Monday, November 02, 2009

Ilham Desa 09

Oh semalam tak jadi pegi Seremban sebab persidangan telah dibatalkan. So weekend telah digunakan untuk mengemas apa yang patut. Rumah itu telah kembali nampak seperti rumah yang didiami.

Anyway kali ni nak cerita pasal Ilham Desa kat Johor minggu lepas. Bergerak dari Putrajaya dalam kul 3pm. Stop untuk recharge dan sebagainya kul 10pm barulah sampai. Oleh sebab event itu besar dan melibatkan TPM dan sebagainya maka hotel semua telah fully booked. Kami sebagai rakyat marhaen yang tak seberapa ni telah diperuntukkan Nasha Hotel aje. Tak pelah, yang penting ada tempat tidur dan tempat mandi.

Pagi esoknya gerak ke tapak untuk rehearsal dan kenal tempat. Humang ai besar you. Maklumlah nak jemput 5000 orang kampung. Perjalanan dari hujung ke hujung saje sudah 100m. Tu belum kira sampai stage semua. Wah memang besar punya event.

Dengar taklimat, familiarise dengan keliling dan berborak dan menunggu tak tau ape sampailah pukul 3pm macam tu. Balik hotel untuk berehat sebab malam ada dinner. Tapi I ni kan jarang tido siang. Nak-nak hari kerja macam ni so terkebil-kebil dok atas katil tak tau nak buat apa. Sekali dapat sms ajak keluar terus melompat and bersiap. Nasib baik Effi bawak kereta, kalo tak sure bosan. Tapi keluar pun bosan gak sebab bandar kecik, pasar raya pun ala-ala biasa aje. Kami keluar berenam; Effi the driver, En. Mis, En. Nasrol, En. Hadi dan En. Rossley. I sorang je yang Cik. Hehehe… Oleh itu dapat la duk depan whilst yang lain dok bersesak kat belakang.

Nasib baik minum petang sebab dinner was delayed till nearly 10pm. Obviously ada orang yang tidak menghargai masa dan tidak kisah membiarkan orang tertunggu-tunggu. Bagi membuang masa yang ada, kami telah memulakan cerita dari zaman universiti sampai DPA. Memang lawak gila ok sampai keluar-keluar air mata bergelak. Tak sangka budaya membuli kat universiti masih lagi berleluasa. Nasib baik I tak kene tapi kesian pulak bila pikir nasib adik-adik yang bakal masuk U nanti.

The funniest was En. Mis punya cerita on menyanyi lagu Negaraku sambil menggulung kain pelekat and without any underwear. Dan juga ceria En. Hadi on pakai helmet terbalik and buat-buat berlumba motor siap ngan bunyi sekali. Hish teringat ni je pun dah rasa nak tergelak. Sedangkan lelaki yang terkena pun menangis inikan kalau I yang kena; meraung kot. Hahaha.

Makan ala kadar aje sebab dah terlalu lewat. Lagipun susahlah nak makan sate dengan braces ni. The dinner end about 11pm. Balik and terus tido sebab esok kene bangun pagi.

Kami sampai ke tapak event dalam kul 8am lebih dan orang sudah mula ramai. Letak beg dan terus amik tempat. Selalunya tugas usherette ni menyambut VIP and tunjukkan tempat duduk diorang tapi kali ni siap menyambut orang kampung sekali. Memandangkan malam tu hujan maka tempat memang lecak, penuh air sana-sini. So semua berhimpit atas platform yang kecil itu. Pas tu setiap orang kampung yang datang hulur tangan untuk bersalam. Nak tak nak kena la sambut salam yang dihulurkan. Dan yang tak tahan tu, semua orang salam dengan kuat ok. Seriously tangan I cramp masa tu. Yelah kalau kat bandar orang salam gitu-gitu aje, ni salam yang stok genggam tangan dengan kuat punyalah. Kalau setakat 10-20 orang tak pelah tapi kalau dah beribu? Fuh memang sakit beb. Pastu selain senyum, I tak tau nak buat apa. Jadi terpaksalah meramahkan diri. Sambil salam sambil cakap selamat datang. Dah macam berzikir I tell you. Selamat datang, selamat datang, selamat datang.

Once VVIP semua dah sampai dan majlis dimulakan, kami kene ke khemah makan and jaga sana pulak. Lepas ucapan, bagi hadiah dan PC, masa untuk makan. Lepas semua VVIP dan VIP amik tempat, masih banyak ruang yang kosong jadi kami disuruh untuk penuhkan ruang tu. Merasa la jadik VIP kejap. Kalau tak asyik makan sisa je.

Selesai semua sekali, dalam kul 1pm kami gerak balik. Sempat la beli biskut sket dan dapat makanan kampung dari gerai yang menang. Seronok punya pasal dapat hadiah terus kami ni dibagi keropok dan macam-macam. On the way balik stop kat Pagoh untuk solat. Sampai Putrajaya semula dalam kul 7pm lebih.

Nasib baik tak lewat sangat sebab esok nak keje macam biasa. Itulah saje pasal Ilham Desa ni. Tahniah pada kampung yang menang dan yang tak menang tu, lenkali cuba lagi.


Final prep. Tengahari tu lunch kat kantin sekolah aje. Dah macam budak sekolah rasanya. And kantin sekolah still macam dulu-dulu, bangku panjang dan meja panjang.

Kami yang keluar di petang hari. Diorang tengok CD kat kedai bagai nak rak tapi tak belipun. Sure tokeh tu geram aje.

Sesi bercerita bagai nak rak. Rasanya gelak kitoranglah yang paling kuat sekali. Can't help it, memang sangat lawak diorang ni

Seorang Puan baru yang sangat patriotik. Agaknya bila dah kawin tu jiwa jadi lain sket kot. Nak-nak bila terpaksa berjauhan kan. Bila siang boleh buat muka lawak sengal, bila malam terus terpancar aura kepatriotikan dia. Memang hebat Puan Didi kita. Muka pun serius habis beb.

The big day. Ramai gila orang datang, eh bukan datang tapi dibawa datang. Yelah takkan satu kampung seramai ini. Tu dah kira bandar tu. Siap ada gendang and tarian bagai.

Orang yang kebosanan duduk dalam bas sorang-sorang berjam-jam lamanya

No comments: