Tuesday, September 11, 2012

Cuti Hari Merdeka

Such a long overdue post. Banyak benda nak buat so tak sempat nak bercerita kat sini. Anyway masa cuti merdeka hari tu, my parents came down from Kuantan bersama cucu cum anak bongsu diorang tu. Thalha kena ada la sebab dia kan sekarang ni jadi driver tetap. Cuti panjang so targetnya nak mencari lampu. Wah kemain jauh datang membeli lampu ye. Anyway, since on Friday tu ada jemputan from Nenek Chik so kenalah pegi rumah dia dulu. Kat Kampung Melayu Subang. Teringat kat Cik Yanti bila pegi area tu. 

Nenek Chik menjemput untuk majlis bertunang Cik Anet. Cik Anet ni anak yang bongsu. Buat majlis bertunang sekali dengan open house la kot sebab makanan tak putus-putus ok. Since Nenek Chik ni banyak jugak menolong kalau kami buat kenduri kahwin (acar buah dia yang terbaik) so kali ni Abah kata kita kena la buat something for her. Sudahnya hari Jumaat tu pagi-pagi I dah bangun untuk membuat muffin. Dapat la dalam 1++. Paling banyak I pernah buat so far. 

Siap buat muffin terus la bertolak ke sana. We were one of the earliest. Pagi tu kami breakfast nasi lemak sebab Abah kata dah lama tak makan nasi lemak. Sekali kat rumah Nenek Chik kami dijamu dengan nasi lemak lagi. Rezeki Abah betul. Since nothing much to do, I pegi la melawat Nek Long Maya yang tinggal not very far from there. 

Meera merasmikan mini pelamin tu


I ni tak creative tapi takat tolong buat ribbon boleh la kot

Tetamu dah start ramai
Me and cousin Nadia anak Mak Ngah
Mak taken by Meera
Nenek dan anak bongsu
Rombongan lelaki dah sampai



Meera yang comel....

Sarung jangan tak sarung




Pak Long, Nenek Chik, Cik Anet, Tok Chik, Pak Ngah and Cik Aie
Pak Ngah Gangnam style
Pak Ngah ni memang kelakar so ada je gaya dia

Orang darah manis.....
Lama jugak kami stay kat sana. Until lewat petang. Maklumlah bila ada kenduri macam ni la baru dapat jumpa segala tok nenek pakcik makcik sepupu pepapat. Meriah sangat. Makanan pulak macam-macam sampai tak termakan dah. Meera mula-mula ceria la pastu not really in the mood sebab dia nak ajak balik. Not because dia tak larat ke apa tapi sebab dia nak main kat taman kat rumah I tu. Boleh? Sabar je lah budak sorang ni. 

Sampai Putrajaya around Maghrib tapi Abah temankan jugaklah cucu kesayangan dia tu main. Lepas Maghrib bersiap and ke rumah Mak Ngah pulak. Mak Ngah pesan anak-anak dia suruh kami datang rumah malam tu. Diorang ada buat BBQ rupa-rupanya. On the way nak pergi tu Abah ada kata nak suruh Mak Ngah goreng mi aje. Alhamdulillah rezeki Abah lagi bila sampai tengok selain BBQ, diorang ada masak mi bandung. Masin mulut Abah ni. Sebut je nak makan terus dapat. 

Perut dah kenyang, badan pun dah letih so masa untuk beransur balik. Tapi tersilap timing la pulak. sangkut dalam massive traffic jam kat Bukit Jalil. Ye lah malam tu kan ada himpunan sempena merdeka yang sepatutnya wajib kena hadir tu. Tak pelah kiranya I hadir lah jugak kan. Tak caya tengok bukti ni....








Hampir sejam kami tersangkut kat tepi stadium tu. Langsung tak bergerak. So merasa la tengok mercun bagai. Kalau Dik Manan ada mesti dia suka. Sampai rumah hampir pukul 1 pagi jugaklah. Ya Allah letihnya la. Maklumlah I bangun awal gila sebab nak buat muffin tu. And almost the last one to sleep jugaklah. Esok tu ada plan lain pulak. Tapi bila Mak Abah ada sama rasa syok aje walaupun kepenatan. Merata kami berjalan. 

By the way, Cik Anet mintak tolong I jadi pengapit. Malu la jadi centre of attention ni... Eh tapi orang mesti tengok pengantin kan. Sape la nak pandang pengapit pun. I pernah la dulu jadi pengapit few times tapi tu macam sekejap aje and bidan terjun. Main belasah aje. Kali ni nak kena tanya sikit kat orang yang dah biasa jadi pengapit ni. Aish segannya......

Tuesday, September 04, 2012

Tutti Frutti

Tutti Frutti ni actually cerita lawak hari raya yang sampai sudah Dik Man kena sakat. Masa hari raya hari tu panas sangat. So tetibe macam teringin nak makan Tutti Frutti. We were talking about it; me and Siti. Dik Man pun ada sama la kot. So masa duduk kat dapur potong sayur and what not to make mi bandung, Dik Man offered to go and buy Tutti Frutti. 

Dik Man : Kata tadi nak Tutti Frutti. Meh Dik Man tolong belikan. 
Me : Eh tak payah lah. Nanti cair.
Dik Man : Tak cairnya. Bagi la duit. Dik Man pegi beli.
Me : Cair nanti. Panas-panas ni. 
Dik Man : Tidaaaakkk.....
Me : Tak payah lah. Lagipun Abang Tam nak guna motor.
Dik Man : Kejap aje. 
Me : Tak pe lah. Jauh. Lagipun nanti cair. 
Dik Man : Tak jauh. Kat 7 Eleven tu.
Me : Itu slurpee.
Dik Man : Ada la kat sebelah tu. Dia tulis Tutti Frutti.

Me and Siti terus ketawa terbahak-bahak. Lawak la Dik Man ni. Apparently he didn't know the real Tutti Frutti. All the while bersembang tu dalam hati I macam terharu la jugak. Baiknya la Dik Man ni. Sanggup nak pegi ke bandar belikan kitorang Tutti Frutti. From our house nak ke bandar ada la dalam 6km. Kalau nak ke Tutti Frutti tu maybe jauh sikit la kot dari jarak tu. Sanggup nak travel jauh tu semata-mata nak belikan kami Tutti Frutti. Rupa-rupanya the Tutti Frutti yang dimaksudkan adalah slurpee perisa Tutti Frutti. Hahaha..... Tak pelah yang penting niatnya baik nak belikan kakak-kakak dia Tutti Frutti.

Tak lama lepas tu dia balik bawak slurpee perisa Tutti Frutti. Sedap la jugak. Dik Man.... Dik Man... Kelakar betul. Esok tu bawak dia keluar and buy him the real Tutti Frutti. Seminggu jugak la Dik Man jadi bahan usikan. Hehehe.....

Monday, September 03, 2012

Masih cerita raya

Ok sambung cerita aktiviti sepanjang cuti raya hari tu. This year maybe sebab cuti raya panjang sangat so semua jiran balik kampung (semua orang Pahang so kampung dekat aje) so tak de la sangat orang datang beraya. Kalau tak pagi raya dah kena serbu. Kami ni je yang pelik. Kalau balik kampung ke KL. Eh tu kira balik bandar la kan. Bila tak ramai datang beraya, tak de la banyak sangat pinggan mangkuk nak kena basuh. Kalau tidak, tangan ni sampai tak sempat kering. Since nothing much to do, malam tu suruh Jannah ajar drive kereta manual. Sekali all the girls nak ikut sama. 

Ever since I dapat lesen, I tak pernah drive kereta manual so tak dapat la nak drive kereta yang ada kat rumah tu sebab semua manual. Tapi susah la nak bawak manual ni. Nak jaga clutch la, tukar gear la. Barpeluh-peluh I drive malam tu and yang ada dalam kereta semua seriau aje. Hahaha..... Later terus ke rumah Epoi sebab esok tu diorang dah nak balik ke Besut. Pegi beraya pakai baju tidur aje. Boleh? Dah la datang pukul 12 malam. Teruk punya tetamu. Hahaha.....  Esok tu lepas sarapan baru balik rumah.

Hari raya kedua Mak Ngah and family datang all the way from KL. Ini dah macam tradisi la pulak. Mak Ngah and family akan berkonvoi 3-4 biji kereta datang ke rumah kami. This year Lina and family balik ke Johor so tak join and Mad Shah pulak akan datang lepas balik keje so lewat sikit. Kami jamu dengan mee bandung. Lepas makan diorang nak terus gerak ke rumah Natasya kat Kemaman. Rumah je kat Kemaman tapi tuannya still duduk dengan Mak Ngah kat KL sebab husband dia keje offshore. Sebelum balik kami bawak pegi tengok rumah yang dalam construction tu. Wah sume suka. Siap plan nak sambut raya kat Kuantan je tahun akan datang. Boleh sangat. Ramai-ramai baru la meriah. Mad Shah and wife sampai malam tu but I dah tidur pun. Keletihan sangat. 

Pagi raya ketiga semua yang lelaki ke tapak rumah sebab Abah nak tanam rumput. Kawasan besar so memang kena buat ramai-ramai la. Apis sampai around noon. Risau jugak kami sebab dia bertolak dari hari raya kedua lagi. Tak pe lah orang paling jauh kan. Perjalanan balik kampung merentasi banyak negeri tu. Rindu sangat dengan Zahra. Maklumlah duduk jauh sangat so kekerapan berjumpa memang jarang-jarang sangat la. Finally setelah hampir 8 bulan barulah Ayum dapat jumpa dengan anak sedara dia yang sorang ni. Dah besar and sangat aktif.

Putih melepak Zahra ni macam mak dia. Mak kata I dulu putih macam ni la masa kecik tapi dah besar ni  gelap. Hehehe....
Seronok main dalam bakul laundry
Suka buat mulut muncung camtu. Comellll....
Petang raya ketiga tu pegi town kejap dengan Siti, Akak, Hayat and Dik Man. Hayat jadi driver. Keluar sebab nak belanja Dik Man Tutti Frutti. Ada cerita di sebalik tu. Nanti la cerita eh. Raya keempat kawan Siti nak datang beraya so dia nak masak mi kari. Hebat betul kan adik-adik I ni. Semua reti masak masakan macam tu. Nak harapkan I? Tolong potong sayur boleh la. Hehehe..... Keluarga Cik Ha datang on raya keempat. Cik Ha pun sama macam Mak Ngah. Kalau datang, sampai 4-5 biji kereta. Anak dia pun ramai jugak and selalunya datang semua sekali la. Cik Ha ni jiran lama masa kat kem dulu.  

Raya kelima sibuk mengemas barang sebab nak bertolak ke Besut. Nak attend kenduri kahwin adik lelaki Zakiah. Sambil tu boleh hantar Ayum balik asrama sekali. Mula-mula Apis nak ikut tapi finally tak jadi sebab dia nak jumpa kawan. Lagipun jauh pulak perjalanan tu. Nanti dia nak balik ke Perlis kena menempuh perjalanan yang jauh lagi so intead of 3 kereta, kami pergi dengan 2 kereta aje. On the way ke Besut, kami singgah kat Setiu. Rumah bakal besan Mak Abah. Sape la agak-agaknya tu kan. Hehehe.... Yang pasti bukan saya ye. 

Zahra ni comel laaa.... Geram sangat. Manja pulak tu...
Dik Man found a math book so dia semangat la membaca. For those yang tak tau, dia ni memang suka sangat dengan math sejak dari kecik

Entah apa yang disembangkan 3 beradik ni
From Setiu terus ke Besut. Ramainya sedara mara Zakiah. Penuh satu rumah tu so kami tidur kat homestay aje. Her elder brother reside in Australia so bila balik tu the cousins were having fun together. Seronok bila tengok. Dah la a bit pelat bila bercakap tu. 

That big boy adalah one of the Australian kids

Dan yang pakai singlet ni. Comel sangat. 

The kids were having so much fun. Meriah betul rumah tu



Dik Manan berkepit dengan I. Tengok cerita Alien vs Predator. Kut...kut... (takut)
That night Adah nak ikut tidur kat homestay tapi Walid dia tak bagi. Terjadi la drama air mata. Hehehe... Esoknya pagi-pagi lagi Abah dah ke sana untuk tolong potong daging. Balik dari hantar Abah, Thalha bawak Dik Manan sekali. Very wise decision sebab bila dia ada, Ummi dia tak boleh nak buat keje. Lasak sangat Dik Manan ni. Since rumah kampung tu sangat besar dan luas, seronok la dia berlari. Punya laju sampai kaki tu macam berpusing je I tengok. Ni ada harapan untuk jadi atlet pecut ni. Hehehe.... Ummi dia kata Dik Manan ni hipokrit. Hahaha..... Ye lah bila dengan kami dia kemain baik. Tapi bila dengan Ummi dia kemain dia melasak.  

Tertido dalam dakapan Pak Man
Tengok tu bila ada Ummi dia tak duduk diam
Pasangan pengantin. Both pengantin lelaki adalah adik Zakiah
Tema kami adalah polka dot tapi Hayat tak ikut tema
Adah kemain lagi bersolek. Macam cleopatra pun ada tang mata tu. Hahaha.....
Dik Manan ku sayang....
Punyalah panas sampai berpeluh-peluh kat muka
Dik Manan dengan Ummi dia
Balik dari kenduri kami pegi shopping barang untuk Ayum. Sudahnya bukan takat barang Ayum, barang untuk rumah Kuantan dengan rumah Putrajaya sekali. Hahaha.... Bukan apa, murah barang kat sana ok. That night diorang keluar makan tapi I malas nak ikut. Tidur aje kat bilik dengan Dik Manan. Esok tu singgah rumah Zakiah untuk bersarapan and dropkan Ayum. Ayum start sekolah on Monday so Sunday baru sekolah buka. Since I nak balik Putrajaya dah on Sunday tu so tak boleh la nak tunggu sampai Sunday kan. Dropkan dia kat rumah Zakiah and ayah Zakiah akan tolong hantarkan. Sekolah dengan rumah tu tak jauh pun. Dik Manan meraung-raung nak ikut kami balik. Kesian dia.....

We were rushing home sebab Apis dah menunggu. Dia nak balik ke Perlis dah so tak sempat la nak menyinggah mana-mana shopping. Sampai aje rumah, kami dihidangkan dengan spaghetti carbonara. Apis dengan Ina la yang masak. Unfortunately Abah bukan suka benda-benda western ni. Spagheti bolognese pun dia tak makan apatah lagi carbonara yang creamy tu. Yang lain-lain kemain laju je makan. Lepas makan diorang pun gerak balik. Tak sempat nak main lama-lama dengan Zahra. Entah bila boleh jumpa lagi. 

Sunday morning bangun terus kemas barang. Hanim datang around 10am. Masa balik berdua tapi kali ni berempat, adik Hanim and Mamat ikut sekali. Alhamdulillah the traffic was smooth. So habis lah cuti raya kat situ. Rasa tak semangat aje nak balik. Nak start keje apatah lagi. Mula la rasa nak jadi suri rumah aje. Hehehe..... Tapi tak pe sebab Mak Abah nak datang KL masa cuti merdeka so boleh sambung beraya. And memang syok pun masa Mak Abah datang last weekend. Aktiviti penuh dari pagi sampai ke tengah malam. Penat tapi best....