Wednesday, December 23, 2009

Kakak yang hampeh

I rasa sangat bersalah towards Siti these past few days. Bersalah kerana bawak dia ke sini and left her all alone sampai ke malam. Kebetulan pulak this week I sangat sibuk hingga balik malam aje. Semalam dekat pukul 1 pagi baru balik ok.

Pagi tadi kat dapur I tengok ada nasi and sup sayur. Dia masak semalam. Sedih pulak rasa. Kesian dia. Siap masak untuk I tapi sikit pun I tak jamah. Ye lah malam tadi balik pukul berapa. Sampai rumah mata pun dah ngantuk so tido ajelah. Takkan nak makan pagi ni pulak kan.

Rasa macam unfair pulakkan. Masa Dik Man ada kat sini, setiap hari I balik masak and we had dinner together every night. Morning pulak I wake up early untuk siapkan breakfast yang selalunya menjadi lunch. And siap entertain dia bawak ke mall jalan-jalan and beli-beli. Tapi this week with Siti around I memang tak sempat ok. Dah la weekend ni dia nak balik dah. Aduh…

Epoi and family datang pun I tak sempat nak entertain jugak. Keji kan…. Tak layan tetamu. Rasa bersalah je. Tapi takkan nak amik cuti pulak esok sebab minit tu nak kena tulis cepat. Haish….

Apa lah dia buat kat rumah tu. Nasib baik ada banyak novel sebab I tengok non-stop dia membaca. I dah tido pun dia dok baca novel lagi. Yang sorang non-stop gaming session yang sorang pulak non-stop reading. Ok lah kan. At least they know how to entertain diri sendiri. Nak harap kakak yang busy aje ni, makan hati le nampaknya. Sori eh…

Dengan kepala yang pening and hati yang gundah-gulana ni, rasa macam nak balik aje. Mandom sungguh. Lapar pulak tu. Hari ni mogok lapar sebab bengang. Boleh? Hehehe…. Boss pun perasan I tak mau makan. Sudahnya sendiri yang lapar. Padan muka.

Apa-apa pun, sian kat Siti kat rumah tu. Apalah dia masak hari ni eh.

Bad day today

I started my day with tears today. I so very the hate the situation I’m in ok. Well actually marah sebenarnya and I ni kalau terlalu marah, memang akan menangis punya. Sungguh budak-budak. Dah la penat semalam tak habis lagi. Datang office dengan kepala yang sedang weng-weng and dapat pulak arahan yang menambahkan rasa hampeh itu.

Memanglah kalau cerita bunyinya macam sangat childish and tak professional tapi kenapa asyik I aje yang kena. I selalu kena cover kerja orang lain tapi orang tak pernah pun cover kerja I. I bukannya berkira sangat but this time memang sangat marah and bengang sebab kena cover mesyuarat besar yang minitnya kena keluar within 3 days. 3 freaking days with issue I know nothing about. You all know I hate writing minutes kan. Biggest nightmares tulis minit ni. Sangat kagum with her yang tulis minit macam makan nasi. Gila hebat.

Anyway, big boss call me into his office this morning and mumbling something yang tak berapa nak clear. Cakap beralas kot. I ni orang cakap beralas susah sket nak tangkap tapi ntah macam mana last-last I tau jugak I kena masuk mesyuarat besar tu untuk amik minit. Last minit pulak tu. Aaaargghhhh. Mesyuarat kecik pun I fail bab-bab amik minit and now kena cover mesyuarat besar. Aduhai…

I know people would say yang this is the chance for me to learn and polish my minutes writing skill. Ye betul but I can’t help myself from feeling angry. Dah la selalu je kena masuk mesyuarat yang ntah apa-apa for the sake of covering for other people. Ni nak masuk and write something from mesyuarat yang I memang blur gila.

Ntah apa la yang diorang bincang tadi. Dah la kepala ni tak berapa nak betul, terus pening dengan segala isu. Nak tulis apa pun tak tau. Apa yang diorang sebut pun macam tak clear aje. Istilah-istilah, program, prosedur and macam-macam lah. How to write and keluarkan minutes tu dalam masa 3 hari? Dah la recorder tu letak at my place aje. So memang tak clearlah rakaman tu kan. Tambah memburukkan lagi keadaaan, big boss suffers from hearing problem pulak. He can’t really hear what those peoples were discussing. So how and who to refer to? Waaaa nak nangesssss……

Ingat nak cerita pasal yesterday. Lenkali ajelah eh. Tak de mood sudah. Sekarang nak menenangkan hati sikit.

Monday, December 21, 2009

Super aunty

Ok sambung cerita Jumaat yang penuh drama. Malam tu around 8pm kitorang keluar ke East Coast Mall. Sajelah kan nak jalan malam-malam. Thalha drive so selain I, Mak, Dik Man, Ayum, my nieces Adah and Bila pun ikut. Belek itu ini and adalah benda yang dibeli. Masa nak bayar tu dah around 9.30pm and queue pun panjang. I plan nak beli donut kat Big Apple so diorang queue and I turun dulu. Since I ni kan aunty yang baik (ops bakul bocor) and suka bawak budak jalan-jalan (memang sangat suka) so I bawak lah Adah and Bila sekali. Tangan kanan dukung Bila and tangan kiri pegang tangan Adah.

Since dah nak tutup, tak banyak choice yang tinggal. I beli 1 dozen of doughnut and separuh darinya Alien. Nyum,-nyum sedapnya. Sambil beratur sambil melayan Adah yang dok tunjuk-tunjuk kat donut yang dia nak. Drama bermula masa nak bayar tu. I dah betul-betul kat kaunter waiting for the cashier nak pack the box.

Adah: Cik Ngah nak kencing.
Me: Ok jap eh.
Adah: Waaaaaa nak kencing. (menangis dan menjerit sekuat hati ok)

Pergh panic betul masa tu sebab I ingat dah terkencing dalam seluar ke apa ke. Nanti meleleh kat lantai tu sape pulak nak cuci. Pastu macam mana nak naik kereta dengan seluar dah kena kencing tu kan. Haish macam-macam dalam kepala ok.

Me: Adah kejap eh.
Adah: Waaaaa…. dah tak tahan ni. Cik Ngah nak kencingggggg. Waaaaaa
Me: Menggelabah bukak wallet bawak keluar duit bayar and cepat-cepat capai plastic tu. Dah la tangan kanan ni dukung si Bila. Aduhai. Merah muka I malu tau tapi yang penting nak kena cari toilet ni cepat.

Tangan kanan dukung Bila, tangan kiri pegang plastic donut and sambil berlari mata melilau cari signboard nak ke toilet. Sambil berlari dan melilau mata tu sambil tengok belakang takut tercicir pulak drama queen sorang tu. Pastu memberi kata-kata perangsang suruh dia tahan.

Adah: Waaaaa Cik Ngah dah tak tahan ni. Waaaaa.....
Me: Ok-ok nak pegi toilet la ni.

We were running towards an area and suddenly si drama queen ni cakap;

Adah: Cik Ngah nak bawak Adak kat badut ke? (sambil menangis)
Me: Tak lah. Nak pegi toilet la ni. (sambil berlari)

Budak ni ingat aje. Dulu I penah bawak dia pegi mall ni and ada badut. Diorang ni rupanya penakut dengan badut and kebetulan pulak toilet tu dekat area yang pernah ada badut tu. Dalam pada nak terkencing tu, sempat lagi ingat. Bijak… bijak.

Sampai toilet nak tak nak I terpaksa bawak masuk kotak donut tu sekali. Takkan nak tinggal kat luar kan. Tapi tak la bawak sampai dalam cubic kecik tu. Letak kat area sink aje. Meraung-raung dah budak tu and I cepat-cepat letak kotak donut, letak Bila and buka seluar dia. Toilet pulak tinggi so kenalah angkat dia letak kat atas tu. Pastu nak buka air dan sebagainya. Pergh kalut betul jadiknya. Dah settle tu barulah lega. Bukannya dah terkencing dalam seluar pun. Dia ni memang suka berdrama macam tu.

Later balik semula ke area kedai Big Apple sebab janji jumpa kat sana. Cerita kat Mak and Mak gelak aje. Hah tu lah semua orang dah terkena and sebab tu jugak parents dia kalau nak keluar akan tinggalkan Adah kat rumah kitorang. Susah bawak dia ni.

Sabar ajelah. I ni dari dulu selalu bawak adik-adik I yang kecik berjalan. My nieces pun dari diorang baby I bawak keluar berjalan. Sepupu pun ramai. Dah macam-macam perangai I hadap tapi sorang ni memang over.

Balik tu semua orang gelak kan I. Diorang memang dah selalu kena and dah masak sangat dengan perangai drama queen terhebat tu. This time I pulak yang terkena. Tak pelah nak buat macam mana. Nama pun budak-budak kan. Lenkali I taulah macam mana nak deal dengan dia ni. Sebelum keluar kena warning dulu. Hehehe…

Nasib baik ada aunty yang boleh tahan kuat ni ok. Setakat berlari kat mall tu small matter aje. Dah biasa tapi masa menjerit kat kedai tu memang memalukan ok.

Agak-agak kan mesti orang kata; “Tengoklah tu mak dia nak beli donut sangat anak nak terkencing pun boleh buat dek aje” Padahal dia baru je bagitau and in fact baru je pegi toilet masa kat Parkson tadi. Ini budak…..

Tapi incident itu tidak membantutkan semangat I untuk membawa budak-budak keluar sebab best ok. Dealing with them memanglah kadang-kadang sangat menggeram dan memalukan tapi sangat kelakar dan puas hati. Seronok weh. Nothing I can’t handled yet. Lagipun bukan selalukan. Esok dah besar dah lain pulak ragamnya.

So anyone looking for babysitter, you know where to find me ok. Hehehe….


Adah si drama queen terhebat yang belah kanan atas tu. Yang bawah tu Bila si muka kartun. Suara pun macam kartun ok. Pak Man rindu ngan anak sedara, lama tak jumpa.

Lakonan mantop kaki kelentong

I plan nak balik Kuantan last Friday. Tapi for few days, I’ve been lying to Dik Man saying that I’m sending him home via bus. Member tak pernah naik bas sorang-sorang so mesti dia risau kan. Tambah merisaukan bila I kata I kene keje on that day so I akan hantar sampai Putrajaya Sentral aje. He have to naik ERL ke Tasik Selatan, naik LRT ke Puduraya and took the bus there all by himself. Dah la member tak de handphone. Ish..ish..ish jahat punya kakak. I memang suka nak mengenakan adik-adik I ni sebab I pun selalu je terkena dengan diorang ni. So for few days jugaklah Dik Man duk pujuk I suh temankan dia sampai naik bas. Dia tak reti nak naik ERL-LRT ni sendiri. Tapi I keep on cakap I keje and dapat rehat kejap aje. Hahaha…. kejahatan…kejahatan…

So last Friday tu, buka aje pintu lif tengok Dik Man dah tunggu kat atas tu. Dah siap nak turun pun. Kesian pulak tapi I buat muka straight aje. I kata nak tukar baju dulu. Masuk rumah tengok kemas aje. Tambah kesian lagi. Mesti nak ambik hati lah ni sebab nak suruh teman. Lakonan kena mantap jadi buat muka straight lagi. Rushing tukar baju, packed few clothes and off we go.

He saw my bag so I told him I kene pegi training lagi. Masa tengah driving tu he asked me nak masuk keje balik pukul berapa and told him pukul 3pm. He’s supposed-to-be-bus pulak pukul 2.30pm. Drive sampai KL and all the way tu macam-macam lah dia tanya. Training kat mana and macam-macam lah. Kelakar pun ada tapi buat muka straight aje.

Sampai Gombak isi minyak kejap. Masa tu dah around 2pm jugaklah. Lepas tol Gombak, he asked me again. “Puduraya ni kat Karak ke?” I macam nak tergelak tapi ish lakonan kena mantop so I iyekan aje. But he’s one brilliant boy lah jugak kan so dia tanya lagi. “Kat mana tren tu nak lalu” sebab highway lepas tol Gombak tu kan hutan aje. Alamak kena tipu lagi. “Oh dia tak ikut jalan ni, ikut jalan lain kat dalam sana”. Tak lama lepas tu dia mintak tiket. Alahai dah nak kantoi la pulak. Tapi ish sikit lagi ni so I suruh dia cari dalam wallet. Cari punya cari tak jumpa. Puas lah I buat serius kata mungkin tiket tertinggal ke apa ke tapi finally dia tau jugak. Hahaha… lawak betul adik I sorang ni. One straight guy macam kakak dia jugak.

Dia kata patutlah rasa macam jauh aje. Lagipun dia kata dia pernah pegi Puduraya. Sebenarnya bukan Puduraya tapi Pekeliling tapi lebih kuranglah tu kan. Hehehe… sian adik I yang sorang ni. Mesti 2-3 hari ni dia tak sedap duduk memikirkan nasib kena balik Kuantan sendiri. Ish tak sampai hati I nak buat. Kalau naik bas pun I akan naik sekalinya sampai sana.

Nak mengena punya pasal, sanggup tahan lapar tu. Tapi since rahsia dah bocor, we all pun singgah makan McD kat Genting Sempah. Memang I nak buat konon-konon basnya kat sana. Sebab I budget dalam 2.30pm akan sampai Genting Sempah. Kiranya I berjaya sampai detik terakhir lah sebab dia dapat agak pun nearly 2.30pm lebih kurang. Yelah risau sebab tak sampai-sampai lagi sedangkan timing dah makin hampir.

Selamat sampai Kuantan around 6pm. Malam tu ada drama lain pulak. Ish sehari yang penuh drama betullah.

Maal Hijrah 1431

Maal Hijrah program at PICC last Friday adalah sangat memorable due to macam-macam hal yang berlaku ok. We reached there around 8am and after breakfast terus ke Plenary Hall. As usual orang memang akan ramai sebab setiap Kementerian akan hantar wakil and private sector pun join jugak. Our Kementerian dapat tempat kat depan, very near the stage.

Lepas semua dah amik tempat, live telecast pun dimulakan. Pengacara tu lelaki and masih muda jugaklah. He started from atas and cakap-cakap sampai kat bawah. Kat bawah tu sempat la dia interview seorang wakil dari private sector and seorang wakil dari public sector. Lepas tu he’s kind of lost of words or idea already. Keep saying aaahhh….aaahhh and repeating same thing over and over again. He was planning to interview one more people and I saw the person in front of him tu goyang-goyang his hand as if saying no lah kan. And all the while MC tu sounded sangat blur. One of the staff near me kata, “Hah tu dah tak de idealah tu” and since she was talking to me, I pun pandanglah dia when I heard the thudding sound.

I pandang depan and nampaklah MC tu jatuh. Pengsan korang. Senyap kejap dewan. Terkesima kot semua orang. Orang-orang JAKIM pun berkejarlah kat MC tu. Yang I heran, punyalah ramai orang lelaki kat depan tu, semua boleh buat dek aje. Lama jugaklah nak revive him back. Siap amik air semua and later baru nampak MC tu dudak kat kerusi tu. And then diorang bawak dia keluar. Memanglah he can walk by himself tapi kenalah papah takut nanti tumbang balik kan. Yang pelik tu, bukan lelaki yang papah MC tu tapi permpuan ok. Perempuan India pulak tu. Haish apelah nak jadi dengan lelaki Melayu ramai-ramai ni. Tak caring langsung.

Selesai satu hal, event pun resume back. Pengacara ganti was someone. I rasa Ustaz lah sebab macam pernah je nampak dia berceramah. He said few words aje pun and Agong pun sampai. So majlis diserahlan pada MC untuk program tu, lelaki dan perempuan. As usual lah majlis dimulakan dengan lagu Negaraku. Tapi macam tak dengar pun bunyi orang menyanyi. Bunyi brassband tu aje yang kuat. Gedabak gedebuk and it was time for Menteri untuk berucap. In the middle of his speech tu, he was thanking opposition party yang turut hadir and he mention lah Presiden and Timbalan Presiden PAS. The whole dewan bagi tepukan gemuruh ok. Terkejut I. Wah apakah maknanya ni? Mr Minister sambung balik his speech and dekat screen besar tu tunjuklah suasana dewan semua kan. Sekali ada gambar Presiden PAS. Sipi-sipi aje pun tapi sekali lagi dewan bagi tepukan gemuruh. Wah-wah begitu berani semua ya.

After Menteri, Agong punya turn pulak. Lepas Agong bertitah, masa untuk bagi award. Dapat kat Yusof Noor and Syeikh Yusof Qardhawi. Wah terkejut I. Tak sangka dapat duduk sedewan dengan orang sehebat beliau. Selalu dengar nama aje. Ni duduk sebumbung ok. Bangga sekejap. Tak dapat dekat pun, sekurang-kurangnya dapatlah sedikit keberkatan kan.

Later yang dapat award kena bagi ucapan. Yusof Noor cakap lebih kurang and then Syeikh Yusof pulak. He was giving his speech in Arabic tapi adalah teksnya kat screen tu. Lama jugaklah dia berucap and dewan mula bising. Semua menggelisah aje. I tak pahamlah diorang ni. Tak hormat langsung pada ulama besar macam tu. Macam lah kita dapat selalu jumpa dia kan. Setiap butir kata dia tu adalah ilmu dan bila kita berada dalam majlis ilmu, dapat pahala tau tak. Ini semua bising pastu buat gerombolan keluar masuk dewan. Sikit pun tidak menunjukkan rasa hormat pada orang yang sedang berucap. Kalau orang biasa tu satu hal la jugak. Ini ulama besar ok. Wah kalau artis menyanyi bukan main lagi korang ye. Buat malu orang Malaysia lagi. Dah la kita yang panggil dia and bagi award pulak tu. Whats the point of giving him the awards and all kalau bila dia bercakap kita boleh tak hormat. Eh teremosi pulak pagi-pagi ni but I’m serious ni. Show some respect lah kan. Even if he took too long to deliver his speech, sabar ajelah kan. Bukan selalu pun nak dapat dengar dia cakap.

After his speech, adalah show sket. Hah masa ni pandai pulak diam. Hampeh betul lah orang Malaysia ni. Islam pulak tu… Ada qasidah, syair, nasyid, sajak (macam pentomen pun ada) and dikir barat. Nasyid tu kumpulan Brothers and Yasin pun ada. As for sajak pulak, Que Haidar and Norzizi Zulkifli. Performance diorang bestlah. Some sort like perdebatan antara jahat dan baik. Tapi I tak berapa setuju dengan syair tu lah. Mengenang Maal Hijrah apanya mendayu-dayu. I rasa tak sesuai lah. Baik buat mini teater. Lakonan boleh buat terkesan sikit instead of bersyair mendayu-dayu ni.

Habis semua, nyanyi lagu 1 Muharam ramai-ramai and majlis pun selesai. I was rushing to go home sebab perjalanan masih jauh. Yang tu nanti sambung. Ini jelah yang sempat dirakamkan masa tu.


Kami yang berbaju biru. Baju tu baru dapat semalamnya. Adalah benda-benda yang tak kena tapi belasah ajelah kan.

Syeikh Yusof Qardhawi. Dapat snap dari screen aje sebab dia duduk kat atas. Yang lain-lain tu dekat sebab I kan duduk depan stage. Tiket 1st class lah kononnya.

Thursday, December 17, 2009

Sudah 3 tahun

On 18th December last year, I was at Dataran Merdeka for the Karnival Usahawan Desa. This year I’ll be attending another event; Maal Hijrah at PICC. Tahun depan event apa pulak ye?

Pejam celik pejam celik and it’s been 3 years already. Kalau dah kawin, insya Allah dah beranak. Ntah-ntah dah nak masuk yang kedua pun. Hehehe…. Kalau beranak pulak, dah besar anak tu. Dah boleh berlari dan bercakap. Tapi kalau tengok pada keje pulak, masih junior sebab senior officers yang lain tu ada yang dah 30 tahun dalam service. 3 tahun dengan 30 tahun, besar jurangnya tu. Apa pun, Alhamdulillah dah sah dalam perkhidmatan dan jawatan pun. Cuma nak tunggu pengesahan taraf berpencen aje lagi. Oh PTK pun tak pegi lagi. Insya Allah ada rezeki tahun depan la pegi.
Kalau keje swasta, having 3 years working experience akan membolehkan kita untuk demand gaji sebab dah experience kan. Tapi kalau dalam government ni, 3 tahun tu nothing. Masih banyak benda yang perlu dipelajari. 3 tahun ni not even a tip of the iceberg yet.

Some friends are jack of all trade but master of none. Some pulak master of one thing and that’s about, like me (not implying that I terror in asset management ok). Tapi dua-dua pun ada kelebihan masing-masing. 2 things that I rasa macam nak belajar dengan lebih lanjut would be HR and finance. These 2 things, kalau pandai, campaklah kat mana pun, mesti boleh survive. Not to say admin tak boleh survive. Boleh juga.

In these 3 years of service, I got to experience many things unimaginable. Tak mungkin I akan dapat pegi ke beberapa tempat yang I dah pegi if not because of my work. Tak mungkin I akan dapat jumpa beberapa orang yang hebat if not because of this work. Tak mungkin I akan jadi orang yang I jadi sekarang ni of not because of my work. Dan banyaklah yang tak mungkin lagi tu.

Walaupun sekarang I macam bosan dengan segala rutin harian yang tak berubah-ubah ni, I harap rasa bosan itu akan cepat hilang. Selaras dengan datangnya tahun baru yang penuh dengan perancangan yang bermacam, harap-harap tahun depan akan lebih bermakna dalam perjalanan career ni dan juga harap-harap akan akan menjadi pekerja yang lebih tekun, berdedikasi and rajin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

To all my 2/2006 batchmate, selamat menjalankan tugas masing-masing. Kita yang cari kerja ni so buatlah kerja sehabis baik. Yang penting, mesti jujur ok. Besar harapan kita masa mintak kerja ni, besar juga harapan keluarga dan rakyat jelata di luar sana kepada kita. Jangan musnahkan harapan tersebut dengan membuat benda-benda yang boleh mendatangkan kerugian kelak. Ingat tu! This would serve as a reminder to myself too. Buang cepat rasa bosan itu Eny!

Kenapa rasa macam ni?

I don’t know why but I think I’ve lost focus already. Bosan with everything. Semuanya membosankan. Basically dengan daily life routinelah. Nasib baik ada Dik Man kat rumah menemankan for the last 3 weeks so tak la balik rumah pun bosan. Tapi kenapa huh? Baru 3 tahun keje dah bosan. Bosan tahap gaban ok.

But seriously I memang tak boleh stay dengan sesuatu for too long sebab I ni memang cepat bosan. Maybe sebab membesar dengan suasana baru sentiasa kot. Jap meh kita tengok dulu my growing up time.

Lahir kat KL.
Dok kat Jalan Ipoh dari lahir (kot) sampai umur 4 tahun.
Pastu pindah kat Lembah Keramat sampai umur 8 tahun.
Darjah 1 dan 2 kat SKLK. Depan rumah aje pun.
Umur 8 tahun pindah pulak ke Kem Penrissen kat Kuching and stay sana sampai umur 13 tahun.
Dalam 5 tahun tu, pindah rumah 2 kali ok.
Kat F3 dari umur 8 tahun sampai 12 tahun.
Umur 13 tahun pindah E8 pulak.
Sekolah pun tukar 2 kali. Darjah 2 sampai 6 kat SRBMJDI.
Form 1 kat SMKAM 2. Bording school so duduk lah kat asrama.
Umur 14 pindah balik Semenanjung.
Kali ni ke Kuantan pulak. Duduk kat Kem Batu 10.
Stay kat kem tu sampai umur 18 tahun.
Sempat la merasa 3 sekolah sepanjang kat kem tu.
Form 2 and 3 kat SMKATAHAP, Jerantut. Yang ni pun asrama jugak.
Form 4 and 5 kat SMSM. Sekolah depan kem aje.
Lower 6 kat SABS. Walaupun jauh kat bandar nun tapi berulang jugak.
Half way thru kena pindah rumah lagi sebab Abah pencen.
So umur 18 tahun pindah la kat rumah Sungai Isap tu.
Sampai sekarang tinggal kat sana lagi.
Habis Lower 6 dapat masuk UiTM Shah Alam. Buat diploma.
Dapat duduk asrama. Kolej Delima.
Oleh sebab aktif (sikit-sikit la) so dapat duduk kolej sampai part 6.
Tapi tiap-tiap sem tukar bilik, tukar level and tukar roommate. Blok aje sama.
Grad dip sambung degree pulak.
This time kena duduk rumah sewa.
Pun pindah-pindah jugak.
Part 1 duduk Seksyen 4. Hujung sem kena pindah sebab owner amik balik rumah tu.
Part 2 duduk Seksyen 8. Hujung sem pun kena pindah sebab owner jual rumah tu.
Part 3 and 4 duduk Seksyen 6. Rumah and housemates yang sama.
Housemates pun berubah-ubah jugak bila pindah rumah ni.
Lepas grad menganggur dulu so balik Kuantan and stay there dalam 6 bulan kot.
19 tahun sampai 23 tahun belajar dan berpindah.
Umur 24 pegi KL balik cari keje.
Tinggal kat Genting Kelang. Keje kat Sentul.
Halfway thru pindah ke Gombak pulak. Tapi keje tetap tempat sama.
Keje 6 bulan aje pastu resign and balik Kuantan.
25 tahun dapat keje lain kat Kuantan. Tahan lah untuk 8 bulan then resign.
Resign sebab dapat join Guardian so pindah KL balik.
Keje kat Ampang Park so duduk balik kat Gombak.
Tapi housemates ramai dah pindah sebab kawin.
6 bulan kat Ampang Park, pindah balik Kuantan. This time Giant Kuantan pulak.
6 bulan kat sana pastu transfer ke Kuantan Parade pulak.
Kat Kuantan Parade for 2 and a half year under 2 different managers and staff turnover rate pun agak tinggi. Sentiasa ada orang baru.
Umur 29 dapat join PTD. Pindah Putrajaya pulak.
Baru nak menapak so duduk kat Flat Hijau aje.
6 bulan pertama kerja and 6 bulan berkursus. Masa kursus pun sentiasa berpindah.
Tukar asrama berapa kali ntah. INTENGAH dan Bukit Kiara.
Bukit Kiara pun asyik kena berpindah sebab renovation.
Modul luar lagi. Semua tempat baru.
Lepas kursus balik keje Kementerian sama, bahagaian sama, portfolio pun sama.
Duduk rumah yang sama tapi housemates berbeza.
Tapi tak lama sebab mintak kuarters.
Duduk kuarters kat Precint 18 ni dah setahun. Setahun 5 bulan to be exact.
Tapi buat kerja yang sama jugak.
Dah 2 setengah tahun (tolak kursus 6 bulan) buat benda yang sama.
Cuma tukar boss aje.
Boss kecik dan boss besar.

If you all noticed, I hardly do the same things for too long. 2 setengah tahun ni kira too long lah sebab masa keje Guardian dulu walaupun 3 tahun setengah tapi outlet berbeza, management berbeza and suasana pun berbeza.

Macam nana nak pencen 58 tahun ni kalau baru 3 tahun dah muak. Haish… Keje sekarang bukan tak best cuma terlalu rutin sangat. Buat mesyuarat, tulis minit, buat paper, buat surat dan memo dan buatlah beberapa benda yang lain. Kadang-kadang adalah event. Nak kata dah pandai sangat buat keje tak jugak. Biasa-biasa aje tapi ntah la. Bosan lah.

Maybe bukan bosan kat keje sangat tapi bosan dengan diri sendiri kot. Bosan kerana diri sendiri yang sangat membosankan. I suka duduk terperap aje kat rumah kalau tak de apa-apa yang memerlukan I mengeluarkan diri dari rumah. Keje tu of courselah kan tapi keluar berjimbarama memang agak kuranglah. Kalau kat rumah my parents tak lah bosan sangat kot. Jangan sebut tak de TV boleh membosankan kerana TV tiada kena-mengena dengan ini cerita ok.

Adakah saya telah bosan berseorangan? Ntah la. Tak pasti sebab sorang-sorang pun best jugak apa. Maybe kena ubah cara hidup bagi lebih busy kot. Macam bersenam ke. Join apa-apa aktiviti yang best ke. Tapi sekarang pun tak le lapang sangat kan. Busy lah jugak dengan kerja dan ada je aktiviti-aktiviti outdoors ni.

So apa sebenarnya yang bosan ni ye? Maybe sebab tak de cabaran baru kot so lifeline tu lurus aje. Takde turun naik. Turun tu tak naklah sebab maknanya sedih. Nak la naik sekali sekala. Macam excited aje. Apa ye nak buat bagi lifeline tu naik dan menimbulkan rasa teruja yang teramat sangat ye. Kena bersukan lah. Definitely. Kehidupan yang aktif akan menimbulkan keceriaan kan. Badan pun rasa segar, tak lah mandom aje. Nak sukan apa ye?

Apa-apa pun, minggu depan akan lebih membosankan sebab esok nak hantar Dik Man balik Kuantan semula. Sigh…..

Tuesday, December 15, 2009

Lelaki dewasa yang baru

Last week I didn’t update anything sebab I was on leave (again) on Monday and Tuesday thus leaving me only 3 working days untuk membuat banyak kerja yang tertangguh. Kenapa I was on leave again? Hah ni yang nak cerita ni.

Ayum, si cinonet kesayangan ramai nak melangkah ke alam dewasa. Since this would be the last one, mana bleh I tak de kan. Lagipun Mak keje on that day leaving me and Abah only to accompany him. If I tak de, Abah soranglah kot yang pegi.

Malam tu sakan I sakat dia. Well sepanjang balik kampung and during Natasya’s wedding pun teruk dia kena sakat. Biasalah kan…. Monday tu we wake up early sebab kena daftar awal kat klinik. Before mandi pagi tu I dengar macam-macam Abah pesan kat Ayum. I can’t remember diorang yang sebelum ni tapi I was there masa Bang Long, Epoi, Eman and Apis bersunat. Yang lain tu either I was at campus or dah keje. Paling meriah masa Epoi, Eman and Apis bersunat lah sebab buat besar-besaran kat kem masa tu. Siap berbunga telur, berarak bagai. Malam tu tido beramai-ramai kat RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera). Eman lah paling teruk sekali, crying non-stop ok.

Ok back to Ayum’s story. I siap iron baju and kain pelekat dia ok. Over pak cik sorang ni tau. Siap and terus gerak. KEna cepat seba ramai yang nak bersunat hari tu. Daftar and dapat nombor 5. Ish cepatnya. I pulak yang gabra. Mula-mula tu tanya Ayum cakap tak lapar tapi lepas tu lapar lah pulak so breakfast dulu. Right after breakfast it was time for him to enter the room. Hish seriau. Parents tak boleh ikut sekali untuk memudahkan kerja. So Abah hantar sampai depan pintu bilik rawatan tu and we wait outside.

Rasa macam lama gila tunggu kat luar tu padahal half an hour aje. Ayum keluar dengan muka selamba aje. Ish kuat jugak si kecik ni. Balik tu I drive dengan sangat berhemah sekali. Slow gila. Yelah takut terhentak-hentak nanti ngilu pulak member kat belakang tu. Sampai rumah I siap announce suruh semua keluar sambut ketibaan lelaki dewasa baru. Hahaha… I know…I know I memang over.

He can’t sleep in the bedroom anymore. Tak boleh nak gantung kain kat situ so tido kat hall aje. Si cinonet kesayangan ramai sakit maka bertempiaranlah kekanda-kekanda si kecil membantu untuk menyiapkan tempat peraduan si kecil itu. Cari tali, ikat sana sini dan last sekali, membuat gantungan kain yang terhebat sekali. Siap guna pen and dua pengepit baju ok. Ish lupa plak nak amik close up.

I nikan doctor tak jadi so kalau ada sakit-sakit ni memang I lah yang kena jaga. So masa nak buang air tu, I yang teman. Sebelum ni, right after bersunat, “that” area adalah larangan pada orang perempuan untuk tengok. Takut bentan alasannya and diorang pun malulah kot kan but this time, I pun tak tau ntah berapa banyak kali tengok. Dah I yang dok teman bawak ke tandas.

Ish kesian beb. Tapi si kecil ni memang terror lah. Kalah semua abang-abang yang konon gagah perkasa tu. Dulu semua nangis but this little boy didn’t shed any tears pun. Well memang he can’t cry pun and having dry eyes is one of the reason but he was so cool kecuali masa nak buang air. Pedih sangat so ada lah dia mengaduh sakit sikit. Imagine I kena duduk sekali dalam toilet and pujuk-pujuk supaya dia buang air. Yelah if tak try, you can never know how much the pain would be kan. Ntah-ntah not as bad as we imagine kan. Bila dah lama sangat I nak lah keluar amik udara kat luar kejap tapi member tak bagi ok. So I keluar and tunggu depan pintu aje.

1st time pegi tak boleh coz setitik pun pedih gila. 2nd time pun and I siap bagi dia phone and suh dia mengadu kat Mak. Sian beb kat si kecik ni. 3rd time baru boleh and it took a lot of pujukan from me and Thalha. Abah memang takkannya sebab walaupun Abah ni bekas askar tapi bab-bab luka ni Abah memang ngeri sket. Nak-nak kalau melibatkan anak dia. Dia tak boleh tengok anak dia sakit apatah lagi anak kesayangan kan. Bila dah berjaya masa 3rd time tu yang kemudiannya dah tak jadik hal lagi. Like I said earlier, if you didn’t try, you will never know kan.

Petang tu I bawak Atikah and Yasmin keluar so I pesan kat Ayum kalau nak buang air mintak tolong lah kat orang lain pulak sebab before tu bila nak buang air memang he would ask for me. Mak balik keje aje terus cari anak kesayangan dia tu. Siap mintak maaf sebab tak dapat teman. Wah masa kitorang dulu tak de nya nak merasa macam tu. Untung jadi anak bongsu ni kan.

1st day memang agak tough la. Nak-nak malam tu berdenyut-denyut sakit. Malam tu Abah tido sekali dengan anak kesayangan dia kat hall. Mana lah tau kalau ada apa-apamalam nanti kan. 2nd day dah ok sket. Petang Selasa tu l bertolak balik ke Putrajaya lepas lunch. Wah Abah masak lauk sedap untuk Ayum. Untuk kitorang pun ada lauk sedap jugak.

I selalu jugak call tanya perkembangan lelaki dewasa baru and so far so good lah. Abah kata dah boleh pakai seluar dah. Wah lepas ni membesar bagai juaralah si kecil ni eh. Ish time flies so fast kan…. Baby in the family dah jadi lelaki dewasa. Dah boleh solat sama saf dengan lelaki dewasa lain. Besar maknanya tu….
Hari ni bersunat, esok lusa masuk university (Insya Allah), grad, dapat keje, ada jodoh kawin and ada rezeki dapat lah anak. Wah tak sanggup rasanya….. Imagine how Mak and Abah rasa eh. Sedih la pulak…..


Langkah-langkah terakhir seorang kanak-kanak. Steady aje sorang-sorang. Siap berbaju melayu, berkain pelikat and berkopiah lagi.

Sambil menunggu giliran and dipimpin Abah masuk ke bilik rawatan

Alhamdulillah dah selesai. Muka pun cool aje masa ni. Nampak tak kat kain tu, banyak darahnya weh. Ngeri pulak tengok

Ni pulak masa kat rumah. Duduk kat depan TV take over remote lah nampaknya. Best betul....

Natasya's Wedding

Friday last 2 week kan I ada kata nak attend wedding despite sakit-sakit badan kan. It was my cousin Natasya’s wedding. Anak Mak Ngah yang bongsu. Mak Ngah kalau buat kenduri mana boleh tak datang, panjang rajuknya nanti. Sakit badan tolak tepi, kenalah pegi jugak.

Rumah Mak Ngah kalau buat kenduri memang grand punyalah. Nak-nak yang bongsu ni. Tapi muka mak pengantin memang tak ceria langsung. Right after sah aje akad nikahnya, mak pengantin menangis beria-beria. Lagipun lepas ni Natasya kena dok kat Kamaman. Jauh tu. Diorang ni mana pernah berpisah.

Lepas kenduri semua pun balik ke rumah I. Esok kena gerak awal sebab majlis start pagi. Tapi biasalah kalau dah ramai perempuan ni kan…. Memang lambat punyalah. Yang lelaki gerak dulu sebab Bang Long jadi unofficial photographer. By the time kitorang sampai majlis dah start. Rupanya pagi tu buat majlis potong jambul anak Nadia. Nadia ni kakak Natasya and baru 20 hari deliver baby.

Majlis bersanding start lepas zohor so sesambil tu kami cousins yang jarang dapat berjumpa ni amik kesempatan lah untuk berbual dan bergurau senda.

Siti and Akak telah terpilih untuk menjadi pembawa bunga manggar. Eman, Thalha dan Dik Man pulak kena tolong bagi souvenir merangkap tukang pikul hadiah sekali. As for me, tukang snap sana sini. Cucu-cucu Mak Ngah jadi flower girl and boy again.

Petang lepas majlis bersanding dapat satu berita buruk. Cik Ipin, suami Cik Syima, officemate Mak meninggal kat Pusrawi. Since kami dah ada kat sini and they are good friends plak tu so ke sanalah kami. I sorang aje yang ikut Mak Abah pun. Yang lain stay kat rumah Mak Ngah. Sedih pulak tengok Cik Syima. Tambah sedih, she was at work while her husband took the last breath.

Balik dari hospital kitorang gerak ke rumah Mak Lang pulak. Saje lah singgah sebab Ira jemput datang. Kang tak datang ada lah yang merajuk. Haish susah kalau semua sensitive ni. Nasib la kitorang ni tak cepat melatah kalau diorang tak datang rumah kitorang. Borak lebih kurang balik rumah sebab Pak Lang Ayaq nak datang pulak kat rumah. Pak Lang Ayaq ni adik Abah. And yes “ayaq” tu adalah same dengan "air" slang utara”. Ni semua kes masa kitorang kecik-kecik lah ni.

Anyway diorang tak jadi datang malam tu tapi datang esoknya. Makan pagi and lunch sekali kat rumah before gerak balik. I pun ikut balik jugak. Nak tau kenapa? Sambung lepas ni. Anyway tengok gambar dulu.


Menunggu masa untuk diakadnikahkan

Alhamdulillah sekali lafaz aje terus sah. Tahniah dan selamat menempuhi cabaran baru sebagai isteri.

Mak Ngah and anak-anak sibuk membuat persiapan untuk majlis esoknya.

Bang Long tengah memberi idea untuk melukis inai. Terror jugak rupanya eh. Eman pulang sedang dihurung oleh anak-anak saudara sepupu.  Tiap kali datang diorang memang suka kat Eman lah.

Pelamin dan hantaran untuk majlis esok. Sama macam masa Lina dulu, guna banyak fresh flowers yang kitorang rembat bila dah habis majlisnya.

Majlis potong jambul Qysh Mikael. (Can't remember the correct spelling la pulak)

Me with my siblings

Flower girl and boy; Danish Haiziq, Danish Harris, Mya Qistina and Dya Qarissa

Siti and Akak yang kena jadi pembawa bunga manggar. Diorang ni dah la pemalu. Jenuh nak kena suruh and kena la temankan sekali.

Natasya look so pretty in her wedding dress. Besar sudah ini budak but I still call her Bibi as in baby.

While I was with Mak and Abah ke Pusrawi, inilah ragam orang yang tinggal. Atokah, Yasmin and Ira pun join in the fun

Monday, December 14, 2009

Photos updated

Ada banyak gambar nak share ni so some of them ada yang dah diuploadkan kat dedicated entry. Senang sket nak relate kan. Kalau rajin nak tengok, silalah baca semula entry balik kampung tu from day 1 ye.