Friday, July 06, 2012

Beg baru Abah

Ada orang tu ada beg baru. Kemain lagi menayang. Syok le tu dapat hadiah beg baru. Selalu Mak je yang dapat beg ni. Kali ni Abah pun dapat sama. Abah memang ada a few beg yang diisi dengan barang-barang penting tapi yang biasa-biasa je and tak de la dia pakai ke sana-kemari. Tu yang kadang-kadang tertinggal barang tu. Now that Abah dah ada beg, boleh la bawak barang-barang yang penting tu bersama and tak de la tertinggal-tinggal lagi.  

City beg
Poket depan letak wallet
Barang-barang penting Abah
The pills in a cute bag. My pouch actually but since ada beg cantik, pills kena lah letak dalam beg cantik juga. Tak gitu?
Blood glucose meter
Dulu kan I kerja kat Guardian Pharmacy. Banyak belajar pasal health stuff ni. Baik supplement, ubat and gadget sekali. So we bought a blood glucose meter for Abah as a birthday present. Most probably in 2005 or 2006 kot. Lama dah tu. Recently meter tu macam not functioning so Abah bawak la untuk repair. I'm not sure what went wrong tapi diorang ganti baru. FYI, semua Accu-Check blood glucose meter come with lifetime warranty. Although the one we bought was of Advantage type tapi sebab tak de stok so diorang ganti dengan Performa. This one also ada lifetime warranty. Rosak boleh repair/tukar baru. 

Kaedah guna tetap sama. Masuk lancet (jarum) kat pen yang tengah tu, adjust kedalaman  jarum, cucuk kat cari, picit kasi keluar darah sikit, masukkan test strip kat reader and tunggu keluar simbol darah setitik tu then letak darah kat strip (ada suction function kat strip tu so tak payah la guna darah banyak sangat) and wait for few second to get the reading. Kalau datang angin nak main doktor-doktor, habis semua orang dalam rumah tu I check. Cucuk orang memang laju je tapi bila turn nak cucuk diri sendiri ada sikit nervous juga. Hahaha....    

Insulin pen
Insulin pen ni ada siang malam punya. Dulu one type aje sekarang ada 2. Semua ni dapat free aje kat hospital. Insulin pun dapat free. Yang kena beli cuma jarumnya aje. Yang ni I tak sanggup nak cucukkan. Abah buat sendiri. Kami tukang tengok aje. Sian Abah kan. Kena cucuk-cucuk ni. Masa mula-mula dapat glucose meter tu Abah seriau jugak bila I nak check his blood glucose. Sekarang main cucuk sendiri aje sebab cucuk insulin tu hari-hari and satu hari 4 kali kalau tak silap. Dah biasa dah kena cucuk dengan jarum ni.

Ointment for skin
Orang ada diabetic ni kulit selalu kering. Pastu kadang-kadang ada kesan hitam kesan yang kering tu. Keratosis something-something namanya. So guna this ointment untuk reducekan kekeringan. Kalau rajin guna, keratosi tu lama-lama akan menipis and lagi baik hilang terus. Kalau tak sapu pulak, lama-lama akan jadi tebal and gatal.  

Minyak atar
Handphone kat belakang
I pun tak de beg jenama ni ok
Haaaa.... orang pencen pun dapat pakai beg Fossil. Orang yang keje ni pun pakai beg murah aje. Hehehe.... Told Abah lenkali kalau balik Kuantan I tak mau bawak beg la. Bawak wallet aje. Pastu boleh melaram beg dia. Hehehe..... Teruk punya anak. Bukan nak kasi hadiah ke apa. Lagi nak pow Abah punya. Actually I nak belikan Abah wallet tapi tu lah tak terbeli-beli lagi sampai sekarang. Nak beli jenama kerbau. Boleh? Hahaha..... Tak ingat jenama tapi ada gambar kerbau as logo. Eh ye ke kerbau? Ke badak? Macam ada tanduk. Kerbau kot. Hehehe..... Elok le. Kerbau bila mati masuk dalam tanah lama-lama jadi lah macam jenama beg tu. Tak gitu?  

Oh pasal team-building tu nanti-nanti la cerita eh. Best wooo.... Banyak aktiviti pecah perut. Hahaha......

Tuesday, July 03, 2012

Kejutan from Mak Abah and Floria Putrajaya 2012

Yesterday I was on EL. Reason : Khidmat ibu bapa. Ini memang betul-betul unplanned and mengejut. I kan ada team building course from Friday till Sunday. So tak dapat la nak join my siblings balik ke Kuantan. On the way balik ke Putrajaya, I ada call Abah and he didn't say anything about coming over. Reached Putrajaya around 6pm and straightway teman Shikin ke Warta Bangi. Dia nak beli tudung. Ingatkan apa la yang urgent sangat nak beli tudung there and then jugak. Rupa-rupanya saje je. Sabar je lah kawan sorang ni. Tapi sebab dia picked me from office so ikut kan ajelah. 

Sampai rumah around 8.30pm. Kebetulan another friend nak tumpang sleepover sebab tertinggal kunci rumah kat kampung. Dinner, mandi, lepak jap tengok TV and then terus bersedia untuk tidur around 10.30pm. Tapi sebelum tu ternampak 4 missed call from Abah. Call balik and Thalha yang jawab. Thalha kata Abah dah tidur. Eh peliknya. Cepatnya Abah tidur. Tanya pasal the siblings yang nak balik KL and Thalha cakap diorang dah naik bas. Ok fine. Terus la tidur. 

Around 11.45pm Abah call. Ye lah selalunya kalau ada call from me, Abah mesti call balik. Sekali Abah cakap meh la keluar makan kebab. Those who selalu dengar cerita about my dad would know already that my dad suka call and usik-usik I pasal makan ni. Sometimes when he's cooking, he would call and tanya if I can smell something nice or not. Kadang-kadang when dia tengah makan pun dia akan call. So I thought dia nak main-main la kot. I ni dah la penat. Dah 2 malam tak tidur ok. So macam geram pulak kena main-main time baru nak lena ni kan. 

"Abah ni jangan la main-main...." dengan nada bengang. "Eh tak percaya. Betul la ni. Meh keluar". Tengok bawah pintu and nampak lampu kat hall terpasang. Keluar tengok Mak, Abah, Cumat and Mamat ada. Eman dalam toilet and Thalha on the way naik. Wah kejutan tengah malam ni. Abah kata Abah ada beli kebab tapi I'm too sleepy and tired to eat. Lagipun dah almost midnight ok. So terus sambung tidur. Tapi sebelum tu bagitau ada orang lain dalam bilik so tak de la the brothers masuk my bilik. Rupa-rupanya Abah call earlier sebab nak ajak makan la kot. Masa I return call tu diorang tengah makan kat Saba' Cyberjaya. Straight dari Kuantan terus ke sana. Abah belikan I kebab tapi dah I masuk tidur balik so diorang je lah yang makan. 

Actually Thalha datang sebab nak hantar 3 orang abangnya balik. Ingatkan diorang nak amik my car back tapi tak siap lagi so instead of naik bas, Thalha hantar la. Mak nak temankan pastu Abah pulak nak ikut. So jadi la kunjungan mengejut. I pun dah lama tak balik so dapat la melepaskan kerinduan kan. Lagipun nak amik Siti sekali sebab dia dah start cuti sem. Dah la lama tak balik so bila parents datang takkan la nak pegi keje pulak kan. Itu yang kena EL tu. Wah panjang lebar pulak penjelasan for that EL eh. 

Anyway, since my parents dah datang and ada pulak pesta bunga yang I tau memang menjadi kesukaan Abah and Mak so I ajaklah diorang ke sana. Best tapi tertinggal camera pulak so gambar adalah tidak begitu terang.           

Ada orang pakai beg baruuuu....
Tengah bincang pasal orkid
Pasal pokok limau pulak
Hoih geramnya tengok cili niiii.....
Dan ini juga.  Dah beli biji benih and nak cuba tanam
Mak Abah seronok tengok orkid. Siap borong sampai 8 anak pokok orkid pelbagai jenis

Ala kenapa eja macam ni. Kalau Eny kan best.....
Kak Ngah, Taha dah cakap dah... Yang korang beli tu bukannya sepit rambut. Sepit pokok sebenarnya...
Cantik tak?
Tak tau nak beli mana satu. Ingat nak beli letak kat ofis tapi tak tau nak jaga macam mana nanti
Cowboy sesat
Bagus ni. Sesuai untuk semua jenis tumbuhan
Wasted RM3 here. Duit telan tapi air tak keluar pun
Kiri kanan ada landscape yang cantik

Dalam khemah pameran bunga yang beraircond tu
Abah senyum aje dikelilingi dengan bunga


Creative


Cantik ni

Ini pun cantik



Miniature cactus garden  
Another one
Cantik but not practical


Abah berkenan kolam ni and nak amik idea untuk buat kolam kat rumah baru nanti
Segala mak nenek pokok yang diborong. Ada  lagi  yang lain actually
Abah kata gila tengok pokok semua. Hehehe.... Dah agak dah.... Mujur la tak de lori. If not mau Abah angkut semua kot. Abah nak tanam kat rumah baru nanti. Abah beli pokok durian Musang King and D24, limau nipis (sebab yang kat rumah tu dah mati), 8 different orchid, bunga tak tau apa ntah tapi cantik, baja cum racun and baja untuk pokok malas. I pun ada la beli sikit-sikit. From floria kami ke UPNM to pick up Siti and her stuff. Later balik ke Putrajaya and had late lunch at Padi House Galeria. Around 4 plus dah masa tu. Orang dah nak balik keje and kami baru nak lunch.   

Mmmmmm dappp.... Abah with seafood fried rice
She just had her meal so minum sahaja
Thalha with root beer (why can't they have any other name rather than beer) and  cheese bake rice with chicken
Cumat with the same meal as Thalha
Mak had cheese bake rice with seafood and passion fruit juice yang surprisingly sangat sedap
Me with Cincinnati 5ways spaghetti yang hanya dimakan separuh.  Spoil mood nak makan sebab  hal office
Jangan ingat cuti boleh suka-suka saje ye. Asyik la terima call from office pasal ada satu hal penting. Dah la handphone tu meragam. Call tak masuk direct tapi asyik appear Maxis punya message on miscall. Kalau cakap phone rosak mesti orang ingat saje bagi alasan kan. Tak pelah. Redha je lah..... Tapi phone tu memang problem pun. Sometimes ok sometimes memang tak boleh call in and call out. Tak tau phone atau line yang tak ok. Hai nak mintak phone baru ke???? Sabar la... Baru setahun guna kot. Tapi kannnn.... My phone ni sama je macam my car. Bila I berangan-angan nak beli yang baru je mulalah masing-masing nak meragam. Merajuk ke????? Ada perasaan jugak korang eh.....

After dinner diorang pun gerak balik. Kejap sangat. Kalau stay 2-3 hari kan best. Lambat lagi nak boleh balik ni. This weekend ada larian. Next weekend pulak dah alang-alang sebab the other week tu dah start puasa so plan nak balik menyambut Ramadhan la. Tapi tak pe walaupun sekejap dapat jugak spend time bersama. Itu yang penting. Sekarang mari kita mengira hari nak balik Kuantan.....