Wednesday, September 24, 2008

Memori Raya pt2

Ok part 2 ni I nak cerita kenangan beraya kat Kuching, Sarawak. We moved there tahun 1986, when I was in primary 2 and stays on till 1991. Tinggal kat Penrissen Kompleks; sebuah penempatan tentera yang besar gila. Everything ada kat sini cuma pusat beli-belah je tak de. I rasa housing area biasa pun tak sebesar kem ni.

Mula-mula we all tinggal kat blok F3. This blok cuma 3 tingkat aje and ada 4 rumah satu tingkat. Rumah I kat level 2, rumah paling hujung. Kira corner lot jugak lah ni. Raya, memang meriah sangat-sangat kat sini. Ada beribu-ribu unit rumah kat kem ni yang kebanyakkannya dihuni oleh tentera dari Semenanjung. Masa tu berapa sangat la gaji tentera kan so balik Semenanjung sekadar nak beraya memang totally not on the list lah kan.

Bila raya, this kem dah jadi macam kampung yang saaangat besar. Semua orang macam dah bersaudara so you can go to anyone house. Lagipun kebanyakkan tentera kan saling kenal-mengenal. Either same unit ke, same block ke, sukan sama-sama and gotong-royong pun sesame. Masa tu mana ada kes-kes culik kanak-kanak, rogol, bunuh or anything. Lagipun kawasan kem considered as kawasan selamat la kan. Jadi parents pun tak de lah risau anak-anak dia merayap kutip duit raya ni.

Yang paling meriahnya, raya disambut selama sebulan ok. The first 3 days was for us kanak-kanak berjalan ke merata ceruk kem. Then adalah sesi kunjung-mengunjung ke rumah-rumah, ikut my parents plak beraya. Just like our father, anak-anak pun mempunyai rantaian perhubungan yang sangat besar. Sama blok ke, sama sekolah ke, sama kelas mengaji ke, sama naik trak sekolah ke dan macam-macam lagilah tempat nak buat kawan kat sini.

Masa raya, bila terserempak ngan kawan-kawan, we would share info mana-mana rumah yang bagi duit raya banyak. Masa tu 50sen pun dah kira banyak. RM1 apatah lagi. Kalu 20sen tu kira normal lah. We would like “ eh kat Blok G, tingkat 4, rumah no 3 bagi 50sen tau” or “wei kitorang dapat singgit (RM1) kat Blok E3, tingkat 2, umah no 1”. Lawak btoi la masa tu. Sampai termuntah-muntah la kitorang makan kuih raya tu. At that time, we would eat and drinks at each and every house walaupun perut dah penuh gila. Walau pun we all kecik but rasa hormat terhadap tuan rumah tu dah ada so kena la makan bila tuan rumah dah hidang makanan tu kan. Tak macam budak sekarang;

Assalamualaikum. Kami nak beraya ni.
Waalakumussalam. Ha jemput lah masuk.
Eh kitorang nak duit raya aje.
???????

Masa I mula-mula balik Semenanjung and ada budak-budak cakap macam tu, culture shock kejap sebab masak at Kuching tak penah budak-budak cakap macam tu. Dah tu nak duit banyak-banyak. Bila bagi coins aje sure kena sound depan-depan. Sungguh kurang budi bahasa budak-budak sekarang.

Rumah yang wajib dikunjungi setiap kali raya ialah rumah CO; Commanding Officer; bos paling besar kat kem tu lah. Rumah tu memang sentiasa ada tetamu tapi dapat 20sen aje. Bayangkan tentera pangkat kecik yang prebet, kopral tu leh bagi at least 50sen tapi yang Leftenan Kolonel dan ke atas tu setakat bagi 20sen aje. Tapi yelah berapa ramai budak datang kalo bagi banyak mau bankrupt dia lepas raya kan.

Mak and Abah pun masih muda dan bertenaga masa ni so endless food was served to cater for the tetamu. Besides the normal cookies, cakes, ketupat, rendang and what not, there would be roti canai and dalca, mee kari, bihun sup dan macam-macam lagilah mouth watering foods. Sedap btoi. And sometimes for days, we won’t have nasi coz Mak would cook macam-macam makanan ni.

I stopped collecting duit raya when I was in I primary 6 sebab dah besar. Malulah. I stay kat rumah je melayan tetamu and basuh pinggan yang tak habis-habis. Then we moved to Blok E2 coz Abah dah naik pangkat. Bigger house tapi suasana dia sunyi sket sebab 1 level cuma ada 2 unit rumah je. Budak-budak pun kurang nak datang kat rumah macam ni unless banyak dapat duit raya coz macam eksklusif sket tempatnya. Tapi I suka bila ikut my parents beraya kat rumah kawan-kawan dia sebab suasana meriah tetap macam dulu-dulu. Sekali je we all raya kat rumah baru ni sebab end of 91 tu kena pindah Kuantan plak.

I penah jugak ikut my mom beraya kat rumah kawan-kawan Sarawakian dia. Geli hati kita kanak-kanak ni dengar bahasa diorang. Oh ye lupa lak, kat Sarawak ni, kuih raya dia ada macam-macam nama and cantik-cantik tau. One of those yang I can still remember ialah Kek Proton Saga. Hah amik nak, nama kereta pun bleh jadi nama kek.

So far, in my whole life, raya di Kuching adalah yang terhebat. Raya kat kampung pun tak de la best sangat macam raya kat sana. Sangat meriah and best la dari semua segi.

Next entry; raya di Kuantan plak.

No comments: