Sunday, May 16, 2010

Hujung minggu gaya orang kaya-kaya

Semalam dan hari ni terasa macam orang kaya-kaya aje. Terasa ajelah bukannya betul-betul. Tapi kalau betul pun apa salahnya kan. Hehehe.... Anyway, sempena dengan sambutan Hari Belia 2010 yang disambut secara besar-besaran di Putrajaya ni, saya telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara Jalan Ria. En. Afnan dan Shikin pun turut saya jebakkan sekali. En. Nasrol pun saya ada ajak tapi dia tu biasalah. Kalau benda-benda melibatkan acara senaman ni memang tak mo nya dia nak join. Tapi kalau senaman tekak tu laju aje ye. Ooopss jangan marah no!

Sambil tunggu Shikin, sempat la main-main kat playground dulu

Ni lah jadinya kalau masa kecik-kecik dulu tak puas main kat playground. So sape-sape yang ada anak tu silalah bawak anak-anak main kat playground puas-puas supaya besar nanti tak jadi macam ni.

By the time kitorang sampai, orang lain dah halfway dah pun. So memang tak de chance nak dapat medal ke apa ke. Tu yang naik motor tu petugas yang iring kitorang. 

Makcik Shikin yang menyebabkan kitorang lambat. Sempat pegi mobile toilet kat Pancarona lagi ok. Sabor je lah ngan makcik sorang ni. Maybe kena hantar pi DPA balik ni

Chaiyo chaiyo. Dah sampai finishing line pun

Berjaya jugak dapat sijil. Kalau sampai awal dapat mini trophy. Tak pelah, tak de rezeki. Better luck next time

Yang ni tak tau apa motif. 

Dengan CC Kewangan. Tengah berjalan sambil bersukaria, terserempak dengan CC so teruskan bersama sampai finishing line. Ramai orang KKLW and semua pun pakai oren. 

Ada gaya penjual tak? Sambil tunggu lucky draw kitorang jalan-jalan kat gerai yang baru nak bukak kat situ. Tapi saya ni kalau bab-bab cabutan bertuah ni memang tak penah yang bertuah lah. So memang tak menang apa-apa pun

Tengoklah tu betapa banyaknya bekas-bekas minuman yang ditinggalkan bersepah-sepah. Memang tak de sivic manners la orang Malaysia ni. Satu keje pulak nak suruh cleaners bersihkan. Bukannya susah pun. Dah minum terus buang dalam tong sampah. As simple as that pun tak boleh buat ke?

As usual sempat la bergambar sikit-sikit kat depan Istana Keadilan tu. Kalau tak kerana Jalan Ria ni memang tak ah nak bergambar kat situ. 

Kenapa khemah yang diberi lebih fokus? Saya nak kubah la, kubah.

Yes like this. Sila fokus kat kubah, bukan khemah. Hehehe....

Yes gambar berdua begini adalah wajib

Pose terhangat masa kini. Tak caya?

Betul tak? Ada banyak lagi gambar dengan pose yang sama ok. Adakah ianya berlaku kerana tak buat regangan sebelum itu?

Lepas bersukan, perut pun lapar. Since ada orang kaya nak belanja maka tempatnya haruslah yang bersesuaian kan. Hahaha.... statement!!!!

Encik yang kaya, nak bawa kat mana eh?

Kat sana? Wow ni baru lah betul breakfast like a king.

Ganas diorang ni. Siap berlawan pisau ok. Sabar-sabar bawak bertenang. Nanti sampai la makanan tu nanti.

Much better. Thank you.

I ordered fried kueh teow like this but.....

I got this instead. Takkan nak refuse plak kan. Dah la lama kena tunggu. So makan aje la labu....

Aik, masih dengan pose yang sama lagi?

Yeah pose di tangga perlu ada

Amik gambar diri sendiri ajelah nampaknya....

Yup gambar berdua perlu ada walau di mana jua ok

Macam hos rancangan TV plak

Lepas bersenam ni memang ceria terlebih agaknya eh

Later pegi wedding Tehah pulak. Congratulations on your wedding. Semoga berbahagia ke syurga. Lepas wedding Tehah, ke Mines untuk repair phone Shikin. Sempat la merayap sana sini sementara tu. Dengan baju kurungnya, dengan heels nya. Skema sangat rasanya kalau berjalan pakai baju jurung ni. Kalau weekdays tu lain la.

Ini pulak breakfast for today. Breakfast ye. Hanim yang masakkan. Tak makan kang merajuk pulak so makan ajelah. Kesudahannya pening kepala makan lamb pagi-pagi.

So kesimpulannya, hujung minggu ni saya makan seperti orang kaya-kaya aje. Orang kaya pun tak makan lamb pagi-pagi ok. Not to be repeated again la. Tak bagus untuk pencernaan. Hehehe... Anyway, saya paling tak suka kalau ada event besar kat Putrajaya ni. Tak pasal-pasal orang yang duduk kat sini jadi susah. Nak-nak saya yang duduk within walking distance dengan tapak pesta kat tengah bandar tu. Jalan tutup sana-sini pastu jem tak hengat punya. Nak keluar pun susah. Orang lain berduyun-duyun serbu Putrajaya, tapi saya memang tak de la nak pegi berpesta pora ni. Ramai sangat manusia, tak selesa. Lega dah selesai pestanya esok. Tak de la stress sangat nak keluar rumah. 

Esok dah keje.... aduhai malasnya lah. Rasa cepat sangat berlalu weekend kali ni. Tak puas lagi berehat.

Retreat 2010

Yet another of my basi story. Ini dah basi tahap berkulat dah ni. Hahaha….. This one happened right after my PTK exam. Retreat at PD. Last year we had our retreat at Lumut and until today I haven’t put any updates on that. Sungguh la dasar pemalas. Hehehe….

If last year Abah and Mamat tagged along, well this year it’s Jannah, Siti and Adah turn. They came by bus on that Thursday night. Friday was public holiday for Maulidur Rasul so after breakfast, we packed the leftovers and went for a last minutes shopping session at Jusco Equine. Since there’s abundance of leftovers, packed some for Eman too. Lagipun rumah dia depan Jusco Equine ajepun. Oh I remember now, we went to Jusco sebab Jannah nak beli inner. I bought a new blouse for her and she forgot to bring inner to wear with that. Sempat la belikan Adah 3 pairs of earrings. Very cute the earrings tau.

Since PD is not that far away plus bawak ramai orang, I opt to drive this time. My 1st to PD but oklah. I managed to pull through despite berpusing-pusing jugak nak mencari Le Paris tu. The verdict; Le Paris and Costa Rica tu tak best la. Not like other hotels yang I pernah stay kat PD and also Marina Cove where we had our retreat last year. Macam dah usang aje the hotel. Pastu the beach dirty, ada banyak kapal and pelantar apekebendantah that makes the water not suitable for mandi-manda although ramai aje pun yang berenang-renang dengan gembira.

Lepas registration, lepak bilik aje and that night after dinner ada la discussion sket. Tapi the discussion was more on our Jubli Emas thingy. Bukannya on SKT pun. Siap melarat-larat sampai lewat malam. By the time I balik bilik, budak-bdak tu dah tido pun.

Next day, wake up early untuk senam pagi. Buat regangan mana patut and then poco-poco. I and Edwin kena naik atas stage sekali dengan instructor. I rindu lah senamrobik kat INTENGAH dulu. Itulah yang terbest pernah I joined. Lepas senamrobik, breakfast and sambung dengan sukaneka.

You know what, this year punya arrangement suck big time ok. Ni sume sebab adalah sorang tu yang conquer. Dia budget dia selalu buat benda alah ni maka dia hebat lah. Tak langsung. We come to have fun tapi in the end, lot to grumbles at. Not that we didn’t have fun tapi banyak benda yang tak kena. Like for example kan, for every games, boleh ada beberapa group aje and every group max 5 orang. Justifikasinya sebab hadiah ada 5 ketul aje in each pack. Last year hadiahnya cuma makanan ringan macam tu so group member berapa ramai pun tak kisah sebab makan lah serba sikit kan. Lagipun orang datang bukan nak hadiah sangat but to just chill out and have fun. Dan untuk merapatkan ukhwah sesama staff. 5 ketul tu tau ape? Tupperware jenama Avon yang dah reject kot sebab tak boleh tutup. I got a lot lah jugak tapi hampeh satu pun tak boleh tutup.

Pastu kan, games bebudak dicampur aje jadi budak kecik tak sekolah kena bersaing dengan budak besar yang dah sekolah menengah. Dah tentulah tak menang kan. Paling tak boleh blah, anak-anak orang tu jugak yang conquer semua games and dapat hadiah. Sian kat budak-budak bawah umur yang tak sekolah lagi termasuklah Adah. Anak sedara I tu punyalah tinggi semangat kesukanannya sampai semua games dia masuk tapi hampeh tak dapat ape. Kecuali kutip gula-gula tu jelah. Paling bengang, untuk colouring contest, anak-anak orang tu yang dah sekolah rendah boleh menang untuk kategori budak-budak tak sekolah. Haish orang macam ni pun ada. Tak tau nak cakap apa.

As for me, I masuk monkey run, tiup belon and isi air dalam botol. Semua pun menang. Tak banyak benda nak main so itu ajelah yang I joined. Abis sukaneka rehat kejap before lunch. After lunch lepak bilik kejap pastu turun main kat pool. I, Jannah and Adah aje yang turun sebab Siti nak tido. Si Adah yang beria nak main kat pool tapi bila bawak masuk pool, asyik menjerit-meraung takut. Buat malu aje. Geram betul I. Nak buat camne, budak-budak. Lepas main kat pool naik mandi and turun balik untuk colouring contest pulak. Tapi hampeh tak dapat ape walaupun cuma ada 3 orang aje contestant untuk kategori tak sekolah lagi. I bukan lah kebulur sangat nak hadiah tapi kesian lah kat budak-budak sebab malam tu masa pemyampaian hadiah, diorang dok tertunggu-tunggu bila lah turn diorang nak dapat hadiah. Siaaaannn.

Dinner malam tu kayasyou turun. Sempat nyanyi satu lagu lagi. Makanan ok lah. Sambil makan, amik hadiah and karaoke. Pastu naik tido. Esoknya lepas breakfast kitorang gerak balik. Nothing much to do. Orang lain pakat pulun main kat pool lagi tapi I malas lah sebab penuh gila pool tu. Ramai sangat tak selesa lah. Pastu dibuatnya budak sorang tu meraung-raung macam semalam kan malu nanti. So balik ajelah jawabnya.

Overall, retreat yang tak best. Last year walaupun buat last minutes tapi best sebab sama-sama buat, bukannya kena conquer dengan sorang yang perasan bagus aje. Hopefully next year punya akan lebih best.

Comel je Adah dengan bunga besar tu. Time senyum memang la comel tapi time buat perangai memang geraaaaam aje. Nasib baik dapat Cik Ngah yang baik ni tau. Kalau tak dah kena sebijik. Hahaha....

Ambik nak. Bukan setakat gula-gula, dengan tepung-tepung sekali dikautnya. Tepung tu punya banyak, boleh buat cekdok ok. Tapi kitorang tak la amik masak pulak kan. Itu jelah pun hadiah yang dia dapat. Gula-gula. Yang game lain hampeh tak dapat apa pun. Siaaan. 

Tengok la anak sedara I yang sangat bersemangat kesukanan ni. Abis semua game dia masuk. Tiup belon, bowling kelapa and isi air dalam botol. Syabbas betta. Eh silap, syabbas betti. Nanti besar boleh jadi olahragawati ok.

Tak cukup dengan games, masuk mewarna pulak. Tapi dah bukan rezeki nak dapat hadiah. Tak pe, next time Cik Ngah bawak lagi eh. 3 pasang subang yang comel tu kira hadiah la eh.

Well takkan nak biar anak sedara over shadow mak sedara kan. Mak sedara pun aktif ok. Masuk banyak games. Menang plak tu. Anak sedara jangan jeles eh.

Ini penyokong setia. Setakat main satu game aje. Pastu dok melekat kat dinding aje. Diorang ni bukan ape, shy-shy gitu

Oren aje eh. Games ala-ala je tapi bila dah ramai-ramai tu meriah la jugak.

Lawak sangat game ni. Tengok la my boss and En. Nasrol tu. Dah macam gymnast ke ape je. EO lagi tak boleh blah. Siap bukak baju semua. Nak tayang badan la tu. Nasib baik badan maintain baik punya. Hahaha....

Boss Didi nyanyi. I reserved my comment. Hihi...

Sebelum balik semua bantai berendam dulu except for us. Tak kuasa lah nak bersesak-sesak kat pool tu. Tengok tu, the biggest float ever. Terperanjat I masa mula-mula nampak. Camne la nak tiup tu eh. Putus nafas. Hehehe....


Penilaian Tahap Kecekapan (PTK atau nama barunya PPK)

Ok this is another one of my way too basi story; my PTK exam. Nak tulis jugak as remembrance. Esok bila dah pencen mesti terasa lawak bila baca balik. As government servant, Penilaian Tahap Kompetensi ni amatlah penting untuk dipertimbangkan bagi tujuan kenaikan pangkat and confirmation. Ingatkan bila dah abis belajar kat U ni maka tak perlulah nak amik exam lagi. Oh sangatlah salah pemikiran itu kerana exam ni tak pernah abis. Nak masuk servis kena amik exam, dah masuk servis lagilah banyaknya exam dia.

Anyway,as a gred 41 officer, I seperti jugak yang lain kenalah amik PTK Tahap 1 untuk naik ke gred 44, or lebih tepat lagi, untuk disahkan ke dalam jawatan gred 44 itu. Ada 2 komponen dalam PTK ini; generic and functional. Generic ni focus on general knowledge berhubung perkhidmatan awam whilst functional focus on specific job scope. Semua soalan adalah berpandukan kepada Pekeliling yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa. Besides pekeliling ada banyaklah bacaan tambahan lain. Setiap satu komponen, ada dua kaedah penilaian; generic ada written exam dan kena buat paper whilst functional ada written exam dan presentation on Sasaran Kerja Tahunan or SKT.

Tanyalah sesiapa juga dalam servis ni, memang tak de sorang pun yang akan suka dengan PTK ni. I pun sama sebab malasnya lah nak study bagai ni. I ni memang sejak azali dah pemalas study termasuklah zaman belajar dulu jadi benda-benda yang nak kene berstudy ni memang lah tak mendatangkan minat langsung. Dah la tu, semuanya atas inisiatif sendiri untuk membaca. Tak de sapa nak bagi lecture semua tu. Dulu kalau tak study pun boleh je nak pass exam sebab ada cikgu/lecture nak ngajar and ada member-member nak buat group discussion. Ni hampeh. Semua sibuk ngan keje pastu ada family lagi jadi manalah ada masa nak spend untuk group discussion ni. Tinggallah I sorang-sorang terkontang-kanting untuk membaca. Bosah seh. Baca 2 baris dah mengantuk.

Walau pun begitu (pergh ayat!) PTK ni bagus sebenarnya sebab bila nak exam, kenalah baca semua pekeliling yang sebelum ni tak heran pun nak amik tau tu. Jadinya banyaklah benda-benda asas yang sebelum ni tak tau, dah jadi tau. No wonderlah ada PTK kan. Bagus-bagus, now I knowlah a bit pasal servis ni. Kalau tak memang tak lah nak amik tau kan. Dari segi cuti, elaun-elaun dan banyaklah benda lain lagi. Pastu I got to baca on Tonggak 12 yang I rasa sangat bagus tu. Kenapa tak de orang heran dah pasal Tonggak 12 ni eh. Bagus tau. Dan paling hebat, I hafal akujanji ok. Psiko betul. Sape ntah bagitau I dulu ada soalan pasal akujanji ni so I dengan gigihnya telah menghafal setiap perkara dalam akujanji tu. Gila semangat tapi hampeh tak keluar pun soalan tu.

Stress tau study untuk PTK ni. I rasa kalaulah dulu I study macam sekarang ni, senang-senang je boleh dapat Anugerah DiRaja ke, Anugerah Naib Canselor ke or at least Anugerah Dekan setiap sem. Tapi sebab dulu dasar pemalas, maka redha jelah dengan result yang dapat tu. At least tak pernah kena repeat paper. Ok back to study untuk PTK ni. Walaupun dah tau nak amik exam, I hanya mula study bila dah eleventh hour tu. Selagi tak last minute, baca memang tak masuk. Bila dah last minute tu, semua masuk and paham, cuma ingat tak ingat ajelah. Yang paling menambahkan stress, ada terlalu banyak benda nak kena baca and tak tau nak focus mana satu. Baca A, teringat B. Baca B, teringat C. Bengong jadinya. I sempat baca beberapa topik aje sebab banyak terbabas buat benda lain. Konon-konon sambung cuti CNY untuk study tapi hampeh.

2 days before the big day, received call from Abah; Opah sakit tenat. Alamak macam mana ni. Abah kata kalau nak balik, baliklah tapi kalau tak balik pun tak pe. Abah faham tapi I lah rasa tak sedap hati. Kalau ikutkan ada exam memang tak balik dah tapi harus diingat, exam kalau fail boleh amik semula tapi kalau orang meninggal, tak de nya nak hidup balik. So tak pelah I balik jugak Sabtu tu dengan Eman and Bang Long. Semua pun balik sampai tak muat rumah. Alhamdulillah Pak Lang dengan murah hatinya pergi booked Rumah Rehat Lenggong untuk semua yang balik. Kalau tak semua kena tido berdirilah. Hehehe…. Agaknya tengok semua anak cucu cicit dia balik, semangat Opah terus meningkat so sihatlah balik.

Sunday tu while driving back to Opah’s house, I received call from Yus; told me that we have to submit one copy of the slide during registration. What a GREAT news. I ada baca info pasal PTK ni but missed on that one important note. Dah la tak buat apa lagi. So terpaksa lah rushing balik. Sian Bang Long sebab pagi tu dia ke pasar dengan Pak Lang. Beli banyaaak makanan dengan harapan nak makan ikan bakar and lauk kampung lain. I rasa bersalah sangat but what to do. Adik dia ni memang hampeh, semua nak tunggu last minutes. So rushing balik and sampai je rumah, terus on kan laptop and buat slide. Gigih kan. Alhamdulillah malam tu berjaya membuat slide yang agak cantik jugak lah considering I mana ada buat slide pun selama ni.

Monday morning rushing ke office dulu untuk print slide before ke PICC untuk registration. Then exam. Haish memang susah ok. For generic paper, sebenarnya I rasa senang aje soalan dia tapi sebab I tak baca on that topic so bagi soalan senang pun memang tak boleh jawab. Since otak ni dah berkarat kerana dah lama tak diasah so kebolehan I untuk menggoreng amatlah terhad. Macam tak tau je apa nak goreng. Padahal dulu I rasa I lah pakar menggoreng ni sebab selalu tak study jadi terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kebolehan untuk menggoreng itu. Paper functional pulak memang susah sangat. Nothing yang I baca masuk. Selalu ada soalan on asset but this time tak de so melepaslah peluang I nak score untuk satu soalan. Kena pilih 5 dari 16 soalan. 5? Nak pilih satu pun susah. Ada soalan yang I jawab 2-3 baris aje. Yup you see that right; baris ye bukan perenggan. Tawakal ajelah.

Alhamdulillah I don’t have problem with my presentation. Ada yang kata I dah macam cikgu mengajar kat depan. Hehehe… Tapi I got very big problem ini writing paper sebab seperti yang I dah bagitau, otak ni dah berkarat kerana dah lama tak digunakan untuk berfikir secara kritis. Alhamdulillah kerana I dipertemukan dengan kawan-kawan yang sangat baik and I sangat terharu dengan jasa baik diorang ni. Sangat terharu ok. (Big shout out to Klynn and Azura Azreen) I can never thank this two enough.

Just like all the exams before, memang rasa menyesal sangat sebab tak study dengan betul-betul. Kalau study mesti boleh buat. Tapi menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak de gunanya. So sekarang tawakal aje pada Allah. Kalau ada rezeki luluslah, kalau gagal, kenalah amik balik dan memulakan cycle stress di saat-saat akhir semula. Hehehe…. tak serik-serik.

Itulah pengalaman pertama amik PTK. Kepada semua yang amik PTK sama ngan saya hari tu, saya doakan kita semua akan lulus. Kalau dapat cemerlang lagi best. Amin.

Lihatlah timbunan buku dan nota itu. Seluruh rumah dipenuhi olehnya ok. Nasib baik dok sorang-sorang. Kalau ramai mesti diorang stress tengok kertas dan buku bersepah-sepah. Macam la dia sorang je amik exam eh. 

 Kami yang balik beramai-ramai tengok Opah. Sesak sangat kat dalam sebab semua anak cucu cicit balik

Tak cukup kat dalam, kat luar ni pun ramai yang berkumpul. Seronok tengok ramai-ramai macam ni. Raya pun tak de macam ni sekali

Inilah Opah saya. Dah 80 lebih umurnya. Alhamdulillah Opah dah semakin sihat sekarang.

Friday, May 14, 2010

Semua cerita pasal kahwin, saya pun nak cerita jugak lah

As usual bila cuti sekolah je mesti ramai orang kahwin. So far dah dapat 2 invitations; Fatihah on 15th that is tomorrow and Eley on 29th. Fatihah punya dekat aje kat USJ whilst Eley punya dekat Rantau Panjang. Elok la tu, lepas makan kenduri, kita pi shopping plak. Hehehe…

Anyway, setiap orang pasti ada impian perkahwinan sendiri kan. Nak theme colour la, nak garden wedding la, nak macam-macam lah. Walaupun saya pun tak sure sama ada saya akan kahwin atau tak, and dengan sape, tapi saya pun ada impian perkahwinan jugak. Hehehe....

Kalau nak list down satu-satu memang banyaklah tapi ada satu yang sangat-sangat penting yang membuatkan saya selalu terfikir pasal kahwin ni. Hahaha….. Bukan lah selalu as in dah desperate nak kahwin but as in takut kalau tak dapat apa yang saya nak tu.

Nak tau apa dia? Tapi saya rasa semua pun ada impian yang sama macam saya kot. Bendanya nampak kecik aje tapi kalau tak de ni memang tak lengkaplah perkahwinan saya tu nanti. That is if saya kahwin la kan. So bukan benda kecik lah macam tu kan. Benda terpenting dalam memastikan majlis perkahwinan saya lengkap.

Impian saya ialah saya nak dinikahkan sendiri oleh Abah. No one else but my Abah. Tak mo Tok Kadi ke sape ke. Nak my Abah jugak. Tapi tu lah, time is tickling away. Very fast plak tu but I still have no plan to kahwin yet. So camne tu. Takut aje kalau berlaku apa-apa. Ish sedih pulak kalau ingat. Tapi tu lah. Saya selalu terfikir pasal kahwin sebab ni lah. Bukan sebab gatal sangat nak kahwin tapi sebab nak memenuhi impian saya yang satu ni. Harap-harap dipermudahkan oleh-Nya jua. Amin….

Kepada semua yang nak kahwin tu, selamat menempuhi alam baru kehidupan. Sila lapik siap-siap bahu tu sebab berat tu beban yang nak digalas. Tanggungjawab dah bertambah. Yang dah hantar kad tu, insya Allah kalau tak de aral sampailah saya. Akhir kalam (cewah!) tahniah di atas keberanian dan ketabahan anda untuk memikul tanggungjawab baru. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Amin….

Thursday, May 13, 2010

Sukan buat saya stress laaaa.....

Saya ni bukanlah peminat sukan. Kalau tengok games-games ni pun cumalah gymnastic or synchronised swimming je. Kadang-kadang adalah tengok games lain macam swimming or lumba lari tapi memang boleh kira ngan tangan lah. Games lain memang tak kan tengok. Bola ke apa ke. Memang tak minat. Tapi dalam pada tak minat tu, ada la tersesat tengok kadang-kadang. Saya tak suka tengok games bukan setakat sebab saya tak minat tapi jugak ianya membuatkan saya stress. Rasa tertekan aje. Pastu kadang-kadang macam terhenti nafas kejap. Over kan. Padahal tak minat tu. Kalau minat memang boleh kena sakit jantung terus kot.

Saya tak minat bola. Tapi kadang-kadang bila tertengok tu, rasa geram, marah, bengang semua ada. Padahal rules main pun saya tak tau. Hahaha…. Like badminton jugaklah. I think the last time tengok badminton was in 1992. Masa tu kan kita menang Piala Thomas. Lagipun Rashid Sidek kan kegilaan ramai masa tu. Dah la duduk asrama. TV kecik cinonet aje tapi satu asrama turun. Bersesak-sesak kitorang kat bilik TV masa tu.

Hari tu masa Malaysia lawan Jepun saya ada lah tertengok sikit-sikit. Sebenarnya bukan nak tengok sangat tapi sebab diorang tengok channel tu so tengok ajelah. Bukan tengok betul pun, dengar aje. Sebab leka makan kek bagai kat dining hall. Sipi-sipi je nampak. Tu pun boleh bengang semacam dengan Malaysia tu. Ntah apa-apa lah saya ni.

Pastu semalam tak tau nak buat apa saya pun tengok lah games between Malaysia dengan Denmark. Tu pun start masa Choong Han tengah berlawan. Tiba-tiba gigih dan bersemangat nak tengok badminton eh. Tapi yang lawaknya, sambil tengok sambil pasang internet sebab macam takut je nak focus. Takut kalah. Hehehe… Pastu kejap-kejap tukar channel lain sebab takut. Paling tak tahan, siap tutup terus tu. Tapi 2 3 minit pastu bukak balik. Gila ke apa saya ni. Nasib tengok sorang. Kalau ramai-ramai mesti bengang orang lain dengan perangai gila saya ni. Nak tengok tapi takut. Hahaha…. Tapi memang agak tertekan lah tengok sukan ni. Saya perasan ada masa-masanya saya tertahan nafas sebab cuak tengok markah yang dekat-dekat tu.

Anyway, memang bestlah games semalam. Walaupun ada yang kalah, tapi kalah bermaruah. Tak lah macam haritu, kalah bodoh aje. Tak tau nak tengok ke tidak lawan dengan China esok. Mintak-mintak ada lah cerita best kat channel lain supaya tak terasa nak tengok. Saya bukan tak de semangat patriotic tau. Saya cuma malas nak stress-stress kan lagi diri saya yang memang cepat stress ni. Tengok games mesti stress. Macam manalah dengan peminat sukan yang hardcore ni. Memang salutelah korang kalau boleh stay calm aje. Saya memang tak boleh la. I guess I ni adalah orang yang penuh dengan perasaan kot. Sangat menghayati. Tu pasal kalau tengok cerita, saya boleh menangis bagai nak rak. Feeling terlebih pulak. Hehehe….

Selamat berjuang kepada semua pemain negara. Harap-harap boleh la dapat Piala Thomas kali ni. Tapi dapat ke tak dapat ke macam lah saya kisah sangat kan. Selama ni tak kisah pun tetiba tahun ni terlebih kisah pulak eh. Apa kes? Hehehe….

By the way, bila saya tengok Hafiz Hashim, saya teringat kat kawan saya, Zaraurah. Suami dia sebijik sejebon macam Hafiz Hashim ni. Muka, ketinggian, semualah. Kalau kata kembar pun orang percaya. Nama pun sama ok. Saya kenal Zara ni masa DPA. Dia ada ajak saya pegi rumah dia. So saya tengoklah gambar kawin dia. Siap boleh terfikir ok,; “Eh dia ni kawin ngan Hafiz Hashim ke?” Yelah dah la muka sama, nama pun sama tu yang tak tahan tu. Eh rindu pulak kat si Zara ni. Ok lah nak telefon dia jap lagi.

All the best ye team Malaysia. And Rashid Sidek, anda masih hensem macam dulu jugak. Hahaha…. sempat tu….