Monday, November 30, 2009

Balik Kampung Day 1 (updated with photos)

Pengembaraan cuti-cuti sakan bermula! Friday tu lepas balik kerja dengan semangatnya saya telah memasak untuk santapan keluarga yang nak datang. Before that pick up Eman dulu and beli barang kat pasar borong. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Rupanya bertolak lewat dari Kuantan. Around 1am baru sampai. Abah, Mak, Dik Man, Akak and Ayum aje yang datang whilst yang lain tinggal.

Saturday tu bertolak dari Putrajaya agak lewat juga sebab banyak benda nak punggah bawak balik ke kampung. FYI, kami ni kalau nak balik kampung macam nak pindah terus dah. Segala benda nak angkut. Bukan setakat kain baju, selimut, bantal dan sebagainya pun nak dibawak. Nasib kereta tu tak besar mana. Agaknya kalau ada caravan macam omputeh tu, memang kosong la rumah sebab semua kene angkut sekali. Heavy traveller gitu. Mamat dah ada kat umah Apis kat Sungai Petani so nanti pick up dia dari sana aje.

On the way singgah Ipoh dulu untuk lunch. Since tol kat Jelapang tu dah berubah, Abah tersalah masuk lorong and kesudahannya kene u-turn kat Kuala Kangsar sana. Punyalah jauh nak pusing. Lepas lunch and solat, gerak ke Sungai Petani. On the way tu Apis telefon nak bagitau kecut perut nak pegi merisik. Haish macam nak pi menikah aje. Sambil tu tanya sekali pasal cincin merisik. Sekali dia bagitau tak de cincin. Laaa takkan nak pi merisik tangan kosong aje kan. So suh dia pi cari cincin belah rotan yang simple-simple aje.

By 6pm kami sampai kat Tesco Sungai Petani. Plannya nak cari bakul and buah sebagai buah tangan sambil merisik. Merata kami cari bakul last-last rembat aje apa yang ada. Apis and Mamat jumpa kitorang kat Tesco aje. Apis beli cincin harga RM300++. Siap ada love-love lagi. Semangat betul. Cincin belah rotan lebih mahal katanya. Sampai rumah Apis dalam kul 7 lebih. Selang 2-3 minit later Abang Murad (my cousin) pun sampai. Punyalah lama tak jumpa sampai dia pun tak kenal dah. Iyelah masa last jumpa dulu I was 7-8 years old aje and dia pun baru masuk army. Sekarang dia dah beranak pinak whilst I pulak dah banyak usianya. Tua dah gitu.

Sambil bersiap tu I kerjakan bakul dengan buah-buah tu. Dapat kat orang tak creative macam I ni memang nasib malanglah. Ntah ape jadinya tapi tak kisah lah labu, asalkan ada bakul dan buah. Huhihi…

Bersiap lebih kurang and bergerak lah kami ke destinasi seterusnya iaitu Sik. Jauh jugak tempatnya. Pastu kena masuk hutan belantara dengan jalan yang sempit dan turun naik bukit. Kecut je perut sepanjang perjalanan tu. Rumahnya betul tepi gaung. Ish adventurous betul. Kami sampai pun dah lewat, dalam kul 10 lebih kot. Oh selamat tak payah jadi jurucakap; Mak dan Abah yang bercakap. Tu pun diorang dok tolak menolak suh cakap. Abang Murad tolong cover sket-sket.

Since kami ni jauh dan ada banyak komitmen lain, Abah decided nak buat bertunang sekali terus masa nak nikah nanti. So tak payah la nak datang banyak kali. Pihak perempuan pun setuju aje jadiknya majlis tu nanti buat bulan 9 tahun depan. Hah yang tu pun ada cerita lucu nak cerita tapi nanti buat entry lain lah eh.

Balik tu singgah rumah Abang Murad dulu sebab anak dia dah siap masak pun untuk kami. Makan dan berborak and sampai kul 2am lebih kurang. That night tido kat rumah Apis.

Tu baru sehari. Banyak lagi hari ni. Fun gilalah. Ok to be continued…..


Ni masa on the way ke Sungai Petani. Syok naik kereta Abah ni sebab besar so boleh la nak tido dengan selesanya. Siap berselimut bagai ok.


Ni lah bakal ahli keluaga baru kami nanti....
Bakul buah tu I yang buat. Harap orang yang keras tangannya ni memang hampeh lah hasilnya kan. Tapi lebih baik ada dari tak de langsung kan.


No comments: