I've been staying at my current home since July 2008. Alone until last month when my brothers Mamat and Thalha join me. Mamat sekarang kerja as PSH kat MOE. Thalha pulak practical training kat LHDN. Both kat Cyberjaya. Anyway that is not the main story here. Main story is about my house.
Ever since I moved in, macam-macam bunyi I dah dengar. Dulu bunyi guli berterabur atas lantai. Selalunya waktu tengahari. Time orang syok-syok nak tengok TV time tu la diorang nak main guli. Orang main guli atas tanah la. Bukan atas lantai. Ok maybe dia ada guli congkak la kot kan. Then bunyi orang memaku dinding. Banyak betul frame yang diorang nak gantung eh. Early bird betul diorang ni sebab pagi-pagi dah start bertukang. Jiran sebelah rumah tu silih berganti. Current one adalah yang keempat so I thought every time pun akan gantung frame baru la kan.
Then bunyi kerusi kena tarik. Yang ni selalunya tengah malam. Asal malam je bunyi kerusi kena tarik. Ok maybe dia nak dinner la kot. Tak pun rearrange the furniture. Kadang-kadang tu bukan bunyi macam kerusi sangat tapi more to benda kena alih la. Finally bunyi melesung. Yang ni dari I duduk kat flat hijau dulu sampai la sekarang asyik la mendapat jiran yag rajin memasak. Melesung aje kerjanya. Pagi and maghrib. Masak for breakfast and dinner le tu.
Kecuali bunyi memaku yang terdengar dari dinding sebelah, bunyi-bunyi lain tu datangnya dari jiran atas. Masalahnya rumah I la yang paling atas sekali. So siapakah yang duduk di atas rumah I tu????? I ni nak kata berani sangat tu tak de la (kang orang kata riak and takbur pulak) tapi semenjak duduk sorang-sorang ni, kena la hadap jugak kan. Takkan nak lari pulak setiap kali terdengar bunyi kan.
I kadang-kadang ada la tertengok rancangan Tanyalah Ustaz and banyak kali jugak dibincangkan mengenai gangguan ni so sikit sebanyak I kind of understood where the sound came from. Menurut ustaz-ustaz tu, setiap rumah ni ada diutuskan jin. Hatta pondok menunggu durian pun ada jin yang menunggunya. So bunyi-bunyi yang I dengar tu adalah bunyi yang biasa berlaku pada rumah jenis apartment. Oh lain jenis rumah lain la bunyinya ye. Benda-benda macam ni nak tak percaya pun tak boleh, nak percaya sangat pun tak boleh. Tak pe lah. Mereka pun makhluk Allah jugak kan. I cuma berdoa supaya ditutup hijab I ni so tak nampak apa-apa. Kalau setakat bunyi tu I rasa I can still live with it la.
After few years hearing all the sounds I kind of tak kisah sangat dah. Dah tak lut kata orang. Until few days ago. I was in the kitchen with Thalha our great chef. Selalunya dia masak sorang-sorang aje tapi hari tu I tolong dia. Kitorang masak dinner jiran atas pun nak la masak dinner jugak kan. So terdengarlah bunyi melesung itu. I never told them about the sounds so masa terdengar tu saje lah I cakap kat Thalha. Cuba dengar bunyi tu dari mana. Dia kata dari bawah tapi I suruh dia dengar betul-betul. Wah jiran I ni tau aje orang dok cakap pasal dia. Makin lama makin kuat pulak bunyi melesung tu. Borak-borak pasal bunyi tu then habis kat situ je.
Next day tu I baru je balik berjogging dengan Thalha. Ye setelah berbulan-bulan tak lari, hari tu berjaya jugak I berlari. Sebelum mandi kitorang lepak-lepak dulu tengok TV. Mamat pun ada jugak. Layan drama Melayu kat TV3. Elok je waktu Maghrib, jiran I pun start le melesung nak masak dinner. So I cakap kat Thalha; "Hah betul tak apa Kak Ngah cakap semalam?". Thalha angguk-angguk kepala and Mamat pun sibuk nak tau apa benda. Abenda...abenda..... And Thalha pun cerita la lebih kurang. Mamat kata selama ni dia ingat bunyi kipas. Hehehe...... Pastu dia dibuk nak tanya-tanya tapi I malas nak cerita dah.
Semalam I and Mamat layan cerita kat TV3 tu lagi and Thalha macam biasa dok memasak kat dapur. Tetibe dia datang kat kitorang and cakap, "Sape-sape boleh tak teman Thalha kat dapur. Rasa seram semacam aje". So I pun pegilah teman dia. "Ni semua Kak Ngah la punya pasal. Sape suruh bagitau". Hahaha..... "Sape suruh percaya cerita Kak Ngah????" Thalha kata dah banyak kali dia dengar bunyi melesung tu so dia rasa seram la kot. I pegi mandi and solat so Mamat la pulak yang menemannya.
Masa mula-mula tau pasal bunyi tu (masa baru balik berlari tu) I tengok muka Mamat pun semacam aje. Cuak la tu. This weekend I nak kena pegi ke Lumut. Thalha pulak nak balik Kuantan sebab nak bawak my parents datang sini. So Mamat akan tinggal sorang. Siap call Bang Long suruh datang tidur kat rumah I lagi. Ceh penakut rupa-rupanya adik lelaki I ni. Ingatkan berani sangat. Kelakar pulak.
Tak pe baru lagi tu. Esok dah biasa dengar diorang pun akan jadi macam I jugak. Tak lut dah. Asalkan tak nampak apa-apa sudah la. According to ustaz-ustaz dalam Tanyalah Usataz tu ni benda biasa. Ada ayat-ayat yang boleh diamalkan. Pastu perjanjian Nabi Muhammad SAW dengan jin. Eh ke Nabi Sulaiman eh. Tak ingat pulak. Perjanjian ni elok digantungkan di rumah tapi I pun tak tau nak cari kat mana benda tu. Lagipun bunyi-bunyi tu tidaklah menggangu I sangat.
Benda-benda ni jangan difikirkan sangat. Nanti kang melalut-lalut jadinya. Nak-nak kalau yang jenis lemah semangat. Orang kata orang lemah semangat lagi senang nak kena. So kena la kuatkan semangat ni. I cuma doa banyak-banyak kat Allah mintak dilindungi dari sebarang gangguan. Korang jangan la takut pulak nak datang rumah I lepas ni ye. Tak de pape pun. Just bunyi aje.
1 comment:
rumah saya pun ada. rumah teres. guli ada, lesung ada, bunyi kerusi ada.
bykkan baca al quran.. insya allah dgn doa, dilindungi dari segala mcm gangguan. amin
Post a Comment