Wednesday, August 25, 2010

Hari kedua belas Ramadhan : Sabah Day 3

Ok hari ketiga ni adalah hari terbest sekali although paginya bermula dengan agak slow. Pagi tu around 9am gerak ke rumah YBM tapi by the time kami sampai Datin dah nak gerak keluar so kami terus ke Hospital Semporna. Ada program menyampaikan sumbagan pada pesakit-pesakit di sana.

Ni lah rumah asal YBM. Belakang tu ada rumah baru. Locals akan berumah kat sini la kalau YBM balik. Ni pun tak ramai as usual.

Hamper yang akan disumbangkan pada pesakit-pesakit. Staff pun dapat juga sebab banyak extra.

Pertandingan menolak stretcher... hehehe

Ada orang terbersalin dalam kereta

Nampak sakit je muka orang baru bersalin tu. Eeeee takut...

Agak lama jugak la kami menunggu sampai naik lemau. Bukan apa, Sultan Selangor pun ada datang kat Semporna and that morning dia nak balik dah so YBM and Datin nak hantar la tu. Kat Hospital Semporna ni, ramai orang datang and bagi barang kat security untuk dipasskan kepada pesakit. Ye lah nak masuk melawat tak boleh kan. Security pun gigih je menerima dan menghantar. Kalau kat hospital lain tak nampak pulak ada security buat keje ni. Marah-marah lagi adalah.

Wad bersalin adalah wad pertama yang dilawati. Seronok la diorang dapat hamper besar tu. Yang bersalin dalam kereta tadi masih dalam labour room so tak dapat la nak tengok dia and the baby.

Ramai betul entouragenya. Kalau biasa-biasa tak de nya dapat nak masuk hospital sekali ramai-ramai ni kan. Orang RTM and TV3 pun ada. Tapi I tak de la menyelit-nyelit nak tayang muka.

Ni kat wad lelaki. This boy adalah tourist from France. Dia diving kat Mataking Island when something happened to him. Tak tau la injured ke apa ke sebab nampak macam ok je. Murah rezeki dia hari tu sebab dapat hamper juga.

Lepas selesai menyumbang hamper pada semua wad, plan seterusnya adalah lawatan ke pulau.Oh bukan setakat hamper je eh, duit raya pun dapat juga. Mula-mula tu diorang offer nak bawa ke Pulau Sipadan tapi nak pegi sana kena register dulu kat Pejabat Daerah untuk keselamatan. Maklumlah pulau tu dulu kan tempat culik-culik ni. Since hari ahad pejabat tutup, tak dapat la nak ke sana so plan ditukar ke Mabul Island aje.

Kebetulan pulak masa kat hospital tu hujan dah start turun. Dah 2-3 hari kami berpanas kat sana tapi elok je plan nak ke pulau hari pun hujan. Tak pe hujan pun hujan la, plan tetap diteruskan. Sayangnya ke sana time bulan puasa. Kalau tak sure lebih enjoy kan.

Orang tak sabar nak ke pulau. Sayangnya I'm not in the proper attire. Siap pakai seluar slack tu. Kalau diberitahu awal-awal boleh juga bawa yang lebih selesa. Tapi hentam ajelah labu. Yang penting boleh pegi.

Around 12 something kami pun gerak ke pulau dengan menaiki bot yang agak kecil. Altogether ada 12 orang semuanya; petugas 7 orang, staff Pejabat Menteri 2 orang, driver 2 orang dan pemandu boat sorang. Dan cuma ada 2 orang aje lady, I and my roommate. Perjalanan dimulakan dalam keadaan hujan renya-renyai.

Inilah bot yang kami naik. Kecil aje tapi ada life jacket. Tu yang penting tu

Abang Is ni suka menyelit tau. Banyak je gambar macam ni. Hehehe... Hah yang duduk depan tu adalah salah sorang pemanndu yang turut sama. Duduk depan macam naik kuda ok.

 Halfway thru

Sepanjang perjalanan pergi, tak banyak gambar dapat diambil sebab hujan lebat. Thank God I ada bawak towel from hotel so dapat la cover my face and body. Boat laju, hujan lebat, so bayangkan lah bila terkena percikan air kat muka tu. Sakit wooo. Dah la melambung-lambung boat tu. Kerusinya cuma sekeping papan aje. Terhentak-hentak my bum ok. Sakit dan sengal. Hehehe....

Pastu bila dah hujan lebat, pemandangan mesti lah terhad kan. Tak nampak pulau apa-apa pun. Terasa cuak la jugak tapi I diamkan aje. Yang lain ada la yang kecoh-kecoh. Kat laut mulut tak boleh cabul kan. And of course the jurumudi know what he's doing so sabar aje lah kan. Abang Is terus menjadi warak. Hahaha... asyik dengar dia bertakbir aje. Geli hati betul. Lagipun dia tu phobia sikit dengan air. I pulak seronok sangat. Terasa sangat adventurous ok. Dengan hujan lebat, dengan boat yang melambung-lambung, dengan tak tau nak ke mananya. Sangat thrill.

Finally sampai juga kami ke Pulau Mabul. Subhanallah indahnya ciptaan Allah. Begitu cantik ok. Air yang jernih sejernih-jernihnya. Boleh nampak dalam tu, batu karang, tapak sulaiman, ikan biru, kuning dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan hati mcam nak terjun je tengok kat dalam tu. Dari atas boat pun dah boleh nampak yang kat dasar tu. Sangat sangat sangat kagum dan teruja.

Ni tak pasti pulak pulau apa

Wellcome to Mabul Island. Ni tempat divers rasanya sebab banyak diving punya stuff je

Itu dulu pelantar minyak tapi sekarang dah convert jadi restaurant. Sangat creative kan. I wonder how it looks like inside. Nanti kalau ada duit lebih untuk jalan-jalan teringin nak try makan kat sana lah.

Yeay berjaya set my foot at this beautiful island

Jetty and chalet

Dah basah lenjun kena hujan. Sampai-sampai terus cari port nak berteduh.

Antara 2 darjat; ada chalet yang begitu lah cantiknya and the locals pulak duduk kat pondok buruk yang dah macam nak roboh je. Kesian betul tengok diorang ni. How do they live eh?

Nak tukar port sebab orang kat situ kata ada port lain yang lebih cantik kalau nak mandi

Dari atas jetty tu. See boleh nampak semua yang kat dalam tu kan. Kalau ada SLR camera mesti boleh amik gambar yang lagi best. (please excuse my feet although it was purposely positioned that way...hehehe)

Port yang lagi best untuk mandi. Kalau tadi dah terpana dengan kecantikannya, ini boleh pengsan terus. Tiada kata-kata mampu mneggambarkannya. Super duper cantik.

Just look at the water... Subhanallah....

Pasirnya begitu lah putih dan cantik dan berbeza dengan pasir kat pantai-pantai lain yang saya dah pernah pergi

Puasa-puasa pun I redah jugak main laut. Padahal I ni bukanlah seorang yang gemar pada laut pun. Tapi ini laut yang istimewa, so tak boleh lepaskan peluang.

Look at us, dah macam budak-budak dah mencari remis. Tapi memang serius teruja tau.

Budak tua tak sedar diri. Hahaha....

I tak pernah menulis kat pantai tapi kat sana tetiba rasa nak menulis pulak

Eny @ Mabul (eh kenapa I nampak macam cacat je dalam gambar ni? hehehe...)

Teruja dengan batu karang la pulak dia ni...

Cantik sangat the view kan. Tambah pulak dengan baju pink...very striking....

Kalau boleh setiap tempat pun nak amik gambar. Eh nampak tak my name kat belakang tu?

Ok time to go back to hotel. Perjalanan balik Alhamdulillah tak hujan dah. So boleh la melihat-lihat pemandangan sepuas-puasnya

Seafest Hotel from the sea

Sampai aje hotel I terus mandi, solat and baring atas katil berselimutkan duvet yang best itu. Menggigil-gigil sampai la waktu berbuka ok. Mana taknya kena hujan dan angin laut semua tu. Memang menggigil tak ingat punya lah. Dah macam demam kura dah. Hahaha....

Kesejukan menunggu waktu berbuka

For Iftar kami ke restaurant yang sama kami makan on the first night. Makanan kat situ ok dan rasa sangat homey. Kan kamilah satu-satunya customer dia. Specially booked kot that place.

Makan makan jangan tak makan
After Iftar, it was decided that malam itu mereka nak bawa kami ke Tawau. So kena la terawih sendiri-sendiri kat bilik. Ke pekan Tawau sebab nak pergi Pasar Gantung. By the time kami sampai dah pukul 9 lebih and dah banyak gerai yang tutup.

Orang tu tengah buatkan rantai dan gelang for me... sorilah ye ...susah dapat customer yang cerewet ni... hehehe...

Mazli ada kirim barang-barang sikit so I beli kat sana lah. Siap custom made lagi rantai dan gelang mutiara tu. Harap-harap dia suka lah. I ni bukan pandai sangat nak pilih perhiasan ni. Kalau untuk diri sendiri tak pe. Untuk orang payah sikit. Tu yang berhari-hari I survey untuk dia tu.

Sampai hotel I terus kemas bag, solat terawih and tido. Esok dah nak balik dah. Baru nak enjoy-enjoy dah kena tinggalkan tempat yang best ni. Rasa tak sabar nak datang semula. And definately I akan pegi lagi ke Pulau Mabul tu. Ye lah kat pekan Semporna bukan ada apa pun, pulau-pulau tu je yang best. Ok next entry would be on the last day.

Tuesday, August 24, 2010

Hari kesebelas Ramadhan : Sabah Day 2

Imsak kat Semporna adalah around 4.30am macam tu so at 3.30am I bangun sahur. Everyone turun kat bawah tapi I sahur kat bilik aje; roti and serunding yang I bawak from rumah. Lepas solat Subuh (before 5 dah masuk Subuh ok) I sambung tido. Kena berkumpul at 9am so sempat lah nak rehat-rehat dulu. Lagipun biasalah I ni, first night at new place memang tak boleh nak tido sangat.

View from my new room

Around 9am kami bertolak ke kediaman YBM. Orang dah start berkumpul. I baru je tau, kalau YBM balik, orang-orang kat Semporna memang akan berduyun-duyun serbu untuk mendapatkan habuan masing-masing. Lama betul kami tunggu barang -barang sumbangan yang perlu dipack tapi tak sampai-sampai. I risau je tak sempat nak packed sebab masa tu dah pukul berapa, majlis start pukul 3pm. Tak ke haru nanti kalau tak siap. 

Penat menunggu aje....

To kill time, kami berbual-bual di halaman. Sedang rancak berbual, datang seorang wanita. "Oh di sini kamu sebatalion ya, aku di sini sorang-sorang saja" pastu dia terus joined in. Duduk je terus bercakap tanpa henti. After a few ayat I dah agak dah that there is something wrong with her. Sangat weird ok. And memang betul telahan I tu, she's short fused. Tak betul. Semalam jumpa sorang, hari ni jumpa sorang. Apalah nasib kat bumi Sabah ni.... Tapi memang kelakar la. I gelak sampai terbahak-bahak until dah tak de tenaga lagi nak gelak. She can talk just about everything under the sun. Mula-mula cakap hal a, pastu sambung hal b, pastu hal c. Haish naik pening I. Paling kelakar, she said otak ni terbahagi kepada 4; sebelum, serebrum and medula olongata (wait, itu cuma 3 aje). Terbahak-bahak kitorang gelak sebab she was right about the sereblum, serebrum and medula oblongata itu.

Wanita itu. On the outside, she looks so normal; siap pantis kening, mekap semua lah. But on the inside, only Allah knows. Hahaha....

She talk non-stop that the most loyar buruk man among us pun surrender. Then she talk about gaji and told us that today was her pay day. She took out calender to show the date and you know what kind of calender she bring? Calender dinding yang kena koyak everyday tu. Gila lah. Terbahak-bahak semua gelak. Ingatkan pocket calender ke apa. Lama jugak la we all do melayan minah ni. Until barang-barang sampai then we all kena gerak ke dewan orang ramai to pack the stuff.

The hall tempat majlis berlangsung

Semua pun gigih mengangkat barang


Me in action. Penat tau tak kena packing beras, susu pekat manis, tepung, gula, minyak masak semua tu. Dah la puasa, tak de tempat nak duduk pulak tu. Sakit pinggang and belakang I dibuatnya. Tapi demi tugas, tahan aje lah...

Orang ramai dah mula berkumpul untuk mendapatkan bantuan

Dah macam dalam penjara lah pulak

After we're done packing, balik ke hotel kejap to refresh our body yang dah berpeluh-peluh tu and to solat sekali. 2.30pm gerak semula ke dewan and by 3pm majlis pun bermula. Although the packing started quite late but we managed to settle everything on time dengan bantuan orang setempat juga. Tapi ada beberapa barang yang tak cukup so akan ada lah yang mendapat set yang tak lengkap nanti tu.

Dewan dah mula penuh when we arrived

 Waiting for the VVIP

The VIPs; punyalah ramai sampai 12 orang duduk kat depan tu. Selalu majlis we all 3,5 atau 7 je.

Mula-mula ok lagi... ada yang duduk, ada yang berdiri tapi suasana adalah manageable

Bila kata mula nak bagi sumbangan aje terus semua serbu

Siap berpegangan tangan buat kawalan lagi tapi hampeh jugak sebab kena rempuh

Serbu-serbu... habis diorang kena rempuhan

Dahsyat juga orang-orang Semporna ni. RELA pun kena rempuh juga. Mula-mula I kesian betul tengok nenek-nenek dan datuk-datuk yang dah tua menerima bantuan. Nak angkat pun tak larat. Jalan pun terkial-kial. Tapi towards the end I see the ugly side of the locals there. They have to queue untuk dapatkan bantuan berupa makanan, kain dan wang tunai. Sepatutnya bantuan hanya untuk yang berkupon tapi memang ada extra pun so ramai la yang tak berkupon join sama. The things is, ramai yang bila dah dapat tu instead of keluar dari dewan, diorang kebelakang letak barang and masuk balik dalam barisan tu and claim as tak de kupon. I caught few yang buat sampai 3-4 kali. Mula-mula tu I sabar la tapi mana boleh tahan tengok sebab ramai lagi yang tak dapat. Kalau diorang bolot semua memang last-last akan ada yang melopong la kan.

So tanpa disangka-sangka, I turun and reprimand group itu. Macam tak percaya je I seberani itu. But I said nicely la and diorang buat tak endah pun. Buat tak tau je kat I. Geram betul. Dah la muda-muda lagi. Tak tau malu betul. Amik rezeki orang lain plak tu. Apa nak jadi ni... nak hidup mudah aje... In the end memang ada yang tak dapat. Kesian diorang dah la ada kupon tapi tak dapat jugak. Sedih aje diorang. Abang Is siap menangis-nangis masa tengok orang-orang tua yang dapat bantuan tu. Tersentuh hati dia. I dah biasa tapi tetap sedih juga bila tengok tu. Tapi kalau yang muda-muda and buat perangai ni memang I geram la. Tak de nak kesian-kesian dah.

Selesai majlis kami balik ke hotel tapi bukan terus ke bilik la. Singgah di restoran terapung nak tengok-tengok barang. Nak tau, walaupun I perempuan and walaupun I selalu je membeli benda-benda merapu macam gelang semua ni tapi I rasa I tak la seteruk beberapa lelaki di dalam group petugas tu. Setiap detik dan ketika yang ada digunakan untuk membeli mutiara la, kristal la dan macam-mcam la. Paling banyak of course 2 benda tu lah. Sape yang lelaki sape yang perempuan ni? Hehehe...

Banyak kan. Tapi tak sebest kat Pasar Philipines kat KK la. Sana lagi best and lagi banyak pilihan la. I tengok-tengok aje tapi tak membeli pun.

Eh I look slim in both pic kan. Wah sukanyeeee.... Tapi muka masih tembam la...



Memang cantik pemandangan di sini....  Kamera I bagi budak-budak tu guna sebab kamera diorang tak de bateri sudahnya dorang sibuk ngan kamera tu and left me all alone to take my own photo. Tapi tak pe... I tak kisah sebab dah biasa.....

Malam tu for Iftar kami berbuka di restoran terapung. Makanan memang sangat sedap. Eh tetiba terasa terliur pulak bila teringat ni. Sedap sangat walaupun lewat datang makanannya. Yelah berbuka dengan air kosong je dulu. Tapi sangat worth it la makan kat situ. For the first time I minum air manis untuk berbuka; fresh orange yang super sedap. Selalu I minum plain water je. Tak pe sekali sekala kan.

Ada ikan steam, udang, sotong, telur, Sabah vege and daging rusa. Kat sana daging rusa dipanggil daging payau. Masa mula-mula tu I ingat daging tu rasa payau rupa-rupanya daging payau as in daging rusa. Hahaha....

My plate... semua ni habis I makan tau. Licin.

For terawih that night kami ke masjid yang lain pulak; Masjid Nabahan Kamal (kalau tak silap la) and the situation adalah sama dengan masjid semalam tu. dengan bising mengalahkan pasarnya, dengan saf yang huru-haranya dan budak-budak yang berlarian dan macam-macam la. Tak tenang betul nak beribadah. And again solat terawih yang super fast sebab imam di sini pun baca surah yang amatlah pendeknya.

That night berehat-rehat aje di bilik. Penat lah seharian. From morning tu ke sana kemari je. Overall ok la despite banyak masa terbuang menunggu. Kalau tidak lebih banyak aktiviti dapat dibuat kot. Ok later sambung untuk hari seterusnya pulak.