah kalau sampai tak tido malam demi nak menyiapkan keje saya tapi kalau terpaksa menyusahkan diri pasal keje orang lain memang saya tak suka. Saya ada banyak keja yang saya nak kena buat. Nak-nak hujung tahun ni kan. Semua benda nak kena settlekan before 31st December. Tup tup nak kena cover keje orang lain. Memang la saya panas hati. Tak cukup lagi ke dengan beban keje saya ni?????? Keje orang saya nak kena cover keje saya ada orang penah cover???? Cuti ke apa ke saya jugak yang buat ok.

Lantak la kalau orang nak kata apa pun yang pasti saya memang tak suka nak cover-cover keje orang kalau bukan sebab yang solid. Nak-nak orang yang kita cover tu boleh buat tak pot je. Lagi la panas hati ni kan. So saya memang respek la dengan orang lain yang pernah cover keje tu tapi sikit pun tak kisah. Saya respek je la tapi saya rasa saya tak boleh jadi macam tu. Saya ni emosional. Extremist plak tu. So nasib la kan.

Ye saya tau ramai la yang mengata. Eleh baru buat sekali dah kecoh. Orang lain buat banyak kali sikit pun tak komen. Sukati la kalau saya nak kecoh pun kan. Sebab tak kira la sekali ke sejuta kali ke tapi tu bukan keje saya. So mesti la saya tak puas hati kalau tetibe je nak kena buat kan. Bukan pasal saya nak berkira keje ke apa tapi keje saya sendiri dah sedia banyak ok. Kalau saya cover keje orang pastu ada orang cover keje saya tu satu hal la jugak.

Esok sampai Jumaat saya kena handle bengkel. Selain dari bengkel tu ada beberapa isu lain yang penting dan memerlukan follow up dan sebagainya. Dalam masa yang sama saya kena siapkan keje ni. Masalahnya keje yang saya buat ni kena fokus mengadap yang tu aje. Tak sempat la nak side track buat benda lain. Tambah stress ialah saya tak faham benda yang saya nak tulis ni. Entah apa isu yang dikupas pun saya tak tahu. Saya tak nak la buat keje ni sekadar melepaskan batuk di tangga aje walaupun itu bukan keje saya. Maybe hasilnya tetap la tak sebaik atau sesempurna orang lain tapi sekurang-kurangnya saya cuba buat yang terbaik. Kalau ada yang mengutuk jugak tu tak tau la nak kata apa.

Selalunya saya tak kisah entertain call walaupun tak berkaitan directly dengan saya. "No wrong door policy" gitu. Tapi hari ni saya cuma entertain call yang betul-betul saya je yang boleh jawab. Kalau boleh pass kat orang lain memang saya passkan. Maaflah kepada yang menelefon sebab directly suruh call orang lain. Hari ni saya bertukar policy; "No door here, just a wall". Hahaha...... Ada ke policy gitu? Sama jugak lah kalau bab-bab kena cop-cop and sign-sign ni. Selalunya lambakkan je lah banyak mana pun. Saya signkan aje. Tapi hari ni malasnya nak sign apa-apa. Mujurlah tak banyak.

Sejak dari hari Jumaat lagi saya dah berdoa supaya ditabahkan hati dan diberi ketenangan. Dipermudahkan dalam melaksanakan tugas yang diberi. Dan paling penting biar positif je minda dan hati ni. Eh sebenarnya tiap-tiap hari doa macam tu tapi kalau ada keje yang penting atau besar memang saya doa fokus pada keje yang itu. Boleh gitu???? Hehehe..... Tapi ada ketika-ketikanya hati ni terasa geram, marah dan sebagainya. Nak-nak bila terasa buntu sebab tak de idea nak meneruskan penulisan. Mulalah hati tu macam-macam kan. Last-last nak nangis. Hahaha...... Over je perempuan ni tau.

Adoi keje ni tak siap lagi. Esok ada bengkel. Boss pun tak de sebab ada keje lain. So kena la saya ke bengkel tu. Kalau dah ke bengkel bila masa saya nak mengadap keje ni. Malam ni kena la cuba siapkan. Tapi macam tak siap je. Confirm kena aim dengan big boss sebab lembab. Tulis minit pun lembab. Ye lah.... ye lah.... saya memang lembab pun. Tapi sekurang-kurangnya keje saya, saya buat sendiri. Kannnn.......

Tak pasal-pasal hari ni kena balik lambat. Sampai rumah terus mandi dan solat Maghrib. Alhamdulillah lepas solat tu terasa la tenang sikit. Tak la mendongkol aje hati ni. Mudah-mudahan tenang la sampai sudah dan dapatla tido dengan lenanya malam ni. Insya Allah.

Oh actually dalam pada stress sampai nak menangis tu ada satu berita gembira hari ni. Tapi tak boleh nak gembira sangat selagi keje yang satu ni tak selesai. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang diberi. Tak kisah la cepat ke lambat ke akhirnya ianya sesuatu yang pasti juga. Adakah kepastian ini akan mengubah status saya di tempat sekarang? Macam tak je. Tapi tak pelah. At least ianya adalah sesuatu yang pasti buat saya. Di mata yang lain, kepastian itu yang penting. Kannnn....

Oklah nak sambung buat keje orang lain ni. Tarik nafas........ hembus slow slow. Kasi tenang sikit hati dan minda ni. Think positive Eny...... Think positive.....

No comments: