Thursday, December 31, 2009

Last one for 2009

Esok dah nak masuk 2010. Di kala semua orang dah balik rumah and ada yang dah bercuti, I’m still here stuck with some works. But I’m not alone. Fellow officemate ni ramai yang stay back. Dah berapa hari we all balik malam. Ni semua gara-gara audit yang nak datang Selasa depan. Haish auditor ni pun, tak de ke masa lain nak datang. Buka je tahun baru terus datang. Tak bagi chance langsung nak relax-relax di hujung and awal tahun. Ini kalau dapat markah rendah lagi tak tau lah.

Boss suruh datang esok. Eh tak nak lah. Nak balik Kuantan ni. Abah pun asyik call tanya balik ke tidak. Memang kena balik lah tu. Since tak larat nak drive sangat, instead of me picking Eman at his home as usual;, this time he’ll come to my place. Kasian jugak sebab nanti balik esok kena datang to my place dulu. Tak pelah, bukan selalu kan.

Apa eh nak buat esok? Macam nak jalan-jalan tapi kalau demam makin teruk memang tidak lah nampaknya. Rasa macam nak makan Big Apple lagi. Tapi tengoklah camne nanti. Makan sata kat Tanjung Lumpur pun sedap jugak. Tapi makan Mak masak laaaagi sedap.

Ok lah. Nak sambung kemas my place. Bukan apa, dah nak masuk tahun baru tempat bersepah. Nasib baik dah kemas sikit-sikit tadi. Baru lah semangat nak kerja tahun baru. Tapi tak de beza pun tahun baru ke tahun lama. Masa sekolah je ada beza ni. Dah besar semua sama aje. Maklumlah saban tahun ngadap benda sama je. At least kalau kat sekolah masuk kelas baru, cikgu baru, buku and uniform baru, eh semualah baru. Ni dah keje ni semua sama je. Kalau tukar department atau ministry terus barulah rasa macam baru. Tapi gila ke apa nak tukar tempat kerja baru setiap tahun. Tu sama ada high flyer sesangat atau tak perform langsung sampai asyik kena tendang aje. Harap-harap sebab yang pertama tu lah kan. Tapi kalau tukar selalu sangat susah jugak sebab tak sempat nak terror dah kena belajar benda baru.

Eh dah merapu pulak dah. Ok lah. That’s about it for this year. See you all next year ok. Bye.

Hidung bocor and things in between

I’m having runny nose this past few days. Very uncomfortable tau coz you know lah, the mucus keep meleleh aje and kalau lebih-lebih boleh melecet hidung ni. Pastu sneezing , rasa nak demam and all. I ada meds for runny nose, very effective ones tapi I malas nak makan. I just take 100plus drinks aje and let the flu run it course. Tapi tengoklah kalau makin teruk nanti, kena jugaklah makan. Nak cuti tak boleh sebab audit nak datang next week. Petang ni pun ada meeting penyelarasan for that. Gigih betul bekerja.

Nasib baik esok cuti. Ingat malam ni nak balik Kuantan lah. Tu pun kalau Eman ikut sekalilah sebab I macam tak larat je nak drive ni. Tapi kalau tak balik bosan pulak kan. Demam mesti tak boleh nak keluar or buat apa sangat. Mesti nak tidur aje. Bosan jugak macam tu. Tengok lah macam mana nanti.

Datang office pun macam sunyi aje sebab ramai sedang bercuti. Department admin ni je yang tak habis-habis sibuknya. Finance pun sure tengah sibuk juga. Ni lah nasib kalau duduk under khidmat pengurusan. Keje yang tak pernah surut-surut.

Kalau balik pukul berapalah nak gerak ni sebab awal malam Eman tak larat nak drive. Maklumlah penat keje seharian. Lagipun sure jam teruk sebab orang nak pegi berpesta pora. Balik tengah malam pulak, agak bahaya jugak sekarang ni sebab ramai mat rempit. Lagipun orang yang baru lepas berpesta pora tu sure tengah mabuk-mabuk punya. Tengoklah macam mana nanti. Harap-harap tak de apelah.

Ok lah nak sambung keje. Banyak lagi ni. Selamat bercuti semua.

Wednesday, December 30, 2009

Looking for domestic helper aka maid

I’ve been thinking about this thing lama jugak dah. Tapi yesterday whilst makan tomyam sorang-sorang, I've decided to seriously consider doing it for real. Setakat ni dah cakap kat Bang Long and Zakiah. So far diorang ok kot. Pastu call Mak Teh sekali mintak tolong and Alhamdulillah Mak Teh nak tolong. Pak Teh sebenarnya yang akan buat benda tu tapi biasalah mesti nak cakap ngan Mak Teh dulu.

As you all might already know, kat rumah I tu quite different than other house. Instead of having a housewife, we have househusband coz Mak yang kerja whilst Abah dok rumah masak, mengemas dan sebagainya. Actually dulu Abah kerja tapi at 45 dia pencen coz tentera ni maksimum service adalah 21 tahun. Masa tu adik-adik ramai yang kecik lagi. So setelah berbincang, it was decided that Abah akan stay aje kat rumah jaga kami semua. Bukan apa, before that masa dua-dua kerja, we used to have maids to do all the work.. Bila tak de maid, hantar rumah orang. But then I ada kat rumah masa tu so every house chores I yang kena buat. (kalau ada maid but kena buat jugak coz Mak and Abah believe that we have to help the maid too). Tapi bila Abah pencen, income akan berkurang so instead of bayar maid or pengasuh, baiklah Abah aje yang buat semua kerja tu. I pulak went to pursue my studies not long after so memang Abah lah yang buat everything.

But that was like 12 years ago. Masa 45 memanglah kuat lagi kan. Sekarang Abah dah 57, dah makin tua and energy pun dah tak sekuat dulu lagi. To make things worst, Abah suffered from diabetes so selalulah sakit-sakit ni (ish rasa sedih pulak tulis ni). Although my parents have 14 kids, but there’s only 5 daughter. 1 duduk jauh, 1 dah kawin so tinggal 3 aje kat rumah tu. Sorang keje keluar pagi balik malam setiap hari so tinggal 2. Siti memang boleh diharaplah nak buat semua kerja ni. Masak memang terror korang. Jauh lebih hebat dari kakak dia yang sorang ni. Akak pulak memang boleh tolong tapi kena bersuruh sebab dia kuat berangan. Tapi bab-bab masak tak boleh nak lepas kat dia lagi sebab belum berapa pandai. As for the boys pulak, yang terror masak Thalha sorang aje. Yang lain-lain tu boleh masak benda-benda simple aje. Tapi Thalha pulak dah sambung belajar kat UUM so tinggal 3 aje kat rumah tu sebab 3 dok jauh, 1 dah kawin and 2 duduk kat campus.

Kalau hari cuti senanglah tapi kalau semua sekolah, memang Abah lah yang kena ke pasar beli lauk, siang ikan, daging, ayam, sayur semua tu. Pastu nak masak lagi, nak kemas rumah, jemur kain dan lipat kain. Pastu nak tengok pokok-pokok keliling rumah lagi. Memang penatlah kan. Dulu masa kecik-kecik, Mak memang akan masak before pergi kerja but since Abah took over, Mak cuma akan masak on weekend aje or during ada tetamu. Tapi before pergi kerja Mak memang akan jemur kain yang dah basuh, sapu longkang, siram pokok dan mana yang sempatlah. That’s explained why Mak look young and stay healthy walaupun dah 55 tahun.

To say that those yang kat rumah tu tak buat kerja will not do justice coz semua dah boleh diharap dah. Buang sampah, basuh pinggan and all. Tapi semua nak kena bersuruh jugaklah coz you know la, boys will be boys. Leka dengan TV and games aje. Nasib baik diorang ni jenis boleh disuruh. Sometimes kalau nak masak tu boleh la nak suruh kupas bawang ke, masak nasi ke, buat air ke. And selalulah jugak kena cuci bilik air, jemur baju and all tapi masih Mak and Abah kena supervise. Kalau time sekolah memang tak de orang lah kat rumah selain Abah.

Now that Siti dah habis sekolah (she just finished her STPM exam), there’s possibility that she will pursue her tertiary education elsewhere. So sapelah sangat yang tinggal and nak tolong Mak and Abah kan. Memang yang tinggal akan tolong but its’ still not the same when ada anak perempuan yang in-charged ni. I’ve been there before so I know.

So I’ve been considering on hiring a maid. At least she can do many chores like memasak, mengemas and stuff. Abah and Mak can focus on other thing then. This maid can also mengasuh 2 orang budak kecik tu (Adah & Bila) yang duduk selang sebuah rumah aje from us. Zakiah paid RM250 per month to a neighbour untuk jaga budak dua orang tu when she’s at work. RM250 tu untuk half day aje pun coz dia mengajar sekolah petang and Adah sekarang lebih suka duduk ngan Atok kat rumah dari pegi rumah pengasuh. So kalau hire maid, kami nak share-sharelah bayar coz I think maid sekarang gaji diorang dalam RM400-RM500 per month. Insya Allah boleh lah kami nak bayar kalau dah share sorang sikit tu.

Although we have many maids before, but never an Indonesian. Normally Malaysian or Siamese aje. Siamese ni selalunya from Narathiwat so memang Muslim lah and macam orang Melayu jugak. Tapi yang tu kena ada orang kenal lah. I macam takut nak hire Indonesian ni tapi itu aje yang ada. Tu pun mintak tolong Mak Teh and Pak Teh cari kan. Hopefully rancangan ni dipermudahkan and dapatlah orang yang baik dan boleh diharap. Bukan apa, maid ni bila dah duduk sekali tu dah macam family lah kan. So tak nak lah bila kita layan dia baik-baik, dia malas, tak buat kerja or worse still, mencuri dan sebagainya tu. Minta dijauhkan lah.

Anyway, if any of you guys out there yang tau how to hire Siamese maid, do drop some comment ye. Really appreciate it. Thanks in advance.

Tuesday, December 29, 2009

Merepek petang-petang hari

Ingatkan bila dah hujung tahun bolehlah tarik nafas panjang sikit tapi hampas nampaknya. Makin sesak nafas adalah. Mana nak siapkan keje-keja rutin yang tak pernah habis ni, time ni jugaklah audit nak datang so kenalah buat preparation kan, pastu nak buat LNPT lagi. Esok dateline nya tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak cari sijil bagai. Hmm nasib baik ada blog sebab kebanyakan event yang I pegi I akan cerita kat sini kan so adalah jugak reference bila terlupa tu.. Pastu ada orang tu naik pangkat so pening jugak nak fikir sape jadi penggantinya nanti. Takutnya kalau I yang kena amik post tu. I tak rela you. Bala besar tu kalau dapat. Kena buat sekali pun hati ni dah tak tenang, ini kan kalau kena buat selamanya.

Tahun depan banyaknya benda nak buat. Perancangan keja dah banyak bermain-main dalam kepala ni, pastu nak pi bercuti lagi, Apis nak kawin lagi, dan banyaklah benda nak fikir. Tak habis-habis. Harap-harap next year akan lebih baik than this year. Lebih baik dari segalanya lah. Yang penting, nak banyakkan amal ibadat dan nak loose weight. Pastu nak kumpul duit sket-sket. Believe it or not, I dah keja since I’m 24 and I’m turning 32 in few months time tapi saving tak pernah ada. Setiap bulan duit habis. Pegi mana ntah, tak dapat nak dikesan.

Penatlah hari ni. Sibuk pulun buat fail meja, minit dan LNPT. Semua buat sekali harung. Sampai nak makan pun tak sempat. Nasib baik peetee I bagi waffle. Sedap pulak tu. Ni perut dah berkeroncong ni. Ingat nak beli dinner kat pasar tani Precint 2 ajelah. Tapi nak beli ape eh? Badan pun dah rasa lain macam aje ni. Rasa macam nak demam. Tekak and nafas pun dah rasa panas aje. Ish time-time sesak macam ni lah nak demam bagai.

Balik rumah pun macam bosan aje. Satu sebab dah tinggal sorang balik so macam tak de dah nak terkejar-kejar masak dinner ke apa ke. Satu lagi sebab bersepah. Ish tak sempat la nak cuci rumah tu. Bilik air tu dah lama jugak tak disental. Kain baju nak basuh and lipat. Habuk sana sini. Lemas lah.

Rasa macam penat sangat lately. Penat dengan segala-galanya. Apa nak jadilah ni. Ish seriouslah rasa nak demam. Ni yang risau ni. Esok banyak keja menanti. Review braces pun dah dok delay aje. Pastu nak kena pegi pejabat pos lagi. Nak tukar money order tu. 31st ni last day. Kalau tak melayang RM210 tu. Macam tak cukup masa aje nak buat semua tu. Actually balik bukannya tak de masa nak kemas. Ada tapi dah penat. So rasa nak berehat aje. Semalam before 10 dah tidur. Malam ni tak tau lah lagi pukul berapa. Ingat nak tidur awal jugak tapi kalau time ni ada kat office lagi, lewatlah kot.

Eh banyak pulak mengarut petang-petang ni. Oklah nak balik dah. Bye.

Monday, December 28, 2009

Malam Gemilang yang tak berapa nak gemilang

Ok meh nak ceria pasal dinner hari tu. We were having problem deciding for a venue sebab according to Mr. Big M, he wanted to do it at PJ Hilton. We were having reaaaaly tight budget so tak boleh la nak buat kat sana. Cari sana cari sini and akhirnya it was decided that Sime Darby Convention Centre would be the pick. Kat depan INTAN Bukit Kiara aje pun tempatnya but I didn’t know.

Dari segi luarannya, the place was ok la. Parking free and enough for everyone. (agaknya lah kot). But that’s about it. Yang lain-lain tu tak best mana pun. Makan memang out lah.

Dewan memanglah besar and all tapi stagenya sangatlah kecil. Mana nak letak rostrum lagi, nak letak band punya stuff lagi. Hiasan pun setakat daun-daun aje. No flowers at all. Cutleries agak kotor. Selalunya kat hotel-hotel kan berkilat aje. We had Muhibbah Set that night. Tapi as I said, foods memang fail lah. The first big no-no was when we found some hair in the soup. Not hair but “bulu” Eeee yuks! Jumpa 2 pulak tu. Luckily diorang served soup kat I lambat sket so I memang tak sentuh langsung soup tu. It was Ita and Zakiah yang terkena. Ita sat just beside me whilst Zakiah was on the same table too. Sup Bulu. Eeeeee…

The event started agak lewat from scheduled. Biasalah kan kalau tunggu orang-orang besar ni. Makan and dengar ucapan. Wah panjang berjela you. In between that ada cabutan bertuah. Ok that night punya cabutan bertuah memang meninggalkan kesan yang dalam lah pada semua yang hadir. Wah kesan mendalam sangat lah kan. Kesan mendalam yang makan hati punya. Ada banyak hadiah yang disediakan. Hamper aje dah berpuluh-puluh, tiket free, kerusi jati and stuff. Malangya hanya dalam 30 hamper aje yang sempat dibagi sebab time was so short. Tapi I tak salahkan time but more towards the arrangement.

Dah tau masa suntuk and hadiah banyak, tak payah lah nak sebut nombor satu-satu and siap bagi sekali hadiah tu. Nak sebut nombor lagi, nak tunggu pemenang datang ke depan lagi, pastu sambil amik hadiah nak la bergambar bagai la kan. Semua tu kan makan masa. Patutnya, suruh VIP cabut nombor, sebut nombor yang bertuah tu and suruh pemenang pergi kat meja hadiah and tuntut the hadiah from there. Barulah cepat kan. Nak buat macam mana, MC and department yang in-charged untuk hadiah ni tak terfikir macam tu kot. Tak pe lesson learnt. Lenkali sila buat seperti yang telah dicadangkan ok.

Next thing was performance on that day. Masa makan tu ada lah band from KEJORA yang performed. Lagu biasalah kan lagu lama-lama. Lepas ucapan and bagi-bagi hadiah tu, MC announced ada artist from Indonesia yang akan buat performance. Ingatkan famouslah kan sekali tengok ntah minah Indon mana ntah. Nama dia Dian apekebendantah. Tak ingat dah. Masa dia naik stage tu, I was like sape lah pulak ni. Sekali dia menyanyi, amik kau, terkesima ok. Ooh dulu dia ni ada lagu popular. Sedap suara dia. Tapi sempat nyayi 2-3 lagu aje sebab dah lewat sangat dah. It was 11.30pm then. So she ended her performance and MC called it a night. Dah habis dah…

Hadiah banyak lagi tak bagi tu. Dah la agensi-agensi banyak bagi sponsor. So apa lagi…. marah la kan. Well nak buat macam mana. Sometimes things might not goes as our plan. Nampaknya hadiah tu akan digunapakai masa event-event lain lah kot. Hopefully agensi-agensi takkan serik lagi untuk sponsor hadiah for next dinner. For those yang in-charged untuk hadiah next time, ingat ye; plan baik-baik. Timimg kena jaga.

So itu lah saje dinner kat sini. Tak best langsung. Sangat skema and full with protocol. Dah la kena pakai batik. Kan best kalau dinner ni ada tema. 70s ke, summer holiday ke or at least colour theme ke. Ini tidak, sama aje macam event-event lain. Dinner ni selalunya untuk raikan kerja sepanjang tahun kan so mestilah mode relax aje. Kalau dah mode skema dan berprotocol, memang tak best lah. Hopefully next year boleh lah buat dinner yang bertema sket. Macam masa keje swasta. Best ape, boss-boss pun boleh enjoy the night. Tak de protocol-protocol ni.

For those yang tak dapat join this year, next year ada lagi. Silalah join ye. Ok nak balik dah. Bye.

Highlight of last week

Ok draft minutes dah submit untuk boss check so ada sedikit lega di hati ni. Harap-harap oklah minutes tu nanti. Anyway nak updates sket highlight of last week event.

On Monday Epoi call bagitau dia on the way nak datang rumah. They gonna stop at KLCC dulu nak shopping so ajak I join sekali tapi I’ve to decline sebab macam tak boleh je nak balik on time that day. Memang betul pun. Right after office hour, gerak ke UPM untuk rehearsal for tomorrow’s event. Balik around 8pm macam tu. Pick up Siti kat rumah and terus ke Pasar Borong Selangor to top up food stock for tetamu yang nak datang. By the time balik tu dah lapar sangat so instead of masak, call Domino Pizza aje. Diorang sampai agak lewat jugak. I dah ngantuk gila tapi layankan jugak budak-budak tu.

Tuesday tu wake up at 5.30am, left house around 6.30am and by 7am dah ada kat Dewan Banquet, UPM untuk majlis Hari Inovasi KKLW. As usual jadi usherette le. Event start aje I lepak dengan Didi. Lama tak borak with her so lots of thing to catch up lah. Bla bla bla by noon event pun selesai sudah. Right after lunch, push off ke Sime Darby Convention Centre (SDCC) untuk Malam Gemilang KKLW pulak. Bum bam um bam rehearsal and around 5 something tu ikut Lin balik ke rumah dia untuk mandi and bersiap. Nice house she got there. But this girl is crazy I tell you. Bawak kereta memang maut gile. Sambil drive, sambil bersms and amik corner memang scary lah. I sampai pening-pening duduk kat belakang tu. Reached back SDCC around 7.30pm. Bum bam bum bam sampai pukul 11.30pm macam tu baru majlis selesai. Mata ni dah ngantuk tapi I kena drive balik.. Nasib baik ada Hajar, Wati and Ita. Diorang tumpang kereta I so adalah orang nak teman borak and yang penting sekali, tolong tengok jalan coz I tak tau jalan nak balik. Sampai rumah around 12.30am and terus tido. Penat woo. Pasal majlis tu nanti I update later eh sebab ada banyak je benda nak cerita. Epoi ke rumah abang ipar dia kat Bukit Jalil so tidur sana that night.

Rabu pergi keje pagi tu dengan kepala weng-weng and kena amik minutes. There goes my work plan for that week. Bila kena amik minutes ni, semua benda yang dah plan nak buat tu have to postpone dulu lah coz nak concentrate on that minutes. Mood terus jadi mandom. And stress. That night Epoi datang balik so mood adalah sedikit ok. Cerialah kan bila dah jumpa anak-anak buah ni. By the way, kenapa orang gelar anak saudara ni anak buah? Bapa saudara kenapa tak panggil bapa buah? Pelik tak?

Thursday diorang balik ke Kuantan semula whilst I bertungkus-lumus menyiapkan minutes. Eh not really actually. Ntah kenapa that day macam ceria je. Nak kata amik ecstasy memang tidak lah kan. Ntah la. Pelik betul. Mungkin happy sebab esok tu cuti and Mak Abah nak datang.

Friday cuti Krismas. Tak de buat apa sangat pagi tu selain dari kemas rumah. Mula tu ingat nak keluar tapi Mak Abah dah dekat nak sampai so masak lunch and wait for them. Mak nak cari tudung so petang tu ke Jalan TAR. Abah tak join sebab demam. Mak, Siti, Akak and I je yang pegi. Yang perempuan berjalan, yang lelaki kenalah duduk rumah kan. Mak belikan I tudung. Warna purple. Iye walaupun I dah keje and ada duit sendiri tapi banyak je benda-benda I yang Mak belikan. Ngeh ngeh ngeh. Ingat nak beli kain tapi bila dah banyak sangat, memang tak tau nak pilih coz pening. Mak pun sama. So beli tudung and brooch ajelah. I ni memang tak pandai kalau nak beli kain sendiri. Sape nak teman and tolong pilih kan kain? Jom lah. Tu korang-korang yang ada banyak baju tu jom lah. Anyway lepas Jalan TAR, kami ke Jusco Equine pulak and later ke Pasar Borong Selangor again. Since I got to buy groceries there, asyik nak ke sana aje. Banyak choice. Harga pun ok. Balik dah agak lewat jugak. Yang lelaki kat rumah dah kenyang makan maggi. Hehehe….

Saturday went to Batu Kikir, Negeri Sembilan to attend Logom’s engagement. Don’t worry, Logom tu nama panggilan aje. He got nice real name. Engineer lagi. Logom ni anak Cik Ramlah, our domestic helper masa kat Kuching dulu. Wah nearly 20 years tak berjumpa so sangat nostalgic ok. Rugi tak shoot photos masa Mak Abah and Cik Yaakob and Cik Ramlah mula-mula jumpa. Berpeluk-peluk. Near maghrib baru sampai rumah balik. Jam teruk dekat highway from tol Senawang to R&R Seremban sebab ada accident. Hujan lebat gila plak tu sampai tak nampak jalan. Fuh mencabar betul.

Sunday after breakfast diorang pun balik leaving me all anole again. Ish dah sebulan dok berteman ni rasa sunyi sangat semalam. The whole day tu dok siapkan minutes lah kerjanya. In between tu main games sket. So basically that wrap up my week. Nanti I buat special entry for Cik Ramlah story and of course that Malam Gemilang story too.


P/S : December 25th was En. Afnan 32nd birthday. Happy birthday to you with all the best wishes a friend could ask for. Present-present nehi he….

Thursday, December 24, 2009

Mood tersengih-sengih aje

Ish peliklah today. Instead of feeling stressed out nak menyiapkan minutes yang baru 1% dibuat ni, I macam tenang aje and happy. Ni dok taip ni pun dok tersengih-sengih. Dah nak gila ke apa ni? Hehehe… Selalunya kalau ada benda-benda yang membuatkan kadar stress naik ni, I akan ignore everything and dok ngadap buat yang itu aje. Tapi not today. I think I know why. Ada faktor pelencong yang melencongkan minda ni ke arah lain. And that factor would be f.a.m.i.l.y. Yup those yang kat rumah tu.

Since Epoi nak balik today so lunch tadi I balik la kejap to send them off. And knowing that I’m coming home during lunch time, Zakiah siap prepares lunch yang sedap itu; sambal udang, sup sayur and ikan pekasam.

I balik je terus bawak budak-budak tu ke playground. Main-main whilst parents diorang bersiap. Bila happy betul dapat main buaian. Siap meraung-raung bila nak bawak naik tu. Jenuh jugaklah nak pujuk. Tangan dia punya kejap pegang buaian tu. Budak ni memang takkan puas punya. Mainlah lama mana pun.

So naik makan and lepas makan diorang pun balik. Adah nak stay kat sini tapi sapalah nak jaga since Siti ikut ke office today. Budak tu kalau bawak pegi office nanti kecoh jadinya. Mulut dia….haish baiklah tak payah bawak. So ni dah balik semula sunyi balik lah rumah tu. Malam tadi punyalah kecoh budak-budak tu dok berlarian sana-sini.

Weekend ni nampak gayanya kenalah dok ngadap minutes aje. Mak Abah and yang lain-lain tu nak datang. Ada kenduri nak attend lagi. Harap-harap dapatlah concentrate and siapkan cepat-cepat minutes ni (but I doubt that) in order to follow them ke sana ke sini.

Ok back to work. Happy holiday you all.

Lauk ku hangit

Bagi menebus balik rasa bersalah semalam, despite keletihan tahap dewa, I balik and masak for them. I was tired, sleepy with some headache so I clocked out exactly at 5pm. Sampai aje rumah, diorang pulak yang terkejut tengok I balik awal.

Masa tu mata I ni memang berat aje, pening pun bertambah tapi chances like this (of them coming to my place) bukan selalu ada so duduk kejap and than bawak budak-budak tu main kat playground. Tapi kejap aje sebab hujan turun. So naik atas balik and terus ke dapur.

I can hardly open my eyes siap rasa nak terlelap aje sambil menghiris bawang tu. Serius tak pernah rasa macam ni. I goreng ikan pekasam, masak sayur sawi and lauk tauchu. Punyalah lalok, masa nak tumis tauchu tu sampai hangus ok. Yang kelakar tu, mula-mula tumis bawang semua tu kan, dah agak hangit tapi I masukkan jugak tauchu tu. Pastu ngan tauchu-tauchu sekali hangus tapi I tuang jugak air asam. Nasib baik tak sempat masuk ikan lagi. So there goes tumisan pertama tu. Buang aje. Tumis balik dari mula and Alhamdulillah semuanya turn out to be ok. Semua siap bertambah ok.

Makan-makan and by 9pm I dah penat sangat. Nasib baik ada Siti so dialah yang tolong kemas everything. Epoi and family keluar kejap pegi rumah abang ipar dia kat Bukit Jalil. So I call Mak and cakap lebih kurang pastu terus tido. Tido tak hengat dunia punya sebab diorang call pun tak sedar dah. Ntah macam mana pintu tu susah pulak nak dibuka guna kunci spare tu. Kesian betul. Diorang kata ingat nak tido dalam kereta dah sebab call I banyak kali tapi tak jawab. Kebetulan diorang tak de nombor Siti so terpaksalah call Mamat dulu nak mintak nombor Siti. Nasib baik Mamat jawab. Kalau tak, tido dalam kereta la jawabnya. Sori lah eh.

So today I bawak Siti datang office. Saje lah biar dia tengok my workplace. Right now I suruh dia lepak kat library aje. Boleh duduk santai sikit. Kebetulan library same level aje dengan office ni. Tapi lunch nanti kena balik kejap sebab Epoi nak balik Kuantan hari ni. Esok Epoi kena kerja. Kalau tak boleh bawak diorang pegi IKEA esok. Sure best punya.

Gambar tak dapatlah nak upload sebab lappy ada ngan Dik Man kat Kuantan. Bagi chance dia main game yang beli hari tu puas-puas. Ok nak start buat minutes. Later eh.

Wednesday, December 23, 2009

Kakak yang hampeh

I rasa sangat bersalah towards Siti these past few days. Bersalah kerana bawak dia ke sini and left her all alone sampai ke malam. Kebetulan pulak this week I sangat sibuk hingga balik malam aje. Semalam dekat pukul 1 pagi baru balik ok.

Pagi tadi kat dapur I tengok ada nasi and sup sayur. Dia masak semalam. Sedih pulak rasa. Kesian dia. Siap masak untuk I tapi sikit pun I tak jamah. Ye lah malam tadi balik pukul berapa. Sampai rumah mata pun dah ngantuk so tido ajelah. Takkan nak makan pagi ni pulak kan.

Rasa macam unfair pulakkan. Masa Dik Man ada kat sini, setiap hari I balik masak and we had dinner together every night. Morning pulak I wake up early untuk siapkan breakfast yang selalunya menjadi lunch. And siap entertain dia bawak ke mall jalan-jalan and beli-beli. Tapi this week with Siti around I memang tak sempat ok. Dah la weekend ni dia nak balik dah. Aduh…

Epoi and family datang pun I tak sempat nak entertain jugak. Keji kan…. Tak layan tetamu. Rasa bersalah je. Tapi takkan nak amik cuti pulak esok sebab minit tu nak kena tulis cepat. Haish….

Apa lah dia buat kat rumah tu. Nasib baik ada banyak novel sebab I tengok non-stop dia membaca. I dah tido pun dia dok baca novel lagi. Yang sorang non-stop gaming session yang sorang pulak non-stop reading. Ok lah kan. At least they know how to entertain diri sendiri. Nak harap kakak yang busy aje ni, makan hati le nampaknya. Sori eh…

Dengan kepala yang pening and hati yang gundah-gulana ni, rasa macam nak balik aje. Mandom sungguh. Lapar pulak tu. Hari ni mogok lapar sebab bengang. Boleh? Hehehe…. Boss pun perasan I tak mau makan. Sudahnya sendiri yang lapar. Padan muka.

Apa-apa pun, sian kat Siti kat rumah tu. Apalah dia masak hari ni eh.

Bad day today

I started my day with tears today. I so very the hate the situation I’m in ok. Well actually marah sebenarnya and I ni kalau terlalu marah, memang akan menangis punya. Sungguh budak-budak. Dah la penat semalam tak habis lagi. Datang office dengan kepala yang sedang weng-weng and dapat pulak arahan yang menambahkan rasa hampeh itu.

Memanglah kalau cerita bunyinya macam sangat childish and tak professional tapi kenapa asyik I aje yang kena. I selalu kena cover kerja orang lain tapi orang tak pernah pun cover kerja I. I bukannya berkira sangat but this time memang sangat marah and bengang sebab kena cover mesyuarat besar yang minitnya kena keluar within 3 days. 3 freaking days with issue I know nothing about. You all know I hate writing minutes kan. Biggest nightmares tulis minit ni. Sangat kagum with her yang tulis minit macam makan nasi. Gila hebat.

Anyway, big boss call me into his office this morning and mumbling something yang tak berapa nak clear. Cakap beralas kot. I ni orang cakap beralas susah sket nak tangkap tapi ntah macam mana last-last I tau jugak I kena masuk mesyuarat besar tu untuk amik minit. Last minit pulak tu. Aaaargghhhh. Mesyuarat kecik pun I fail bab-bab amik minit and now kena cover mesyuarat besar. Aduhai…

I know people would say yang this is the chance for me to learn and polish my minutes writing skill. Ye betul but I can’t help myself from feeling angry. Dah la selalu je kena masuk mesyuarat yang ntah apa-apa for the sake of covering for other people. Ni nak masuk and write something from mesyuarat yang I memang blur gila.

Ntah apa la yang diorang bincang tadi. Dah la kepala ni tak berapa nak betul, terus pening dengan segala isu. Nak tulis apa pun tak tau. Apa yang diorang sebut pun macam tak clear aje. Istilah-istilah, program, prosedur and macam-macam lah. How to write and keluarkan minutes tu dalam masa 3 hari? Dah la recorder tu letak at my place aje. So memang tak clearlah rakaman tu kan. Tambah memburukkan lagi keadaaan, big boss suffers from hearing problem pulak. He can’t really hear what those peoples were discussing. So how and who to refer to? Waaaa nak nangesssss……

Ingat nak cerita pasal yesterday. Lenkali ajelah eh. Tak de mood sudah. Sekarang nak menenangkan hati sikit.