Wednesday, September 07, 2011

Mana Eny ni?????

Mak datuk lama tak berupdate ini blog. Kesian dia kan. Tapi kesian kat tuan dia lagi. Sibuk sangat ok. Sampai tak ketahuan. Hehehe..... I sekarang ni siiiiiibuk sangat sampai tak sempat langsung nak bercerita kat sini walaupun ada banyak je cerita best nak share. Ingatkan balik bercuti seminggu sempat la nak berstory bagai. Nehi kabhi nehi ok. Sibuk mengalahkan YB la pulak. Eh I memang YB pun. Yang Busy.

Punyalah banyak cerita sampai tak tau nak start yang mana dulu. Nak cerita pasal Ramadhan, Ramadhan pun dah lama berlalu. In fact Syawal pun dah nak masuk minggu kedua dah pun. Bila dah banyak sangat terpendam ni I mula lah malas nak menulis. Hehehe..... Mojo hilang kejap. Tapi bila dah start memang susah nak berhenti pulak. Nak cerita pasal apa eh....

Fine cerita la sikit kenapa lama sangat I menghilang last month. Actually siang malam I sibuk ok. Kawan-kawan yang tak tau cerita pun tertanya-tanya ke manalah I ni menghilang. Asyik tak de je kat office. Actually tak la menghilang ke mana pun. Still kat Putrajaya cuma kat tempat yang lain aje. Since lepas raya kitorang nak berpindah ke offfice baru so I sibuk la dok berulang antara office baru dengan office lama. Sepanjang bulan Ogos hari tu telah berlangsung sesi penyerahan inventori and kunci di setiap aras. Ada 32 aras ok so bayangkan lah ada berapa banyak kunci and inventori yang nak diserahkan. Although I ni cuma penyelaras aje tapi penat jugaklah nak kena follow diorang ke setiap celah. Maklumlah, dalam ramai-ramai, ada yang stok amik mudah aje so risau jugak nanti ada apa-apa berlaku penat I nak menjawabnya. Pastu sesi panas telinga lagi. Al maklumlah, tempat baru kan. Komen panjang berjela. Hehehe......

Apa-apa pun segalanya telah berlangsung dengan lancar la jugak. Hiccup sikit-sikit tu biasalah kan. Yang pasti, banyak terminologi and benda-benda baru yang I belajar dari consultant and contractor. Tu yang best tu. Yang masih pending hanyalah level VVIP aje. Maybe dalam masa terdekat akan selesai lah kot. Gambar-gambar nanti I upload eh.

Bila tak ke office baru, I dok kalut buat surat la memo la phone call la emel la. Banyak benda nak kena buat and selaras. Dalam masa yang sama, I kemas barang I sikit-sikit. Tak mo lah nanti last minutes baru nak terkejar-kejar packing semua. Alhamdulillah on the last day before balik beraya, semua barang I dah siap masuk dalam kotak. Lepas raya boleh la fokus kat kerja-kerja tertunggak yang lain. Paling utama nak kena siapkan minit yang dah lama tertangguh tu. Benci la tulis minit ni. Buat hidup I tak tenang tau. Hahaha..... Over je statement tu kan. Tapi betul la. Selagi minit tu tak diedarkan, selagi tu lah hati I ni tak tenang. Mudah-mudahan dapatlah siapkan dengan segera.

Tu kesibukan siang. Malam pulak I sibuk ke masjid. Pukul 10 lebih baru balik rumah. By the time sampai kat rumah tu dah penat sangat dah. Mandi and terus tidur. Bayangkan sepanjang bulan Ogos hari tu, I bangun pukul 5am (lebih kuranglah) and tidur dalam pukul 11pm-11.30pm. Straight ok. Tak de nap-nap langsung. So memang biol aje kepala ni and mata pun merah semacam menjelang pukul 11pm tu. Memang tak la nak bangun malam beribadat kalau dah gitu gayanya kan. Nak buat mcam mana..... kelemahan diri sendiri.

Setiap hari itulah rutinnya. Sedar tak sedar dah nak cuti raya. I rasa Ramadhan this year and Ramadhan last year adalah sangat jauh bezanya. Last year I sempat join beberapa sesi tadarus. This year satu aje. Itupun baca sekali harung terus habiskan satu juzuk sebab itu aje kesempatan yang ada. Sebagai ganti, bila ke masjid tu, I baca lah sikit-sikit sambil tunggu waktu solat. Hopefully sempat la bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang and mudah-mudahan akan lebih baik dari this year. Terlalu sibuk dengan urusan dunia tahun ni. Tsk!

Oh actually this year I ada buat raya cookies sendiri tapi semua projek gagal. Gambar tak sempat nak amik sebab busy and malas. Dah la gagal. Keciwa betul. Hehehe.... Time tak raya ok pulak menjadi. Bila raya je hampeh semua. Tak pe next year kita try lagi. Alamak tetibe teringat kat oat cookies super sedap hasil gandingan tangan dua orang baker yang hebat; Puan D and Cik Y. Babe, buat la lagi and hulur-hulur la sikit. Hehehe......

Kerana super sibuk, Ramadhan kali ni berlalu dengan begitu pantas. Tak terasa macam berpuasa sangat pun. Mudah-mudahan diberikan peluang untuk bertemu dan merasa lagi kemanisan Ramadhan lepas ni. Insya Allah....

1 comment:

1na said...

Amin...

I pun this improve la jugak dr last year... Next year nak up ibadah di bulan Ramadhan... Amin

(versi Upin Ipin)
Dua tiga kucing berlari
Mana.. Mana... Errr
SELAMAT HARI RAYA!

hehehehe