Tuesday, September 14, 2010

Hari kedua Syawal

Raya kedua adalah hari yang super duper busy. Mak planned to cook nasi beriani so pagi tu sibuk dengan penyediaan ingredients. Memotong, mengupas, membasuh dan sebagainya. For desert, selain dari kek coklat, kek oren dan kuih-muih raya yang lain, I buat puding trifle. 3 bekas I buat ok; 2 untuk tetamu and 1 lagi I bagi jiran belakang rumah. Sampai ke tengah hari masih tak siap-siap lagi nasi beriani tu. Kebetulan, bekalan bahan mentah amatlah terhad jadinya the side dishes adalah sedikit kureng. Bukan dari segi rasa ye tapi dari segi ingredients di dalamnya. 

Lepas asar dah ramai yang start datang. Kawan-kawan Siti and Mamat la yang paling ramai sekali. Sampai ke malam. Mak Ngah (adik Mak) and her clan from KL pun datang to visit Abah yang sakit. Meriah betul malam tu. Tu belum kira jiran tetangga dan kawan Abah masa kat kem dulu. Tak putus-putus orang ok. Dan I pulak, tak kering-kering tangan membasuh pinggan-mangkuk. Gigih betul I stay kat dapur. Siap dengan apron semua tu. Hehehe....


 Mak Ngah bersama anak menantu dan cucu-cucunya

Tapi malam tu, ada peristiwa tak best berlaku. Hish raya kali ni tak habis-habis dengan peristiwa eh. As some of you might already know, I kan kalau balik akan tido in my parents room. Since balik cuti raya ni, tiap-tiap malam I akan terjaga sebab Abah mengaduh sakit. So selalunya I akan bangun cari pain killer, buatkan air, sapu ice kat kaki Abah yang bengkak tu dan buatlah apa-apa yang patut. Abah ni payah betul kalau nak ajak pegi hospital. Sanggup tu dok menahan sakit. 

That night around 1am I terbangun sebab Abah bangun pegi toilet and lepas tu terdengar la Abah dok mengaduh-ngaduh kesakitan. I woke up cari ubat, buat air semua and terus paksa-paksa Abah pegi hospital. Abah tak mo tapi I paksa jugak. Siap tukar baju pakai tudung semua and terus paksa Abah ke hospital. Nak tak nak Abah terpaksa la kan. Anak dia sorang ni memang. Since Mak Ngah and her clan adalah begitu ramai, the boys pegi tidur kat umah Epoi (my bro) yang cuma selang sebuah aje from my parents. Called diorang hampeh nak bangun. Kejut Jannah and Siti semua pun sama. I malas la nak kecoh-kecoh sebab Mak Ngah semua tengah tido. Finally cuma Mak, Akak and I je yang bawa Abah ke hospital.

Around 2am kami sampai kat wad kecemasan HTAA. I drop diorang dulu and looked for parking. Yang kelakar tu, mula-mula I parked at point A. Jalan sikit and I nampak spot yang lebih dekat so I ran back to my car and parked at point B. Jalan sikit lagi and nampak lagi spot yang lebih dekat so again ran back to my car and parked at point C. Gila ah. Berlari bagai pagi-pagi tu. Silap haribulan orang ingat patient Wad Dahlia (wad psikitari) yang terlepas keluar. Hehehe.... Ala I bukannya apa. I tak kisah pun nak parked jauh-jauh tapi kesian kat my parents la. Kalo boleh nak parked depan pintu tu je terus. Hehehe....

Tengah menunggu nama dipanggil untuk ke bilik saringan. Gambar gegar-gegar sebab took this photo curi-curi. Kawasan larangan handphone kan....

Agak lama kami menunggu. Mula-mula kena masuk bilik saringan dulu sebelum boleh ke bilik rawatan. Dekat pukul 4am barulah dapat masuk bilik rawatan. The lady doctor was very nice. Lepas doktor tu buat check-up, kena buat urine test and x-ray. And they said Abah kena warded. Alahai kesian Abah. Around 5am macam tu Abah was warded and lepas make sure everything was alright, we went home leaving Abah alone.

Hehehe... sempat lagi tu. That was Abah's wheel chair. Sambil tunggu doktor nak check Abah, I was playing with the wheel chair. Dah macam pro dah.
Dua-dua beradik dah tak betul pagi-pagi tu. Sempat lagi nak posing curi-curi. Hehehe.....

 Abah tengah menunggu nak kena X-Ray

Sakitnya kena cucuk. Sian Abah....

Sampai rumah semua masih tido lagi so baring-baring jap menunggu waktu subuh. Pening betul kepala tak tido semalaman. Ni dah kira raya ketiga dah ni.....                

Hari pertama Syawal

Syawal kali ni tak terasa langsung kemeriahannya. Mostly sebab Abah sakit. So suasana adalah sangat mandom aje. Dah la tu, ada drama pulak di pagi raya. Drama yang mendebar dan menyakitkan hati. Pagi raya dah nak carik pasal. Hish geram betul. Ok I think yang tu buat separate entry la eh. Tak mo spoiled mood raya yang dah a bit spoiled dah pun tu.

Selalunya at my home, lelaki akan pegi solat sunat aidilfitri kat masjid whilst the ladies akan duduk dirumah membuat semua persiapan. Lepas solat baru lah bersalam raya and makan-makan dan membuat aktiviti seterusnya. This year Abah tak dapat nak join diorang ke masjid. Abah dok umah je dengan the ladies. Kesian Abah. Anyway the guys lepas solat pegi dok makan nasi dagang lah pulak so lambat betul diorang balik. Kebetulan right after diorang sampai rumah aje, berduyun-duyun jiran tetangga datang. Selalu tak de la awal macam ni. Maybe sebab semua nak kejar beraya sebelum solat Jumaat kot.  

Abah makan dulu sebab dah lapar sangat

By the time semua tetamu beredar, Abah was so much in pain that salam raya terpaksa dibuat dengan begitu express sekali and memang tak de la sesi nak bergambar sekeluarga this year. Lepas salam-salam Abah terus masuk bilik and kitorang makan sesama kitorang ajelah. Bergambar pun sendiri-sendiri aje. Tak de dah nak bergambar ramai-ramai like last year. As usual, camera Bang Long yang super best itu mejadi rebutan. Semua pun nak jadi photographer. Termasuklah I sekali. Hahaha... Tapi tak dan nak transfer all the photos dalam laptop ni. Busy betul.

Sesi bersalam raya kali ni, banyak betul peristiwa air mata. Selalu perempuan aje. Kali ni yang lelaki-lelaki sekali. Ntah kenapa tahun ni keinsafan tu mendalam sikit rasa dia. Hahaha... diorang la kan. I tiap-tiap tahun pun insaf terlebih. Tapi masa bersalam tu ajelah. Pastu sama je buat balik perangai. Hehehe.... Lepas salam-salam and makan-makan and click-click camera, yang lelaki ke masjid sekali lagi untuk solat Jumaat pulak. Us ladies dok umah je lah.



Dah start dah. Ni anak yang paling nakal sekali ni. Baru balik dari keluar 40 hari so kesedaran dah ada la. Alhamdulillah....

Cuba tengok yang belakang sana tu.... tengah dok kesat air mata gak tu...

Terus cover ngan spec hitam dia tu

Sisters

This year ladies semua sedondon hijau. Guys punya tak sempat nak cari matching baju melayu. Actually this one untuk wedding my brother nanti. Since dah siap sajelah pakai on hari raya.

This year tak ke mana-mana pun. Selalunya I akan ikut my parents beraya kat rumah jiran-jiran. Since this year Abah tak ke mana-mana, maka kami anak-anak pun tak ke mana-manalah. Teruk kan. Hehehe....  Tu yang lagi tak terasa macam raya tu. Sebab dok dalam rumah aje. Adik-adik I ada la jugak yang keluar ke rumah kawan-kawan tapi I tak ke mana pun. Kawan kat Kuantan ni tak la ramai mana. Ingat nak pegi on raya ke-2 atau ke-3 nanti.

Petang membawa ke malam nothing much pun. I amik kontrak kat dapur membasuh pinggan-mangkuk yang tak surut-surut tu. Tensi betul. Tangan ni sampai naik kering and cramp dah. Thank God I telah membeli lotion tangan Vaseline sebelum balik raya so kejap-kejap masuk bilik letak lotion. Kejap-kejap masuk bilik letak lotion. Abah sampai kata dah lebih 40 kali dah hari ni dok sapu lotion kat tangan tu. Hehehe..... Ntah la tetiba semangat nak pakai lotion eh. Tapi tangan kalau dah kasar tu, letak lotion 10 kilo pun takkan lembutnya kan. Hahaha....

Dah kepenatan

Monday, September 13, 2010

Hari ketigapuluh Ramadhan

As usual the last day or Ramadhan would be the busiest day of all days. Semua benda pulun nak buat on that day. Since Abah tak sihat, and Bang Long would only be home on Raya's eve, maka tugasan membeli bahan-bahan mentah untuk dimasak terpaksalah dilakukan oleh Mak dengan dibantu oleh Thalha and Dik Man. I stayed at home and took charge of everything else. Nak mengemas, menyusun, membasuh, preparing the ingredients dan 1001 tugasan lain. Hoh macam tak cukup tangan dibuatnya. Basically I was busy dengan kerja saje and nothing much else sehingga la ke tengah malam. 

When I was folding the clothes, ada begitu banyak socks and I just have no time to match everything so I asked for help from orang yang paling tak de keje nak dibuat. "Ayum, tolong Kak Ngah matchkan semua stokin-stokin ni". And this is what happen during the process of matching all socks dengan pasangannya.

Mula-mula ok la

Mula dah nak main-main.... he found a sock that Mak bought at Mekah

Lenguh la belakang Ayum ni. Kak Ngah, tolong masukkan tulang belakang Ayum jap

Can't remember what he said during this but finally after begitu banyak songehnya he managed to match all the socks. Thank God for that 

Thursday, September 09, 2010

Hari keduapuluh sembilan Ramadhan

I was so sleepy and tired this morning so bangun sahur cuma mampu minum air seteguk dua je. Hehehe tak puasa pun semangat bangun sahur ok. Lepas tu sambung tidur balik and bangun around 7.30am. Bersiap-siap and by 9am Rehan dah sampai. Actually ticket bas I pukul 10.30am tapi sajelah gerak awal takut jammed ke apa. Setelah mengemaskan semua barang yang difikirkan perlu, I bawak 2 beg aje; a backpack and a duffel bag. 3 kalau campur beg kuih raya. Hehehe.... Tapi 2 beg tu penuh dan berat la. Dah la kena jalan jauh. Rasa macam masa student dulu pulak.  

Ramai betul orang.....

Me

and my bags

Ramai betul orang kat Bukit Jalil. Platform je sampai 12. Pastu kat Platform 12 tu, petak parking bas je sampai 10++. Segala jenis manusia pun ada. Mula-mula I berdiri je tapi tengok je ada kerusi free terus duduk. Lama betul kena menuggu. Patutkan bas I pukul 10.30am. Pukul 11am baru sampai ok. Nak tau, I ni ye-ye la naik bas katBukit Jalil. Rupa-rupanya bas yang I naik tu adalah from Putrajaya. Cesss buang masa betul. Tapi tak pe la, lenkali boleh je balik Kuantan dengan begitu mudahnya. Putrajaya-Kuantan-Putrajaya. Jimat duit.

Leganya bila dah dapat naik bas. Kalau tak risau aje....

Dapat duduk seat ketiga dari depan. Senang la nak turun nanti

Uish canggih bas sekarang ni. Siap ada TV LCD lagi. Tapi saiznya alahai cinonet betul. Orang depan ajelah yang boleh nampak pun

Seatnya adalah begitu selesa. Boleh la nak tido kan walaupun sekadar tido-tido ayam aje. 

Perjalanan adalah lancar saje hingga ke Kuantan. Sampai rumah dalam pukul 2.30pm macam tu. I sampai just in time budak-budak kecik tu nak balik Terengganu so sempat la melayan diorang jap. Bosan betul balik budak-budak tak de ni. Tak de orang nak buat main. Hehehe. Pastu terus sibuk menyelesaikan kerja-kerja rumah. As usual kalau balik rumah, kerja pertama yang akan dibuat ialah melibat kain. Well Eny and her folding skill memang number one lah kalau kat rumah. Hehehe....

Nak tau, tahun ni terover sangat bab-bab baju raya ni. I main beli je kain and tempahkan. So tak ingat la berapa baju yang tak siap tu. Lagipun tak budget baju tu semua nak siap sebelum raya. Mesti makcik tu busykan. Kat Putrajaya ada la dalam 2 pasang yang belum pakai tapi malas nak bawak balik. Ingat nak pakai baju lama je sekali Mak bagitau semua baju tu dah siap. So amik nak kat Kuantan je ada 4 pasang baju baru. Wah beraya sakan la tahun ni. Hehehe....

Cuma yang sedihnya, Abah tak berapa nak sihat la. Dah berapa hari Abah demam, tak lalu makan and sakit-sakit badan. Doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah. Sian Abah. Selalu nak raya-raya ni Abah la yang paling sibuk. Mesti dia tak senang duduk tengok persiapan yang tak selesai-selesai lagi ni. Yang agak tidak memuaskan hati tu, doktor tak bagitau pulak macam mana boleh kena and macam mana nak pevent bagi tak kena lagi. Yelah kot-kot terkena melalui makanan ke atau kot-kot sebab pergi ke tempat-tempat macam hutan atau kebun ke. Apalah doktor ni. Orang sakit perlu diberi pendedahan mengenai penyakit dia tu. Bukan sekadar periksa and bagi ubat aje. Tolong doakan mudah-mudahan Abah cepat sembuh ye. Amin....

Ok mata pun dah ngantuk gila ni. Dah lewat malam pun. Esok banyak kerja yang menanti. Selamat membuat persiapan akhir la ye kawan-kawan. Jumaat dah confirm raya kan so kena la bertungkus-lumus esok nak buat ketupat rendang semua. Sama-samalah kita menyibukkan diri esok ye. Hehehe..... 


Hari keduapuluh lapan Ramadhan

Hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang untuk beraya memang mood untuk bekerja adalah zero. Bak kata member-member la; yang kat ofis tu semua hantu. Roh dah balik kampung dah. Hahaha.... Bangun untuk sahur tu, instead of makan, I packed my stuff. Yeah this time I waited till the eleventh hour before I started packing. Tu pun sikit-sikit je. Nak balik memang tak sabar-sabar tapi nak packing tu ada slow sket. Been packing too many times lately so mood tu macam lari sikit.  

Lunch hour I ke Anjung di Parcel D untuk bayar utility bills. Ingat nak pegi Tabung Haji sekali. Tapi nombor I and the current nombor beza adalah 100 ok. I dah settle bayar bill pun masih banyak nombor lagi so terus lah balik ke office. Gi Tabung Haji kat Kuantan ajelah nanti.

Untuk sesi berbuka yang terakhir ni, I dah janji untuk berbuka dengan Rehan. Kira complete la I berbuka dengan semua kawan-kawan yang selalunya datang berbuka di rumah I. Although tak semua tapi majority dah cover la. Rehan nak amik sunglass dia kat Jusco Equine so ke sana la kami. Since sampai lewat, semua tempat dah full house so kena la pegi solat dulu before makan. So untuk berbuka, we had brownies, cakes and ice blended from Secret Recipe. 

My brownies.... Eh kata nak kurangkan manis tapi ni makan brownies ni apa kes? Hehehe....

Rehan looked a bit pale kan

Nak tau, my brownies tu I baru makan half. Pastu ada orang lalu depan I and terlanggar so habis jatuh. Minah tu selamba kutip, letak dalam kotak balik and just said sorry halfheartedly. I nak kata apa kan. Sengih je lah. Then I tengok dah ada rambut-rambut kat that brownies so terus buang ajelah. Bukan rezeki I kan. 

While waiting for Rehan performing her solat, ada seorang batchmate; Wahida came in to perform her solat too. She's a friend to my friend. Kebetulan she was alone so she joined us for berbuka. Since tak tau nak makan apa, we went to Kenny Rogers. Yeah I had Kenny Rogers again. My second in 3 days. This time I ordered the round-up platter only; mashed potato, baked bean and coleslaw with chocolate muffin. For drinks warm water aje. Comparing the services between Kenny Rogers Alamanda and Jusco Equine, the Alamanda ones are way far better. At Alamanda, the service are quite fast, the foods served are quite banyak and tak de la salah ke apa ke. Kat Jusco Equine memang hancus la. Got to wait for so long before we can place our order. Dah la hantar salah. Pastu kena mintak banyak kali barulah dapat the extra gravy and the muffins. Tu belum cakap pasal the portion lagi tau. Nampak pinggan tu sangat empty sebab portionnya adalah begitu sikit. Bukan I je yang cakap eh. Rehan and Wahidah pun terperanjat tengok the small portion.  

Look at my plate. Banyak ruang kosong kan     

 
Inilah Wahida. Dia ni masa DPA dulu, pemantun terbaik tau. Very soft spoken

Rehan and Wahida

Rehan makin kurus la. And again she look paler. Kenapa ni Cik Rehan oooi....

Again I had a blast that night with the 2 girls. Macam-macam kitorang cerita. It was the first time of me hanging out with Wahida but definitely won't be the last la. Tak sangka she's quite happening jugak. Lepas makan round-round kejap before parting ways. Sampai rumah dah dekat 11pm and mata pun dah ngantuk but I haven't finish with my packing yet. Pastu nak buat laundry lagi. So sambil mengantuk-ngantuk tu, I buatlah jugak. Masuk tido pun lewat. Tak pe esoknya tu dah nak balik Kuantan kan. Hehehe... Anyway my problem solved. Rehan offered to send me to Bukit Jalil. Alhamdulillah.......

Tuesday, September 07, 2010

Hari keduapuluh tujuh Ramadhan

Technically I kan tak berpuasa walaupun tak makan. So tak de la nak ke masjid ke apa and boleh la luangkan masa untuk berbuka bersama kawan-kawan. Kalau tak sorry lah ye, ke masjid kita. Hehehe.... Actually Shikin has been reminding me that she already booked yesterday date to spend with me. Thank God I tak berpuasa so no hal punya. Dah alang-alang tu, we try our luck inviting those 2 pakcik. Manalah tau kot diorang free to join. Ye lah this year I tak berbuka with them pun lagi. If not every year ada buat masak-masak at my place. This year tak sempat la. Like I said, my weekends were pretty occupied with too many stuff.

Anyway it's been a while since I last hang out with my favourite bunch; all four of us. The last time was way back in early 2010 kot and the venue was Noodles Station. After that there were only 2 or 3 of us and never 4. So finally semalam dapat jugak cukupkan quorum and masing-masing macam termakan ecstacy je. Tergelak-gelak. With these guys everything can be an issue tau. Hahaha.... 

The venue was Manhattan Fish Market (MFM). I've to book and ordered the menu. Well considering these 2 pakcik yang verylah picky eater, risau jugak nak mengorder for them. Thank God En. Afnan said he wanted the same thing we had during my birthday treat there. Last April he and Shikin treated me for birthday dinner there and we had Grilled Gala Platter. Tu pun I jugak yang order. So this time I ordered Fried Calamari as starter, Seafood Platter and Grilled Gala Platter as the main dish and Sweet Alabama Smoothies for En. Afnan and Shikin and coke for En. Nasrol. For me, warm water is enough.

As usual Cik Shikin kita would be the last to arrive so the 3 of us terus proceed ke MFM. Mula-mula sampai tengok booking list and the staff couldn't find my name. Ish dah risau dah. Further checking and I saw my name being crossed. Aik bila pulak I cancelled. Risau ni tapi maintain cool la. I tau ada orang tu dah pissed off dah tu. Dia tu memang. Kalau bab-bab makan ni cepat aje naik angin. Sabar je tau. Anyway the staff checked again and rupa-rupanya dia dah set the table so that's why la dia crossed my name. Legaaaa..... takut weh kalau ada yang membebel nanti tu. You know who you are.... hahaha....

  Eny said: En. Afnan kenapa you senyum macam tak ikhlas je ni?
En. Afnan said: Wah dah pandai sekarang nak terjemah ikhlas tak ikhlas eh....

Wah sama purple la pulak. He look slimmer and I still look chubby. Argh!

En. Afnan's favourite kuih; akok. Or the way I see it, kuih kedut-kedut. Hahaha.... I have never see or meet with anyone else yang begitu sukakan kuih ni like En. Afnan. Like seriously ok.

Shikin and En. Nasrol

I'm not sure why but our food tak sampai-sampai until la dah berbuka time. Padahal orang lain semua dah dapat. So berbuka dengan kurma and kuih akok la dulu. I think it was my first time makan akok kot. Not sure pernah makan ke tak. Boleh la nak makan but definately not a favourite la. En. Afnan bukan main lagi beria-ia makan. Ada cerita lawak pasal akok ni yang setiap kali timbul je pasal kuih akok, mesti nak repeat cerita itu. Hahaha..... Anyway bila the main dish sampai je terus serbu. And we didn't get our Fried Calamari till the end so kira cancel je lah the starter.

Amik nak licin ok. Tak sempat nak took photos before sebab sampai lambat so terus serbu. Hehehe...

Oh I'm so proud of these 2 pakcik. Both platter ada ikan and they ate it ok. Bagus..bagus... dah pandai makan ikan ye. Nampak sangat high taste diorang ni. Ikan-ikan local like siakap ke apa ke tak mo makan. Tapi ikan-ikan international ni tau pulak makan. Tau lah korang tu standard international. Bak kata En. Afnan, ikan-ikan laut dalam. Iyolah tu....

2 gadis bergigi besi....

Eny cepatlah amik gambar skandal pulak. Amboi-amboi tak agak-agak eh. Nah nak sangat.

Eny ni pandai amik gambar sendiri ni.... Pandai la sangat. Kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Like this, kan nampak chubby tu.

Anyway I had a blast last night. Dah lama tak gelak sakan macam tu. Thanks guys for making it happening. After this Seoul Garden pulak eh. Oh we all ada planned nak bercuti bersama before any of us getting hitched. Plannya dekat-dekat aje and local la. Kalau nak ikut standard international pakcik 2 orang tu, memang tak mampu eden hah. Destinasi masih belum diputuskan lagi. Harap-harap jadi la sebab semua pun busy je. Nak luangkan masa makan bersama pun payah inikan nak pi bercuti kan.

So kepada En. Afnan yang dah mula bercuti, selamat balik ke negeri tanah sekebun bunga. Eh betul ke? Tak pasti tapi lebih kurang la. Drive carefully. En. Nasrol pun akan balik ke tanah sekebun bunga jugak. Again hati-hati di jalanan. As for Shikin, dia akan berterbangan ke negeri di bawah bayu. Yang ni nak cakap apa eh? Hati-hati di udara eh? Apa-apalah. Semoga perjalanan korang selamat hendaknya. Balik sini jangan lupa bawak kuih raya. Nanti kita buat pot luck open house ok.

Monday, September 06, 2010

Betul-betul rasa macam balik raya

Last Saturday kan Bang Long came to my place. Bukan sebab nak berbuka sama je ye. Ada sebab lain. He came to give me this.


Yes tiket bas. This year I'll be going back to Kuantan for my raya holiday dengan menaiki bas. Pergh betul-betul rasa macam balik kampung. Dah lama tak balik Kuantan naik bas. Last time tak ingat bila tapi definately few years ago lah. Actually I'm not too keen to naik bas but I ni kan adik and kakak mithali. (Ops jangan muntah... nanti batal puasa korang). Since Bang Long and Eman tak de cuti raya, they can only go back on the eve of raya. Plannya diorang nak naik motor. Ish kesian la pulak kan. Lagipun diorang berdua. I sorang-sorang. So tak pe lah biar I naik bas and let them drive my car. Tapi balik ke sini semula diorang kena naik bas la. Hehehe....

So Wednesday morning ni I kena lah gerak awal. Naik bas kat Bukit Jalil. And sudah tentu kena pegi sendiri. Jadinya from home naik bas ke Putrajaya Sentral. From there took ERL to Tasik Selatan and from Tasik Selatan took LRT to Bukit Jalil. Eh cop, dekat ke stesen LRT kat Bukit Jalil tu dengan stesen bas sementara tu eh. Kalau naik kereta I know la how to get there tapi kalau naik LRT tak sure la pulak. 

Nak naik bas dengan bawak barang-barang ni cukup lah tak gemar. Dulu ok je. Bawak barang sepikul pun steady lagi. Tapi bila dah ada kereta ni mulalah mengada-ngada sikit kan. Panas sikit tak tahan, kena jalan jauh sikit dah penat, angkat barang lebih sikit tak larat. Padahal dulu survive aje. Over tau dia ni. Hehehe.... Anyway nak tak nak kena lah jugak kan. Bawak barang-barang penting je. Yang lain-lain biar diorang bawak dengan kereta nanti. Eh cop. A ni reti ke nak beza barang penting ngan tak penting ni? For me semua penting. Kalau tak, tak de la nak bawak balik kan. Hehehe....

Anyway to kawan-kawan yang dah nak balik kampung tu, hati-hati di jalanan. Mudah-mudahan dilindungi dari sebarang kecelakaan dan selamat pergi dan kembali. Amin.   

Hari keduapuluh enam Ramadhan

For the first time I didn't wake up for sahur yesterday. Not that I tak sedar cuma terlalu mengantuk and was so much in pain. Bangun sapu minyak angin aje. Hehehe....  I went to sleep quite late, around 2.30am kot. Berborak kat telefon pagi-pagi buta tu for more than an hour so sudah tentu mata jadi terang kan. Dah susah nak tido.

If last year I didn't have to ganti puasa at all, this year there would be plenty. Pay back time eh. Sabar je lah hati. Saturday evening tu lagi I dah tak boleh puasa actually. No wonder la I was so thirsty masa mengemas tu. Selalu ok je. Tapi hari tu very thirsty and tired thus mengemas pun slow and steady aje. Tapi I tak de lah terus makan kan. Maklumlah nak berbuka with Bang Long.

Anyway this time around the pain was quite severe la. I didn't have energy to do anything much yesterday beside the laundry. Was lying on the sofa aje. Although tak sahur and tak puasa, I didn't eat nor drinks anything pun. Tak larat sangat. Since tak puasa boleh la I makan kat luar kan so ajak Sal. I didn't have energy to drive so Sal picked me from home. Thanks friend.

Muka orang tak sihat. Nak senyum pun tak larat

Nyaman je suasana kat bawah my apartment but I hardly have time to enjoy it

I don't have anything particular yang I nak makan sebab all this while just makan je apa yang dihidangkan. Best jugak macam tu kan. Tak payah nak fikir-fikir nak makan apa. Since tak nak pegi jauh-jauh, ke Alamanda ajelah. Semua tempat macam fully booked aje so kena tunggu second round la kan. To kill time, sempat la bershopping sikit-sikit kat Parkson. I've tried to be more ladylike tapi bila beli baju je mesti beli t-shirt. Dulu bila ada je that intention to be more ladylike terus la beli few blouses. Sudahnya ada yang pakai sekali je and ada yang tak pernah pakai langsung. Asyik-asyik t-shirt jugak yang I kerjakan. Hehehe.....

Anyway just before Maghrib time, terus ke surau. Lepas solat semua barulah senang nak makan ke apa kan. Kalau tak nanti terkejar-kejar. Lepas tu baru ke Kenny Rogers. Lama jugak la kami menunggu sebelum dapat masuk. Tapi bila dah duduk tu kejap aje meal dah sampai. Alhamdulillah. Lepas makan sempat la membeli serba-sedikit sebelum balik. I feel so weak yesterday tapi Alhamdulillah managed to bertahan until balik. Sampai je rumah terus melepet. Hehehe... Tukar baju, iron baju for today, online kejap and by 10pm dah masuk tido. Tapi 10.30pm terbangun kejap sebab ada call masuk. Borak lebih kurang and sambung tido balik. Hari yang sangatlah tidak produktifnya. Cepat lah baik wahai perut.