Saturday, March 17, 2012

Hello....hello....hello.....

Assalamualaikum semuaaaa..... Rindu tak kat Mak Jemah? Lama betul Mak Jemah senyap ye. Mak Jemah tak kemana-mana pun cuma hidup Mak Jemah ni agak huru-hara sikit sekarang ni. Mak Jemah rinduuuuu sangat nak membebel kat sini tapi banyak sangat gangguannya. Jangan risau, bukan gangguan jin ye. Hehehe..... 

Anyway, tahun baru ni Mak Jemah sibuk sangat sebab semua benda baru. Mak Jemah dah tukar buat keje lain kat ofis. Benda baru kan jadi banyak le nak kena belajor. Balik lewat tu biasa le. Dulu tutup mata pun dah tau nak buat apa. Sekarang jenuh Mak Jemah kena korek sana sini, tanya orang sana, tanya orang sini. Tu yang penat tu. Memang la seronok belajar benda baru tapi Mak Jemah tak berapa comfortable kalau buat benda yang Mak Jemah tak tau sepenuhnya. Takut la tersalah ke apa. Dah la keje baru Mak Jemah ni berisiko. Silap haribulan boleh kena bayar balik. Kalau singgit dua tu boleh la lagi tapi kalau ribu atau juta? Mana Mak Jemah nak cekau duitttt? So nasib le pada yang asyik kena jawab soalan-soalan Mak Jemah tu kan. 

Kat umah pulak, Mak Jemah sekarang dah tinggal bertiga. Ada 2 anak ikan. Hahaha.... Acah je bukan anak ikan tapi adik Mak Jemah le. Jadiknnya balik keje pun Mak Jemah sibuk jugak. Dulu masa dok sensorang, malam-malam Mak Jemah memang lepak habis. Sekarang nak kena makan dan mengemas so tak de masa nak menulis dah. Tapi takat makan dan mengemas je lah kan. Masak-memasak Mak Jemah tak buat kecuali baking-membaking aje. Sekarang Mak Jemah dah ada chef import so relax la sket. Chef tu bukan takat pandai masak, rajin plak tu. Tau-tau aje makanan dah siap terhidang. Sekali-sekala je Mak Jemah masak tapi tak boleh challenge la masakan chef tu kan. Malu Mak Jemah tau. Hehehe......

Hujung minggu pun Mak Jemah sibuk jugak. Duduk bertiga laundry pun triple la kan. Rumah pun sepah dia lebih sikit. Kekerapan keluar membeli pun bertambah. Cepat aje stok-stok makanan kat rumah tu depleted. Tapi Mak Jemah suka je. Kalau tidak asyik kena buang aje sebab dah expired. Lagipun Mak Jemah memang suka je groceries shopping ni. Makin macam-macam benda yang Mak Jemah beli. Bukan Mak Jemah nak makan sangat pun tapi Mak Jemah memang pelik sikit. Suka je nak beli pastu suruh orang makan. Macam le orang nak sangat makan benda alah tu kan. Hehehe.....

Kadang-kadang bila ada masa, instead of menulis kat sini, Mak Jemah masuk dapur membaking. Banyak jugak projek Mak Jemah sekarang ni. Almost every week ada. Kadang-kadang tu sampai 2-3 hari berturut-turut. Tak pe sementara ada mood tu baiklah Mak Jemah ikutkan. Kot nanti dah malas tak merasa la kawan-kawan Mak Jemah akan hasil tangan Mak Jemah tu kan.    

Mak Jemah dah lama sangat tak berlari. Kalau ada pun lari-lari kat ofis aje. Udah le pakai kasut tumit tinggi. Mana la lutut and belakang Mak Jemah ni tak sakit. Mak Jemah bukan tak mo berlari dah tapi Mak Jemah tak de masa dan tak larat. Pastu belakang and pinggang Mak Jemah ni selalu sakit-sakit. Seriau pulak Mak Jemah. Mak Jemah pun tak sempat lagi nak pi jumpa doktor untuk buat follow up finding masa Mak Jemah masuk sepital haritu. Mudah-mudahan tak la pape yang serius kan. 

Dah la asyik makan aje. Berat Mak Jemah sekarang ni mencanak-canak naik. Adik Mak Jemah yang sorang tu kurus-kering. Sibuk nak naikkan berat badan dia. Nak naik 10kg. Mak Jemah pulak kalau boleh nak turunkan 10kg. Elok sangat le tu. Kalau le berat badan ni boleh ditransfer-transferkan, senang keje Mak Jemah. Dia makan, makan dan makan tapi berat tak naik-naik. Mak Jemah makan sikit je tapi naik melampau-lampau. Tapiiiiii, Mak Jemah ni makan sikit keeeee????? Macam tak je. Hehehe.....

Eh panjang pulak Mak Jemah membebel kat sini. Oklah Mak Jemah nak pegi cuci tandas. Pastu buat laundry. Pastu kemas bilik. Lenkali kita story-mory lagi ye. Till then, selamat berhubung minggu uolsss......

5 comments:

Anonymous said...

: akhirnya ter-update jga blog ni..hehe..

Eny Yusof said...

Anon,

Terima kasih le kerana masih sudi menjenguk....

1na said...

Mak jemah, pak jeman tak tolong ker?

didi said...

Betul ke Eny yang update ni?

Aku terasa mcm kau ada double personaliti. Aku membayangkan Mak Jemah ni makcik kepoci yg pakai serkup, kurung kedah cotton bunga kecik2 dan kain batek. Oh, dan gelang emas 3 deret.

:p

Eny Yusof said...

Didi,

Hahaha..... Aku pun terasa begitu juga. Eh tetibe aku terbayang rupa aku cenggitu. Erkkk....