Friday, March 18, 2011

Kid say the darnest thing

Conversation overheard by Mak between me and Bang Long years ago when we're just a little kid.

Conversation 1 : While eating home-made ice-cream Malaysia
Kid 1 : Mak kita pandai buat ice-cream kan.
Kid 2 : Aah tapi tak sedap.

Conversation 2 : While looking at Mak's photo
Kid 1: Mak kita cantikkan.
Kid 2 : Aah tapi macam keling.

Thursday, March 17, 2011

Bergetah you

Mak sekarang bergetah nyah. Awwww! Hari tu Mak ingat Mak nak nampak sasa so Mak pasang la besi. Sakit-sakit pun Mak tahan la jugak demi nak nampak sasa. Tapi hari tu si doktor comel tu dok pi boh getah pulak dah. Tak pasal-pasal Mak dah bergetah sekarang. Pasni merasa la Mak nak body solid-molid. Awww....... Mak tak sabar dah ni nyah ooooi. Esok body Mak dah meletup-letup solid-molid, sekali Mak tayang body mau ada tersungkur tertawan dengan Mak. Hahaha......

Sila fokus kepada rubber ring and the steel bracket itu aje ye. Please ignore all the imperfections of my skin termasuk la my misai tu. Hehehe....

Err.... sila abaikan statement perasan dari gigi saya itu ye. Ni semua gara-gara sesi review last week la ni. Last time the dentist installed some kind of hook. I was joking that hook itu dah macam tanduk. Gigi bertanduk. Hahaha..... The hooks was kind of loose, boleh bergerak-gerak. And today she put some sort of small wire yang dipintal-pintal to hold the hook. And then I kena hook the rubber ring from the upper hook and attach it at the lower hook. Siksa ok nak pasang. Asyik terlastik bibir sendiri aje. Silap haribulan, Angelina Jolie pun kalah dengan bibir I. Pasni tak boleh la nak ketawa berdekah-dekah lagi. Al maklum la mulut dah tak boleh nak buka besar-besar. Wow sopan gitu. Sipu-sipu aje. Hahaha..... Ops silap. Hihihi.... (sambil menutup mulut dengan tangan)

As usual anything new with sangatlah menarik perhatian anak-anak sedara I. Asyik la tanya; "Cik Ngah, apa kat gigi Cik Ngah tu?", "Cik Ngah, kenapa Cik Ngah letak getah kat gigi Cik Ngah?", "Cik Ngah, nak pegang getah tu". Hoh macam-macam la kamu ye. This thing kena pakai 24/7 except masa gosok gigi aje. Masa makan pun kena pakai jugak. Pergh.... On Thursday and Friday tu I pakai la tapi dah sakit sangat terus bukak. Hari ni baru start pakai balik. Abis sengal semua gigi-gigi I ni.

With this rubber ring, eating has become messy affair again. Sangat selekeh ok. Dah la sakit. So kepada kawan-kawan yang nak makan sama dengan saya lepas ni, sila jangan fokus kepada mulut saya apabila saya bercakap ye. Look kat my eyes only. Kang hilang pulak selera korang nak makan seeing my kecomoton. And I pun malu ok. Malu dengan keselekehan diri sendiri tapi nak buat macam mana. Lidah ni pun dah naik luka-luka asyik tersangkut kat besi-besi tu tau. So sabar je lah ye. Sendiri carik pasal so sendiri la tanggung.

Rindu-rinduan

I think I'm suffering from some kind of separation anxiety right now. After just 4 days of fully baby-sitting him, I now missed my Dik Manan tremendously. Rindu sangat. Rindu dengan Abang Cer yang masyam. Air liur dok meleleh-leleh and kadang-kadang tu sampai menyembur-nyembur. Tak pe air liur baby I tak geli. Ce kena air liur orang tua. Yikes!

Since dia sampai Khamis malam hari tu sampai la berpisah on Monday night kat RnR Tapah, almost 80% of the time dia ada dengan I. Dari bangun pagi sampai la tidur malam. Feeding him his milk, playing with him, tepuk-tepuk sampai tidur and macam-macam la. Ish bila sebut ni lagi terasa rindu. Dik Manan.... Cik Ngah rindu laaaaa.......

Adah as the big sister sangat boleh diharap menjaga adik. Masa dia tengok I nak buat susu untuk Dik Manan, dia siap bagi instructions lagi. Susu dua sudu, air panas sampai nombor dua pastu air masak sampai lima puluh ratus (she mean 5 oz la tu kot). Well I guess semua pun sama. Kena pandai buat susu untuk adik. In fact I dulu dah start mandikan newborn baby at the tender age of 10. Kalau takat baby yang dah setahun dua tu lagi awal I dah start dah. Cebok berak tok sah cakap la. Mana la I tak sedih bila adik-adik I kawin. Kencing berak diorang dulu I ni la yang tukang cuci tau. Dulu mana ada pampers bagai ni so I la tukang cuci napkin yang melekat-lekat dengan segala macam najis tu. Pastu kang ada keciciran najis atas lantai I jugak yang tukang lap sampai bersih. Al maklumlah, bawah-bawah I semua lelaki so diorang cukup malas nak buat semua tu. Although ada maid but my mom memang training I untuk buat semua tu. My mom bukan jenis yang terlalu bergantung pada maid sampai semua benda maid nak kena buat. Lagipun maid kitorang tu bukan jenis yang stay in. 

So sampai sekarang I suka sangat bab-bab mandikan budak ni. Tu pasal anak-anak sedara asyik nak mandi dengan I aje. Adik I Dik Man dulu sampai dah darjah berapa I mandikan. Bila dia sunat je baru I tak mandikan dah. Ayum pun sama. Dah sekolah-sekolah pun I mandikan. I ni tak berapa percaya sangat kalau budak-budak mandi sendiri ni. Mesti tak bersih. Like I always told them, mesti sabun tang perut aje. In which memang pun. Kalau shampoo mesti betul-betul atas kepala aje. Gosok gigi pun sama. Gosok yang depan-depan aje. Kalau dapat kat I, abis setiap inci I kerjakan. I mean sabun and shampoo la. 

Paling best bila mandikan budak-budak ni ialah main bubbles. Alah buat bulatan guna jari and tiup sampai keluar bubbles tu la. Asyik buat benda tu sampai dah jadi satu kerja pulak. Asal kasi mandi mesti budak-budak tu request; "Cik Ngah, buat belon Cik Ngah". Layankan ajelah. Oh tapi dalam pada I layan-layan tu, mulut ni bising jugak. Maklumlah budak-budak kalau mandi ada yang melompat-lompat sampai basah baju I and ada pulak yang dok menangis-nangis tak mau sabun la, tak mau shampoo la atau tak mau gosok gigi. So memang mintak kena bebel la tu kan. Hahaha.......

Adoi rindunya kat diorang tu. Paling rindu of course la kat Dik Manan. Tak sabar nak balik Kuantan semula. Next week I'll be on leave again to prepare for the kenduri on our side. Lama la sikit boleh main dengan Dik Manan. Hoh tak sabarnya......

Wednesday, March 16, 2011

The Big Bad C

Sekali sekala berkumpul dengan sedara-mara macam-macam cerita keluar. Yang kelakar, yang sedih, yang seram, yang mengejutkan dan macam-macam lah. Tapi paling mengejutkan kali ni ialah pasal penyakit la. The Big Bad C. Yup that Big Bad C. Mak Teh, my most favourite aunty ada breast cancer. Terkejut bila Mak bagitau. Tapi masa dengar tu ada benda lucu terjadi.

We were having lunch then. I was helping la hidang-hidang semua. Mak duduk sebelah I and Apis duduk depan I. Mak kata kita kena la tolong-tolong Mak Teh buat keje. Kesian dia nak buat semua. Lagipun dia sakit. Mak sedih and terkejut bila dapat tau tu. Kita duduk jauh-jauh so tak tau cerita. I pun tertanya-tanya la. Sakit apa? Pastu Apis yang dengar kitorang berborak tu telah membuat action without saying anything; squeezing his chest exactly at the breast area. A repeated squeeze. Nak tergelak pun ada. Ok tau la tak boleh nak cakap kuat-kuat tapi over je tau buat macam tu. Hahaha...

Eh ok-ok entry ni sepatutnya bernada sedih ye. Sungguh tak sangka kan. Kesiannya Mak Teh. Macam mana la dia nak hadapi masa depan dia tu. Sekarang memang la masih kuat bertenaga tapi I tengok selalunya lama-lama diorang akan lebih sakit. Nak-nak kalau sampai ke tahap kena buat chemo semua tu. Mudah-mudahan penyakitnya akan pulih la. Amin.

Mak Teh ni actually saudara kait aje. She became a family when she married Pak Teh; adik my mom. Tapi kait tak kait when you're in the family then you're a family. Although dia cuma mak saudara kait tapi she is indeed the best and layanan memang terbaik dari ladang la. Penuh keikhlasan. In fact lebih baik dari my mom own flesh and blood. I mean the real siblings la. Pak Teh I ni garang gila. Tapi Mak Teh adalah super duper baik and lembut. Kira balancing factor la tu. 

I ingat lagi masa I balik kampung during semester break dulu. Actually I teman Nenek balik Kedah tapi dah alang-alang tu I stay kat sana seminggu. Seminggu yang penuh warna-warni. Banyak betul kenangan and sampai sekarang I Ingat. Kebetulan masa tu kaki I baru buka simen. Tapi tak sedar diri kaki tu tak baik lagi. Balik kampung dok main Mak Teh punya motor Pasola. Comel aje motor tu. One day my cousin Nina yang masih di sekolah rendah tak balik-balik lagi walaupun da lewat petang. Pak Teh dah berapa kali call tanya. Since dia dah nampak I dok main-main Pasola tu so Pak Teh suruh I pegi jemput Nina from sekolah.

Mula-mula I macam tak berani tapi dah tunggu-tunggu tak balik jugak so I beranikan la diri ke sana. Masa pegi ok je. Tapi on the way balik I accident. Hence I trauma nak bawak motor until now. Actually accident tu minor aje. Terjatuh sendiri so kaki je la yang luka. Tapi the same kaki yang bersimen hari tu. Bila Mak Teh dapat tau I accident, terus dia balik keje and siap bawak balik iodin semua tu. Gigih sapu-sapu ubat kat lutut and kaki I. Pastu bebel-bebel kat Nina sebab balik lambat and menyebabkan I kena pegi amik dia pastu teraccident. Padahal Nina pun terjatuh sama and it was totally my mistakes. Terharu kan. 

Tu belum dia masak sedap-sedap pastu pegi makan kat taman mana entah kat tengah bandar Alor Setar tu. Pastu setiap hari balik kerja dia akan petik mangga. Masa tu keliling rumah ada banyak pokok mangga yang tengah berbuah lebat. All kind of mangga ada. Masa I naik bas nak ke Kuantan, bersama-sama dengan I ialah berguni-guni dan berkotak-kotak buah mangga. Dah macam tokey mangga la pulak. Pastu beli biskut dengan air and siap kasi duit lagi. Terharu kan.

Ni bila dah besar and dah kerja, bila pergi sana instead of I yang bawak buah tangan, I yang dapat buah tangan from her. Tudung la, kain batik la and makanan-makanan. Tak sah kalau pergi rumah Mak Teh and balik empty handed. Ada je benda dia nak bagi. Sebab tu kalau I outstation ke Kedah, memang tak sah kalau tak singgah at her house. Kejap pun jadi lah. Adik-adik I yang kat sana pun dah jadi macam anak-anak dia dah. In fact kalau lama diorang tak datang mesti dia berbunyi. Kira tak payah la nak segan-silu nak ke rumah dia. 

Sebelum balik hari tu I sempat la tanya Mak Teh on her illness. Macam mana boleh dia sedar. Ok her case is so different from all other cases I heard or read before. She said a year ago she fell down at the rumah kampung and tercucuk akar at her boobs. She thought nothing serious so she kind of buat tak kisah aje la. Lama-lama it became worse and keras and whatnot. Bila cek kat doktor rupa-rupanya dah jadi cancer. Ish ngerikan. Kesian Mak Teh. Macam mana la bila dia dengar berita tu kan.  

Anak-anak Mak Teh ada 4 orang aje. Yang sulung lelaki dah kawin and keja kat Johor. Yang kedua lelaki juga and baru aje lapor diri sebagai inspektor pelatih kat PULAPOL hari tu. Yang ketiga perempuan. Dah habis belajar but masih bertukar-tukar kerja. Yang bongsu lelaki baru form 2. Kalau jadi apa-apa siapalah nak jaga Mak Teh. Nak harapkan yang bongsu payah. Sangat kebudak-budakan and lurus bendul tak ingat punya. Ish sebut pasal anak bongsu dia aje mesti rasa nak tergelak-gelak. Pak Teh I polis and keje tak tentu masa. Mudah-mudahan anak-anak dia esok dapat la posting kat Alor Setar aje. Payah duduk jauh-jauh ni.  

Bila ingat-ingat kat Mak Teh rasa sedih pulak. Banyak betul dugaan dia. Mak Teh tak mau bedah and she's trying the traditional way. Sama-samalah kita doakan agar my Mak Teh akan diberikan kekuatan untuk menghadapi penyakitnya and mudah-mudahan dia akan sembuh. Amin.

Entry rahsia

Oh lupa nak btau. Actually entry kat Day 3 tu adalah entry berpassword. If you all click kat para yang bermula dengan "This part is a bit controversial....." tu dia akan prompt for password. Certain PC tak lepas nak baca kot sebab PC office tak boleh nak decrypt.

So kalau you all berminat nak teruskan membaca that entry, please email me for password. My email add : enyyusof78@gmail.com. One thing I notice ialah bila dah decrypt, all the paragraph akan menjadi satu paragraph panjang. Mau pening jugak nak baca tu. Hehehe.....

Actually ceritanya tak la serahsia mana but knowing certain people yang suka bawak mulut ni, I prefer not to reveal the story for everyone to read. Nanti lain I maksudkan lain pulak yang diorang paham. Contoh macam ayat ni;

I maksudkan macam ni.....
"Kau makan pisang monyet" - I tanya sama ada the other party tu makan tak pisang monyet (konon-konon pisang monyet ni adalah sejenis pisang macam pisang emas, pisang tanduk etc tu la)

Tapi ada orang akan paham macam ni......
"Kau makan pisang, monyet" - I tengah cakap dengan monyet

Or macam ni.....
"Kau, makan pisang monyet" - I accused/terkejut mendengar pengakuan seseorang yang dia telah makan pisang monyet (sama ada pisang monyet ada sejenis pisang yang tak boleh dimakan atau pisang monyet adalah pisang yang sepatutnya diberi kepada monyet or what ever it meant in the context)

Eh korang paham tak ni? What ever la.... Hahaha.....

Tuesday, March 15, 2011

Trip to Utara - Day 4

I tak lena tidur sebab kesejukan and sakit pinggang. I tak sure whether ianya adalah effect akibat selalu terjatuh or what but I can't lie down on hard surface without having that painful and kengiluan teramat bila nak bergerak. It's like tengah tidur pastu bila nak beralih akan tersedar, alihkan pinggang tu slow-slow sambil tahan sakit and sambung tidur. Pastu bila nak beralih akan sedar semula, alih slow-slow and tahan sakit lagi. Dah banyak tahun jugak I suffered from that. So sebab tu kalau nak tidur atas totto, I kena lapik totto tu tebal-tebal sampai jadi macam tilam. Those yang pernah tengok my totto bed tau la. Tapi bila balik kampung takkan nak demand pulak kan. So sila tahan aje ye.

Lepas Subuh terus tolong Cu buat breakfast nasi goreng guna leftovers from the kenduri. And then jaga Dik Manan. Sepanjang bercuti ni, selain sibuk menolong kat dapur, I juga menjadi bibik mengasuh kanak-kanak yang berempat tu. I rasa all the time diorang mandi memang I yang mandikan. I love giving bath to kids. Dah tu dari kecik I dok mandikan adik-adik so dah jadi macam satu kewajipan pulak bab-bab mandikan budak ni. Nak-nak budak-budak tu asyik request nak mandi ngan I. "Cik Ngah nak mandi ngan Cik Ngah". No no no mandi sama tak boleh ye. But mandikan boleh. Hahaha.....

I baru perasan. Kalau balik Lenggong, almost tak pernah tengok TV sebab ada je benda lain yang lebih menarik selain dari tengok TV. Yang gila games pun tak main games. Kali ni sibuk bakar ikan la, panjat pokok kelapa sebab nak amik kelapa muda la, masak la and macam-macam lagi la. Abah kata kalau lama la kitorang dok kampung, habis segala benda kat keliling rumah tu kitorang kerjakan. Mujur le rumput tu tak leh makan. If not kalau balik kampung seminggu terus jadi padang jarak padang tekukur le rumah Opah tu. Hahaha.....

For lunch we had ikan bakar, sambal picit (I buat and mendapat pujian semua ye but credits kena kasi kat Cu la sebab Cu yang tukang rasa), masak lemak pucuk paku, baby kailan with some kind of green tauge, some kind of ikan yang super duper sedap bila digoreng garing, sambal belacan, pucuk beka and pucuk ubi rebus, petai bakar and air kelapa muda. Ish bila sebut ni teringin la pulak. Sedap hingga menjilat pinggan la. Hahaha.....

Lepas makan rehat kejap sebelum agenda seterusnya iaitu aktiviti wajib bila balik Lenggong; mandi sungai. Mula-mula macam tak sempat dah tapi masing-masing buat muka kecewa bila tak pegi-pegi so Abah bawak la jugak. Gerak dari rumah pukul 4 and balik semula pukul 5. Ish tak puas betul. Abah siap pesan tak boleh lama-lama sebab perjalanan masih jauh. Dik Manan pun join mandi. Meraung-raung budak tu kesejukan. Yang gadis kecik bertiga tu pulak, Adah sorang je yang berani main air, yang lain takut-takut especially si Nabila. Abah kata lenkali kita masak pagi-pagi pastu berkelah kat tepi sungai. Wah best tu tapi tak tau la bila pulak boleh balik ramai-ramai macam tu lagi. Hayat and Cumat aje yang melepas. Hopefully keseronokan macam ni akan terus berkekalan walaupun lepas semua orang dah kawin and beranak-pinak.

Balik dari sungai terus bersiap nak balik. Ish tak puas rasanya bila balik Lenggong kejap sangat. Opah pun kesedihan aje bila kami nak balik dah. Left Lenggong around 6.45pm, stop by at Tapah for dinner and berpisah haluan kat Tanjung Malim for those yang nak balik Kuantan ikut laluan Genting. I sampai rumah dalam pukul 12 lebih whilst orang Kuantan sampai pukul 2 lebih. Except for the horrifying experience at the wedding, we all had a great times. I rasa selagi ada hayat la, cerita kat majlis tu mesti akan sentiasa diceritakan semula. Nak-nak bab kena mendaki bukit tegak terpacak tu. Memang la masa tu bengang semua ada but later on bila dah tua-tua akan jadi bahan lawak jenaka lah.

One of the thing I suka pasal the whole family ialah walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang sangat la tak best tapi semua cool and siap melawak lagi. Macam-macam lawak yang terkeluar masa mendaki tu and masing-masing dok bagi sokongan untuk meneruskan perjalanan. Ingat-ingat balik rasa kelakar la pulak. Itu yang baiknya bila ahli keluarga ipar duai selalu berkumpul. Barulah kemesraan terjalin. Tak gitu?

Ok dah tamat. Not much photos to share sebab tak sempat nak nak snap semua especially the wedding. Too emotionally distracted. Hahaha......

Trip to Utara - Day 3

Its the big day today. Majlis pernikahan my brother Apis. Kami di resort kena mandi and bersiap awal-awal sebab those di kampung akan datang mandi kat resort jugak. For breakfast, we had roti cream and milo aje. Kalut betul nak mandi and bersiap bila dah ramai-ramai tu. Pengantin pulak kena ke butik untuk bersiap sebab kat sana tak de mak andam yang datang kat rumah pengantin ni.

Tak sangka ramai betul yang join rombongan pengantin lelaki ni. Alhamdulillah. Semua sekali ada 11 kereta; kami sekeluarga 4 kereta, Pak Lang sekeluarga 3 kereta, Pak Teh and Mak Lang 2 kereta, Pak Chik 1 kereta and Abang Murad (sepupu from my dad side) 1 kereta. Mula-mula ke surau untuk akad nikah dulu; di sinilah drama bermula. Ecece......


Balik dari kenduri lepak rumah Pak Teh dulu. Tolong kemas and basuh pinggan mangkuk yang bertimbun tak berbasuh sebab tak de air. Lagipun I memang macam tu. Bila ada benda-benda yang mengganggu emosi, I suka channelkan the emotion pada kerja-kerja berunsur pembersihan atau pengemasan ni. Bila dah siap and nak gerak ke Lenggong tetiba hujan lebat macam ribut terus tak jadi balik. Sementara nak tunggu hujan reda, Mak Lang buat coklat. I tukang tengok and jadi assistant aje. Senang jugak nak buat coklat ni rupa-rupanya. Apis singgah kejap nak amik phone dia yang tertinggal and sambil tu hantar makanan kenduri. Mak ai punya la banyak dia hantar boleh buat kenduri sekali lagi. Hehehe.....

Settle semua kami bertolak ke Lenggong. Dah alang-alang berada di utara, tak elok la kalau tak singgah tengok Opah. Lagipun bukan selalu dapat tengok Opah ni. By the time we reached Lenggong, dah lewat malam dah. For makan malam kami makan lauk kenduri aje. Mujur le for pre-kenduri dah makan nasi beriani sebab kenduri makan nasi putih with lauk apa entah. Betul apa I cakap masa makan nasi beriani hari tu. Hahaha......

Masa sampai tu, terkejut tengok Opah. Opah dah kurus sangat. And Opah tak berapa kenal dah kami ni. Masa Abah tegur Opah, Opah tak kenal Abah siapa tapi bila cakap ni Usop anak dia terus dia sebak and sedih. Maklumlah Abah kan duduk jauh jadi bukan selalu dapat balik tengok dia. Sedih pulak masa I tengok tu. Opah terharu sampai tak boleh nak berdiri. Kesian pulak tengok.

Sebelum tido sambung gossip majlis siang tu. And cerita lawak pasal my cousin brother yang keanak-anakan. Lawak betul la. Bila tidur kat Lenggong, sejuk gila. Siang panas berbahang, malam sejuk beku. Seronok tidur ramai-ramai kat ruang tamu. Berebut bantal, selimut and totto. Hehehe..... (Didi, kau pun sama bila balik kampung kan).

-to be continued-

Trip to Utara - Day 2

Bangun Subuh dekat nak pukul 7 sebab malam tak lena tidur; Dik Manan bangun mintak susu sampai 3 kali. Bangun-bangun tengok Mak Lang (adik my Mak) and her daughter Ira dah sampai from KL. For breakfast Mak Lang buat meehon goreng. Bang Long pulak sibuk dok buat kopi yang dia masak tu. Lepas breakfast ada yang keluar beli barang untuk masak tengahari and ada yag dok melepak kat depan main PS2. Hai diorang ni tak habis-habis dengan games tau. Tu dah ada PS2 tu lagi la semua benda tak jadi tu.

Seronoknya main bubbles. Tak sia-sia beli bubbles mahal. Definitely a hit la.

Tengok I lepak kat buaian ni, semua menyibuk nak lepak sama

Ish...ish... siapalah yang rajin sangat tu....

Tengok I menyapu daun, semua pun nak menyapu sama

Syabbas betti.....syabbas.....

I tolong Abah sapu halaman. Seronok jugak sekali sekala buat kerja luar macam ni. Great workout gitu. Eh tapi takat sapu daun kering aje la kan. So light workout je la. Budak-budak tu pun bila tengok Cik Ngah dia menyapu, semua sibuk nak menyapu jugak. Sampaikan tengah panas terik pun diorang dok la menyapu daun jugak. Pantang tengok ada daun atas tanah. Bagus...bagus.... esok Atuk and Nenek dah pindah rumah baru, korang teruskanlah kerajinan korang tu ye. Bersih rumah Atuk and Nenek nanti. Kat rumah Pak Teh ada buaian yang pasang kat pokok tu. Alahai time ni la nak terlupa nama benda alah tu. Memang tumpuan betullah. Ni tuan yang menulis ni pun sama. Asyik nak melepak kat situ aje. Best wooo......

Bestnya lepak kat buai ni. Nak-nak time berangin. Pergh....

Me and Dik Manan jadi mandur. Hahaha.....

Rumah Pak Teh ni pakai pam air. Since malam tu tak de electricty, pam tak berfungsi so air pun tak de lah. Cukup-cukup nak buat masak and nak pergi toilet aje. So memang tak mandi pagi la. Tapi dalam pada tak de air tu, makan mewah ok. Nasi beriani with dalca and ayam mesak merah. Hebat ok. Tu kira pre-kenduri la tu. Lagipun tak tau lagi masa kenduri makan apa.

Since sampai ke petang air tak de lagi, kami tumpang mandi dekat rumah sepupu Mak Teh somewhere in another kampung a few kilometers away. Gigih ok demi nak mandi. Mula-mula tu semua plan nak mandi kat mana-mana air terjun aje tapi bukan dekat-dekat. I pun terpaksa la buat muka tak malu tumpang mandi kat sana. Belasah je lah labu. Since yang kategori Mak-mak dok sibuk kat dapur, I kena la bawak anak-anak sedara pegi mandi. Dah makcik tuan rumah tu ingat I ni mak budak-budak tu. Hahaha.... Tak pe I took that as compliment. Nampak sangat I ni bersifat keibuan kan. Hahaha... Sila la muntah sekarang. I tak kisah. Hihihi...

Petang tu Pak Lang (adik my dad) sampai from Ipoh. Datang bertiga dengan anak yang bongsu. Actually Pak Lang belah Abah ni kami panggil Pak Lang Ayaq. So Pak Lang Ayaq and Mak Lang Ayaq. Ni keje Bang Long and I la ni masa kecik-kecik. Lekat sampai sekarang. Tak silap I, masa diorang kawin or masa bila entah Mak Lang mintak air. Since Mak Lang ni orang Kedah, dia sebut la ayaq. Dapat kat kami ni terus la lekat ayaq tu kat belajang nama diorang. Senang nak differentiate Pak Lang belah Mak and Pak Lang belah Abah. Kebetulan masa diorang datang tu, turn Mak-mak pulak yang pegi mandi. Abah amik Thalha and awek dia kat UUM whilst Apis pulak amik Jannah and Akak yang datang naik bas. Kira semua adik-beradik I ada masa weeding kecuali Hayat and Cumat sebab diorang kerja.

Sambil-sambil menyedut udara petang, yang lelaki-lelaki belah buah kelapa muda. Semua dok teringin nak minum air kelapa muda la tu. Malam Pak Chik Li (adik my dad juga) pulak sampai from Teluk Intan. Lepas another round of nasi beriani, kami ke KEDA Resort. I booked bilik kat sana for family Pak Lang and Pak Chik. Memandangkan air dah habis terus, semua pun pegi ke sana untuk mandi. Mula-mula I booked bilik aje tapi due to that unforeseen circumstances, terpaksa tukar kepada inapan; 1 queen size and 2 single bed for each room. Rate ialah RM200 per room. So sila kali 3. Pengsan.....

At first I nak mandi aje tapi last-last decide nak tidur sana terus. So Epoi and family, Jannah, Akak, Ayum and me stay kat sana and yang lain balik. Diorang nak buat sirih junjung. Erk esok the big day. Tapi I tengok the groom to be tu relax aje. Siap main games and berjalan sana sini lagi. I pulak yang risau. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan lancar la esok.

-to be continued-

Trip to Utara - Day 1

I'm back with 1001 cerita penuh warna-warni lagi sensasi. Cewah... intro je dah tau kan. I ni sentiasa je ada cerita-cerita sensasi ni kan. Lalat-lalat penggemar gossip mesti dah tak sabar nak baca cerita ni. Pasni banyak la modal nak kutuk I lagi ni. Eh ke situ pulak dia. Anyway jangan biarkan lalat-lalat itu menganggu keseronokan kita untuk bercerita. Hehehe..... Seperti biasa kena la recap dari mula kan. I was on leave since Friday. Patutnya until Monday aje tapi terlajak sampai hari ni. So today I on EL lah. 

My parents and few of the siblings dah pun bertolak ke Kedah on Wednesday. Epoi and family pulak gerak dari Kuantan on Thursday night and sleepover at my place. Friday tu kami akan berkonvoi 2 buah kereta ke Kedah. Bagi yang bekerja, kena lah apply cuti kan. Bagi yang study????? Mana ada cuti-cuti ni so apa lagi, ponteng le. Ooopsss.... gejala ponteng-memonteng adalah tidak digalakkan ye tetapi atas sebab-sebab tertentu dan demi kemaslahatan umum, sila la ponteng atas risiko sendiri. Hahaha..... Agak-agak sape la yang memonteng tu eh....

After my braces review, I kena amik Eman and Siti. Epoi pulak kena amik Bang Long on the the way to my place. They reached my place at 2am. I buka je pintu and muka pertama yang I nampak ialah senyum ceria si Manan comel. Budak kecik ni memang ceria memanjang. Pukul 2 pagi tu boleh dok bergelak ceria lagi. So cheeky. Hilang mengantuk I melayan budak-budak tu. I gelar Dik Manan tu Bang Cer; taken from the word ceria. Hehehe.....

Kalau ikut plan asal nak gerak lepas Subuh tapi nan adonya. Nak buat breakfast, nak basuh kain, nak itu-ini last-last pukul 10 baru keluar rumah. Itu pun puas memusing dalam Putrajaya nak top-up Touch N Go card. Bang Long, Eman and Siti naik Savvy. I pulak naik MyVi with Epoi. Boleh main dengan budak-budak kecik tu. Sepanjang perjalanan hari hujan aje. Stop for lunch and solat at RnR Sg. Perak. Terserempak dengan geng-geng artis kat situ and ternampak la Shahir AF. I tak kenal pun dia so sah-sah la bukan fan kan so tak de la excited ke apa. Oh ada peristiwa berlaku kat situ. Tengah syok-syok makan and menyembang, tetiba ada orang bertumbuk. Kecoh la kejap. Ish diorang ni pun, kalau nak bertumbuk sila ke gelanggang boleh tak. Itu tempat makan, bukan tempat bertumbuk.            

Perjalanan diteruskan and reached exit Gurun around 5pm. Dari sana kena tunggu Abah jemput and terus ke rumah kampung Pak Teh. Actually rumah kampung ni ialah weekend house tapi sebab kat dalam area kampung so kitorang panggil la rumah kampung. Satu lagi rumah taman. Masa sampai tu Mak, Apis the bakal pengantin, Ayum and Meera ke Sg. Petani untuk bershopping. Lepak-lepak, sembang-sembang and tetiba blackout. Mujur la ada a few candles. Mak and her crew shopping sampai lupa daratan. I rasa pukul 11 baru diorang balik kot. Kebetulan electric power dah ok right before diorang balik tu. So boleh la dinner dengan terang. Lepas dinner I terus tidur. Penat ok. 

-to be continued-

Thursday, March 10, 2011

Back to normal

No more that almost formal BM ye. Sungguh skema bunyinya. Tapi menarik jugak kalau sekali sekala tulis macam tu kan. Macam nerdy aje. Anyway, I've managed to complete the annual report thingy. Kena dapatkan perakuan and then off they go to MoF. Alhamdulillah. Selesai satu beban. Ada banyak lagi yang menanti but at least the most urgent one telah selesai. Boleh la bercuti dengan aman. 

Besides that, baju yang ditempah last week dah siap pun. Actually I request untuk siapkan sepasang aje dulu tapi the tailor telah menyiapkan dua-dua sekaligus. Kegembiraan berganda gitu. So boleh la melaram baju baru masa kenduri nanti. I'm not the kind yang bila ada majlis je mesti nak pakai baju baru tapi sometimes it happen to be baju yang ditempah siap right before majlis atau ada je baju baru yang belum dipakai. So apa lagi, melaram aje lah kan. Tapi yang pasti masa kenduri belah Kuantan nanti akan pakai baju yang dah dipakai masa hari raya hari tu la. Tak pe lah, yang penting ladies semua pakai sama.

Petang ni ada braces review lagi. Haish asal ada nak makan besar mesti ada review right before tu. Saje je tau. Tak mau kasi orang makan banyak la tu. Maklum lah bila ada buat review mesti ada slight discomfort for few days after that. Tapi kan, I ni dah pakai braces for one and a half years dah pun tapi bab melecet and sakit tu memanjang ada. Syikin tak pulak sakit atau melecet macam I. Sama ada mulut I ni manja terlebih atau doktor buat tak betul. Hahaha...... Marah pulak doktor tu nanti eh.

Esok sampai Isnin I cuti ye. Kalau rajin and ada kesempatan, I update la cerita. If not, tunggu lah minggu depan ye. Yang pasti lepas habis kenduri, kami nak balik kampung Abah kat Lenggong. Dah lama tak balik. Last time was masa Opah sakit hari tu. Nyum..nyum... balik Lenggong best wooo. Makan makanan kampung; ikan sungai bakar, sambal tumbuk ikan sungai, ulam-ulam dan macam-macam lah. Yang pasti, bila balik Lenggong je I dapat makan ulam pucuk beka tu. Tak pernah lagi jumpa kat tempat lain. Ish..ish... teruk betul dia ni. Bukan ingat balik nak jumpa Opah ke, nak tolong kemas apa patut ke, ingat nak makan aje eh. Hehehe....

Hai tak sabarnya... Malam ni anak-nak sedara tersayang akan datang bermalam kat rumah. Esok pagi kami akan konvoi 2 kereta ke utara. Tak pernah lagi ni berkonvoi adik-beradik ni. Oh that reminded me yang I belum pack baju lagi. Haish belum sempat lagi nak unpack the bag from the recent short trip to Port Dickson dah nak kena pack semula. Macam la busy bebenor dia tu eh. Hahaha....

Ok doakan agar segalanya berjalan dengan lancar lah ye.