Monday, May 16, 2011

Kenangan bersama cikgu-cikgu - primary school

Hari ni Hari Guru kan. Tetibe teringat kat cikgu-cikgu masa sekolah dulu. Since I went to quite a few school, cikgu-cikgu pun ramai lah jugak sampai dah tak teringat dah. Let see sape yang I ingat lagi. (p/s : Entry adalah super panjang. Read at your own risk. Hehehe....)

Sek. Keb Lembah Keramat, KL (1985-1986)
This is a new school and I'm the first batch. I was in darjah Satu Merah. My class teacher ialah Puan Normah. Loaded cikgu ni sebab drive a BMW. Every Wednesday she treated us for light meal; nasi lemak, ice-cream in a cup and macam-macam lagi lah. She taught us gardening jugak ok. My choice of pokok to tanam ialah bendi (lady's finger) and pokok I telah berjaya mengeluarkan hasil ok. Wah baru standard one dah tunjuk skill gardening kan. Hehehe.... 

My english teacher adalah one indian lady and her favourite sentences ialah, "Class, please keep quiet!" Cikgu music lelaki but I can't remember his name. During music lesson, kena pegi kelas music yang ada all sort of peralatan music dalam tu. Best sangat. I love this school sebab depan rumah aje and cikgu-cikgu semua best la. Until today I paling ingat kat Cikgu Normah tu la. I wonder whether dia masih hidup or not sebab masa dia ajar I pun dia dah agak berusia. 

I didn't went to kindergarten but I can read, write and count when I entered standard one. At this school, every class ada almari buku yang penuh dengan story book. So sangat heaven ok boleh baca buku cerita kanak-kanak yang best. Halfway masa standard two (Dua Merah) I moved to a new school.

Sek Ren Bantuan Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Kuching, Sarawak (1986-1990)
This new school is located at a different army camp so kena naik trak ke sekolah. I was in darjah 2 Ungu and the class teacher ialah Puan Noraidah Md Yunos. She was my class teacher for 4 years; until I standard 5. She's a really nice teacher. If masa kat KL my teacher ajar gardening, then kat Kuching pulak this Puan Noraidah taught us to sew. Yes menjahit you all. Budak darjah dua kena menjahit. Kalau kat kelas I jahit la sendiri tapi kalau bawak balik I mengelat, suruh maid I tolong jahit. Hahaha.... Kejap aje dah siap. Cantik pulak tu. Yang menarik pasal cikgu ni ialah, we called her Puan instead of Cikgu. The class would say, "Selamat Pagi Puan Noraidah!" or "Terima kasih Puan Noraidah. Esok jumpa lagi Puan Noraidah".     

English teacher masa standard two adalah sangat garang; Cikgu Philip. Ngeri ok dengan cikgu ni. Just imagine, on my first day I dah kena rotan dengan pembaris dekat tangan sebab tak de buku. Hello I'm a new student ok. Sakit betul kena rotan. I rasa masa sekolah dulu, class teacher would taught us all the subject. Yang berbeza pun waktu english and agama aje. So I tak berapa nak ingat sangat cikgu-cikgu yang lain.

At this school, Tahap Satu (Year 1-3) guna nama warna and Tahap Dua (Year 4-6) guna nama bunga. At first, Year 1,3,5 morning session and Year 2,4,6 afternoon session. Tapi bila I masuk standard 4, dah tukar. Year 1-3 afternoon session and year 4-6 morning so I dulu sempat afternoon session masa standard 2 aje. Even sampai secondary pun sentiasa morning session. Masa standard 3 pun kelas ungu jugak.

Anyway, I was in standard 4-5 Kenanga and masa standard 6 barulah this school separate us masuk kelas ikut kedudukan semasa exam so merasa lah I masuk kelas 6 Melur (ehem-ehem kelas no 1 ye). Tak sangka betul. The new class teacher ialah Cikgu Johari Hj Alimin. English teacher Miss Foo Ai Kim, kelas agama was taught by Ustaz Alauddin and music by Cikgu Jamil Jaya Tan. I tak berapa ingat la if there's any other teacher. Tapi this is the best class ever sebab banyak memori manis sekolah rendah adalah masa standard 6. 

When I was in standard 2-5, selalu je kena denda tau. Jemur kat panas la, ketuk-ketampi dekat panas la, buat kerja sekolah dekat kaki lima la. Takat rotan and cubit tu tok sah cakap la. All that was due to my laziness in finishing my homework. Yup I cukup malas betul buat homework. My exam result was really good, I tak pernah dapat merah langsung. Always in A, B or paling teruk pun C la tapi bab homework memang tak dapat nak tolong la. Pemalas ya rabbi. So merasa la kena semua tu kan. Tapi bila kena tu tahan aje la kan. No way I nak mengadu-ngadu kat my mom melainkan nak kena lagi seround 2. Hahaha...... 

Although masa kena denda adalah sangat sakit tapi I tak de la benci kat cikgu-cikgu tu. Eh sebenarnya bila ingat-ingat balik, it was ustazah yang suka denda I tu tau. My Puan Noraidah tak pernah denda I rasanya. Dia suruh I masuk pertandingan-pertandingan ada la. One thing I ingat lagi pasal Puan Noraidah ni ialah masa standard 4, final exam I dapat no 3. Then ada budak lelaki cina yang dapat no 4 telah merajuk and tak nak datang sekolah. Setelah dipertimbangkan semula, cikgu tukar I dapat no 4 and that boy dapat no 3 sebab markah lukisan that boy adalah lebih sikit dari I. So tak merasa la I nak naik pentas amik hadiah kan. Tapi one day masa kat kelas, in front of all my friends, Puan Noraidah telah menghadiahkan I sebuah buku sebab katanya untuk replace hadiah yang I patut dapat tu la kan. Wah bila teringat ni terasa sebak pulak. That book was about basic conversation in english. Sepanjang cuti sekolah, I baca buku tu setiap hari that from standard 5 onwards, my english adalah sangat baik. Thanks Puan Noraidah. Thank you so much kerana membuka ruang for me to improve my english. 

Tapi during my last year in primary school, memang sangat heaven. Kawan-kawan best, cikgu best, semualah best. That's why banyak memori masa standard 6 yang I masih ingat. I left that school as one of the best students; dapat straight A masa UPSR. Tak ramai pun masa batch I; dalam 13 orang je kot.

-to be continued-

Lari...lari...kita lariii....

Updated as at 16 May 2011 - added 2 more events

So I've registered myself for all these events. Unfortunately got one or two that might have to let go due to other commitment.

Standard Chartered 5km Fun Run
Date : 28th May 2011 (Saturday)
Time : 6.30am onwards
Venue : Taman Pancarona, Putrajaya
Distance : 5km
Fees : Free
More info here : Standard Chartered 5km Fun Run

SunMed Jogathon 2011
Date : 29th May 2011 (Sunday)
Time : 6.30am onwards
Venue : Around Sunway (SMC, Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Sunway College)
Distance : 6km
Fees : RM35
More info here : SunMed Jogathon 2011 -Registration closed already-

Kordel's Charity Walk 2011
Date : 12th June 2011 (Sunday)
Time : 7.00am onwards
Venue : Padang Merbok, Kuala Lumpur
Distance : 7km
Fees : RM25
More info here : Kordel's Charity Walk 2011

Larian Koperasi 1 Malaysia
Date : 19th June 2011 (Sunday)
Time : 7.00am onwards
Venue : Dataran Merdeka
Distance : 7km
Fees : RM15
More info here : Larian Koperasi 1 Malaysia

Standard Chartered KL Marathon 2011
Date : 26th June 2011 (Sunday)
Time : 4.30am onwards
Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Distance : 5km
Fees : RM45
More info here : Standard Chartered KL Marathon 2011

Feel Good Run 2011
Date : 3rd July 2011 (Sunday)
Time : 7.30am onwards
Venue : Sri Pentas, Bandar Utama
Distance : 3km
Fees : RM25
More info here : Feel Good Run 2011

Siemens Run 2011
Date : 10th July 2011(Sunday)
Time : 6.45am onwards
Venue : Dataran Merdeka
Distance : 3km (Dream Run)
Fees : RM20
More info here : Siemens Run 2011

Shape Night Run 2011
Date : 30th July 2011 (Saturday)
Time : 6.30pm onwards
Venue : Precint 3, Putrajaya (Palace of Justice)
Distance : 5km
Fees : RM45
More info here : Shape Night Run 2011


I'll be in Perlis for the MAKSPEN from 8th June so might not be able to make it for the Kordel's Charity Walk. However fellow runners who'd be joining both MAKSPEN and the charity walk are contemplating to leave Perlis earlier. Nothing finalized yet but I'm hoping that we'll not missed that one after having to say bye-bye to my KL Marathon due to the unplanned cuti-cuti makan angin at KB.

Anyway, the fees and the distance are the one I've registered and paid for. Different categories have different fees so go check it out yourself. Guys (and gals), moh kita berlari! (or berjalan).

Sunday, May 15, 2011

Weekend with Hanim

Hari ni I tak ke mana-mana sebab semalam dah keluar sehari suntuk. Pagi ke Wangsa Maju dengan Eman untuk settlekan some payment. Then brunch kat Domino's Pizza. Wah tak agak-agak eh. Tapi tak makan banyak pun sebab dah janji nak lunch dengan Hanim. So lepas hantar Eman balik terus shoot balik rumah. Hanim dah tunggu kat parking. Solat Zohor jap and terus menuju ke destinasi yang diidam-idamkan oleh si Hanim ni; Saba' Cyberjaya.

Hanim with her chicken hanith

Me with my lamb hanith

Selalu I boleh habiskan every single rice on that plate walaupun the portion adalah sangat banyak. Tapi this time cannot la. Dapat makan separuh aje. Not that I kenyang with that pizza tapi maybe sebab dah biasakan tak makan banyak-banyak at one go. Rasa macam membazir pulak. The lamb pun macam tak luak aje.

From Cyberjaya ke Alamanda jap untuk beli some groceries. Selalu I ada list tapi this time terlupa nak buat so I was kind of lost. Tak tau nak beli apa kecuali certain yang betul-betul nak kena beli. Tak lama pun kat sana sebab nak ke Yummie pulak. Hehehe...... Kat Yummie pun I tak la memborong macam selalu. Just beli few stuff yang betul-betul nak aje and then terus balik.

Then balik rumah and buat cheesecake for Hanim. Buat half the recipe and banyak benda yang I tak buat macam selalu. Syukurlah hasilnya masih edible. Actually Friday tu adalah birthday Hanim so konon-konon macam birthday cake la kan. This morning I potong the cake and while serving her the cake, I cakap; "Nah. Happy birthday" Hahaha..... Straight sangat eh. Tapi she loves it. Terharu sebab tak de orang penah buat cake for her. Glad to know I'm the first. Hehehe.....

Dah lama tak jumpa dengan Hanim ni. Last week I was disturbed with something; actually it's nothing pun. I je yang saje-saje fikir lebih sangat pastu entah macam mana told her about it. I just bagitau yang I was disturbed with something tapi tak explain detail so terus la member risau and tu yang datang lepak rumah I this weekend. Susah nak dapat kawan macam ni. Thanks buddy.

But seriously, it was nothing actually. Bila dia tanya, I gelak and cakap saje je psiko sorang-sorang. Hahaha..... Penat aje dia risau eh. I kalau dengan Hanim ni, banyak betul benda nak cerita. Tak henti-henti mulut bercakap. Ada je benda. Jarang dapat jumpa kan so sekali jumpa semua benda nak recap. Ni entah bila boleh lepak sama lagi ni. Both pun sibuk aje.

Anyway thanks Hanim for coming over, listening to all my craps and complimenting my foods. Sejuk hati mendengarnya. Next time datang I masak la lagi for you ye.

Yeay dah dapat

Rentetan dari larian penuh kontroversi ini, pihak penganjur telah bersetuju untuk memulangkan semula the registration fees together with some stuffs yang sepatutnya diedarkan on that fateful day. So tadi I terperasan something was at the front door. Tengok-tengok ada parcel.

Mesti I tak dengar masa diorang panggil tadi ni and they just insert the parcel thru the grill

Oh it's from Energizer. Mesti goodies from the run ni

Nice box. Let see what insides this box

Menarik. Semua ada

Ada t-shirt, finisher medal, certificate, headlight, bag, shaver (for men), USB battery charger and of course that tampon. Hahaha..... ada sape-sape nak tampon tu tak?

A fellow runner dah dapat cheque regarding the registration fees. I belum dapat lagi tapi tak lama mesti dapat la tu. Alhamdulillah rezeki. Boleh cover untuk other run. Actually I tak kisah kalau diorang tak refund balik the fees sebab I dah berlari pun at that event despite everything that happened kan. I just nak kan stuff above aje. Tapi dah diorang nak refund jugak I terima je lah kan. Rezeki jangan ditolak. Tak gitu?

Tapi kan, my new found hobby ni quite expensive la jugak. For this year alone I dah spend few hundreds jugak la for the fees alone. Boleh lari free petang-petang tak mau. Eksyen eh. Nak lari yang bayar aje. So rasakan. Hehehe.....

So sape yang berminat nak join tu, check my previous entry here ok. Don't worry about your stamina or speed coz I pun sama je. In fact among my group members, I'm the slowest one. Hahaha..... Tapi I tak kisah, I run for fun, not to compete or anything. Kalau mampu, kita lari, tak mampu kita jalan. Kan......

So apa tunggu lagi, jom la join.

Thursday, May 12, 2011

Kungfu anyone?

"If you want cookies, just masuk je kat bilik I ye. I nak berlatih kungfu jap"

Agak-agak ada ke acara kungfu yang dipertandingkan kat MAKSPEN eh? Hahaha.... I was meant to say batu seremban tapi entah apa la yang ada kat kepala ni sampai tersebut kungfu pulak. Wooossshhhh..... waccchaaa......

Wednesday, May 11, 2011

Birthday cookies

Kalau last night I was in patriotic mode, then tonight I'm on baking mode. I've got one pending project and actually I nak buat last weekend tapi biasalah angin malas tetibe datang menyerang so tak jadi la nak buat. Now that baking mode is on, let's bake cookies y'all. Main ingredients are courtesy of Puan K. Story of that here.

A jar consisted of flour, oats, chocolate chips and M&M's, another jar of brown sugar and castor sugar, an egg, half cup of butter (cairkan) and vanilla essence

Beat the egg and add vanilla essence

Mixed the egg with butter

Add in both sugars

Pour everything out form the big jar

Ok time to mix everything. Eh suddenly teringat sesuatu...

Walnut. Nak letak walnut sikit sebab Puan K kata sepatutnya ada nuts in it

So add in the crushed walnut

Mix everything until sebati ye puan-puan.....

Buat bulat-bulat and susun atas baking tray yang telah dialas dengan parchment paper

Boleh nampak M&M semua tu kan. Yummeh..... Ok ready to bake

Setelah dibakar for 15 minutes at 120 to 150 Celcius inilah hasilnya

Zoom in sikit... hehehe....

Sejukkan dulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara ye. Kalau mampu nak makan semua sekali harung then tak payah la simpan kan...... All together dapat dalam 50 plus cookies


Generally this cookies is very easy to make. Kejap aje dah siap. Cumanya the end result adalah on the hard side. Keras. Not sure where I went wrong. Tapi sedap aje. Sape nak merasa cookies datang la bilik I esok ye. Stock limited so first come first serve basis ye. Ececece.....

Anyway thanks Puan K for the ingredients. Lepas ni nak mintak recipe ye.

Kepanasan

Lately ni cuaca panas sangat kan. Even kat rumah pun I have to switch on both fan at hall and dining area just so that I terasa berangin sikit. Selalunya I on kan satu aje. But still masih terasa panas and cepat aje nak berpeluh. Even lepas mandi pun terus berpeluh sekarang ni. Blamed it on the heat wave yang dijangkakan until September. Wow.... lama lagi tu. Agak-agak kalau duduk dalam kepanasan, boleh kurus tak? Konon-konon macam sauna effect la. Kalau boleh I tahan je la panas pun. Hehehe.....

Semalam masa panas-panas tu ada jugak terfikir macam nak install air-cond dalam bilik tapi without air-cond pun my skin dah kering semacam, kalau sepanjang hari berair-cond tak tau jadi apa la kulit tu nanti. Plus air-cond ni kalau ikutkan tidak lah bagus untuk kesihatan. Ececece.... ada je alasan eh. Kalau betul-betul nak tu tak fikir dah pasal effect-effect ni. Furthermore, kalau nak install aircond kena tebuk didning bagai kan. Tu yang malas sikit tu. Esok nak keluar from the quarters banyak pulak nak kena repair.

So far I can still stand the heat cuma tak berapa selesa aje lah. Kalau dah betul-betul tak tahan esok barulah I consider balik on option to sejukkan rumah tu. Most probably beli air cooler je lah kot. Senang and mobile plak tu. Boleh la letak kata mana I duduk kan. Silap-silap dok kat dapur pun nak berair cooler bagai nanti. Kan.....

Oh due to the heat jugak, I noticed that lately bila bangun tidur je bibir mesti kering semacam even dah minum plain water sebelum tidur tu. Memang sangat dehydrated badan ni kan. Dah la I ni masih belum mencapai tahap optimum dalam pengambilan air kosong setiap hari. Ni dengan cuaca panas ni memang la cepat kering. Even pokok yang I siram 2 kali sehari pun kering jugak. So kena beringat untuk minum air banyak-banyak ni. Sekarang ni every time lepas mandi mesti kena siat kulit bibir. Eh ngeri sangat bunyinya tu. Kena kupas kulit bibir. So memang tahap kronik dah tu. And lagi minum lagi dahaga. Camne tu?

Panas-panas ni boleh induce heat stroke and dehydration. So semua kena beringat la ye. Kena minum air banyak-banyak, kurangkan berada di bawah terik matahari, pakailah pakaian yang menutup kulit dari direct sunlight, pakai sunblock dan mandi la dengan lebih kerap. Mudah-mudahan semua pun akan sihat aje despite the heat wave, haze and stuff.

Tuesday, May 10, 2011

The best of all

Ok..ok last one. This is my most favourite song of all. I sang this since I was so small and until now bila semangat patriotic membara tetibe (or bosan tak tau nak nyanyi lagu apa), lagu ni la yang diulang-ulang nyanyi. Semangat....semangat......


Inilah Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga dia atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Ok tentera pulak

Another one. Yang ni memang sedih ok. Sangat mendalam perasaannya bila dengar lagu ni. I dedicate this song specially for my Abah and semua tentera Malaysia baik yang masih hidup, telah meninggal dunia, masih dalam perkhidmatan ataupun telah berpencen. Hormat, hormat ke hadapan....hormat!


Darah Satria

Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Dengan sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria (2x) berkobar di dada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia

Dengan sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria (2x) berkobar di dada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia
Darah satria (2x)


p/s: Dulu banyak cerita perang between tentera Malaysia dengan komunis yang best. Sekarang semua hampeh kan. Bila la nak dapat tengok cerita perang Malaysia yang best lagi ni....

Lagu polis

I am bored, I am hot (as in kepanasan) but nevertheless very patriotic tonight. Hahaha...... So enjoy this song.


Polis Sedia Berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan preman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat


Sang Saka Biru

Berkibar sang saka biru
Gagah sentiasa
Pusaka Polis Di Raja
Inilah azimat kita

Lakar biru warna mulia
Lambang setia kepada negara
Obor bakti pengerak jiwa
Nusa bangsa dijaga

Sang saka biru bendera kita
Berkibar setiap masa
Bersatu semua
Aman jaya negara


p/s: If he's still alive, my late grandfather would be so proud of me for knowing and sort of like this song (agaknya la kot). Hehehe.....