Ntah camana la saya boleh layan cerita Melayu ni. Padahal ada cerita Korea at the same time. Cerita ni tak de la best mana. Kadang-kadang tu nampak macam slapstik sangat tapi sesuai la nak kalau nak buat gelak-gelak untuk hilang stress. Setiap watak memang lawak. Lawak sebab kadang-kadang tu macam over.
Contohnya Shajiri yang jadi abang ipar si Hakimi tu. Dia tu ala-ala lelaki lembut yang kadang-kadang over sangat. Memang kena la dengan Intan Azura yang jadi isteri dia tu. Fezrul Khan pun sebagai Hakimi boleh tahan lawak la. Siap menari ntah ape-ape ntah. Juliana Evans pulak cantik aje dalam cerita ni. Tapi kadang-kadang nampak macam mengarut gak lah diorang ni. Saya suka jugak dekat Donna lakonan Nadia Mustapha. Tapi saya paling tak suka dengan Norkhairiah sebab terlalu over sangat. Semua cerita pun macam tuuu je gayanya. Bosan ah. Watak-watak tambahan lain ok-ok je lah. Tony Eusoff yang kasanova, pastu Kat Mentor jadi model terkenal yang cakap pun macam poyo. Nak tau lebih lagi silalah tengok. Eh tapi korang bukan layan sangat cerita-cerita macam ni kan. Korang kan layan Glee. Hehehe....
Anyway, sebab tengok cerita ni jugaklah saya suka sangat dekat lagu Destinasi Cinta yang Siti Nurhaliza nyanyi tu. Actually dulu pun suka jugak sebab lagu ni macam rancak and catchy tapi sekarang ni asyik nak dengar lagu tu aje.
Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta TerindahKau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan
Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati
Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba
Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…
Dalam je maksud lagu ni eh. Hihihi...
No comments:
Post a Comment