Wah black la sangat kan. I rasa instead of black, I should change it to red la. Sebab hari ni I lewat masuk ofis by 5 minutes. Kira kalau guna punch card, keluar ink merah la kan. Pakai sistem pun keluar jugak la that red word of "LEWAT". Padahal I dah keluar awal ok.
The thing was, kereta I kan still kat worksyop. Thalha pulak dah balik Kuantan. So kena la pegi kerja sendiri. Last night I tanya one of the staff yang stay at the same apartment on how to go to office by bus. Kalau ofis lama I dah terer la tapi kat ofis baru ni tak pernah naik bas lagi. She said ada bas at 7.30am but kena keluar by 7.15am sebab bas tu tak tentu timing dia kadang-kadang. Tapi perut ni pulak meragam pagi tadi so by 7.20am barulah keluar rumah. Tunggu punya tunggu dah almost 7.45am tapi bas yang ditunggu tak kunjung tiba. Bas lain ada la.
I dah a bit cuak la jugak sebab mesti lambat nanti ni. A few minutes before 8am, bas yang ditunggu-tunggu pun sampai tapi hampagas betul sebab bas tu dok kat right lane and bukan main la lajunya. So confirm la tak berhenti kan. I dah pasrah dah. Confirm lewat la ni. Tak kisah la bas no berapa pun lepas ni I naik je lah. Right at 8am datang la bas lain and I naik je lah.
Bas tu patutnya lalu kat another laluan and I'm supposed to turun kat a next bus stop and naik bas lain. Alas the road was closed due to khemah yang sedang didismantlekan. So driver to reverse and lalu ikut jalan yang lain which is agak dekat la dengan my ofis. I told the driver yang I sebenarnya nak ke bangunan sana (pointing to my ofis) so kat mana nak turun ye. The driver turunkan I kat satu simpang tu. From there I kena la menapak ke ofis. Agak jauh la jugak tapi belasah je lah. Dah la sengal-sengal kaki kesan berlari hari Sabtu tu tak hilang lagi. Tambah dengan stomach cramp lagi. Aduhai dugaan sungguh.
Naik bas by 8am. Kena jalan jauh plak tu so I budget memang lambat gila la I sampaikan. Sekali masa tap the card tengok 8.05am. Alhamdulillah tak la lewat sangat. Ingatkan dah 8.20 ke apa. Rupa-rupanya my watch tu early by 5 minutes. Tapi still lewat la jugak kannnn. Hampeh betul. This would be my 2nd or 3rd time kot datang lewat sepanjang more than 5 years in service ni. Ye baru kali ke 2 atau 3 tapi still tak best la kan. Lewatttttt....
Esok macam mana la nak pegi kerja. Hopefully tak la lewat lagi macam hari ni. Dah la mesyuarat tadi ada bincang pasal time attendance semua ni. Tak nak la menjadi orang yang lewat sampai kena tukar jadi hijau or merah kan. Takotttt...... Kena keluar lebih awal la kot. Hmmmmmm.....