Wednesday, May 26, 2010

Histeria lah pulak

Eeee tadi kan berlaku sesuatu yang menakutkan kat ofis ni. Ada orang kerasukan. Scary kan. Saya tengah berborak-borak dangan colleague kat sebelah when suddenly librarian datang berlari-lari bagitau ada orang kerasukan dekat library. Semua orang pegi tengok kecuali saya dan seorang dua staff yang lain. Saya bukan apa, sejak dah duduk sorang-sorang ni, malas nak berani tak tentu pasal ni. Kang balik kang mula lah teringat-ingat dan terbayang-bayang. Cerita-cerita horror kat TV pun malas nak tengok dah.

Sebenarnya kalau nak ikut, dah berpuluh kali saya tengok orang kerasukan or histeria ni. Mula-mula masa sekolah. Biasalah kalau dok asrama ni memang tak boleh lari dari histeria. Sama ada sebagai mangsa atau sebagai penonton. Pastu masa saya sekolah dulu, kena migrain pun sampai meronta-ronta and meracau-racau. Eh bukan saya lah tapi kawan-kawan dan senior saya. Ish tak faham saya macam mana boleh jadi macam tu sebab lepas saya tinggalkan sekolah tu, tak penah dah saya jumpa orang kena migrain sampai macam kena histeria. Ke sebenarnya diorang tu histeria? Entah la, saya ni cuma tukang pegang or tukang tengok aje. 

Pastu masa kat U, laaaagi banyak pengalaman saya dengan benda-benda histeria ni. First sekali masa minggu induksi saya. Masa tu dah tengah malam pun. Kitorang tengah kena bebel dengan kakak-kakak senior kat Dataran Kenanga. Tetiba ada sorang menjerit sebab ternamapk sesuatu. Kesudahannya semua bertempiaran lari. Memang horror lah masa tu. Dah tak tau nak ke mana diorang kumpulkan kitorang kat surau Kolej Cempaka. Kat dalam tu ramai yang menangis ketakutan. Pastu boleh dengar orang yang menjerit meraung kat luar. Tapi yang tak tahan tu, bila Resident Staff datang, dia suruh semua balik tidur kat bilik masing-masing. Tak simpati langsung dia ni tau. Tak de nya kitorang nak balik bilik sendiri yang duduk berdua tu je. Kitorang squatting kat dorm.

Ada satu sem tu ada budak kerasukan. Memang teruk la. Habis bertempiaran budak-budak lari balik rumah. Saya nak lari ke mana? Duduk jugak lah kat asrama tu. Tapi semua pun squatting je. Dulu kat Kolej Delima tu bilik berdua or bertiga je. Bila lepas kejadian tu, memang duduk beramai-ramai. Tapi kejap aje la. Bila semua dah reda, back to normal la. Yang tak tahan tu, dalam pada ramai yang takut-takut and squatting sana-sini, sibuk la diorang nak buat sportcheck tak bagi squatting. Over tau. Orang takut la, bukannya ajak orang luar squatting. 

Pastu saya selalu jadi facilitator untuk minggu induksi bagi new student intake. Dulu kampus UiTM Shah Alam tu tak macam sekarang. Masa saya mula-mula masuk banyak pokok kelapa sawit lagi. Kira banyak hutan la. Pastu during my senior year, diorang tebang semua pokok-pokok tu untuk buat building baru. Masa diorang mula-mula tebang tu, ada new student intake. Masya Allah masa tu memang teruklah sape yang jadi fasi ni. Histeria manjang. Sekali kena ramai-ramai pulak tu. Imagine saya yang masa tu cuma 40kg aje, asyik kena papah orang yang kena histeria aje kejenya. Penat ok.

Ada sekali tu saya tengah berehat dengan beberapa fasi yang lain kat dalam bilik gerakan. Dalam tu ada lah beberapa junior yang hardcore histeria punya. Tapi masa tu diorang ok. Sebab selalu kena, kitorang asingkan diorang and letak kat dalam bilik tu. Elok diorang bersembang sesama sendiri, tiba-tiba ada orang bukak pintu. Terus budak-budak tadi menggelupur macam ayam kena sembelih ok. Terkejut saya. Tapi yang kelakarnya, masa orang semua tengah ketakutan dan terperanjat tu, nak tau saya fikir ape? Sambil tengok budak-budak tu menggelupur, dalam hati saya berkata. "oooo macam ni rupanya orang kena histeria". Ye lah selalunya saya tengok time dah kena, tak pernah tengok dari awal.

Masa malam perasmian, memandangkan terlalu ramai student baru, diorang buat dekat stadium. Lepas perasmian tu, kitorang suruhlah freshies semua tu beratur nak balik ke Kolej Seroja. Sekali ramai pulak yang kena histeria la. Sapa yang pernah study kat UiTM Shah Alam tau la betapa jauhnya jarak antara stadium dengan Kolej Seroja. Dah la berjalan kaki, sambil berjalan tu baca la selawat semua. Kuat-kuat dan ramai-ramai ok. Yang budak-budak tu kitorang bariskan bertiga-tiga and masing-masing memang peluklah kawan kiri kanan tu. Fasi pulak kenalah jalan kat tepi tu sambil bersedia untuk sambut and usung mana yang rebah. Berpeluh sakan ok malam tu. Well fasi pun takut jugaklah sebenarnya tapi kenalah tabah. Kang kitorang ke mana budak-budak tu pun ke manalah. Tapi serius terasa macam tough sangat malam tu. Dan merasa jugaklah cium ketiak orang semua. Maklumlah junior semua lagi besar dari senior.

Pak cik saya pandai mengubat orang. So kadang-kadang dia datang untuk mengubat orang kat rumah kitorang kat Kuantan tu. Merasa jugak lah saya tengok orang yang ada benda-benda ni. Paling latest masa sambut birthday ayah saya masa bulan Februari aritu. Siap adik ipar saya pun kena jugak sebab dia memang ada history kena histeria ni.

So tadi saya memang tak mo join tengok. Malas lah. Nanti makan hari jugak teringat-ingat. Alhamdulillah ada ustaz dan ustazah yang datang tolong so dah ok lah budaknya. Dan menurut cerita, dia ni memang hardcore histeria jugaklah. Selalu kena. Nak buat macam mana, dah nasib dia.

Saya cuma mampu berdoa agar saya diberikan kekuatan dan tidak dilemahkan semangat dengan benda-benda macam ni. Dan saya juga berdoa semoga hijab saya terus tertutup dari melihat atau mendengar atau merasai kehadiran entiti-entiti yang tidak diundang ni. Amin. Bukan apa, saya rasa saya ni mungkin lama je akan duduk sorang ni. Hehehe.... Tapi kalau dah duduk berdua atau beramai-ramai pun, tetap saya nak hijab saya tertutup jugak. Biarlah tak nampak. Dah la saya ni imaginasi tinggi Kang semua benda pun saya nak terimaginasi. Hish tak sanggup la. Nanti semua benda pun nak takut. Susahlah kan. So semoga saya berani dan terus berani. Amin.  
    

Tuesday, May 25, 2010

Saya macam gila kerana mereka

Sekarang ni setiap malam tergelak sorang-sorang. Bercakap sorang pun selalu. Nak tau kenapa? Sebab tengok cerita ni.


Ntah camana la saya boleh layan cerita Melayu ni. Padahal ada cerita Korea at the same time. Cerita ni tak de la best mana. Kadang-kadang tu nampak macam slapstik sangat tapi sesuai la nak kalau nak buat gelak-gelak untuk hilang stress. Setiap watak memang lawak. Lawak sebab kadang-kadang tu macam over.

Contohnya Shajiri yang jadi abang ipar si Hakimi tu. Dia tu ala-ala lelaki lembut yang kadang-kadang over sangat. Memang kena la dengan Intan Azura yang jadi isteri dia tu. Fezrul Khan pun sebagai Hakimi boleh tahan lawak la. Siap menari ntah ape-ape ntah. Juliana Evans pulak cantik aje dalam cerita ni. Tapi kadang-kadang nampak macam mengarut gak lah diorang ni. Saya suka jugak dekat Donna lakonan Nadia Mustapha. Tapi saya paling tak suka dengan Norkhairiah sebab terlalu over sangat. Semua cerita pun macam tuuu je gayanya. Bosan ah. Watak-watak tambahan lain ok-ok je lah. Tony Eusoff yang kasanova, pastu Kat Mentor jadi model terkenal yang cakap pun macam poyo. Nak tau lebih lagi silalah tengok. Eh tapi korang bukan layan sangat cerita-cerita macam ni kan. Korang kan layan Glee. Hehehe....

Anyway, sebab tengok cerita ni jugaklah saya suka sangat dekat lagu Destinasi Cinta yang Siti Nurhaliza nyanyi tu. Actually dulu pun suka jugak sebab lagu ni macam rancak and catchy tapi sekarang ni asyik nak dengar lagu tu aje.

Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan

Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati

Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…

Dalam je maksud lagu ni eh. Hihihi...
 

I have enough of it

Since the spread of the news, peoples kept asking me the same question over and over again it got to the point that it really annoyed me. I know these peoples just trying to be nice but come on la, there’s so much more than buying some special dress for it. So this morning, when one staff asked that same question again, I blurted my annoyance with the question. I didn’t mean it but I guess it might offend her. My bad but please, life is not revolve around new dresses only. Well at least to me.

Ok I will wear my new baju kurung if it’ll please you guys. In fact I have few that I haven’t worn yet. Well make it 5 to be more exact. But even if I don’t have new dress to wear, I won’t buy new one just because of that special occasion. If you all noticed, even at weddings or any event that I went, I wore the same baju kurung that I wear to work. I’m not into having new dresses for special occasion type. Ok maybe not yet. But still, it’s my prerogative to choose what to wear, right?

Ok maybe I’m just too emotional on this. But seriously, to be asked the same question many times a day for many days in a row can bring down the patience of even the most patience people. I don’t know about you guys but I am. So please, stop asking me on buying new dress ok. Thank you.

Monday, May 24, 2010

Dah takdirnya begitu

Yesterday after breakfast at Dayah and Fadroy place, we went to DinSaya (Mydin) to buy some groceries. Nothing much to buy actually but when I did want to buy something, funny thing happened ok. Ok it’s not that funny but biasalah with friends, everything will be funny right. And mind you, this is my 3rd time having to face the same situation ok.

I wanted to but some instant jelly powder and it was on display at the highest rack. At DinSaya, their highest racks are really high ok. I can’t seem to reach the boxes. Dayah and Fadroy tried to help but to no avail. Dayah then went to ask for help and the sales staff that came was seriously tall ok. It didn’t cause him any effort at all to pick the boxes. Grrrrr….



I remember my first time having to face this. It was at one of this hypermarket so many years ago. I couldn’t reach…. hmmm can’t seem to remember plak the stuff then. It was on display at the highest rack. Kenapalah benda-benda yang best ni korang display kat atas weh. Sape yang buat planogram ni? Oh for those yang tak tau, planogram adalah sistem yang dibuat untuk display barang and ada kaedahnya untuk menentukan which item to be display at which level with how many facing and stuff. Ehem-ehem thanks to my 3 and half years in retail industry I have some knowledge on this. Anyway, I jump-jump and still can’t reached the stuff. Toleh kiri-kanan and I saw one Chinese couple. The man was tall enough so I asked for his help. He did help me but he and his girl macam tersenyum-senyum la jugak. Funny eh?

Second time was in 2007 at Giant The Mines. I was with my housemates then. I wanted to buy this ironing board cover and the hook was a bit high that it took quite a few try to take it off from the hook. While I was busy pulling, someone saw me and he tried to help. But as he reached out to help, it finally came off. Fuh lega. Eh that man macho gak tau. Very muscular build but nah I’m not into muscular man. He’s the head of security there. Terus nak borak-borak dengan I. Sempat lagi tu. Oh he thought I was a student then. Sheesh orang dah tua ok.

And 3rd time was yesterday. Although being petite ni ada advantagenya like people always thought I am way younger than my real age but inilah antara disadvantagenya. Kat rumah pun, I have stool to use whenever I wanted to pick something from my kitchen cabinet. At home oklah but at public place sometimes quite embarrassing jugak ok. But I normally laugh it off je. Nak marah buat apa lah kan. Dah takdir. Hehehe….

Now I know la...

Brand new day with a brand new tyres. Haha boleh gitu. After 2 years and 10 month with 50,000km, I finally change my tyres. All four together. And because of that, I managed to learn a bit about tyre that I never ever knew before. I can’t imagine how it’ll be without internet because these days, I Googled just about anything and everything.

Anyway, let me share something I learn from the internet. I’m sure most of us sometimes don’t even know what the numbers stood for; like one of my friend; changed her tyres berpuluh-puluh kali but when I asked her about tyre, she can only tell that she used a 15” tyre.


So the number stated on the tyre refers to its width/thickness/rim size.


More detailed explanation.

Basically, when we want to change the tyre, besides looking for the right spec, there's one more thing to check but it's not written on the above pic; the manufactured date. There are 4 digit; the first two refers to the week of the year and the later one refers to the year. For example, mine was 1010. Meaning the tyre was manufactured on the 10th week of 2010, early March to be more specific. So it's a brand new tyre. This one I got from my dad. You might not want to buy tyres that are older than 6 month old.  

Ini baru basic. Later when I know more, I'll share it here ok. Like which one better, thicker or thinner tyre? I pun tak tau yang ni.  

Friday, May 21, 2010

Kenapa? Tak puas hati ke?

Not sure whether I should blog about this or not. Not something nice to share but I guess maybe it’ll answer someone question on why. Yeah why does it happen? Not really sure myself but you know what, she started it first and my action; total ignorance of her existence. Haha boleh gitu? And due to that, she’s kind of bengang with me. Bengang dia je ke nak kira, bengang orang tak kira ke. But then again, why would she feel offended coz I never asked her to help me in any way. Like I said, I totally ignore her existence. Every one adores her. Well except for me obviously. And I have my reason. Ok make that reasons. With “s”. I guess that’s why she felt offended kot. That I don’t adore her like everyone else. Do I care?

Although she really pissed me off before, never in any way I shared it with anyone else in the same department because I have no intention to create any scene or inharmonious working environment and this thing was just about her and me. No one should know. Good for her and good for me.

But she crossed the border already. Was spreading the thing to subordinate staff. Come on, you can do better than that. Umur je tua tapi perangai macam hampeh. Kalau tak puas hati dengan saya, sila berjumpa dengan saya. No need to talk behind my back ok.

She obviously never thought of the consequences of her action. I was keeping things quietly so no one knows. She talk about it and everyone would start nosing around digging to know more. Should I start talking about it? Nanti sape yang malu? I’m not because I did nothing. If I talk about her bad stuff, dari orang tak tau akan menjadi tahu. And can she make sure that people will treat her the same then? She pissed me off and instead of making more scene like shouting and all, I just ignore her. That’s all. Kenapa? Tak boleh terima hakikat ke?

Totally not worthy of my time. So unprofessional. I want to see how long it’ll go. Nak tengok cacing kepanasan. As far as I’m concern, I’m still me. Masih cool seperti biasa. Tapi sila jangan cuba-cuba ok. Thank you.

Thursday, May 20, 2010

Hari yang mandom

Aduh sakitnya lah gigi saya ni. Semalam buat review and dentist tukar wire untuk gigi bawah. I've noticed the wire became thicker and thicker. Kesudahannya sampai saat ini, gigi saya terasa sakit, sengal, ngilu dan sebagainya. Dalam tidur pun terasa sakitnya tau. Oleh sebab itu, wahai Cik Switakon, silalah consider back your decision untuk memakai braces kerana ianya amatlah menyakit dan menyiksakan. Since saya dah terpakai dan terbayar, nak tak nak kenalah abiskan juga the treatment. 

Sudah la gigi saya sakit yang menyebabkan saya sukar nak makan and nak bercakap, hari ni office di landa garuda lah pulak. Semua pun tak de. Ni kat luar ni tinggal saya sorang aje. Kerani-kerani semua pegi exam KPSL. Ye lah diorang pun nak la naik pangkat jugak kan. Pegawai yang ada 3-4 kerat ni pun tinggal saya satu kerat aje. Yang lain pegi meeting or tak datang. Boss-boss pulak semuanya outstation ke Johor termasuklah big boss sekali. Kesudahannya, saya kenalah menjawab telefon. 

Telefon ni pun satu. Dah la saya tak sure telefon mana yang berbunyi. Pastu manalah saya nak hafal ext no setiap orang kan. Kan dah fail jawab panggilan dalam 3 deringan. Pastu nanti cakap macam tak berapa nak clear je. Maklumlah mulut yang sakit ni nak cakap pun kena cover-cover. Air liur pun rasa banyak je. (ok memang gross ah pakai braces ni). Patutnya semua kena pakai telefon canggih yang boleh pick up setiap call tanpa perlu tekan berbutang-butang. Saya pun tak hafal-hafal step nak tarik call sebab banyak sangat benda nak kena tekan. Dulu masa keje private, walaupun syarikat cokia je tapi telefon senang nak guna. Ada lampu berkelip-kelip kalau ada call masuk so sape pun boleh pick up. 

Hah tu baru sorang pegawai masuk. Amboi mentang-mentang boss-bos semua tak de boleh la datang sesuka hati eh. Camne nak lead by example ni. Tak paham saya. Ok lah nak sambung tenung excel yang telah menyebabkan mata saya stress aje sejak-dua menjak ni.    

Sunshine Award

Mucho gusto gracias to Kylnn kerana sudi berkongsi award ini dengan saya. Anda adalah orang kedua yang memberi saya award. Walaupun sedikit lambat memberi respons, namun saya harap masih belum terlewat untuk mengwujudkan keceriaan di hati blogger-blogger yang saya pilih nanti.

Macam biasa, setiap award adalah syarat-syaratnya eh. So, the rules are as follow:-

  1. Nominate 12 more bloggers
    • Suhana Azlin's Secret Little Garden (indahnya kehidupan dia.... tapi tak seindah tinggal di Malaysia yang boleh makan macam-macam la.. haha)
    • Khadijah's Soto dan Wajik (kenapa lama tak dak ni?)
    • Rohafiza's Bila Dia (perempuan ) Berblog (I don't exactly know her in person walaupun sama batch but thanks to blogging, saya lebih mengenali dia sekarang)
    • Fara Izwin's Yang Bahagia (memang bahagia lah kalau dapat anak yang comei macam Cik Bom tu. anyway, apa kata kita jog sesama sebab aku pun takut kena culik gak)
    • Um Liyana's Yang Berbintang-bintang (tengah sibuk nak merisik bagai. pengakhiran yang bahagia ye Um. Wedding card nanti jangan lupa cckan kat UDPA satu. Haha..)
    • Shafina's err...errr... nak letak apa eh Pnut? (sedang mengecapi kemanisan rumahtangga. hahaha ayat tak bleh blah)
    • Fatahah's Yang Suka Berlari (susahnya nak sama-sama berenang dengan dia ni. berlari, berenang, lagi apa nak buat weh?)
    • Intan Yusmahani's Sesuatu (baju dan mekapnya cantik-cantik. hehehe... tolong ajar sket camne nak mekap mata.)
    • Syareena's Secret Garden (i guess yang ni tamannya lebih besar dari Lin lah kot sebab Lin punya Little Garden and yang ni Garden aje. anyway, sangat obsess dengan beg Coach and dah lama menghilang. ke mana kamu?
    • Nurdiyana's Doodlings (i wish to have her mouth. hahaha...)
    • Norerianti's Sanctuary (rasanya dia ni tengah mid-twenties crisis kot. biasalah kan)
    • eh dah cukup ke blom ni? ramainya dah ni. sape-sape nak amiklah weh.  
  2. Put the logo onto your sidebar or within a post. Done!
  3. Link the nominees within your post. Done!
  4. Let the nominess know they have received this award by commenting on their respective blog. OTW.
  5. Share the love and link to the person from whom you have received the award. Dah lama link pun

Wednesday, May 19, 2010

Penat la nak fikir

Lately ni rasa mata sangat stress sebab asyik tengok screen aje siang malam. Maybe patut cuba Permata Hijrah la kan. Bagi segar sikit mata ni. Bila mata stress, rasa pening kepala la. Abih camne nak buat keje kalau tak boleh ngadap computer kan. Tapi update blog boleh la pulak eh. Hehehe…

Anyway bukan itu yang saya nak membebel hari ni. Wah asyik membebel aje sekarang ni eh. Actually ni benda lama tapi makin lama makin melampau la diorang ni. Macam semalam. Tak boleh blah betul baca pasal budak umur 15 yang buat maksiat dengan budak umur 19. Pastu beranak and tanam anak tu. Ape ke gilanya budak-budak sekarang ni? Saya dulu umur 15 tak terfikir langsung benda-benda macam ni. Tersentuh sikit pun boleh melompat inikan pulak nak bercinta and berlebih-lebih sampai terberanak semua ni.

Buat maksiat dah satu dosa. Pastu beranak anak luar nikah pulak tu. Paling keji tahap dewa peringkat kelapan ialah membuang anak. Buang kat tong sampah la, dalam sungai la, dalam longkang la. Apa ke bangangnya diorang ni. Hah kan saya dah terkeluar dah cakap bangang ni. Yang lebih memalu dan mendukacitakan saya ialah semua yang bangang-bangang ni adalah anak bangsa saya sendiri yang beragama Islam.

Hello omputih yang kafir pun tau nak jaga anak luar nikah ni tau. Pernah ke korang baca pasal omputih yang buang anak sana-sini? Kita bukan main la mengutuk bagai omputih yang kafir ni. Tapi realitinya diorang ni jauh lebih baik dan bagus dari kita. Sayangnya tak dapat hidayah dari Allah aje. Diorang ni kalau dah termengandung, either jaga anak tu sendiri or serah untuk adoption. Kita? Campak buang sana-sini.

Kalau dah tak nak sangat pun anak tu, hantarlah kat hospital ke, rumah kebajikan ke or kat mana-mana support center ni. Nak hantar sana malu la pulak eh tapi buat maksiat siang malam tak malu plak eh. Kat orang lain tau malu tapi kat Allah and kat malaikat yang dok kiri kanan tu tak malu lah pulak eh. Hish menyirap je rasa kalau cakap pasal diorang ni tau.

Orang lain berabis beribu-ribu duit nak dpat anak. Diorang ni senang-senang aje buang. Yang semalam tu bila dah kena tangkap baru la nak merayu mintak maaf bagai. Nak belajar lagi la, mak bapak orang susah la, eh macam-macam alasan la bagi.

Ni satu lagi benda yang saya tak boleh terima. Bila kena tangkap mulalah cakap pasal keluarga susah la, mak bapak dah tua la, adik-adik or anak-anak kecik lagi la, tanggungan ramai la. Masa buat salah tu tak fikir ke? Kenapa bila dah kena baru nak fikir? Itu semua alasan semata-mata. Give them no mercy. Jangan terima rayuan-rayuan ni. Kalau terima satu, semua pun nak merayu. Memanglah sebagai manusia kita sena ada belas kasihan dan saling maaf-memaafi tapi orang macam ni tak layak nak dibelas kasihankan. Lagi satu, kalau nak minta maaf, minta ampun la dengan Allah, bukan buat cerita sedih kait mak bapak sedara-mara semua.

Everyone deserve a second chance. Tapi saya rasa saya tak boleh bagi peluang kat orang-orang macam ni. Untuk memuaskan nafsu sendiri, semua jadi mangsa. Mak ayah dan keluarga kena tanggung malu, polis, bomba, peguam semua kena keje lebih, emosi-emosi wanita-wanita yang telah berusaha untuk mendapat anak pun terganggu, pastu duit pembayar cukai lagi membazir bayar makan diorang ni kat penjara, duit mak bapak diorang nak bayar lawyer semua tu dan emosi saya yang turut terganggu bila baca cerita diorang ni.

Tolonglah. Saya ni dah ada banyak benda nak kena fikir. Tambah plak ngan benda-benda macam ni. Buat orang stress aje tau. Tapi kan, betullah apa yang dikata oleh bijak pandai ilmuan agama selama ni. Undang-undang manusia ni sama macam tikus baiki labu aje. Makin merosakkan manusia aje. Kalau kita buat hukum hudud, Insya Allah semua pun takut nak buat maksiat. Kalau udang-undang konvensional, setakat masuk penjara aje. Paling teruk pun kenalah sebat or hukum gantung. Tapi kalau hukum hudud, kena zass terus. Nak kena rejam? Nak kena rotan di khalayak? Ada berani? Mesti orang takut punyalah.

Rasa nak lari dok dalam hutan ajelah macam ni. Tak yah fikir apa-apa. Abis kuat pun takut binatang liar and takut hantu aje. Ini macam-macam nak fikir. Penat la.

High maintenance kah?

Saya tak pakai pakaian yang mahal-mahal. Saya tak pakai mekap. Ok kadang-kadang tu adalah tapi jenama pun bukanlah yang mahal-mahal. Saya tak pakai perfume. Handbag pun jenama murah-murah aje. Barangan penjagaan muka pun biasa-biasa saja. Saya tak pegi spa. Ok ada la pegi sekali. Saloon pun samalah. Tak pernah buat hair treatment ke apa ke. Manicure pedicure lagilah. Jadi saya sebenarnya mengamalkan gaya hidup sederhana. (Ewah!) Tapi apabila dilihat-lihat balik, sebenarnya saya ni high maintenance jugak la. Nampak macam sikit-sikit aje tapi bila ditambah semua sekali, saya memang banyak spend untuk barang-barang jagaan diri selain dari jagaan rumah dan makan. Well rumah pun perlukan jagaan jugak kan.

Kalau datang rumah saya, barangan pencuci adalah lebih banyak dari barang-barang lain. Saya ada bahan pencuci khas untuk setiap benda. Dah macam obsess pulak eh. Nanti kalau rajin saya amik gambar apa yang ada kat rumah saya eh. Ada gambar baru syok nak cerita.

Anyway, due to some serious bout of itchiness, saya terpaksa menukar sabun mandi saya. Dulu saya pakai Lifebuoy range. I use both the bar and the liquid soap. Maklumlah sekarang ni kan banyak je kuman-kuman kat sekeliling jadi kenalah pakai sesuatu yang antibacterial kan. Dettol dan Protex adalah sangat mengeringkan. Sebelum tu saya guna Shokubutsu. Tapi dah bertahun guna jadi saya tukar pada Lifebuoy. Tapi saya perasan kulit saya menjadi sangat kering sampai nampak putih-putih tu kalau saya pakai liquid soap dia. Saya amik yang total protect ke apa ntah. Maybe saya patut amik yang nourishing or moisturizing kan. Konon-konon nak protect against kuman-kuman la eh. Sudahnya kering gila kulit saya. Pastu sekarang itchy mitchy plak tu. Stress tau. Setiap kali ada allergies breakout, saya rasa macam unhygienic sangat. Padahal saya ni sangatlah hygenic freak. Hehehe…

Sebab kekeringan itu makin teruk, maka saya terpaksa lah tukar kepada Sebamed. Kenapa saya pilih Sebamed? Well sejarah saya bersama Sebamed ni dah lama so saya sangat percaya kepada Sebamed. Dulu adik saya ada alahan yang sangat teruk sampai ke tahap bernanah dan berdarah semua tu. Doktor suruh pakai Sebamed. Saya lah tu yang jadi tukang mandikan adik saya tu. Lama-lama baik lah alahan dia tu. Pastu masa saya umur 25 tahun, saya suffers from serious zits breakout. Muka saya sangat horror ok. Tak caya tanyalah semua yang kenal saya masa saya mula-mula keja ngan Guardian dulu. Kalau amik gambar pun bleh nampak merah-merah kat pipi dan dahi saya. Ugly Betty pun kalah masa tu. Setelah mencuba pelbagai benda, akhirnya saya pakai Sebamed. Sebamed bar aje. Cuci muka pakai Sebamed bar pastu tak pakai apa-apa langsung dah. No toner, no moisturizer no nothing. Alhamdulillah selepas beberapa buku sabun saya pakai, semua orang tegur kata muka saya dah elok. Lama-lama bila dah clean betul muka saya barulah saya start pakai ZA semua tu.
So sejak saya pakai Sebamed balik ni,.kulit saya dah tak kering dah. Tapi nak maintain pakai Sebamed ni memanglah perit. Satu bar yang 100g harga dia RM9.90. Yang 150g plak RM14.90. Sebab sabun dia sangalah lembut, both boleh tahan dalam seminggu aje. Kalau seminggu RM14.90, sebulan dah RM59.60. Itu baru sabun mandi aje tu. Dah la saya ni tukar berus gigi every 2-3 weeks. So turnover rate untuk sabun dan berus gigi saya adalah sangat tinggi ok. Untuk berus gigi, saya guna Aquafresh. Kadang-kadang susah jugak nak cari Aquafresh ni so terpaksa beli yang lain. That’s why saya selalu beli berus gigi. Kalau datang rumah saya, boleh tengok stock berus gigi saya yang agak banyak. (Dids, ingat tak masa DPA? Dalam ramai-ramai, sape yang ko cari untuk berus gigi? Hehehe)


Itu baru 2 benda. Banyaklah lagi benda kecik-kecik lain yang saya anggap penting dan menyebabkan saya menjadi seorang yang high maintenance juga. Imagine kalau saya ni jenis yang bergaya sakan? Memang kurus lah jadinya sebab tak cukup duit nak makan. Hahaha…

Tuesday, May 18, 2010

Cerita parking lagi... (tak habis-habis eh)

Tak paham la dengan manusia-manusia sekarang ni. Semuanya sangat menjual ikan (selfish). Sampai tahap melampau dah diorang ni. Saya pun dah tahap menyampah gila bila tengok orang yang macam ni. Ingat senang diri sendiri je. Orang lain tak fikir. Ok la kadang-kadang benda yang dia buat tu tak la melibatkan orang lain, specifically saya but still menyampah mata saya ni tengok. Susah jugak jadi orang yang skema ni. Oh skema sangat ke saya? But still, ada benda-benda kecik yang kita fail to give attention tu. Apakebenda yang saya merepek pagi-pagi ni?

Macam ni, saya rasa satu Malaya dah tau yang Putrajaya ni memang menghadapi masalah parking yang serius. Siap ada liputan khas dalam paper lagi. Ye saya pun tau tu. Dan kerana kekurangan parking itu maka double parking telah menjadi satu amalan yang diterima. Walaupun penat terpaksa menolak kereta orang saban petang, tapi saya menerima keadaan itu kerana kalau saya lewat, saya pun akan double park juga. Tapi itu sangat jarang berlaku kerana saya sanggup datang awal supaya saya dapat parking kereta saya di petak yang sepatutnya dan tidak perlu mendouble park yang akan menyusahkan orang untuk menolak kereta saya dan menyebabkan saya dihantui rasa bersalah sepanjang hari.

Kereta besar yang double park pastu double park dengan hand brake yang ditarik adalah common ok. Pastu sekarang ada yang datang awal tapi still tak mo park kat dalam petak parking yang masih kosong tu. Rela parking melintang sana-sini demi tak nak tolak kereta lain masa balik nanti. Apa guna ada petak parking kalau nak parking sesuka hati je? Saya faham kalau parking tu dah penuh. Ini tak, banyak lagi yang kosong. Saya tau kerana saya kan datang awal so masa saya datang memang parking kosong belambak tapi ramai je yang dengan muka selamba tak bersalahnya parking kat tepi dinding la, kat tepi tiang la, kat laluan la. Haish…. inilah orang Malaysia. Peraturan adalah untuk dilanggar, bukan untuk dipatuhi.

Kalau kena clamp marah, menyumpah berbakul-bakul tapi korang yang mintak. Patutnya security tu kena check. Sapa yang parking lintang-pukang before 7.15am (sebab 7.15 tu normally parking dah penuh la) kena clamp kete diorang. Bukannya apa, bila main parking aje ni, kan ke susah orang lain nak masuk petak parking yang masih kosong tu. Ruang yang elok boleh guna nak reverse kereta ke apa ke dah jadi sempit sebab ada kereta lain yang dah halang. Haish memang saya tak paham dengan orang-orang kat Putrajaya ni.

Tu baru citer pasal parking. Belum lagi citer pasal bawak kereta macam orang gila, langgar traffic light merah and banyak lagilah. Jangan ingat Putrajaya ni bandar terancang and majoritinya penjawat awam maka bandar ini adalah aman damai dan tenteram ye. Banyak cerita balik tabir sebenarnya. Boleh suggest kat TV buat special documentary on Putrajaya ni. “The Dark Side of Putrajaya” Pergh mesti rating naik punya ni.

What ever it is, kepada sesiapa yang ada membuat perangai sebegitu, sila-sila lah ubah perangai buruk anda itu. Buat malu Malaysia aje. Nanti dah terbiasa, terbawa-bawa kat mana-mana jugak. Pastu makin galak la expatriate-expatriate semua tu tulis artikel pasal orang Malaysia yang berperangai tak senonoh ni. Nampak macam kecik tapi sungguh tak patriotic ok.

Sekian bebelan saya untuk hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday, May 16, 2010

Hujung minggu gaya orang kaya-kaya

Semalam dan hari ni terasa macam orang kaya-kaya aje. Terasa ajelah bukannya betul-betul. Tapi kalau betul pun apa salahnya kan. Hehehe.... Anyway, sempena dengan sambutan Hari Belia 2010 yang disambut secara besar-besaran di Putrajaya ni, saya telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara Jalan Ria. En. Afnan dan Shikin pun turut saya jebakkan sekali. En. Nasrol pun saya ada ajak tapi dia tu biasalah. Kalau benda-benda melibatkan acara senaman ni memang tak mo nya dia nak join. Tapi kalau senaman tekak tu laju aje ye. Ooopss jangan marah no!

Sambil tunggu Shikin, sempat la main-main kat playground dulu

Ni lah jadinya kalau masa kecik-kecik dulu tak puas main kat playground. So sape-sape yang ada anak tu silalah bawak anak-anak main kat playground puas-puas supaya besar nanti tak jadi macam ni.

By the time kitorang sampai, orang lain dah halfway dah pun. So memang tak de chance nak dapat medal ke apa ke. Tu yang naik motor tu petugas yang iring kitorang. 

Makcik Shikin yang menyebabkan kitorang lambat. Sempat pegi mobile toilet kat Pancarona lagi ok. Sabor je lah ngan makcik sorang ni. Maybe kena hantar pi DPA balik ni

Chaiyo chaiyo. Dah sampai finishing line pun

Berjaya jugak dapat sijil. Kalau sampai awal dapat mini trophy. Tak pelah, tak de rezeki. Better luck next time

Yang ni tak tau apa motif. 

Dengan CC Kewangan. Tengah berjalan sambil bersukaria, terserempak dengan CC so teruskan bersama sampai finishing line. Ramai orang KKLW and semua pun pakai oren. 

Ada gaya penjual tak? Sambil tunggu lucky draw kitorang jalan-jalan kat gerai yang baru nak bukak kat situ. Tapi saya ni kalau bab-bab cabutan bertuah ni memang tak penah yang bertuah lah. So memang tak menang apa-apa pun

Tengoklah tu betapa banyaknya bekas-bekas minuman yang ditinggalkan bersepah-sepah. Memang tak de sivic manners la orang Malaysia ni. Satu keje pulak nak suruh cleaners bersihkan. Bukannya susah pun. Dah minum terus buang dalam tong sampah. As simple as that pun tak boleh buat ke?

As usual sempat la bergambar sikit-sikit kat depan Istana Keadilan tu. Kalau tak kerana Jalan Ria ni memang tak ah nak bergambar kat situ. 

Kenapa khemah yang diberi lebih fokus? Saya nak kubah la, kubah.

Yes like this. Sila fokus kat kubah, bukan khemah. Hehehe....

Yes gambar berdua begini adalah wajib

Pose terhangat masa kini. Tak caya?

Betul tak? Ada banyak lagi gambar dengan pose yang sama ok. Adakah ianya berlaku kerana tak buat regangan sebelum itu?

Lepas bersukan, perut pun lapar. Since ada orang kaya nak belanja maka tempatnya haruslah yang bersesuaian kan. Hahaha.... statement!!!!

Encik yang kaya, nak bawa kat mana eh?

Kat sana? Wow ni baru lah betul breakfast like a king.

Ganas diorang ni. Siap berlawan pisau ok. Sabar-sabar bawak bertenang. Nanti sampai la makanan tu nanti.

Much better. Thank you.

I ordered fried kueh teow like this but.....

I got this instead. Takkan nak refuse plak kan. Dah la lama kena tunggu. So makan aje la labu....

Aik, masih dengan pose yang sama lagi?

Yeah pose di tangga perlu ada

Amik gambar diri sendiri ajelah nampaknya....

Yup gambar berdua perlu ada walau di mana jua ok

Macam hos rancangan TV plak

Lepas bersenam ni memang ceria terlebih agaknya eh

Later pegi wedding Tehah pulak. Congratulations on your wedding. Semoga berbahagia ke syurga. Lepas wedding Tehah, ke Mines untuk repair phone Shikin. Sempat la merayap sana sini sementara tu. Dengan baju kurungnya, dengan heels nya. Skema sangat rasanya kalau berjalan pakai baju jurung ni. Kalau weekdays tu lain la.

Ini pulak breakfast for today. Breakfast ye. Hanim yang masakkan. Tak makan kang merajuk pulak so makan ajelah. Kesudahannya pening kepala makan lamb pagi-pagi.

So kesimpulannya, hujung minggu ni saya makan seperti orang kaya-kaya aje. Orang kaya pun tak makan lamb pagi-pagi ok. Not to be repeated again la. Tak bagus untuk pencernaan. Hehehe... Anyway, saya paling tak suka kalau ada event besar kat Putrajaya ni. Tak pasal-pasal orang yang duduk kat sini jadi susah. Nak-nak saya yang duduk within walking distance dengan tapak pesta kat tengah bandar tu. Jalan tutup sana-sini pastu jem tak hengat punya. Nak keluar pun susah. Orang lain berduyun-duyun serbu Putrajaya, tapi saya memang tak de la nak pegi berpesta pora ni. Ramai sangat manusia, tak selesa. Lega dah selesai pestanya esok. Tak de la stress sangat nak keluar rumah. 

Esok dah keje.... aduhai malasnya lah. Rasa cepat sangat berlalu weekend kali ni. Tak puas lagi berehat.