Monday, November 30, 2009

Balik Kampung Day 2

We left Sungai Petani quite early on Sunday. Destinasi berikutnya; Alor Star. Sampai rumah Pak Teh around noon. Both tak de kat rumah masa tu, busy dengan wedding prep. Rehat jap sambil tunggu Pak Teh and Mak Teh balik. Lepas lunch tolong buat bunga telur. Pastu melekat depan TV.

Atikah (my other cousin yang dok kat KL) dah sampai pagi tu. Petang pulak Nina (anak Pak Teh) and Atikah keluar. Mak Teh ajak sekali tapi I kalau dah depan TV, sori la nak gerak kemana-mana ni. Hah tu pasal I’m still quite reluctant to buy my own TV coz bila dengan TV ni, satu benda pun takkan jadi, asyik nak mengadap aje TV tu. Lepas satu, satu cerita. (Err Didi nak tumpang tengok Sony 40” ko tu bleh? Hehe)

Petang tu Along (pengantin lelaki) balik. Ingatkan kalau dah pegi rumah pengantin perempuan tu tak boleh balik sampai majlis menyambut menantu, rupanya boleh aje ek. Orang dok sibuk dengan wedding prep dia, si pengantin sibuk online. Macam tak caya aje Along dah kawin sebab perangai macam budak-budak lagi dia ni. Badan pun kecik aje. Untuk minum petang, kami makan kuih kasturi yang super sedap. Tau tak kuih kasturi ni? Ala yang guna kacang hijau pastu goreng tu. Uih sedap gila terasa-rasa sampai sekarang ni. Dah belajar macam mana nak buat lepas ni boleh la try

Dari petang bawak ke malam. Tak habis-habis dengan TV lagi. Malam tu diorang ke dewan nak tengok final prep. Puas la diorang ajak I memang tak mo join punya. Tengok cerita Hulk kot masa tu. Gila betullah kene penangan TV ni. Malam tu tido pun depan TV jugak. Malas nak cari port lain.

Eh kejap lagi nak balik dah. Esok sambung eh.

Balik Kampung Day 1 (updated with photos)

Pengembaraan cuti-cuti sakan bermula! Friday tu lepas balik kerja dengan semangatnya saya telah memasak untuk santapan keluarga yang nak datang. Before that pick up Eman dulu and beli barang kat pasar borong. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Rupanya bertolak lewat dari Kuantan. Around 1am baru sampai. Abah, Mak, Dik Man, Akak and Ayum aje yang datang whilst yang lain tinggal.

Saturday tu bertolak dari Putrajaya agak lewat juga sebab banyak benda nak punggah bawak balik ke kampung. FYI, kami ni kalau nak balik kampung macam nak pindah terus dah. Segala benda nak angkut. Bukan setakat kain baju, selimut, bantal dan sebagainya pun nak dibawak. Nasib kereta tu tak besar mana. Agaknya kalau ada caravan macam omputeh tu, memang kosong la rumah sebab semua kene angkut sekali. Heavy traveller gitu. Mamat dah ada kat umah Apis kat Sungai Petani so nanti pick up dia dari sana aje.

On the way singgah Ipoh dulu untuk lunch. Since tol kat Jelapang tu dah berubah, Abah tersalah masuk lorong and kesudahannya kene u-turn kat Kuala Kangsar sana. Punyalah jauh nak pusing. Lepas lunch and solat, gerak ke Sungai Petani. On the way tu Apis telefon nak bagitau kecut perut nak pegi merisik. Haish macam nak pi menikah aje. Sambil tu tanya sekali pasal cincin merisik. Sekali dia bagitau tak de cincin. Laaa takkan nak pi merisik tangan kosong aje kan. So suh dia pi cari cincin belah rotan yang simple-simple aje.

By 6pm kami sampai kat Tesco Sungai Petani. Plannya nak cari bakul and buah sebagai buah tangan sambil merisik. Merata kami cari bakul last-last rembat aje apa yang ada. Apis and Mamat jumpa kitorang kat Tesco aje. Apis beli cincin harga RM300++. Siap ada love-love lagi. Semangat betul. Cincin belah rotan lebih mahal katanya. Sampai rumah Apis dalam kul 7 lebih. Selang 2-3 minit later Abang Murad (my cousin) pun sampai. Punyalah lama tak jumpa sampai dia pun tak kenal dah. Iyelah masa last jumpa dulu I was 7-8 years old aje and dia pun baru masuk army. Sekarang dia dah beranak pinak whilst I pulak dah banyak usianya. Tua dah gitu.

Sambil bersiap tu I kerjakan bakul dengan buah-buah tu. Dapat kat orang tak creative macam I ni memang nasib malanglah. Ntah ape jadinya tapi tak kisah lah labu, asalkan ada bakul dan buah. Huhihi…

Bersiap lebih kurang and bergerak lah kami ke destinasi seterusnya iaitu Sik. Jauh jugak tempatnya. Pastu kena masuk hutan belantara dengan jalan yang sempit dan turun naik bukit. Kecut je perut sepanjang perjalanan tu. Rumahnya betul tepi gaung. Ish adventurous betul. Kami sampai pun dah lewat, dalam kul 10 lebih kot. Oh selamat tak payah jadi jurucakap; Mak dan Abah yang bercakap. Tu pun diorang dok tolak menolak suh cakap. Abang Murad tolong cover sket-sket.

Since kami ni jauh dan ada banyak komitmen lain, Abah decided nak buat bertunang sekali terus masa nak nikah nanti. So tak payah la nak datang banyak kali. Pihak perempuan pun setuju aje jadiknya majlis tu nanti buat bulan 9 tahun depan. Hah yang tu pun ada cerita lucu nak cerita tapi nanti buat entry lain lah eh.

Balik tu singgah rumah Abang Murad dulu sebab anak dia dah siap masak pun untuk kami. Makan dan berborak and sampai kul 2am lebih kurang. That night tido kat rumah Apis.

Tu baru sehari. Banyak lagi hari ni. Fun gilalah. Ok to be continued…..


Ni masa on the way ke Sungai Petani. Syok naik kereta Abah ni sebab besar so boleh la nak tido dengan selesanya. Siap berselimut bagai ok.


Ni lah bakal ahli keluaga baru kami nanti....
Bakul buah tu I yang buat. Harap orang yang keras tangannya ni memang hampeh lah hasilnya kan. Tapi lebih baik ada dari tak de langsung kan.


Isnin yang mandom

Tuan punya blog ini telah kembali semula bertugas. Bila dah lama beriang-ria cuti sesuka hati makanya mood nak kerja pun hampeh. Kan best kalau tak yah keje sampai bila-bila. Hahaha… Anyway seminggu (8 days and 7 nights) yang sangat busy dan memenatkan tetapi sangatlah best tidak terperi. Berat badan juga telah bertambah dengan jayanya.

Tapi kegembiraan itu belum dapat menutup kekecewaan hati ini dengan apa yang telah berlaku sebelum cuti aritu sehingga rasa nak update pun tak berapa nak ada. Kecewa sangat tau. Kecewa dengan diri sendiri yang buta IT tapi masih mengada-ngada nak godam itu ini macam hebat sangat. Kesudahannya penat lelah selama ini habis begitu saje. Hampes betul.

Oklah nak sambung keje dulu. Later ada masa I’ll update ok.

Friday, November 20, 2009

Ape dah jadi ni!!!!!!

Ah tensionnya. Tulah sape suh gatal sangat tangan tu nak godek sana-sini. Konon-konon nak bagi cantik terus hilang semua. Aaaarggghhh.... Camana ni....

Braces review

3rd ones for today. Hehehe… Not that I takde keje tapi sambil-sambillah kan….

Anyway, yesterday, as being planned I went to do my braces review. Brought along the bracket yang tercabut itu. The dentist tak cakap apa pun. Told her that baru je tercabut pun and since it was the behind ones so tak de la datang immediately. Kalau kat depan tu memang terus datang punyalah. Dia cuma tergelak and cakap dah agak dah. Hihihi…

So she removed the old wire and put a new one. Surprisingly, tak delah sakit apa pun masa putting the new wire tu walaupun masa spit out tu memang ada berdarah sikit. Not like what I’ve heard before that mengetatkan braces adalah sangat sakit. I dah macam bersedia nak tahan sakit like masa mula-mula pasang dulu in which gigi rasa ketat aje tapi nothing pun. Tak taulah kalau 2-3 hari nanti rasa sakit tu datang.

Cumanya bila dah ganti wire tu memang tak selesalah. Kan last time I ada bagitau yang wire sebelah kanan bawah tu terpatah masa makan sotong kat Sabah haritu kan. So the end wire dah jadi pendek and tak de lah asyik tercucuk aje kat inner cheek tu. Ni dah ganti baru so ada wire yang akan protruded kat both end, upper and lower. Tu yang tak best tu sebab wires tu akan asyik tercucuk kat inner cheek, sakit and tak selesalah. Took times jugaklah nak get used to it.

Sometimes kalau dah tak tahan sangat I put on the wax. Tapi bila pakai wax pun kadang-kadang susah jugak sebab belakang sangat so susah nak lekatkan wax tu and most of the time akan tercabut la. Dah tercabut tu sure tertelan punya kan. Hehehe… Eh bahaya tak kalau tertelan wax tu hah? Risau jugak tapi terlupa pulak nak tanya kat dentist tu.

Overall my teeth dah aligned dengan agak baik jugaklah especially the upper ones. Lower ones walaupun ada perubahan but still need more work to be done. Later bila dah aligned tu baru akan pulled back kot. Tak sure lagi camana. Tapi those yang dah lama tak jumpa I will notice the different. My front teeth dah aligned and tidak lagi protruded ke depan sangat.

Photos later lah ye. Malam tadi ingat nak edit la photo-photo yang pegi outstation haritu so that boleh upload hari ni tapi ntah kenapa lappy tu buat hal. Lembab and asyik hang aje. Memang menyakitkan hati je semalam coz tidak ada satu photo pun yang dapat diedit. Not even one walaupun try banyak kali ok.

Haish bila nak petang ni… Tak sabar nak balik kampung ni….

Balik kampung... ooohhh balik kampung......

Eh hari ni dah hari Jumaat kan. Wah cepat betul masa berlalu. Tup tup dah Disember. Pastu tahun 2010. And I’ll be 32 next year!!! Aduh terasa begitu tua diri ini. Tualah sangat lah kan… Eh tapi fizikal tak nampak tua kan… Umur je kan…. Hehehe….

Anyway, setelah sekian lama tidak bercuti, in fact cuti tahun ini belum terusik, makanya minggu depan saya akan bercuti selama seminggu. Wooohooo syoknya (walaupun dalam hati risau sebab keje banyak weh). Bercuti bersama keluarga tersayang. Kali ni tak balik Kuantan and duduk melepak je depan TV tapi berjalan-jalan ke tempat lain. Balik kampung sebenarnya.

Since nak attend wedding Along (my cousin) kat Alor Setar this coming Monday and kebetulan pulak raya haji next Friday so amik la cuti seminggu terus. Pastu ada pulak agenda baru nak pegi merisik on Sunday nanti. Banyak berjalan nanti nih.

Raya haji kali ni nak beraya ngan Opah kat Lenggong. Dah lama tak balik beraya so tu yang balik lama sikit kali ni. Nak buat kenduri sekali rasanya. Yang bestnya bila balik kampung ni, dapat makan makanan kampung yang best macam ulam-ulaman, bakar ikan guna kayu api, mandi sungai (tapi sekarang musim hujan so tak dapat la pegi kot) dan duduk melahu tanpa perlu memikirkan benda-benda yang boleh menensionkan itu (seperti kerja, hutang piutang kereta, credit card dan sebagainya).

Malam pun cepat aje sebab yelah kat kampung kan, mana ada night life. Night lifenya hanyalah berborak sakan tak ingat dunia. Dan juga tido berjemaah ramai-ramai kat ruang tamu; berebut bantal, toto dan selimut yang sudah pasti akan diimport sekali masa nak balik tu. Kereta memang penuh punyalah. Bestnya lah…..

Tapi this time around tak semua dapat ikut. Yang confirm pegi cuma Mak, Abah, Dik Man, Akak, Ayum dan sudah tentunya lah saya sekali. Bang Long tak de cuti, Eman kalau balik pun masa raya kot tapi tu pun tak sure lagi, Siti and Cumat exam (STPM & SPM), Jannah kena jaga rumah and tengok budak berdua yang sedang exam tu, Epoi nak balik kampung bini dia kat Besut (as usual) dan Hayat pulak laki dia tak bagi ikut (as usual jugak). Mamat mungkin join whilst Thalha plak dah beli tiket balik Kuantan so maybe join Jannah jaga rumah kot. Apis pun tak ikut kot sebab dia keje kat Kedah so jumpa masa balik Kedah ajelah.

Apa nak buat dalam seminggu tu eh? Banyak masa tu…..

P/S : Jangan terkejut tengok senarai kehadiran balik kampung tu ye (pergh senarai kehadiran konon). Adik-beradik saya memang ramai; 14 orang semuanya. Hihihi…

Merisik

Oh ada satu berita baik nak share. Oh bukan, bukan I yang nak kawin tapi Apis (my younger bro). He called my parents asking for them to go merisik. So Abah asked me whether I can be the spokesperson or not. I jadi tukang cakap tu? Bukan orang tua-tua ke? Hehehe… Since the girl dah tak de ayah so the talks would be with the mom la kan. So Mak la kot yang nak kene cakap-cakap tu. I ni standby aje in case Mak tak tau or segan ke. Tapi Mak segan? Nah tak mungkin berlaku. I got my talkative traits ni pun from her la.

The girl tu orang Kedah and since kami nak bercuti ke Kedah ni makanya the merisik would be this coming Sunday. Wah begitu cepat. Kalau dah kawin nanti, Apis would be the 3rd child yang kawin la. Among my siblings, yang sulung (Bang Long) and kedua (me!) belum kawin, yang ketiga (Epoi) dah kawin, yang keempat (Eman) belum kawin, yang kelima (Apis) nak kawin and yang kelima (Hayat) dah kawin. Adik-adik pulak yang kawin dulu nampaknya.

Agak-agaknya tahun depan kot diorang kawin. Wah sure busy tahun depan. Eh nak buat baju bagi sedondonlah sekeluarga. Hehehe… overlah pulak.

Bulan ni ada cousin kawin. Bulan depan another cousin pulak. Both are way younger than I am. Huih letih la nak menjawab soalan-soalan cepu emas tu nanti. Nak jawab ape pulak kali ni eh?

Yang pasti, saya belum ada calon dan duit pun tak de. Pastu boleh tak nak kata belum bersedia and takut nak kawin? Gilaaa… Sampai bila baru nak bersedia ek and takut apa nya…. Ntah la, yang pasti sebab belum ada calon la tu. Cuba ada, hah tergedik-gedik plak nak kawin nanti. Lupa terus tang tak bersedia and takutnya tu. Hehehe…

Bertambah sorang lagi family member pasni. Hopefully oklah orangnya dan dapat menerima kami semua yang pelik ni seadanya.

Eh, kalau merisik tu nanti nak cakap ape selalunya hah? Both wedding sebelum ni I tak terlibat langsung. Sibuk masa wedding day aje, merisisk, bertunang semua tu I tak tau. Keji tak? Hehehe…Eh masa Hayat bertunang dulu I ada lah tolong tapi takde la menyibuk dok kat depan tu nak dengar apa diorang cakap. I ni kan pemalu orangnya, so dok kat dapur aje la. Pemalu la sangat kan…

Thursday, November 19, 2009

Oh Savvy ku sayang

Went out for lunch with Anis and we were talking about some topic. Topic yang menarik and I was joking about it all the way. So ianya terbawa-bawa sampai nak balik tu. And kerana sangat tekun bergelak ketawa, I telah tidak terperasan akan kereta yang sedang parking and terlalu rapat dengan kereta I.

Sekali gedegang weh. Oh my Savyy…. Kemek dan calar kat sebelah kiri tu. Dah cacat kereta I tu hah. Eh tapi kan, tag line Savvy kan “Built Tough”. So kenapa langgar sket dah kemek? Kereta yang I terlanggar tu ok lah pulak. Tak terkesan langsung. Tipu eh Proton…..

Waaaaa…. macam mana ni? Kalau nak ketuk tu mesti mahal. Tapi nak biar je macam tak best pulak. Ketuk kepala sendiri jelah sebab cuai. Hehehe….

Tapi kan Anis…. macam mana kalau jadi betul apa yang kita cerita tadi? Muahahaha….

Terminated

Ingat tak haritu I ada bagitau yang I dah subscribe broadband kan. I choose Maxis broadband. Amik yang 3GB package in which kene bayar RM78 per month. Guna memang best sebab laju tapi the data volume too small la. Baru guna 2-3 kali dah 2GB. Kalau camtu sia-sialah kan. Takkan bayar mahal-mahal pastu guna sikit je.

So I’ve terminated the service. Tak tau nak guna apa sekarang ni. Nak guna Celcom pun the data package would be 5GB per month and tak la selaju Maxis. Streamyx? Yang tu dah terkenal dengan kelembapannya walaupun tak de limit on usage. Lagipun Streamyx tak de broadband package, cuma WiFi at home aje and of course the device agak besar compared to Maxis/Celcom devices. P1Wimax? Terlalu baru so mesti banyak hiccupnya.

Online kat office ajelah nampaknya. Tapi banyak sangat sekatannya. Tak boleh la nak tengok movie online, nak bukak few website and nak online bila weekend. Kat office dah tentu online bila tak de keje je. Kalau boleh online kat rumah bolehlah online bila-bila masa. Tapi tak jugak sebenarnya. Masa ada Maxis aritu pun bukannya online setiap malam. Jarang sangat guna sebab dah penat and banyak benda lain nak buat. Nafsu je tu nak ada internet. Bila dah ada tak guna jugak.

Ada sape-sape yang boleh bagi suggestion?

Tercabut

Last Friday kan, my first bracket tercabut. Cuak ok. I was munching acar buah (yang guna jeruk tu) when I tersilap adjust the fruit and suddenly I heard a loud crack (macam tergigit batu). I spit out tapi tengok cuma biji je yang keluar so ok lah kan. Sekali nak sambung makan terasa ada something else stuck at the upper gum. Rupanya the last bracket tu tercabut ok. Risau and cuak betul.

Dah la I ni overdue nak jumpa my dentist. Haritu diorang call suruh datang nak buat review tapi I tengah sibuk keluar ke sana sini. Tak dapat la jadi patient contoh lagi lepas ni. Hehehe…

Kebetulan pulak few days ni rasa macam ada mini ulcer aje at the upper lips. A few pulak tu. Rasa macam pedih-pedih sikit so nak makan kena la adjust bagi tak sakit. Nak senyum pun terasa macam tersangkut je inner lip dekat bracket tu. Sakit.

Anyway hari ni I dah set appointment. After office buat review and of course melayang duit sekali. Dah la tengah sengkek ni. Bila la nak gaji ni….