Yet another of my basi story. Ini dah basi tahap berkulat dah ni. Hahaha….. This one happened right after my PTK exam. Retreat at PD. Last year we had our retreat at Lumut and until today I haven’t put any updates on that. Sungguh la dasar pemalas. Hehehe….
If last year Abah and Mamat tagged along, well this year it’s Jannah, Siti and Adah turn. They came by bus on that Thursday night. Friday was public holiday for Maulidur Rasul so after breakfast, we packed the leftovers and went for a last minutes shopping session at Jusco Equine. Since there’s abundance of leftovers, packed some for Eman too. Lagipun rumah dia depan Jusco Equine ajepun. Oh I remember now, we went to Jusco sebab Jannah nak beli inner. I bought a new blouse for her and she forgot to bring inner to wear with that. Sempat la belikan Adah 3 pairs of earrings. Very cute the earrings tau.
Since PD is not that far away plus bawak ramai orang, I opt to drive this time. My 1st to PD but oklah. I managed to pull through despite berpusing-pusing jugak nak mencari Le Paris tu. The verdict; Le Paris and Costa Rica tu tak best la. Not like other hotels yang I pernah stay kat PD and also Marina Cove where we had our retreat last year. Macam dah usang aje the hotel. Pastu the beach dirty, ada banyak kapal and pelantar apekebendantah that makes the water not suitable for mandi-manda although ramai aje pun yang berenang-renang dengan gembira.
Lepas registration, lepak bilik aje and that night after dinner ada la discussion sket. Tapi the discussion was more on our Jubli Emas thingy. Bukannya on SKT pun. Siap melarat-larat sampai lewat malam. By the time I balik bilik, budak-bdak tu dah tido pun.
Next day, wake up early untuk senam pagi. Buat regangan mana patut and then poco-poco. I and Edwin kena naik atas stage sekali dengan instructor. I rindu lah senamrobik kat INTENGAH dulu. Itulah yang terbest pernah I joined. Lepas senamrobik, breakfast and sambung dengan sukaneka.
You know what, this year punya arrangement suck big time ok. Ni sume sebab adalah sorang tu yang conquer. Dia budget dia selalu buat benda alah ni maka dia hebat lah. Tak langsung. We come to have fun tapi in the end, lot to grumbles at. Not that we didn’t have fun tapi banyak benda yang tak kena. Like for example kan, for every games, boleh ada beberapa group aje and every group max 5 orang. Justifikasinya sebab hadiah ada 5 ketul aje in each pack. Last year hadiahnya cuma makanan ringan macam tu so group member berapa ramai pun tak kisah sebab makan lah serba sikit kan. Lagipun orang datang bukan nak hadiah sangat but to just chill out and have fun. Dan untuk merapatkan ukhwah sesama staff. 5 ketul tu tau ape? Tupperware jenama Avon yang dah reject kot sebab tak boleh tutup. I got a lot lah jugak tapi hampeh satu pun tak boleh tutup.
Pastu kan, games bebudak dicampur aje jadi budak kecik tak sekolah kena bersaing dengan budak besar yang dah sekolah menengah. Dah tentulah tak menang kan. Paling tak boleh blah, anak-anak orang tu jugak yang conquer semua games and dapat hadiah. Sian kat budak-budak bawah umur yang tak sekolah lagi termasuklah Adah. Anak sedara I tu punyalah tinggi semangat kesukanannya sampai semua games dia masuk tapi hampeh tak dapat ape. Kecuali kutip gula-gula tu jelah. Paling bengang, untuk colouring contest, anak-anak orang tu yang dah sekolah rendah boleh menang untuk kategori budak-budak tak sekolah. Haish orang macam ni pun ada. Tak tau nak cakap apa.
As for me, I masuk monkey run, tiup belon and isi air dalam botol. Semua pun menang. Tak banyak benda nak main so itu ajelah yang I joined. Abis sukaneka rehat kejap before lunch. After lunch lepak bilik kejap pastu turun main kat pool. I, Jannah and Adah aje yang turun sebab Siti nak tido. Si Adah yang beria nak main kat pool tapi bila bawak masuk pool, asyik menjerit-meraung takut. Buat malu aje. Geram betul I. Nak buat camne, budak-budak. Lepas main kat pool naik mandi and turun balik untuk colouring contest pulak. Tapi hampeh tak dapat ape walaupun cuma ada 3 orang aje contestant untuk kategori tak sekolah lagi. I bukan lah kebulur sangat nak hadiah tapi kesian lah kat budak-budak sebab malam tu masa pemyampaian hadiah, diorang dok tertunggu-tunggu bila lah turn diorang nak dapat hadiah. Siaaaannn.
Dinner malam tu kayasyou turun. Sempat nyanyi satu lagu lagi. Makanan ok lah. Sambil makan, amik hadiah and karaoke. Pastu naik tido. Esoknya lepas breakfast kitorang gerak balik. Nothing much to do. Orang lain pakat pulun main kat pool lagi tapi I malas lah sebab penuh gila pool tu. Ramai sangat tak selesa lah. Pastu dibuatnya budak sorang tu meraung-raung macam semalam kan malu nanti. So balik ajelah jawabnya.
Overall, retreat yang tak best. Last year walaupun buat last minutes tapi best sebab sama-sama buat, bukannya kena conquer dengan sorang yang perasan bagus aje. Hopefully next year punya akan lebih best.
Comel je Adah dengan bunga besar tu. Time senyum memang la comel tapi time buat perangai memang geraaaaam aje. Nasib baik dapat Cik Ngah yang baik ni tau. Kalau tak dah kena sebijik. Hahaha....
Ambik nak. Bukan setakat gula-gula, dengan tepung-tepung sekali dikautnya. Tepung tu punya banyak, boleh buat cekdok ok. Tapi kitorang tak la amik masak pulak kan. Itu jelah pun hadiah yang dia dapat. Gula-gula. Yang game lain hampeh tak dapat apa pun. Siaaan.
Tengok la anak sedara I yang sangat bersemangat kesukanan ni. Abis semua game dia masuk. Tiup belon, bowling kelapa and isi air dalam botol. Syabbas betta. Eh silap, syabbas betti. Nanti besar boleh jadi olahragawati ok.
Tak cukup dengan games, masuk mewarna pulak. Tapi dah bukan rezeki nak dapat hadiah. Tak pe, next time Cik Ngah bawak lagi eh. 3 pasang subang yang comel tu kira hadiah la eh.
Well takkan nak biar anak sedara over shadow mak sedara kan. Mak sedara pun aktif ok. Masuk banyak games. Menang plak tu. Anak sedara jangan jeles eh.
Ini penyokong setia. Setakat main satu game aje. Pastu dok melekat kat dinding aje. Diorang ni bukan ape, shy-shy gitu
Oren aje eh. Games ala-ala je tapi bila dah ramai-ramai tu meriah la jugak.
Lawak sangat game ni. Tengok la my boss and En. Nasrol tu. Dah macam gymnast ke ape je. EO lagi tak boleh blah. Siap bukak baju semua. Nak tayang badan la tu. Nasib baik badan maintain baik punya. Hahaha....
Boss Didi nyanyi. I reserved my comment. Hihi...
Sebelum balik semua bantai berendam dulu except for us. Tak kuasa lah nak bersesak-sesak kat pool tu. Tengok tu, the biggest float ever. Terperanjat I masa mula-mula nampak. Camne la nak tiup tu eh. Putus nafas. Hehehe....
No comments:
Post a Comment