Baru nak gembira-gembira cerita pasal the trip to Johor sekali checked email pagi-pagi ni dah dapat berita tak best. Spoiled the mood aje. Eh tak la spoiled sangat pun tapi macam tak best la pulak. Tak best sebab duit bakal melayang. Nyampah. Tapi tiada orang lain yang patut disalahkan selain dari diri sendiri juga. Kihkihkih.... I kena saman lagi la. Adoi..... So in total I ada pending saman bernilai RM630. 2 kali speeding so 2 kali lah dengan RM300. Yang RM30 tu salah parking. Eman la tu yang salah parking tu. Uish banyak benda boleh beli ngan RM630 tu. Tu lah masa tekan minyak tak ingat semua tu kan. Hehehe....
Anyway, the trip to Johor kali ni best la jugak. Tak de la rushing and jam-packed semacam je. Sempat la nak melihat-lihat. Kalau tak pegi macam mintak api je. Wednesday morning En. Nasrol and driver datang amik I kat rumah before shoot ke Seremban to pick up my immediate boss. Masa menunggu driver datang amik I tu, sempat la I started reading a new novel. Sudahnya tak leh nak stop sebab best la pulak cerita dia. Gigih ok membaca dalam kereta. Agak-agak macam nak pening sikit I stop and tengok keliling. Pastu continue.
Selain novel, bantal kecil itu adalah good companion for long distance travel ye
Buku ini sangat best. Terus rasa macam nak kawin lepas baca. Boleh? Hahaha.....
Pemandangan yang indah sepanjang LEKAS highway
Sepanjang perjalanan, sambil membaca sambil berborak. Since kedua-dua boss itu adalah younger than me, topik perbualan adalah sangat banyak dan lebih kurang senada je. Dari cerita pasal makanan ringan masa kanak-kanak; Ding Dang, Tora, Kam-kam etc, ke cerita semasa di asrama dengan rutin yang pelik-pelik pastu sambung pulak dengan cerita hantu dan banyak lagi lah. Bila cerita pasal hantu-hantu ni seronok la, lupa yang diri tu dok sorang kat rumah. Hehehe..... We stop for lunch at Pagoh and then terus continue the journey.
Since kami gerak awal, kami ada la sedikit masa yang boleh diluangkan untuk membuat aktiviti tambahan. So sebelum terus ke Bandar Penawar, kami singgah dulu di Johor Lama untyuk melihat-lihat tinggalan warisan sejarah. Menarik betul. Bila baca pasal kesultanan Johor yang mula-mula, I teringat-ingat pulak kat cikgu sejarah masa form 1. Siap ternampak-nampak cikgu tu mengajar sambil menyebut-nyebut nama sultan. Over betul my imagination ni. Paling meninggalkan kesan adalah Sultan Alauddin Riayat Syah. Bila tengok video tu lagi la dok terbayang-bayang kat cikgu tu. Apa khabar la dia sekarang ni agaknya.
Bukti-bukti sejarah tak banyak sangat sebab kawasan tu dah jadi ladang kelapa sawit. Tapi masa on the way nak ke pusat informasi tu, nampak la ada aktiviti carigali oleh orang-orang arkelogi ni sedang rancak dijalankan. Mesti diorang ni sangat gigih, penyabar dan teliti orangnya kan. Ye la nak mencari benda-benda sejarah ni bukan boleh main cangkul aje. Kena pakai berus cat tu hah sapu-sapu tanah tu sampai la boleh jumpa. Hai tua dok menyapu tanah ajelah diorang tu kan.
****Opps dah max la pulak my picasa web album ni. Nampak gayanya kena beli storage fom google la pasni before boleh upload gambar seterusnya****
From Johor Lama kami terus ke Bandar Penawar. Singgah dulu untuk minum-minum and after nearly 3 month of abstinence from sweet drinks especially those yang milky punya, I ordered nescafe tarik. Pergh lama betul tak minum nescafe. Tapi perut rasa tak sedap la pulak after that. Hehehe.... Later ke Desaru Golden Beach Resort untuk checked-in. Last year pun tido kat sana tapi last year amik villa style. This year amik bilik biasa aje. For dinner I had lamb chop kat Dataran Penawar. Ada sedikit teknikal problem kat dataran tu so kami makan dalam kegelapan. Lampu pun macam ala-ala aje. Lamb chop tu dah la gelap, kuah dia black pepper so terseksa jugalah I nak makan malam tu. Hehehe..... For lunch I had such a big portion of nasi so tambah pulak dengan lamb chop yang again comes in big portion so I had super duper full tummy.
Walaupun kerja saya sekarang sering membawa saya ke sana ke mari tetapi ianya masih belum mampu membuatkan saya boleh tidur di mana saje. Duh! First night will always be a sleepless ones. So sepanjang malam itu saya tidak tidur ok. By the time alarm berbunyi mata saya adalah begitu mengantuk sekali. Nak buat macam mana..... Sudahnya pagi saya dimulakan dengan pening-pening lalat. Lepas breakfast kami terus ke lokasi penilaian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. By 1pm semuanya dah selesai. Sebelum balik kami dijamu makan tengah hari dulu. Mana-mana agensi yang kami pergi, layanan memang sentiasa tip-top. Nak-nak bab makan. Memang terlebih sudah....
Nak tau, kat agensi ni dulu ada buat major reshuffle so staff yang handle aset matter telah bertukar. Dulu punya pun ok, sopan aje. Yang baru ni, laaaaaaagilah sopan. Masa makan malam tu, boss dia dah cakap dah, staff baru dia ni sangat lembut sampai dia rasa nak pengsan. Masa sesi penilaian berlangsung, I memang deal directly dengan staff baru ni. Mak ai memanglah sangat lembut dan bersopan ok. I pun rasa nak pengsan jugak. Dah la lelaki. I yang perempuan ni pun tak de la selembut dan sesopan itu. Gila ah. dapat staff macam tu, nak marah pun tak sampai hati kan. Super duper sopan. Kata-kata maaf dan terima kasih tu memang keluar non-stop dari mulut dia. Hebatlah. I kagum dengan orang macam ni. Hehehe..... Agak-agak kalau I selembut dan sesopan macam tu, macam mana la rupanya eh. Hehehe......
Dalam perjalanan balik, lepas settle baca novel semua I lelapkan mata kejap nak hilangkan pening sebab semalaman tak tido kan. Pastu sambung nyanyi-nyanyi dalam kereta. Boleh? Hahaha...... Kawan-kawan ramai yang tau yang I ni tak layan sangat lagu Melayu ni tapi you all jangan terkejut kalau I boleh nyanyi banyak lagu lama ok. Not that boleh nyanyi as in sedap la but I can ikut the singer nyanyi. Selalu sangat dengar the driver pasang sampai dah boleh nyanyi. Pastu mulalah teringat nostalgia lama masa sekolah-sekolah dulu. Dulu masa sekolah rendah, sambil mandi tengahari sebelum pergi kelas mengaji, I selalu nyanyi lagu Isabella dengan Suci Dalam Debu. Nyanyi dengan penuh semangat ok. Hahaha..... Dan banyaklah lagu lain lagi. I ni karaoke memang la tak layan but still suka je nak nyanyi-nyanyi ni. Nyanyi untuk diri sendiri ajelah sebab I sedar diri suara ni hanya sesuai untuk berkata-kata. Tak sesuai untuk dilagukan. Hahaha......
Kami stop di Pagoh untuk minum-minum and this time I ordered Milo pulak. Tak la best sangat so minum separuh aje. Ok enough sweet drinks. Back to plain water. Hehehe.... Lepas drop kan my boss kat Seremban, dropkan En. Nasrol kat office and barulah driver hantar I balik. Dalam 7.45pm macam tu I sampai rumah. Leganya bila sampai rumah sebab boleh la tido malam tu. Kalau kat luar, even katil hotel yang super empuk pun belum tentu boleh membuatkan I tido pada malam pertama tu. Malam kedua dan ketiga selalunya dah ok. Alamak akan ada 3 malam pertama sepanjang bulan November ni. Kat Kedah, Kelantan dan Terengganu. Adoi.....
Next trip would be ke Utara. That would be on this coming Monday. Wednesday I akan ada kat office balik. so, I'll see you then.
1 comment:
amboi kak eny turun johor x calling2 pun...
Post a Comment