Wednesday, June 20, 2012

Putrajaya Fun Run for Charity

I totally forgotten about this event until I saw someone's FB status. Since I thought I have one whole day to spare, I dah plan macam-macam. Nak vacuum and mop the floor, do laundry, go for hair cut, groceries shopping bla...bla...bla... Sekali tengok ada larian daaaa.... Habis semua plan melayang. 

The event was some CSR project of a staff at MoF. PTD junior sekarang semua kena buat CSR project. Zaman kitorang dulu tak de. Kalau ada, apa lah agaknya project I buat kan. Buat something like "Food Not Bomb" pun ok jugak kan. Masak and bagi orang makan. I'm not a good cook but cooking for others pun best jugak instead of buat charity dekat orphanage. And ada ramai kawan yang pandai masak so boleh la ajak diorang join buat CSR dengan I kan. Cewah angan-angan. 

Anyway, that morning, setelah hampir sebulan tak drive, I drive la the car sebab worksyop kata ok. Eman pun drive masa amik dari worksyop and dia kata ok. Rindunya dekat my Savvy. Tak pernah berpisah sebegini lama. Cewah. Tapi hampa betul hati ni. Masa pegi ok la. Balik tu buat hal lagi. Tak mau tukar gear so merasa la drive gear 1 je. Menjerit-jerit engine. Risau je I kot meletup ke apa. So with that, kereta akan diexport ke Kuantan untuk tindakan selanjutnya. Biar Abah pulak yang handle. Hehehe.....        

Jerebu. Tak nampak Perdana Putra
PICC pun dah terbang ke angkasa lepas. Hilang ditelan jerebu
Ana, me, Wawa, Leen and Nad. Semua janji pakai warna oren
Some of the participants. Yang baju hijau tu dari Rumah Amal something-something
Jerebu agak teruk that morning. Merasa la berlari dalam jerebu kan. Apparently we came too early sebab organizer kata flag off at 8.45am. tu dah kira lewat tu. Sure panas nanti. To kill time, we ate foods inside the goodies bag and sembang-sembang. Macam-macam cerita. Then continue dengan warming up session yang sangat best. Teringat time DPA dulu. Ada tarian India bagai. Bila badan dah panas, memang syok sikit berlari. 

I was slow like usual but managed to never stop ok. Alhamdulillah slow and steady sampai jugak kat finishing line. Masa berlari tu, Nadia was always by my side. At one time I heard macam bunyi motor tapi slow aje kat sebelah. Lama tapi I malas nak tengok. Bila dah lama sangat baru I perasan ada warden trafik PJH yang follow sebelah kitorang. Agaknya dia tengok kitorang ni lari slow sangat kot. Takut sakit ke apa la kot. Baiknya dia..... Oh sebenarnya behind us, ada polis traffic sekali. Wah terasa macam VIP pulak. Terima kasih ye tuan-tuan yang budiman. 

Nad, my loyal companion

Hoyeah another one. Credit to Edwin for the nice  pic
The kids from Rumah Amal got special goodies bag
My shoes yang telah lama berehat
Sampai kat finishing line tu terasa macam nak pitam pun ada. Terasa melayang-layang. Hehehe..... Diorang kata dari jauh dah nampak muka I merah menyala. Trademark tu. Semua benda muka I memang akan jadi merah. Tak boleh nak cover. Mujur pakai tudung. If not nampak telinga I merah sekali. Nampak ramai kawan batchmate. Pengantin baru pun ada. Leen dapat no 2. Hebat dia. Well dia memang hebat pun. Lari laju. Sebagai hadiah kerana menang tempat kedua, dia dapat dapur. Memang sesuai sangat hadiah tu. Dapur untuk memasak supaya makan banyak-banyak, jadi gemuk and berlari slow sikit. Baru la boleh bersaing dengan I. Hahahahaha...... 

The 1st runner. Lepas berjogging dia terus register for this event (most probably the last one to register la kan) and tup tup dia yang menang. Hebat lah...
Besarnya hadiah dia.....
Jangan lupa jemput makan bila dah guna nanti eh

Lepas berlari, pegi breakfast dengan Shikin. Makan nasi dagang yang super sedap. Siap amik 2-3 lauk lagi. There goes all the calories burnt tadi. Hehehe.... Eh tapi lepas tu terus buat kerja rumah tau. And yes sempat la pegi gunting rambut. Shopping je tak sempat sebab kereta rosak. Thanks Shikin for accompanying me. Next time kita pegi makan nasi dagang sedap tu lagi ye. 

Tuesday, June 19, 2012

Switakon's Wedding

Another beautiful wedding attended. Wedding Yanti aka Cik Ahkon kita. I went with Min. Straight away dari rumah terus ke KWPKB at Precint 2. Sebagai warga Putrajaya, mesti la tau jalan alternatif nak mengelakkan berjuta-juta belia tu kan so Alhamdulillah berjaya sampai tanpa perlu menumpuh jam. Tapi ikut jalan jauh sikit la. Parking pun boleh la lagi. Maybe sebab sampai awal kot. 

It's a pink wedding!
Since sampai awal, lama jugaklah kami menunggu geng lain. Min suruh I makan dulu tapi macam segan pulak nak makan sorang walaupun lapar sebenarnya. Hehehe.... Next to arrive ialah Nana so we ate together. Later barulah Um, Mila and Fieras, Ayol, alamak lupa pulak nama wife Ayol (sori ye...) and Keisha, Max, Khairun and Aidan, Yasser, Faie and Akmal and husband Didi, Syazwan with Adyan. Didi jadi pengapit she's not with us. Since I dah makan, so sambil para ibu bapa tu makan, I play with the kids. Adyan tu punyalah stone, no matter what Nana, Min and I did to cheer him, he never budge a bit. Smile sikit pun tidak ok. Can be a good spy ni. Hahaha....

Tengok Cik Ahkon kita tu....
Didi kat belakang sebagai pengapit

Sweeeettttnessss.....
This is Sayf Adyan. Didi's son
Keisya. Ayol's daughter
Oh sekarang dah jadi kakak Keisya sebab baru je dapat adik perempuan
Adyan yang terkenal sebagai kanak-kanak tanpa emosi wajah. Hahaha....
After numerous attempt barulah dapat satu yang clear. And tengok lah tu, wajah stone si Adyan
Aidan Sallehuddin. Max's son. Cuteeeeee sangat
Sometimes Aidan would smile but unfortunately not in this pic. Why we look reddd????
Tengok le bride tu. Muncung-muncung. Well the usual Yanti la kan. Hahaha....
Selain makan, melayan kanak-kanak yang comel dan catching up with those friends, nothing much to do pun. So selesai semua, kami pun bergerak balik. Penat weh. I really need to rest. Thanks Yanti for inviting. Makanan adalah sangat sedap. Rugi makan sekali je. Hahaha..... And you are so prettyyyyy.... Everything was sooo nice. Oh congratulations on your wedding. So apa lagi, cepat-cepat produce junior seperti ahli geng yang lain tu. Since I'm not really a part of the geng so selamat dari menjadi next in line. Hahaha..... 

Thanks Min kerana sudi menjemput dan menghantar pulang. Now that everyone else dah terikat (ewah macam teruk bunyinya), maybe when I'm bored or you're bored, kita boleh lepaking sesama. Thank for offering. And thanks to kawan-kawan lain jugak. Ada korang tak de le terkontang-kanting pegi wedding sorang-sorang which is definitely not a fun thing to do. Kan. 

Lepas ni nak attend wedding sape la pulak eh. Macam dah tak ramai je kawan-kawan yang masih bujang. Hehehe......

Monday, June 18, 2012

Standard Chartered Fun Run 2012

Hoyeaah after sooo long
Now that cerita kahwin cousin sudah tamat, can start with cerita ceriti lain yang sudah pun basi cuma belum tahap kulapuk je lagi. Hehehe.... This year I haven't start running yet. Lepas sakit teruk masa bulan Januari hari tu terus stop. Ada one finding masa warded hari tu yang membuatkan I'm a bit worried. Mak lagi la. Macam paranoid terus. Tak bagi I angkat berat semua but sometimes I just have to. Ye la dah selama ni macam ok je walaupun ada terasa sakitnya kadang-kadang and people know me as an active and strong person tetibe nak cakap tak larat and tak boleh buat mesti orang ingat alasan sangat kan. But among my running peers, I'm the weakest. Hahaha.... 

Setelah sekian lama berehat, berat badan pun naik mencanak-canak, nak tak nak kenalah start aktif balik sebelum tetibe semua dah tak kenal I sebab telah menjadi raksaksa gorgon. Hehehe..... Before this dah berapa kali terpaksa let go few event sebab ada hal. Alhamdulillah masa Hari Belia hari tu dapat la join the Standard Chartered Fun Run. Kira my first running event for this year la. Demi kerana tak nak terlepas event larian lagi, sanggup tak balik Kuantan with the other siblings tu.


Tapak event dekat area my office and since kereta ada kat worksyop, terpaksa la I menapak pagi-pagi tu. Almost 3km jugaklah from home. Berpeluh-peluh and serius rasa macam tak larat je nak teruskan dah dengan larian after that. Tapi bila jumpa kawan-kawan hilang la kejap penat tu. And betul seperti yang disangka, geng runners yang lama tak jumpa mesti tegur kata I dah chubby. Ni yang semangat nak exercise lagi ni.....

Orang dah ramai berkumpul
Yeah let's Zumba...
Best ok Zumba ni
Me, Leen, Sal, Wawa and Chatul
Selain the girls kat atas tu, muka-muka biasa lain ialah Edwin, Aizat and Wan Rahim. Ada lagi ke yang I tak sebut eh? Memang ramai and meriah ok. Warming up session was handled by guys from Zumba dance something. Memang best. Tapi jauh sangat so boleh tengok aje lah. Gambar nampak clear sebab zoom. Patut la ramai orang nak join Zumba class. Memang best ok. I aerobic yang ala-ala dancing ni suka je walaupun hakikatnya I dancing macam kayu. Hehehe.....

Waiting for the flag off
Sempat lagi tu....
Lepas je flag off, macam biasa yang lain berdesup laju berlari. Mujur la berlari ni tak mengeluarkan asap. If not makan asap je lah I. Hahaha.... At first Aizat teman jugak I berlari but half way thru dia jauh ke depan. Slow sangat kot. Hahaha.... Tak pe I faham. I kan lari slow tahap gaban. So I would't mind kalau kawan-kawan tinggalkan I. Tapi kalau dalam hutan tu kena tinggal seriau la jugak kan. Kalau takat dalam bandar ni I ok je. Yang tinggal cuma I and Sal aje. Dah tak larat lari kami berjalan. Bila dah berjalan tak de maknanya nak berlari balik kan. Betul tak Sal? 

Somewhere in Precint 5
Yesss finishing line dah depan mata
Sal, my companion all the way. Thanks Sal
Yeay I did it!
Didn't cheat ok. Lepas semua check point
Makan breakfast
Alhamdulillah got to add more cert into the folder
Sampai je garisan penamat terus pegi amik sijil and berehat sambil minum air. But I can't stay long sebab got a wedding to attend. Last year lepas larian ada persembahan artis yang best. Then ada cabutan bertuah. Tak pelah yang tu next time pun ada lagi. Wedding kawan ni la sekali. Betul tak? Lagipun since kereta I rosak so ada kawan yang akan datang pick up so kenalah ikut time dia instead of mine kan. Penat berlari tak hilang lagi kena jalan kaki balik rumah. Penatnya Ya Allah. Masa pegi I lalu jalan utama. Terasa macam jauh sangat. So balik I ikut laluan tepi tasik. Sunyi la pulak. Yang ada pun geng-geng cleaner je. Cuak tu cuak la jugak tapi I berdoa supaya sentiasa dilindungi oleh-Nya. 

Dekat tapi jauh
Akhirnya sampai jugak. Penat gila tapi tak boleh berehat lagi. Kena rushing bersiap untuk wedding pulak. Lepas tu baru boleh rehat. Next cerita wedding lagi. Musim kawin betul kan.....

Wedding Syah and Aida part 3

Hoih bilalah nak abis cerita ni ni. Hehehe... Maafkanlah akan kelembapan hamba dalam mengupdate ini blog ye. Hamba agak kesibukan sekarang ni. Kesibukan ke kemalasan? Hmmmm dua-dua kot. Hehehe..... Anyway let's me get done with this and boleh update cerita lain pulak. 

As I wrote earlier, this would be the last wedding in Mak Ngah's family. Insya Allah la kan. Kot ada lagi tak tau la pulak. Hehehe..... Mak Ngah ni tiap kali buat kenduri kawin, mesti ada majlis cukur jambul sekali. Kebetulan sangat tau. Masa Lina, Nadia and Natasya kawin dulu pun ada buat cukur jambul dulu. So this time majlis cukur jambul anak Natasya. Namanya Bella Nur Umairah. 

Fatty me... erkkk....
Marhaban ya marhaban
Akak rajin melayan Mya

Mya Qistina anak my cousin Lina
Jannah and Meera. Jannah pakai ikut tema sangattt...
Turn Mak gunting rambut Bella
Meja beradap
Fresh roses
All sort of fresh flowers
Sebelum apa-apa kita makan dulu

Lepas majlis cukur jambul, kami makan dulu sebelum tetamu lain start datang. Maklum lah kejap lagi kena bekerja. Bekerja la sangat. Yang lelaki ye la yang perempuan more like lepaking with realitives je. Hehehe.... Macam biasa the boys kena jaga goodies counter. Ada rock chocolate, marshmallow and jellybeans. Comel je. 

Arranging the goodies. Good team work
Meera suka pegang botol macam tu tau
Dik Man
Thalha the masterchef
Apis (middle) and Mamat (right)
Cute bottle with marshmallow, chocolate and jelly beans
Abah yang kesakitan kaki
Kena jadi bunga manggar boy ke?



And as usual mesti Mak la yang kena menyambut rombongan pengantin

I guess this would be the last time Ayesh kena tabur bunga




Ayesh kacau Mya and Eicha




Mentang-mentang nama sama dengan nama Sultan Pahang, warna pun warna diraja eh
Yeay makan time.....
Arrangement for the wedding adalah sama seperti the previous wedding juga. Mak akan menjadi penyambut rombongan pengantin. The kids (cucu-cucu Mak Ngah) akan jadi flower boys and girls. Lepas bersanding and merenjis bagai, sesi makan beradap. Pastu kira selesai la. Pengantin akan teruskan dengan sesi bergambar ke apa ke and kami akan menjadi antara relatives terakhir meninggalkan majlis. Bang Long je yang kena stay sebab dia kan pengapit. Kena la membantu hingga ke titisan terakhir gitu.


Mak and Mak Ndak (sister)
Mak and Pak Long Kamal (cousin)
Us with the bride
Fatty matty me again. Arghhhh....
Every time ada majlis, balik-balik jumpa muka sama je. Kalau ada yang lain pun kawan-kawan Mak Ngah anak beranak. Yang lain tu sedara-mara la. Tu yang best tu. Kadang-kadang ada yang dah kenal and kadang-kadang ada yang tak kenal. So lama-lama akan kenal la sedara semua. Kalau tak kenal mesra pun at least kenal muka. Kan.... Sebab dalam pada selalu berjumpa tu, ada je yang datang tak bawak anak ke. So sekali sekala ada yang bawak anak ke apa barulah tau. 

Cuma yang tak larat bila kenduri ni soalan cepu emas tu la kan. Nanti kenduri akan datang in my family lagi la banyak yang akan bertanya. Hoih kena sediakan jawapan dari sekarang ni. Jawapan yang mantap yang lepas jawab je terus tak de soalan susulan atau nasihat atau yang sama waktu dengannya dari yang bertanya tadi. Hahaha.... Kejam betoi.... 

Akhirnya tamat jugak cerita ini. Daripada baru kawin sampai dah mengandung dah pun pengantinnya barulah siap cerita ni. Mujur tak bersalin lagi. Hehehe.... Acik sibuk dik non ooiii..... Wokeh next story please....