Tuesday, December 09, 2008

Pre-raya

Friday tu internet down. So tak bleh la nak update blog. And I pun dah terlupa cerita yang nak diupdate tu. Hampeh.

Friday nite tu gerak balik Kuantan lepas isya’. And as usual, I have to pick up Eman and Bang Long at their home. Sampai Kuantan dalam kul 2am. Masa nak masuk simpang depan rumah tu Dik Man call.

Nak makan nasi tak?

Laaaa. Dah dekat depan umah dah pun. Lambat bebenor nak tanya. Baru nak masak kul berapa la nak makan Dik Man oiii. Tapi ingat jugak dia kat kitorang ek. Masa sampai tu tengok sume tak tido lagi. Tunggu kitorang sampai la kot. Boleh tak kitorang beborak sakan tengah-tengah malam tu. Mak yang selalu tido awal pun join sama.

Dik Man pulak paksa-paksa suh makan nasi yang dia dah masak tu. So makan la sekali dengan Mak, Dik Man and Akak. Pastu kul 4am baru tido.

Kuantan hujan non-stop 24-7 ok. Sabtu tu plannya nak keluar awal la. Macam-macam hal sekali lepas zuhur baru keluar. Abah tak join, cuma Mak dan anak-anaknya sahaja. Since Thalha tak de, sorang pun tak berani nak drive Citroen. Bang Long dah phobia agaknya bawak Citroen semenjak accident hari tu. Last-last kena keluar 2 kereta; lelaki naik perdana, perempuan naik savvy. Tapi Dik Man pun kena naik savvy sebab perdana dah penuh. Macam bengang jugak sebenarnya sebab savvy yang kecik tu bawak 7 orang; 6 dewasa and 1 kanak-kanak whilst perdana yang besar tu bawak 6 orang je; 5 dewasa and 1 kanak-kanak. Overload ok. Ni sume pasal tak de orang nak bawak Citroen lah ni.

Kalau you all nak tau, kat umah I tak de kete kecik-kecik ni sebab anak-anak kan ramai so kalau beli kete kecik tak muat pulak. Van ford dah masuk worksyop. MPV Citroen tu plak, Abah and Thalha je yang berani drive. Kete kecik (saloon car dan yang sewaktu dengannya) ni hanya anak menantu je yang ada.

Geng savvy pegi shopping sakan kat East Coast Mall whilst geng perdana pegi PC fair kat Megamall. Dah siap shopping baru diorang datang. Orang perempuan ni nak berjalan tu dah siap plan dah. Mula-mula nak cari apa kat kedai mana, then cari benda lain kat kedai lain dan seterusnya. Lelaki plak main hentam keromo je. Last-last kitorang jugak yang penat dok pusing-pusing kat tempat yang sama je.

Balik pun dah lewat jugak lah. Kul 6 lebih kut. Abah yang tinggal sorang-sorang kat rumah dah siap masak ok. Lauk daging masak kicap and sayur. My parents bab-bab masak ni memang pro, macam chef tapi malangnya tak menurun kat I. Adik-adik I je yang dapat talent tu.

Ahad tu sibuk memasak lah pulak. This time tak masak banyak pun tapi menu wajib tu memang ada la. Nasi himpit, ketupat pulut, kuah kacang and rendang daging. Jannah as usual buat pudding caramel and kek oren. Oh this time along ada pulut kuning sekali. Best woo sebab dah lama tak makan pulut kuning yang mak buat. Kukus punya memang sedap.

Abah plak buat experiment (Abah memang suka bab-bab experiment masakan ni), pulut kuning buat ketupat. Ada ketupat pulut kuning, ada ketupat pulut biasa and ada ketupat pulut kuning campur pulut biasa. Cantik ok.

Hujan tak henti-henti so banyak baju yang tak dapat nak dibasuh. Yang kat ampaian pun penuh. Dapur pun sangat lecah. Memang horror ok. Cuma depan la yang macam ok sikit. Hai bilalah nak buat rumah baru ni?

Update on hari raya tu later kay. Satu kekesalan ialah tak amik gambar untuk semua aktiviti tu. Ada la a few tapi masa shopping tak de, masa memasak tak de and banyak lah yang tak de. Lenkali I’ll make sure I’ll took enough photos ok.

No comments: