Monday, November 30, 2009

Balik Kampung Day 2

We left Sungai Petani quite early on Sunday. Destinasi berikutnya; Alor Star. Sampai rumah Pak Teh around noon. Both tak de kat rumah masa tu, busy dengan wedding prep. Rehat jap sambil tunggu Pak Teh and Mak Teh balik. Lepas lunch tolong buat bunga telur. Pastu melekat depan TV.

Atikah (my other cousin yang dok kat KL) dah sampai pagi tu. Petang pulak Nina (anak Pak Teh) and Atikah keluar. Mak Teh ajak sekali tapi I kalau dah depan TV, sori la nak gerak kemana-mana ni. Hah tu pasal I’m still quite reluctant to buy my own TV coz bila dengan TV ni, satu benda pun takkan jadi, asyik nak mengadap aje TV tu. Lepas satu, satu cerita. (Err Didi nak tumpang tengok Sony 40” ko tu bleh? Hehe)

Petang tu Along (pengantin lelaki) balik. Ingatkan kalau dah pegi rumah pengantin perempuan tu tak boleh balik sampai majlis menyambut menantu, rupanya boleh aje ek. Orang dok sibuk dengan wedding prep dia, si pengantin sibuk online. Macam tak caya aje Along dah kawin sebab perangai macam budak-budak lagi dia ni. Badan pun kecik aje. Untuk minum petang, kami makan kuih kasturi yang super sedap. Tau tak kuih kasturi ni? Ala yang guna kacang hijau pastu goreng tu. Uih sedap gila terasa-rasa sampai sekarang ni. Dah belajar macam mana nak buat lepas ni boleh la try

Dari petang bawak ke malam. Tak habis-habis dengan TV lagi. Malam tu diorang ke dewan nak tengok final prep. Puas la diorang ajak I memang tak mo join punya. Tengok cerita Hulk kot masa tu. Gila betullah kene penangan TV ni. Malam tu tido pun depan TV jugak. Malas nak cari port lain.

Eh kejap lagi nak balik dah. Esok sambung eh.

Balik Kampung Day 1 (updated with photos)

Pengembaraan cuti-cuti sakan bermula! Friday tu lepas balik kerja dengan semangatnya saya telah memasak untuk santapan keluarga yang nak datang. Before that pick up Eman dulu and beli barang kat pasar borong. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Rupanya bertolak lewat dari Kuantan. Around 1am baru sampai. Abah, Mak, Dik Man, Akak and Ayum aje yang datang whilst yang lain tinggal.

Saturday tu bertolak dari Putrajaya agak lewat juga sebab banyak benda nak punggah bawak balik ke kampung. FYI, kami ni kalau nak balik kampung macam nak pindah terus dah. Segala benda nak angkut. Bukan setakat kain baju, selimut, bantal dan sebagainya pun nak dibawak. Nasib kereta tu tak besar mana. Agaknya kalau ada caravan macam omputeh tu, memang kosong la rumah sebab semua kene angkut sekali. Heavy traveller gitu. Mamat dah ada kat umah Apis kat Sungai Petani so nanti pick up dia dari sana aje.

On the way singgah Ipoh dulu untuk lunch. Since tol kat Jelapang tu dah berubah, Abah tersalah masuk lorong and kesudahannya kene u-turn kat Kuala Kangsar sana. Punyalah jauh nak pusing. Lepas lunch and solat, gerak ke Sungai Petani. On the way tu Apis telefon nak bagitau kecut perut nak pegi merisik. Haish macam nak pi menikah aje. Sambil tu tanya sekali pasal cincin merisik. Sekali dia bagitau tak de cincin. Laaa takkan nak pi merisik tangan kosong aje kan. So suh dia pi cari cincin belah rotan yang simple-simple aje.

By 6pm kami sampai kat Tesco Sungai Petani. Plannya nak cari bakul and buah sebagai buah tangan sambil merisik. Merata kami cari bakul last-last rembat aje apa yang ada. Apis and Mamat jumpa kitorang kat Tesco aje. Apis beli cincin harga RM300++. Siap ada love-love lagi. Semangat betul. Cincin belah rotan lebih mahal katanya. Sampai rumah Apis dalam kul 7 lebih. Selang 2-3 minit later Abang Murad (my cousin) pun sampai. Punyalah lama tak jumpa sampai dia pun tak kenal dah. Iyelah masa last jumpa dulu I was 7-8 years old aje and dia pun baru masuk army. Sekarang dia dah beranak pinak whilst I pulak dah banyak usianya. Tua dah gitu.

Sambil bersiap tu I kerjakan bakul dengan buah-buah tu. Dapat kat orang tak creative macam I ni memang nasib malanglah. Ntah ape jadinya tapi tak kisah lah labu, asalkan ada bakul dan buah. Huhihi…

Bersiap lebih kurang and bergerak lah kami ke destinasi seterusnya iaitu Sik. Jauh jugak tempatnya. Pastu kena masuk hutan belantara dengan jalan yang sempit dan turun naik bukit. Kecut je perut sepanjang perjalanan tu. Rumahnya betul tepi gaung. Ish adventurous betul. Kami sampai pun dah lewat, dalam kul 10 lebih kot. Oh selamat tak payah jadi jurucakap; Mak dan Abah yang bercakap. Tu pun diorang dok tolak menolak suh cakap. Abang Murad tolong cover sket-sket.

Since kami ni jauh dan ada banyak komitmen lain, Abah decided nak buat bertunang sekali terus masa nak nikah nanti. So tak payah la nak datang banyak kali. Pihak perempuan pun setuju aje jadiknya majlis tu nanti buat bulan 9 tahun depan. Hah yang tu pun ada cerita lucu nak cerita tapi nanti buat entry lain lah eh.

Balik tu singgah rumah Abang Murad dulu sebab anak dia dah siap masak pun untuk kami. Makan dan berborak and sampai kul 2am lebih kurang. That night tido kat rumah Apis.

Tu baru sehari. Banyak lagi hari ni. Fun gilalah. Ok to be continued…..


Ni masa on the way ke Sungai Petani. Syok naik kereta Abah ni sebab besar so boleh la nak tido dengan selesanya. Siap berselimut bagai ok.


Ni lah bakal ahli keluaga baru kami nanti....
Bakul buah tu I yang buat. Harap orang yang keras tangannya ni memang hampeh lah hasilnya kan. Tapi lebih baik ada dari tak de langsung kan.


Isnin yang mandom

Tuan punya blog ini telah kembali semula bertugas. Bila dah lama beriang-ria cuti sesuka hati makanya mood nak kerja pun hampeh. Kan best kalau tak yah keje sampai bila-bila. Hahaha… Anyway seminggu (8 days and 7 nights) yang sangat busy dan memenatkan tetapi sangatlah best tidak terperi. Berat badan juga telah bertambah dengan jayanya.

Tapi kegembiraan itu belum dapat menutup kekecewaan hati ini dengan apa yang telah berlaku sebelum cuti aritu sehingga rasa nak update pun tak berapa nak ada. Kecewa sangat tau. Kecewa dengan diri sendiri yang buta IT tapi masih mengada-ngada nak godam itu ini macam hebat sangat. Kesudahannya penat lelah selama ini habis begitu saje. Hampes betul.

Oklah nak sambung keje dulu. Later ada masa I’ll update ok.

Friday, November 20, 2009

Ape dah jadi ni!!!!!!

Ah tensionnya. Tulah sape suh gatal sangat tangan tu nak godek sana-sini. Konon-konon nak bagi cantik terus hilang semua. Aaaarggghhh.... Camana ni....

Braces review

3rd ones for today. Hehehe… Not that I takde keje tapi sambil-sambillah kan….

Anyway, yesterday, as being planned I went to do my braces review. Brought along the bracket yang tercabut itu. The dentist tak cakap apa pun. Told her that baru je tercabut pun and since it was the behind ones so tak de la datang immediately. Kalau kat depan tu memang terus datang punyalah. Dia cuma tergelak and cakap dah agak dah. Hihihi…

So she removed the old wire and put a new one. Surprisingly, tak delah sakit apa pun masa putting the new wire tu walaupun masa spit out tu memang ada berdarah sikit. Not like what I’ve heard before that mengetatkan braces adalah sangat sakit. I dah macam bersedia nak tahan sakit like masa mula-mula pasang dulu in which gigi rasa ketat aje tapi nothing pun. Tak taulah kalau 2-3 hari nanti rasa sakit tu datang.

Cumanya bila dah ganti wire tu memang tak selesalah. Kan last time I ada bagitau yang wire sebelah kanan bawah tu terpatah masa makan sotong kat Sabah haritu kan. So the end wire dah jadi pendek and tak de lah asyik tercucuk aje kat inner cheek tu. Ni dah ganti baru so ada wire yang akan protruded kat both end, upper and lower. Tu yang tak best tu sebab wires tu akan asyik tercucuk kat inner cheek, sakit and tak selesalah. Took times jugaklah nak get used to it.

Sometimes kalau dah tak tahan sangat I put on the wax. Tapi bila pakai wax pun kadang-kadang susah jugak sebab belakang sangat so susah nak lekatkan wax tu and most of the time akan tercabut la. Dah tercabut tu sure tertelan punya kan. Hehehe… Eh bahaya tak kalau tertelan wax tu hah? Risau jugak tapi terlupa pulak nak tanya kat dentist tu.

Overall my teeth dah aligned dengan agak baik jugaklah especially the upper ones. Lower ones walaupun ada perubahan but still need more work to be done. Later bila dah aligned tu baru akan pulled back kot. Tak sure lagi camana. Tapi those yang dah lama tak jumpa I will notice the different. My front teeth dah aligned and tidak lagi protruded ke depan sangat.

Photos later lah ye. Malam tadi ingat nak edit la photo-photo yang pegi outstation haritu so that boleh upload hari ni tapi ntah kenapa lappy tu buat hal. Lembab and asyik hang aje. Memang menyakitkan hati je semalam coz tidak ada satu photo pun yang dapat diedit. Not even one walaupun try banyak kali ok.

Haish bila nak petang ni… Tak sabar nak balik kampung ni….

Balik kampung... ooohhh balik kampung......

Eh hari ni dah hari Jumaat kan. Wah cepat betul masa berlalu. Tup tup dah Disember. Pastu tahun 2010. And I’ll be 32 next year!!! Aduh terasa begitu tua diri ini. Tualah sangat lah kan… Eh tapi fizikal tak nampak tua kan… Umur je kan…. Hehehe….

Anyway, setelah sekian lama tidak bercuti, in fact cuti tahun ini belum terusik, makanya minggu depan saya akan bercuti selama seminggu. Wooohooo syoknya (walaupun dalam hati risau sebab keje banyak weh). Bercuti bersama keluarga tersayang. Kali ni tak balik Kuantan and duduk melepak je depan TV tapi berjalan-jalan ke tempat lain. Balik kampung sebenarnya.

Since nak attend wedding Along (my cousin) kat Alor Setar this coming Monday and kebetulan pulak raya haji next Friday so amik la cuti seminggu terus. Pastu ada pulak agenda baru nak pegi merisik on Sunday nanti. Banyak berjalan nanti nih.

Raya haji kali ni nak beraya ngan Opah kat Lenggong. Dah lama tak balik beraya so tu yang balik lama sikit kali ni. Nak buat kenduri sekali rasanya. Yang bestnya bila balik kampung ni, dapat makan makanan kampung yang best macam ulam-ulaman, bakar ikan guna kayu api, mandi sungai (tapi sekarang musim hujan so tak dapat la pegi kot) dan duduk melahu tanpa perlu memikirkan benda-benda yang boleh menensionkan itu (seperti kerja, hutang piutang kereta, credit card dan sebagainya).

Malam pun cepat aje sebab yelah kat kampung kan, mana ada night life. Night lifenya hanyalah berborak sakan tak ingat dunia. Dan juga tido berjemaah ramai-ramai kat ruang tamu; berebut bantal, toto dan selimut yang sudah pasti akan diimport sekali masa nak balik tu. Kereta memang penuh punyalah. Bestnya lah…..

Tapi this time around tak semua dapat ikut. Yang confirm pegi cuma Mak, Abah, Dik Man, Akak, Ayum dan sudah tentunya lah saya sekali. Bang Long tak de cuti, Eman kalau balik pun masa raya kot tapi tu pun tak sure lagi, Siti and Cumat exam (STPM & SPM), Jannah kena jaga rumah and tengok budak berdua yang sedang exam tu, Epoi nak balik kampung bini dia kat Besut (as usual) dan Hayat pulak laki dia tak bagi ikut (as usual jugak). Mamat mungkin join whilst Thalha plak dah beli tiket balik Kuantan so maybe join Jannah jaga rumah kot. Apis pun tak ikut kot sebab dia keje kat Kedah so jumpa masa balik Kedah ajelah.

Apa nak buat dalam seminggu tu eh? Banyak masa tu…..

P/S : Jangan terkejut tengok senarai kehadiran balik kampung tu ye (pergh senarai kehadiran konon). Adik-beradik saya memang ramai; 14 orang semuanya. Hihihi…

Merisik

Oh ada satu berita baik nak share. Oh bukan, bukan I yang nak kawin tapi Apis (my younger bro). He called my parents asking for them to go merisik. So Abah asked me whether I can be the spokesperson or not. I jadi tukang cakap tu? Bukan orang tua-tua ke? Hehehe… Since the girl dah tak de ayah so the talks would be with the mom la kan. So Mak la kot yang nak kene cakap-cakap tu. I ni standby aje in case Mak tak tau or segan ke. Tapi Mak segan? Nah tak mungkin berlaku. I got my talkative traits ni pun from her la.

The girl tu orang Kedah and since kami nak bercuti ke Kedah ni makanya the merisik would be this coming Sunday. Wah begitu cepat. Kalau dah kawin nanti, Apis would be the 3rd child yang kawin la. Among my siblings, yang sulung (Bang Long) and kedua (me!) belum kawin, yang ketiga (Epoi) dah kawin, yang keempat (Eman) belum kawin, yang kelima (Apis) nak kawin and yang kelima (Hayat) dah kawin. Adik-adik pulak yang kawin dulu nampaknya.

Agak-agaknya tahun depan kot diorang kawin. Wah sure busy tahun depan. Eh nak buat baju bagi sedondonlah sekeluarga. Hehehe… overlah pulak.

Bulan ni ada cousin kawin. Bulan depan another cousin pulak. Both are way younger than I am. Huih letih la nak menjawab soalan-soalan cepu emas tu nanti. Nak jawab ape pulak kali ni eh?

Yang pasti, saya belum ada calon dan duit pun tak de. Pastu boleh tak nak kata belum bersedia and takut nak kawin? Gilaaa… Sampai bila baru nak bersedia ek and takut apa nya…. Ntah la, yang pasti sebab belum ada calon la tu. Cuba ada, hah tergedik-gedik plak nak kawin nanti. Lupa terus tang tak bersedia and takutnya tu. Hehehe…

Bertambah sorang lagi family member pasni. Hopefully oklah orangnya dan dapat menerima kami semua yang pelik ni seadanya.

Eh, kalau merisik tu nanti nak cakap ape selalunya hah? Both wedding sebelum ni I tak terlibat langsung. Sibuk masa wedding day aje, merisisk, bertunang semua tu I tak tau. Keji tak? Hehehe…Eh masa Hayat bertunang dulu I ada lah tolong tapi takde la menyibuk dok kat depan tu nak dengar apa diorang cakap. I ni kan pemalu orangnya, so dok kat dapur aje la. Pemalu la sangat kan…

Thursday, November 19, 2009

Oh Savvy ku sayang

Went out for lunch with Anis and we were talking about some topic. Topic yang menarik and I was joking about it all the way. So ianya terbawa-bawa sampai nak balik tu. And kerana sangat tekun bergelak ketawa, I telah tidak terperasan akan kereta yang sedang parking and terlalu rapat dengan kereta I.

Sekali gedegang weh. Oh my Savyy…. Kemek dan calar kat sebelah kiri tu. Dah cacat kereta I tu hah. Eh tapi kan, tag line Savvy kan “Built Tough”. So kenapa langgar sket dah kemek? Kereta yang I terlanggar tu ok lah pulak. Tak terkesan langsung. Tipu eh Proton…..

Waaaaa…. macam mana ni? Kalau nak ketuk tu mesti mahal. Tapi nak biar je macam tak best pulak. Ketuk kepala sendiri jelah sebab cuai. Hehehe….

Tapi kan Anis…. macam mana kalau jadi betul apa yang kita cerita tadi? Muahahaha….

Terminated

Ingat tak haritu I ada bagitau yang I dah subscribe broadband kan. I choose Maxis broadband. Amik yang 3GB package in which kene bayar RM78 per month. Guna memang best sebab laju tapi the data volume too small la. Baru guna 2-3 kali dah 2GB. Kalau camtu sia-sialah kan. Takkan bayar mahal-mahal pastu guna sikit je.

So I’ve terminated the service. Tak tau nak guna apa sekarang ni. Nak guna Celcom pun the data package would be 5GB per month and tak la selaju Maxis. Streamyx? Yang tu dah terkenal dengan kelembapannya walaupun tak de limit on usage. Lagipun Streamyx tak de broadband package, cuma WiFi at home aje and of course the device agak besar compared to Maxis/Celcom devices. P1Wimax? Terlalu baru so mesti banyak hiccupnya.

Online kat office ajelah nampaknya. Tapi banyak sangat sekatannya. Tak boleh la nak tengok movie online, nak bukak few website and nak online bila weekend. Kat office dah tentu online bila tak de keje je. Kalau boleh online kat rumah bolehlah online bila-bila masa. Tapi tak jugak sebenarnya. Masa ada Maxis aritu pun bukannya online setiap malam. Jarang sangat guna sebab dah penat and banyak benda lain nak buat. Nafsu je tu nak ada internet. Bila dah ada tak guna jugak.

Ada sape-sape yang boleh bagi suggestion?

Tercabut

Last Friday kan, my first bracket tercabut. Cuak ok. I was munching acar buah (yang guna jeruk tu) when I tersilap adjust the fruit and suddenly I heard a loud crack (macam tergigit batu). I spit out tapi tengok cuma biji je yang keluar so ok lah kan. Sekali nak sambung makan terasa ada something else stuck at the upper gum. Rupanya the last bracket tu tercabut ok. Risau and cuak betul.

Dah la I ni overdue nak jumpa my dentist. Haritu diorang call suruh datang nak buat review tapi I tengah sibuk keluar ke sana sini. Tak dapat la jadi patient contoh lagi lepas ni. Hehehe…

Kebetulan pulak few days ni rasa macam ada mini ulcer aje at the upper lips. A few pulak tu. Rasa macam pedih-pedih sikit so nak makan kena la adjust bagi tak sakit. Nak senyum pun terasa macam tersangkut je inner lip dekat bracket tu. Sakit.

Anyway hari ni I dah set appointment. After office buat review and of course melayang duit sekali. Dah la tengah sengkek ni. Bila la nak gaji ni….

Dah ada kat sini balik

Whoaaa dah lama tak update. Busy sangat lah. Ni baru lah ada kat office sepenuhnya. Penilaian dah selesai, tinggal nak buat last meeting untuk decide pemenang aje. So now boleh concentrate benda lain.

Anyway mari kita rewind cerita yang dah berlaku since last week. Last Friday tu I balik Kuantan. Bang Long la punya plan, tiba-tiba je ajak balik. Eman tak ikut sebab ada lecture on Saturday for his exam this week. Ni exam ala-ala PTK la ni untuk LHDN staff. First sitting dulu failed few papers so kena re-sit. Balik rumah tak buat apa pun selain dari marathon tengok my favourite channel; Crime and Investigation (Astro channel 732). I rasa semua tension je terpaksa tengok one crime after another sebab I yang pegang remote. Sape yang tak pernah tengok channel ni, try la. Walaupun minat tengok CSI and lain-lain cerita investigation tu tapi channel ni lagi best sebab real crime. Bila tengok channel ni, banyak boleh belajar. People can be so cruel and yet brilliant too.

Apa yang lawak kat rumah kali ni eh? Emmmm oh pasal Adah (my niece). Remember last time dia refer braces ni as gelang gigi? Hah baru-baru ni dia suh bukak braces ni and pasang kat gigi dia. Hahaha… budak-budak sangat lurus eh. Bila (her younger sister) pulak dah pandai nak bercakap. Seronok ok. Dah la suara halus aje.

Ahad balik sini and this week sibuk ke sana ke sini again. Lot of thing happened this week. My Tuesday started off dengan berita sedih yang agak mengejutkan. An ex-immediate boss kat sini passed away at 1am that morning. He was transferred to a new ministry around 2 month ago. Ternampak-nampak pulak bayangan him. Rasa bersalah pulak sebab dulu selalu je kitorang mengumpat dia. Dia pergi dengan mudahnya. Moga-moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kebetulan that day ada monthly assembly kat INFRA and also my first day of you-know-what. Sakit sangat that I lepak je dalam washroom kat dewan tu. Tak la masuk dalam toilet tapi kat area luar tu. Senang sket nak menggeliang-geliut bila sakit. Yelah dalam dewan dok buat macam tu nanti orang kata apa pulak kan. Later I and my immediate boss ke Meru, Klang untuk pergi ke rumah arwah tapi ntah macam mana boleh sesat barat. Banyak kali pusing tapi tak jumpa jalan. Since we all nak kene rush ke KL pulak so cancel the plan and trus shoot ke KL. Seharian tu menanggung sakit perut yang teramat sangat tapi depan orang acting cool ajelah. Benci betul bila kene buat sesuatu yang besar macam meeting atau deal with different than daily work and period pun on the same day.

Semalam was the last penilaian and semalam jugak I suffered from a very bad headache for the whole day. Sakit betul. Macam-macam sakit pulak datang minggu ni. Dengan batuknya lagi. Masa driving balik dari Kuantan tu asyik terbatuk-batuk aje sampai Bang Long cakap, “Kau ni kenapa? Batuk mengalahkan orang isap rokok.” Hehehe… Ntah kenapa stok dry and itchy cough punya. Sangat irritating ok.

Dan ada lagi la cerita lain yang akan dibuat special entry. Special la sangat kan…. Oh ye gambar tak upload lagi kan. Bukan ape…. busy campur malas campur penat la. Yelah bila dah busy tu sure kepenatan later on yang membawa kepada kemalasan. Hehehe…. Later lah ye.

Friday, November 13, 2009

I am what? Biar betul....

Wow baru dapat tau sesuatu. Tak sangka la pulak. Someone thought I sedang mengorat him. I am what? Salah orang lah weh. I ni walaupun nampak sangat rapat, mesra dan terbuka dengan lelaki tapi ada satu benda yang ada orang tau, ada orang tak tau. I ni konservatif dan kuno sikit dalam bab-bab nak bercinta ni. That’s explain why I’m still single till today. Ye ke? Oh ada sebab-sebab lain lagi selain tu. Tapi more or less ada lah tu.

Dan paling penting, susah betul nak minat yang sampai cinta punya. Selalunya kalau I baik macam mana pun dengan seseorang tu sampai dah nampak macam bercinta sekalipun, I still anggap kawan aje. So far mungkin ada sorang atau dua je kot yang I pernah minat betul tapi tu dah lama dulu. And kalau minat pun I ignore je, tak de nye nak terhegeh-hegeh tunjuk suka or ngorat. Ada kawan-kawan yang tau and selalu kata bila suka kena cakap kalau tak melepas tapi nah my ego terlalu tinggi kot. Kang kene reject mana nak lari? Hehehe… Eh tapi kalau artist Korea tu memang stok tengok terus jatuh cinta terus la. Hihihi…

Anyway, to that friend, sila betulkan anggapan anda. Nanti kang lain pulak ceritanya. Yelah bila dah tau macam ni mesti rasa tak selesa la apalah kan so lama-lama akan ada distant. Kan tak best dah kalau camtu. Keluar berdua, shopping sama, tengok wayang berdua dan makan berdua tu tak semestinya ada perasaan lain kan. Eh ke I sorang je yang fikir macam tu? Abih tu kalau semua yang keluar berdua tu dah kira ada hati, berapa ramai dah boifren I ni?

Inilah masalahnya bila layan kawan lelaki sama macam layan kawan perempuan. Dah tau tapi macam susah nak ubah. Tapi sebenarnya my closest friend still adalah a few budak perempuan yang kalau orang tereavesdrop perbualan dalam telefon mesti ingat tengah cakap ngan pakwe punyalah. Nah I’m not gay ok. Tapi memang diorang tulah kawan tersayang I. Gayut lama-lama, mesej banyak-banyak tak semestinya ngan pakwe aje, kawan-kawan same gender pun boleh, kan.

Lagipun kan ada barrier dalam lelaki ngan perempuan ni; mana boleh nak berpeluk bagai ngan lelaki kan. Gila sosial kalau dah macam sama je lelaki ngan perempuan tu. So walaupun nampak macam mesra tapi still ada batasannya.

Haish macam-macam hal.

Kawan lama lagi

Yesterday like many times before, I googled my name again. I’m not sure why I keep doing it because the search result would always be the same; link to my blog, link to this ministry official website and majority of it would be link to other people bearing the same name with me. It just something that I would do once a while when I have nothing to googled about. Boleh? Gila syok sendiri.

Anyway, yesterday one was a bit different. Someone was looking for me. Hahaha macam tak percaya je kan. Ada jugak orang nak cari I ni. Oh yang paling membanggakan, orang tu glamer you. Wah ada kawan glamer jugak I ni rupanya ye. Eh macam mana I tau that it was me yang orang tu cari? Of course la sebab description dia kan. Actually she was my schoolmate masa kat Sarawak dulu.

I attended a boarding school in Kuching, Sarawak when I was in form 1. Out of few hundreds student, there’s only a few bunch of us yang coming from Semenanjung. We’re on the same batch, same dorm and few of us was even on the same class thus explaining the bond we had. There’s only 4 class of form 1 and later they merged it into 3 only. And the best part, our home was in the same area; where else kalau bukan kat army camp kan. Oh satu lagi benda yang sama shared by us; our dad’s profession as army man. There’s one time (ke few times eh?) I followed them going home by bus. All other time Abah would pick me and send me back. Dapat follow them pun sebab one of us had an older sister in the different school that shared the same compound with us. So ada la senior yang menjaga kan.

Masa raya we went to each other home. Duduk kat dorm pun katil dekat-dekat. Kene ejek pun sama-sama. Masa tu orang Sarawak gelar kitorang ni “lepeh”. Maknanya lipas. Kenapa lipas? Sebab lipas kan suka merayap so orang Semenanjung ni suka merayap kat tempat diorang. Teruk kan. Benci betul masa tu. Macam-macam hal weh. Dah la kitorang ni baru form 1. Cabaran betul. Tapi ramai je orang yang layan kitorang dengan baik. So memang dapat buat ramai kawan kat sana.

I left the school masa nak naik form 2 sebab Abah got promoted so kene pindah ke Semenanjung balik; Kuantan to be specific. Dulu my favourite pastime selain dari membaca, I suka tulis surat. Surat I tebal gila ok, berkajang-kajang kertas I guna. Kalau boleh macam nak cerita semua. (Ye kamu semua kan tau tentang ke-detail-an saya itu). Tapi rasanya sampai form 3 aje kot sebab lepas tu masing-masing senyap. Tak tau kenapa. Masa I kat uni dulu I pernah tulis surat balik kat kawan I yang duk kat Sarawak tu. Tak lama dapat call from her and dia study kat UPM. Tapi lepas tu terloose contact balik sebab masa tu mana ada handphone email semua ni.

Eh sebenarnya nak cerita pasal kawan I yang glamer ni kenapa termelalut bagai pulak ni. Oh nak tau kenapa I kata kawan I ni glamer? Dia penulis novel dengan Alaf 21 you. Tak sangka. Ntah-ntah I pernah je baca buku dia tapi tak perasan. Guna nama pena Dhiya Zafira. So far dah published 3 novel. I googled lah pasal Dhiya Zafira ni and ramai kata novel dia best. Ramai follower la jugak. Lepas ni kenalah cari novel dia. Eh tak boleh dapat free ke? Hihihi…

Mana la kawan-kawan lain tu kan. Bestnya kalau dapat jumpa.

Nampak tak yang I circled tu? Jadi kamu-kamu yang sedang mencari orang tu, apa kata cari diri kamu sendiri. Mana tau boleh jumpa.


Thursday, November 12, 2009

Something to think about

During the journey passing thru Felda Aring tu, something came into my mind. About the people who lived there. So far away from everything and that to me would spell danger. And true to what I’ve suspected, peoples of Aring mempunyai kadar STD tertinggi. Tau tak apa STD ni? Sexually Transmitted Disease macam herpes, syphilis, gonorrhoea dan paling extreme, HIV yang membawa kepada AIDS. Ini diakui sendiri oleh orang dari JHOEA. They got their own medical team and bila masuk buat rawatan, itulah penyakit yang paling banyak. Dah tu, ada banyak Indonesian kat dalam tu so paham-paham ajelah kan. Ini bukan tuduhan liar ok tapi bersandar or lebih tepat berdasarkan fakta dari yang terlibat menjaga diorang tu.

I pernah ada conversation dengan seorang pemandu ambulan yang menjaga klinik kesihatan (or something equivalents) di sebuah penempatan felda yang sangat hulu; kalau tak silap Lepar Hulu. Kira end of the road dah tu. Tak de yang lebih hulu dari diorang. And to my surprise, banyak kes sumbang mahram kat dalam tu. Maksiat berleluasa; kalau pasal dadah tu toksah cakap lah. I was so shocked masa dengar tu sebab macam mustahil je orang dok terpencil ni boleh buat benda-benda macam tu sebab orang kan selalunya kaitkan orang bandar dengan benda-benda maksiat ni. Tapi itulah realitinya. Paling menyedihkan, semua tu Melayu dan Islam.

Ingatkan kita yang hidup di bandar dan terdedah dengan pelbagai unsur hedonisme ni je yang terpaksa berjuang dengan penuh cabaran takut terjebak. Rupanya cabaran lebih sengit bagi yang duduk di kawasan terpencil kerana sorry to say, pendidikan yang kurang menyebabkan pertimbangan diorang dalam hal-hal macam ni pun kurang. Jadi pengaruh negatif mudah meresap masuk. Dan mereka ni bukanlah penduduk asal sesuatu penempatan tapi peneroka yang membuka kawasan. Peneroka baru ni datang dari pelbagai pelosok dan latar belakang. Mana tau dalam ramai-ramai peneroka baru yang terpilih tu, tak de sorang pun yang ada pegangan agama yang kuat. So masa depan anak-anak pun akan terumbang-ambing sebab takde didikan agama. Kalau ada pendakwah yang ditempatkan bersama tu takpelah jugak, kalau tak de? Hah tak ke haru.

Masa AKOK kat Pantai Remis last year pun I saw something yang in a way menyumbangkan kepada berlakunya kes-kes sumbang mahram kat Malaysia ni. Rumah yang diberi untuk I duduk tu bilik tidurnya tak de pintu. Cuma kain tirai aje. And the worst part was the bathroom itself. Tak de pintu jugak so you can see orang tengah mandi. Boleh imagine keseksian seorang wanita yang sedang berkemban dengan kain yang basah melekat kat badan tu? Apa yang akan berlaku kalau orang lelaki tengok? Agak-agak ape reaksi setan masa tu? Got my point? I just don’t understand why we failed to give attention to this kind of thing. Beli TV besar boleh, buat pintu bilik air tak boleh.

Atas kelalaian kita sendiri dalam melihat benda-benda kecil tapi besar impaknya nilah yang menyebabkan porak-perandanya masyarakat kita hari ni. Patutnya pihak-pihak berkaitan kena bagi lebih attention pada orang-orang di kawasan macam ni untuk menjaga kemaslahatan umum terutama sekali isu-isu agama. Kalau di bandar banyak tempat maksiat tapi di bandar juga banyak tempat nak belajar agama. Masjid, kelas agama dan guru-guru agama bersepah. Nak atau tak nak aje. In fact ceramah agama pun sentiasa ada. Tu belum cakap dalam TV and radio lagi tu. Tapi kalau kat tempat terpencil tu, kat mana nak cari benda-benda tu? Ustaz kalo ada pun sorang je kot. Kelas agama? Ustaz tu jugaklah kot. Jadinya peluang untuk mendekatkan diri dengan perkara-perkara ibadah ni sangat lah kurang. Hampir mustahil pun ada. Nak-nak kalau dah tempat macam Aring tu. Nak keluar dari kawasan tu serupa macam nak keluar mengembara ke dunia baru aje. Nak keluar cari ilmu agama maknanya kena duduk kat sekolah pondok la sebab takat nak ulang-alik pegi kelas agama memang sukar nak dibuat.

Semoga akan ada pihak yang dapat mengambil iktibar dari perkara-perkara ni. Dan semoga dibukakan juga pintu hati orang-orang yang duduk di kawasan terpencil tu untuk menjaga diri, keluarga dan masyarakat setempat dari perkara sumbang yang mungkin akan mengakibatkan bala tuhan diturunkan ke atas mereka.

Hmmmm….. Mungkin melapetaka yang berlaku dengan banyaknya sekarang ni sebab adanya tempat-tempat macam ni yang gagal untuk mengamalkan agama Islam dengan baik. Fardhu kifayah pun ntah ada ntah tak de yang buat. Masya Allah…. Takut bila memikirkan nasib kita akan datang. Nak-nak dengan usia dunia yang makin tua ni. Apalah nasib kita, anak-anak kita dan keturunan kita akan datang. Haish takut lah bila difikirkan.

Ya Allah, lindungilah kami semua dari mara bahaya, malapetaka dan bala bencana yang diakibatkan dari diri kami sendiri atau dari orang lain. Hanya pada Mu-lah tempat untuk kami memohon perlindungan, ya Allah. Amin.

Ke Pantai Timur pulak

Ok sambung. Monday morning I didn’t go to office pun sebab rasa macam pening. Siap-siap barang and by 2.30pm, driver datang amik kat rumah. Hujan lebat gila ok. This time naik X-Trail pulak. Amik boss kat office and terus gerak ke Terengganu. Actually kami dah booked Resident Paka tapi on the way tu, diorang call and kata kene check-in sebelum 7pm. Rate pun tinggi; RM198 per room. Itu kira govt rate tu. Huih mana cukup nak claim tu so cancel and terus decide nak tido kat Kuantan aje. Yeehaa sangat suka sebab boleh lodging kat rumah aje.

Call Mak and Abah bagitau. Sampai rumah dalam kul 7pm. Mak pun baru balik keje so tengah sibuk kat dapur. Sebagai anak yang baik (kononnyalah kan) so I tolong apa yang patut. Mak buat kuew teow goreng tapi diorang (boss and driver) tak makan banyak sebab nak simpan perut. Diorang nak ke Tanjung Lumpur malam tu. Dalam 8 lebih, hantar diorang ke MS Garden tapi full. So ke Grand Continental pulak. Nasib baik ada kosong lagi. Balik tu baru makan. My first meal for the day. Lapar gila ok.

Seronoknya dapat tido kat rumah. Lagipun dah lama tak balik. Paling best, 3 orang kanak-kanak kecik yang kepoh ada so walaupun cuma dapat singgah satu malam aje tapi dapat jumpa semua. Cik Ngah…Cik Ngah… Cik Ngah…. Kecoh ok. I ni nama je dah tua tapi tiap kali balik, mesti nak tido dalam bilik Mak ngan Abah. Rasa macam best aje tido situ. Hmmm kalau dah kawin nanti mesti dah tak bolehkan. Sigh….

Esoknya dengar Abah kejut semua orang awal sebab nak kene pegi sekolah awal. Kul 7am Abah nak kena hantar anak yang sorang ni jadi adik-adik kenelah gerak lebih awal. Teruk punya kakak eh. 7.30am left Kuantan and sampai kat KETENGAH around 9am. First time jugak sampai sini. Bangunan tinggi tapi takde lif so berexercise lah kami semua turun naik tangga. Ok jugak tu kan. As usual by afternoon dah siap. Lepas lunch kami gerak. Sempat lah singgah kejap kat rumah immediate boss kat Ajil. Tepi jalan ajepun, nanti kene cop derhaka pulak kalau dah lalu tapi tak singgah kan.

Dari Terengganu ke Kelantan ada jalan baru, potong ikut Kenyir and Aring pastu keluar kat Gua Musang. Jalannya baru separuh siap; sampai kat Aring tu kena masuk ikut jalan felda yang dah macam jalan balak aje. Sepanjang perjalanan (sebelum Aring) ikut bukit tepi Tasik Kenyir. Masya Allah indahnya ciptaan tuhan. Cantik betul pemandangan. Unfortunately I ni bukan lah orang yang pandai amik gambar jadiknya tak dapat lah nak amik gambar yang macam orang selalu amik tu kan. But seriously, kalau ada kesempatan, silalah guna jalan itu. Memang lah mencabar tetapi pemandanganya sangat worth it.

Jalan baru separuh aje siap. Tupun cuma 2 lorong aje; satu pegi, satu balik. Halfway kene masuk ikut Felda Aring and jalannya, Masya Allah, mencabar betul. Nasib baik naik 4WD. Kalau naik kereta biasa, memang siksa and kereta pun boleh hancurlah. Eh naik 4WD pun siksa gak. Turun naik bukit macam roller coaster aje. Berlopak, berbatu dan berbagai-bagai. Uih tulis ni pun terasa keletihannya. Penduduk kat sini rasanya kalau dah duduk kat dalam tu memang tak keluar-keluar dah sebab siksa betul nak keluar.

Sampai kat Gua Musang dalam pukul 6.30pm. Malam tu tido kat KESEDAR Inn. Dapat bilik yang sama masa first time datang dulu; no. 13. I know ramai yang takut dengan nombor ni tapi I like. Sama jugak dengan nombor 4. Ramai orang tak suka nombor 4 tapi I suka je. Nak tau kenapa? Sebab my birthday lah… 13th April. Dah ada improvement kat sini sebab diorang baru buat renovation so lebih selesalah. Malam tu dinner kat restoran yang terletak di tingkat bawah. One thing I like about staying in KESEDAR Inn ni ialah the food. Sometimes nama je hotel tapi makanan hampeh kan. Kat sini semua pun sedap. That explain why I gained few kilos. Ye itulah masalah apabila selalu outstation; selain dari duit habis, berat pun naik mencanak-canak sebab setiap agensi akan jamu sehabis baik punyalah.

Dan sepertimana agensi-agensi yang lain, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke HQ KESEDAR. Cantik betul bangunannya; senibina Kesultanan Kelantan kalau tak silap. Dah tak macam office tapi macam chalet/resort. In fact dah ada hotel yang berminat nak take over bangunan tu in case KESEDAR decide nak pindah ke bangunan baru. Dan sepertimana di agensi-agensi lain juga, kami telah berjaya menyelesaikan tugas menjelang lunch hour. For lunch, kami telah dibawa untuk makan kat Gua Madu. Sangat interesting ok.

Left Gua Musang around 1.30pm and sampai rumah kul 5.30am. My driver bawak macam orang gila pun ada. Laju, brek mengejut dan kalau selekoh tu memang scarylah. Tapi takkan nak sound pulakkan, doa dalam hati ajelah bagi selamat sampai. Itulah saja perjalanan saya bagi minggu lepas dan minggu ini. Balik office atas meja berlambak keje nak kene disiapkan.

One thing I like about being in this ministry is the fact that I can see and be in a place that I can never imagine existed or able to be there if not because of work. No need to go to other country coz there’s always new place with absolutely amazing view to explore and believe me; one can never finished exploring Malaysia. Syukur Alhamdulillah for this opportunity. As for gambar, tunggu ye. Tak banyak tapi adalah a few. Ntah kenapa malas betul nak ambik gambar this time. Ok nak sambung keje.

Ke Johor lagi

Saya dah balik! Penat? Tell me about it. Went to Johor Tenggara, Terengganu Tengah and Kelantan Selatan. Ikut jalan darat pulak tu. All along the way, sangat teruja sebab dapat tengok macam-macam tempat yang tak terimagine dapat tengok kalau bukan sebab keje tapi biasalah kalau ikut jalan darat ni, lama dan letih, nak-nak bila jalan tak elok. Ada 3 lagi agensi yang belum dinilai tapi sekitar KL aje so next week la pulak kan.

So mari kita rewind cerita start dari Rabu lepas. Ke Johor naik flight petang. Airport Senai tu mencabar betul. Jauh nak kene berjalan dari terminal ke tempat pick up. Jauh sangat-sangat ok, bukan sikit-sikit. Driver dah tunggu nak bawak ke Bandar Penawar naik Kia Carnival. Malam tu tido kat Desaru.

Esoknya ke HQ KEJORA buat pertama kalinya. Tak besar mana pun bangunannya sebab dulu ingat nak bubar dah KEJORA ni tapi tak jadi. Managed to complete the penilaian by lunch hour. Lepas lunch, buat exit conference sket pastu gerak ke JB dengan menumpang kenderaan JHEOA. This time naik Kia Sorento plak. Seronok jugak dapat try macam-macam kenderaan ni. Journey to JB sangatlah mencabar due to very heavy rain. Sampai tak nampak jalan ok so driver memang memandu dengan sangat berhemahnya. Dah sampai JB, jemlah pulak sebab air naik, jalan kena block etc. This time tido kat Hotel Selesa. Malam pegi dinner kat apakebendantah nama tempat tu tapi tepi laut/sungai yang boleh nampak Singapore tu.

Jumaat adalah turn JHEOA Johor pulak. I and pengarahnya kira kamceng gak sebab dulu sama-sama pool masa masuk Kementerian and masa dia kat HQ pun kitorang selalu meeting sama. Since officenya terletak kat sebelah Pan Pacific in which bersambung dengan again apekebendantah tempat tu, tuan pengarah siap promote suh pegi Metrojaya Warehouse Sale lagi ok. Biasalah orang muda kan. Completed the penilaian by 1pm. My immediate boss balik ngan RISDA whilst I balik ngan JHEOA.

Memandangkan si tuan pengarah nak tumpang balik KL (dia balik tiap minggu jumpa wifey and anak-anak), kenalah kami tunggu. Pegi warehouse sale jap tapi end up tak beli apa sangat pun sebab bulan ni kan bulan sengkek. Dah la banyak kene outstation. Left JB around 5pm and sampai rumah around 9pm. Abah ada call kata nak datang malam tu tapi tak jadi sebab Epoi bawak balik 300 ekor ikan dari Kenyir so nak kene buat pekasam mana-mana yang boleh. Jadiknya diorang datang esok aje.

Saturday tu waited for my family tapi tak sampai-sampai. Bila call Abah cakap nak pegi tengok nenek dulu etc so lewatlah nak sampaikan. Makanya saya yang kepenatan (atau dengan lebih tepatnya kebosanan) telah dengan jayanya mengeluarkan diri bersama Hanim. Mula-mula ingat nak makan aje tapi lepas tu merayap sambil mengukur keluasan IOI Mall. Hanim bawak pegi makan kat somewhere in Cheras. On the way tu lalu la kat Bukit Jalil. Sana sini nampak orang Kelantan aje (baju merah). Lepas lunch lalu balik kat situ pun sama, makin ramai. Polis pun ramai gak. Ini kalau terpakai baju warna kuning, sure kene punyalah walaupun bukan sebab nak sokong N9.

Balik tu singgah amik Eman dulu, pastu pegi pasar borong Selangor nak beli barang sket. Maklumlah dah lama tak duk rumah and tak pegi pasar jadiknya tiadalah bekalan makanan kat rumah tu. Abah usik-usik kata pegi dating sebab malam baru balik. Hahaha… iyolah tu, dating ngan kawan tersayang. Ayum plak kata Abah ni tersalah dengar kut; bukan Hanim tapi Hanif. Pandai aje si kecik tu bab-bab bak kenekan orang ni.

Ahad pulak pegi kenduri kawin kat area Pantai Dalam. As usual kenduri kawin ni lah tempat berkumpul sedara-mara kan jadiknya daripada nak balik, terlajak sejam lebih sebab baru nak gerak, ada sedara lain sampai, baru nak gerak, ada sedara lain sampai. Ada sesuatu yang mencuit hati masa kat sana. Rasanya tak penah dibuat orang tapi kira dah dibuat la kan sebab pengantin tu buat. Nak tau ape? Hah tunggu gambar ye.

Balik kenduri pegi Midvalley. Fuh dah setahun lebih tak ke Midvalley. Last time pegi pun ngan family gak. Tak singgah lama pun sebab dah lewat. Lagipun my parents ni pelik sket. Diorang kalau keluar, mesti tak lama sebab nak balik solat kat rumah. Dah puas dah cakap ada surau kat mana-mana tapi diorang memang suka solat kat rumah aje. Kecuali dalam perjalanan yang jauh, baru stop kat mana-mana surau tapi memang sangat jaranglah. Pegilah mana-mana mesti nak balik solat kat rumah jugak. Haish…. Bang Long sempat la join kitorang masa break time. Dalam pada sekejap tu, sempat la langgan Maxis Broadband. Wah lepas ni bolehlah online kat rumah.

Mula-mula ingat nak balik malam tu tapi tak jadi. Diorang nak gerak pagi. So hantar Eman and bawak budak-budak tu pegi bank kejap. Credit card dah due lama. Diorang gerak kul 2am and sampai Kuantan dalam 5.30am. Minggu baru mean new destination. East Coast pulak. Yang tu to be continued ok.

Wednesday, November 04, 2009

Back in office (for a while)

Aduhai penatnya. Yesterday wake up at 4.45am (macam nak bangun sahur aje) and by 5.30am dah siap tunggu driver pick up. Malas seh nak drive pegi office pagi-pagi ni. Later pick up big boss and off we went to LCCT.

Anyway due to some unforeseen circumstances (unforeseen ke?) we have to change the flight from MAS to Air Asia. It’s my first time boarding Air Asia flight. Lawak ok. Asyik tergelak aje. Start from LCCT lagi.

Air Asia ni seriously no frills lah. Staff dia pakai t-shirt aje. Ticket pun printed on paper roll macam resit pasaraya tu. Later nak ke flight kena jalan kat luar tu and cari flight yang bersusun kat situ. Dah macam kat stesen bas aje. And then naik tangga besi tu. Wah feeling macam zaman dulu-dulu plak. Yelah kalau naik MAS kan ada tunnel khas tu. I and my immediate boss asyik tergelak aje. First impression; seat Air Asia ni lagi best dari MAS kot sebab guna leather atau PVC (tak sure) instead of fabric yang macam-macam colour tu dan kadang-kadang nampak usang. So semua seat hitam aje, standard la sket kan.

Big Boss cakap orang government kalau naik Air Asia dapat free meals tapi we didn’t know that the free meals was stated on the ticket so we didn’t show them the ticket pun. Yang tak tahan tu, siap ada pamphlet Air Asia and duty free stuff ok. Lenkali naik Air Asia kena lah bawak banyak cash kalau nak membeli-belah. Selalu beli souvenir kat airport aje, tapi with Air Asia boleh beli dalam flight tu, special betul. I macam minat dengan miniature perfumes tu. Ada Burberry, Bvlgari, Kenzo and macam-macam lah. Make up set pun ada ye.

Anyway kami touchdown dalam pukul 8am and lepas breakfast terus ke KEDA. Bam boom bam boom buat kerja sampai lunch time and diorang bawak pegi lunch kat satu kedai ni. Makanan humang ai banyak you. Tak terabis nak makan. Dah la sedap gilos. Lepas lunch sambung sket lagi keje and by 3pm kami settlekan everything and buat mini exit conference. Later ke Wisma Persekutuan yang lama to see the new office yang sedang dalam renovation. By 4pm kami dah check-in kat airport.

Flight balik pukul 5.20pm. Masa nak board tu, we didn’t know that as government officers, we were given a hot seat in which we got the privileges to be the first to board the flight. 2 things that we learn on that day; hot seat and free meals for government officers on Air Asia. Ingat tu ye.

Now that we know about the free meals, we show them our ticket and we got this reply; “Nak tapau ke?” Hahaha lawak ok. Siap boleh tapau-tapau tu. We said yes immediately sebab masih kenyang and sekejap sangat pun kalau nak makan. Lagi satu yang menarik (menarik ke?) pasal Air Asia flight ialah the fact that we can feel the plane being manoeuvred on air; sangat adventurous gitu. Dah macam acrobatic act in which plane tu akan senget ke kiri dan ke kanan. Pastu bila langgar awan bergegar-gegar ok. My immediate boss siap boleh pening lagi.

Selepas puas bergelak sakan, touchdown at LCCT around 6pm plus and sampai rumah around 7.30pm. Dan aktiviti di rumah seterusnya ialah packing barang untuk trip hari ini pulak. Haish… Oh good thing to know is that my family is coming down this weekend. Bestnya…

I’ll be in Johor till Friday. Balik tak naik flight; tumpang JHEOA instead. So boleh la nak menyinggah kat Ayer Itam ke, mana-mana ke. Ingat nak cari papan karom la. Not for me but for Dik Man. Lagipun cuti sekolah tak lama lagi. As usual, nak ajak diorang lepak rumah I. Since rumah tu masih tak de TV, I nak beli benda-benda yang boleh diorang main. Tak la bosan sangat kan. Lagipun kat rumah dah puas tengok TV kan, so kat sini masa untuk beraktiviti. Iyelah sangat kan…..

Ok nak sambung keje. See you all next week ye.

ps: Amacam PTK korang?

Monday, November 02, 2009

YB Eny is going away again

I was supposed to sit for my PTK exam today together with most of my batch mate. But circumstances has it that I’ve to excuse myself from going. Hopefully there’s blessing in disguise; I’m not ready anyway.

So to all my friends whose sitting for their PTK this week, all the best. Don’t forget to share tips huh. As for those who are like me, let us use the time to learn more and prepares ourselves. Insya Allah we’ll succeed too. Amin.

Tomorrow I’m going to Kedah for the evaluation thingy. Have to wake up early for the flight will be at 7am. 5.30am dah kene ada kat office okeh. Flight back home will be at night. The next day to Johor again. Fuh. So I’ll see you when I see you lah. Bye.

ps: Please refer here if you don't know what that YB stands for

Ilham Desa 09

Oh semalam tak jadi pegi Seremban sebab persidangan telah dibatalkan. So weekend telah digunakan untuk mengemas apa yang patut. Rumah itu telah kembali nampak seperti rumah yang didiami.

Anyway kali ni nak cerita pasal Ilham Desa kat Johor minggu lepas. Bergerak dari Putrajaya dalam kul 3pm. Stop untuk recharge dan sebagainya kul 10pm barulah sampai. Oleh sebab event itu besar dan melibatkan TPM dan sebagainya maka hotel semua telah fully booked. Kami sebagai rakyat marhaen yang tak seberapa ni telah diperuntukkan Nasha Hotel aje. Tak pelah, yang penting ada tempat tidur dan tempat mandi.

Pagi esoknya gerak ke tapak untuk rehearsal dan kenal tempat. Humang ai besar you. Maklumlah nak jemput 5000 orang kampung. Perjalanan dari hujung ke hujung saje sudah 100m. Tu belum kira sampai stage semua. Wah memang besar punya event.

Dengar taklimat, familiarise dengan keliling dan berborak dan menunggu tak tau ape sampailah pukul 3pm macam tu. Balik hotel untuk berehat sebab malam ada dinner. Tapi I ni kan jarang tido siang. Nak-nak hari kerja macam ni so terkebil-kebil dok atas katil tak tau nak buat apa. Sekali dapat sms ajak keluar terus melompat and bersiap. Nasib baik Effi bawak kereta, kalo tak sure bosan. Tapi keluar pun bosan gak sebab bandar kecik, pasar raya pun ala-ala biasa aje. Kami keluar berenam; Effi the driver, En. Mis, En. Nasrol, En. Hadi dan En. Rossley. I sorang je yang Cik. Hehehe… Oleh itu dapat la duk depan whilst yang lain dok bersesak kat belakang.

Nasib baik minum petang sebab dinner was delayed till nearly 10pm. Obviously ada orang yang tidak menghargai masa dan tidak kisah membiarkan orang tertunggu-tunggu. Bagi membuang masa yang ada, kami telah memulakan cerita dari zaman universiti sampai DPA. Memang lawak gila ok sampai keluar-keluar air mata bergelak. Tak sangka budaya membuli kat universiti masih lagi berleluasa. Nasib baik I tak kene tapi kesian pulak bila pikir nasib adik-adik yang bakal masuk U nanti.

The funniest was En. Mis punya cerita on menyanyi lagu Negaraku sambil menggulung kain pelekat and without any underwear. Dan juga ceria En. Hadi on pakai helmet terbalik and buat-buat berlumba motor siap ngan bunyi sekali. Hish teringat ni je pun dah rasa nak tergelak. Sedangkan lelaki yang terkena pun menangis inikan kalau I yang kena; meraung kot. Hahaha.

Makan ala kadar aje sebab dah terlalu lewat. Lagipun susahlah nak makan sate dengan braces ni. The dinner end about 11pm. Balik and terus tido sebab esok kene bangun pagi.

Kami sampai ke tapak event dalam kul 8am lebih dan orang sudah mula ramai. Letak beg dan terus amik tempat. Selalunya tugas usherette ni menyambut VIP and tunjukkan tempat duduk diorang tapi kali ni siap menyambut orang kampung sekali. Memandangkan malam tu hujan maka tempat memang lecak, penuh air sana-sini. So semua berhimpit atas platform yang kecil itu. Pas tu setiap orang kampung yang datang hulur tangan untuk bersalam. Nak tak nak kena la sambut salam yang dihulurkan. Dan yang tak tahan tu, semua orang salam dengan kuat ok. Seriously tangan I cramp masa tu. Yelah kalau kat bandar orang salam gitu-gitu aje, ni salam yang stok genggam tangan dengan kuat punyalah. Kalau setakat 10-20 orang tak pelah tapi kalau dah beribu? Fuh memang sakit beb. Pastu selain senyum, I tak tau nak buat apa. Jadi terpaksalah meramahkan diri. Sambil salam sambil cakap selamat datang. Dah macam berzikir I tell you. Selamat datang, selamat datang, selamat datang.

Once VVIP semua dah sampai dan majlis dimulakan, kami kene ke khemah makan and jaga sana pulak. Lepas ucapan, bagi hadiah dan PC, masa untuk makan. Lepas semua VVIP dan VIP amik tempat, masih banyak ruang yang kosong jadi kami disuruh untuk penuhkan ruang tu. Merasa la jadik VIP kejap. Kalau tak asyik makan sisa je.

Selesai semua sekali, dalam kul 1pm kami gerak balik. Sempat la beli biskut sket dan dapat makanan kampung dari gerai yang menang. Seronok punya pasal dapat hadiah terus kami ni dibagi keropok dan macam-macam. On the way balik stop kat Pagoh untuk solat. Sampai Putrajaya semula dalam kul 7pm lebih.

Nasib baik tak lewat sangat sebab esok nak keje macam biasa. Itulah saje pasal Ilham Desa ni. Tahniah pada kampung yang menang dan yang tak menang tu, lenkali cuba lagi.


Final prep. Tengahari tu lunch kat kantin sekolah aje. Dah macam budak sekolah rasanya. And kantin sekolah still macam dulu-dulu, bangku panjang dan meja panjang.

Kami yang keluar di petang hari. Diorang tengok CD kat kedai bagai nak rak tapi tak belipun. Sure tokeh tu geram aje.

Sesi bercerita bagai nak rak. Rasanya gelak kitoranglah yang paling kuat sekali. Can't help it, memang sangat lawak diorang ni

Seorang Puan baru yang sangat patriotik. Agaknya bila dah kawin tu jiwa jadi lain sket kot. Nak-nak bila terpaksa berjauhan kan. Bila siang boleh buat muka lawak sengal, bila malam terus terpancar aura kepatriotikan dia. Memang hebat Puan Didi kita. Muka pun serius habis beb.

The big day. Ramai gila orang datang, eh bukan datang tapi dibawa datang. Yelah takkan satu kampung seramai ini. Tu dah kira bandar tu. Siap ada gendang and tarian bagai.

Orang yang kebosanan duduk dalam bas sorang-sorang berjam-jam lamanya

Photos @ Kenyir

Waiting for the boat at Pengkalan Gawi jetty

Abah and Ayum menikmati pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan

Kami di dalam bot baru yang besar dan best

Sepanjang perjalanan nampak macam-macam yang cantik. Sungguh indah ciptaan Allah

Selamat datang ke Pulau Herba. Banyak pokok ubat-ubatan dan ada tempat untuk refleksologi sekali. Buat pertama kalinya saya telah minum air Kacip Fatimah dan cuba berjalan atas batu refleksologi tu. Sakit weh...

Mak memang sangat arif pasal ubat-ubat herba ni sampaikan orang-orang kat situ pun tanya kat Mak. Tapi anak sendiri malas nak belajar. Rugikan. Ayum pulak tengah kusyuk mendengar taklimat. Wah... kecik-kecik dah belajar pasal Tongkat Ali ye

Petang Island Resort. Mak datuk punya banyak anak tangga nak naik. Memang dah macam OBS dah. At least OBS nak naik asrama je kawasan berbukit, ini the whole area ok. Macam INTAN la. Bukit dan tangga sana-sini

Duk tempat cantik-cantik ni, semangat nak beriadah terus datang so beriadah la kami petang-petang. Oh yang belakang tu la suite yang kami duduk. Luas dan selesa la.

Yang ni masa kat jeti di tengah pulau on the way ke Kelah Sanctuary. Dari bot besar kami tukar ke bot kecik. Kat sini ada bela ikan dalam sangkar. Rasanya staff-staff punya port kat sinilah jugak

Dalam bot kecik ke Kelah Sanctuary. Air jernih boleh nampak macam-macam. Perjalanan pun agak mencabar sebab batang pokok keluar terpacak dari dalam air sana-sini so driver kena pandai control la

Oleh sebab air surut so kene turun halfway saja. Ni tengah tunggu team member yang lain

Perjalanan yang mencabar dimulakan. Penat weh turun naik bukit. Yang paling kesian of course both my parents. Ayum sebagai peserta terkecil kira oklah, ni kira training bagi dia tough sket. Dah la kene pikul makanan sekali.

Dua orang bos yang hebat. Yang sorang very the kampung style, siap ada batang untuk pikul bekas makanan lagi. Tak berat bila buat macam tu katanya. Yang paling respect sekali, bos itu telah berkaki ayam di dalam hutan ok. Memang hebatlah. Yang bos sorang lagi pulak, telah menderma darahnya untuk habuan pacat. Katanya sebab dia belum sedekah apa-apa lagi hari tu. Ya bersedekah pada haiwan gitu.

Sepanjang perjalanan dapat tengok banyak pemandangan yang cantik. Tak taulah pada yang lain tapi saya memang sangat menghargai keindahan alam ni. Nak-nak tengok sungai yang jernih sepanjang perjalanan tu, rasanya nak terjun aje.

Dah sampai. Mak memang tengok dari atas sajelah. Kitorang yang sakan main.

Orang yang paling sakan.... Abah. Memang terhibur tengok gelagat Abah masa tu.

Ada orang beli kasut baru semata-mata nak ikut sekali. Jadi sangat sakan membetulkan tali kasut dan sebagainya. Nampaknya it run in the familylah. I pun kalau bab-bab pasang tali kasut ni memang sangat OCD sket.

Random pic of me

Random pic of Dik Man; masam je. Kadang-kadang je nak senyum kalau bergambar tapi almost selalunya memang tak nak lah. Wah dah remaja gitu, macam malaslah nak bergambar bagai kan.

Si kecil yang gembira dapat ikut. Sebelum pergi tu I dok psycho kata tak bleh pegi lah etc. Tension je member

Akak yang boleh tahan lasak. Maklumlah, nak jadi askar katanya

Me and Akak; kenapalah makin lama semua adik-adik I telah menjadi lebih tinggi dari I?