Friday, July 29, 2011

Macam mana boleh terjebak ni?????

Those who know me long enough would know that me and any game with balls will never be together kan. Main pun tidak apatah lagi nak menonton. Tapi entah macam mana boleh terjebak jugak tengok kadang-kadang. Aritu masa final Suzuki Cup. Itu pun sebab Abah nak tengok so terpaksa la tengok jugak. Ceh terpaksa konon pastu emo mengalahkan orang yang memang fanatic bola. Hahaha...

Then last week I ada lepak rumah Rehan kejap and masa tu ada game between Malaysia and Singapore. I mula-mula memang malas nak tengok so lepas solat I lepak dalam bilik aje baca Reader's Digest. Tapi terdengar-dengar Rehan kat depan tu dok terjerit-jerit menyorak. Mula-mula boleh la buat tak kisah lama-lama memang tak boleh jadi ni. Kena tengok jugak ni. So tengok la dengan Rehan sampai habis. Hoh tengok bola ni memang tertekan ok. Especially bila dekat area gol tu.

Malam tadi I memang tak de intention pun nak tengok tapi dah tak de citer best so terjebak lagi tengok. Mula-mula focus habis la tapi lama-lama memang tak boleh nka duduk diam ok. Risau je tengok. So lipat kain. Settle lipat kain tak selesai lagi games. Ok focus balik. Hoh makin tertekan tengok so mari kita bukak drawer TV cabinet and kemas kertas-kertas yang melambak dalam tu. From the drawer melarat ke coffee table pulak. Sambil menyusun tu sambil menjeling-jeling ke TV. Pastu iron baju dari dalam bilik. Sambil iron tu sambil dengar komentar Hasbullah Awang.

Haish bila Singapore dah seri dengan Malaysia memang tak sanggup dah nak tengok. I rasa lagi 5 minit nak habis game I terus tutup TV. Solat Isya' and terus tidur. Tak kuasa ok nak tengok. Tertekan. Especially bila ada banyak peluang yang tersia. If not I rasa banyak dah boleh gol semalam tu. Ecece.... pandai pulak nak komen-komen pasal game bola eh. Posisi pemain pun I tak tau (selain dari goal keeper la) ada hati nak komen-komen eh. Hahaha..... 

Bahaya tengok bola ni. Boleh kena sakit jantung darah tinggi semua. Especially bila tengok ramai-ramai. Kalau sorang boleh kawal lagi la kot emosi tu. Ni lepas ni ada lawan lagi ke tak eh? Sekali sekala tengok bola macam best jugak. Tapi I rasa kalau team Malaysia boleh la kot nak tengok. Kalau Arsenal ke, Liverpool ke apa ke memang tak minat jugak nak tengok kot.

p/s: Looking back at the drawer and coffee table, nothing much pun yang tersusun. Entah apa la yang dikemas sangat malam tadi tu eh.  

Thursday, July 28, 2011

Mahalkah tudung itu???? (sila sebut ikut nada Sepah)

Last Saturday, after a very late lunch with Rehan at Bangi, I temankan dia tengok tudung dekat Ariani. Itu lah kali pertama I masuk kedai Ariani. I rasa tudung dia biasa-biasa je tapi harga mak datuk. Tudung ke apa tu sampai 4-5 ratus sehelai. Ada yang 2 ratus lebih, 3 ratus and yang paling mahal dalam RM580. Gila ah. Tak sanggup I beli tudung mahal cenggitu. Baik I beli leather shoes ke, gadget rumah ke or benda-benda lain. Membazir ok. 

Kalau nak tau, tudung I semuanya murah-murah aje. I rasa tudung I paling mahal pun RM40 je kot. Itu pun sehelai aje beli. My tudung bawal sulam yang sangatlah cantik sulamannya tu pun dalam RM30 je tapi for me mahal dah tu. Sekarang I beli tudung bawal yang ada batu-batu kat tepi tu and harga paling mahal pun dalam RM18 tak silap. Even masa memborong tudung kat Kelantan hari tu I beli yang harga RM15-RM18 aje. I ni bukan la jenis ikut fesyen sangat so tak kisah pun tudung jenis apa asalkan warna match dengan baju jadi la. 

They claimed that tudung tu guna original Swarovski gems tapi for me tak de beza pun. Bukannnya orang nak kelebek tudung kita nak tengok batu tu. And sama je kalau letak batu apa pun lama-lama tercabut jugak kan. I rasa price of tudung at Ariani adalah sangat tak logik. Tapi ramai jugak yang beli tudung kat sana termasuk la my mom. Padahal kat Jalan TAR tu melambak style yang sama at much cheaper price.

I wonder ramai sangat ke orang beli tudung kat Ariani ni sampaikan kedai dia bersepah-sepah merata alam. Kaya-kaya orang Malaysia ni rupa-rupanya eh. Patut la tak kisah harga barang asyik naik aje kan. Hmmmm.....
   

Sunday, July 24, 2011

Rumah baru Eman

Sedang saya bermalas-malasan melayan mengantuk di atas sofa pagi tadi, tiba-tiba saya terdengar bunyi telefon. Berlari lah saya ke bilik tidur di mana telefon itu berada. Bang Long menelefon memberitahu yang dia sedang menyarung pakaian dan akan datang ke rumah saya sebentar lagi kerana dia dan adik saya Eman bercadang untuk melihat rumah yang baru Eman beli. Wah sangat terperinci pemberitahuan itu sampaikan menyarung pakaian pun hendak diberitahu. Tapi itu bukan lah sesuatu yang luar biasa kerana saya pun begitu juga. Hahaha......

Setelah mendapat perkhabaran itu, bergegaslah saya mengemas rumah dan menyelesaikan sesi pembasuhan pakaian kerana saya pun akan turut serta mengikuti mereka jadi segala perancangan kerja rumah perlu dilaksanakan dengan segera. Ketika saya sedang tekun menjemur pakaian, Bang Long pun tiba diikuti oleh Eman tidak lama kemudian. Kedua-duanya mengadu kelaparan namun mahu segera ke rumah Eman jadi terpaksalah saya bergegas bersiap kerana saya masih belum mandi lagi. Sekali lagi.... hahaha......

Pergh bosan ok tulis skema macam tu. Cukup-cukuplah dengan buat paper kat office tu eh. Anyway, Eman baru je beli apartment kat Bandar Baru Salak Tinggi. Bank lelong so dapat la harga murah. Dia nak sewakan aje rumah tu so tak kisah la kalau jauh sikit pun. Kitorang nak pergi tengok sebab dia baru je dapat kunci and dia ada suruh orang tolong cuci rumah tu. Cuci rumah pun nak upah orang. Kalau I tau, baik I je pegi cuci. Seronok apa cuci rumah ni. Eh rumah sendiri tak tercuci ada hati nak cuci rumah orang eh. Ooppsss..... Rumah tu dekat aje dengan rumah one of my aunty yang duduk kat BB Salak Tinggi jugak.

So inilah rumahnya. Level 3 which is kat huruf B tu

Not bad. Ada parking berbumbung lagi

Surrounding ok la, cantik and bersih

Nice grill

The hall

Small balcony but the view is not that bad

Front door, kitchen door and dining area. I suka macam ni. Tak la macam rumah I. Masuk je nampak dapur dulu

The cleaner doing his job

Master bedroom

With adjoining bathroom yang sangatlah keciknya

Second bedroom

Third bedroom

Second bathroom with a vanity area outside

Keciknya. The door kena tukar la sebab dah reput and most probably Eman nak guna pintu yang jenis lipas-lipat tu so that tak la sempit sangat jadinya

Tempat memasak adalah behind the door. Macam weird aje

Quite big la tapi sebab tak de barang lagi

Yard untuk letak washing machine

Masa kitorang sampai tu diorang tengah mengemop lantai and cuci area kitchen. Since semua pun kelaparan, kitorang pegi breakfast dulu. Tengah sedap-sedap makan, in fact dah nak habis dah pun, sekali tengok kari lipas daaa...... Eeeeee yikes. Thank God I ordered maggi goreng. Terbantut selera Bang Long and Eman. Kesian. Tapi diorang jenis senyap aje. Tak de nya nak complaint ke apa. After I paid the meal, I show the cashier the kari lipas and just cakap, "cuba tengok ni"and terus blah. Mesti diorang malu kan and I pun malas nak cakap banyak.

Tuan rumah sedang memeriksa hasil kerja

The cleaners (there are 3 of them) were already downstairs when we arrived and after paying them, diorang terus balik and baru lah kitorang check rumah tu. Sangat la hampeh hasil kerjanya and they charged him RM300. Baik la upah I jadi cleaner. I would't mind doing it for free tapi kalau dapat RM300 lagi la I semangat kan. Hehehe..... Dulu masa I pindah, I cuci sendiri aje tau. Siap cuci 2 rumah lagi sehari tau and there were only 3 of us; me, Radin Ime the owner of another unit and Rehan. Penat gila tapi puas hati lah bila cuci sendiri. And jimat duit. So nampak gayanya kena la pegi cuci rumah Eman tu nanti. Tapi entah bila la tu sebab minggu depan dah puasa.

Oh hi.... ini kakak tuan rumah

Discussing on work to be done and there's plenty ok

Ok let start with the kitchen cabinet first

Bang Long memang sangat suka bab-bab assembling and tak boleh tengok kalau ada benda yang tak berpasang lagi ni

See.... I told you. Dia patut jadi contractor la instead of joining the F&B line

Eh I bukan tukang tengok je tau. I tolong angkat pintu-pintu ni, tolong kutip skru jatuh, tolong simpan jam and of course tolong amik gambar

Banyak kerja nak kena buat kat rumah tu tapi tak tau la bila nak buat. Nak kena cuci semula, pasang lampu, kipas, soket, tukar pintu toilet and tombol semua bilik, kepala paip and macam-macam lagi lah. Wah I pulak yang over semangat eh. Tuan punya rumah pening nak mengeluarkan duit. Tapi sebab nak sewakan tak de la nak buat any major renovation. Takat repair mana yang penting aje lah. Lebih cepat settle lebih cepat la dapat sewakan. Kalau ada sesiapa nak cari rumah sewa, boleh la bagi tau. Kawasan and rumah ok cuma for me agak jauh sikit la kot dari Putrajaya.

Balik dari rumah tu masing-masing terlentang kepenatan except for me la. Kena masuk dapur memasak. Lepas Asar baru diorang balik. Hai kalau la kerja dekat-dekat, memang I suruh je diorang duduk rumah I ni. Every time my family (tak kira la parents ke, siblings ke) left my place I macam ada one kind of a feeling. Macam sedih sikit. Entah pape je eh. Terlebih emo sikit.

Eman dah ada rumah. Although tak tinggal kat situ but at least he has one. Agak-agak I bila eh? Hmmmm...... Rumah sekarang mahal sangat la. Macam tak mampu aje nak beli. Bila la boleh beli rumah sendiri ni.....

Saturday, July 23, 2011

10,000 Langkah Sehari


Bersedia semua untuk yet another activity this weekend. Gambar atas ada rupa drill officer tak? Ecece.....perasan nak jadi drill officer eh. Ye la sesuai la dengan orang macam I yang tut, tut, tut dan tut ni kan. Hehehe... hanya yang tau je tau kan. Anyway, don't let the bad stuff bother us during weekend ni kan. Hidup kena ceria so mari kita ceriakan diri bersama kawan-kawan. Eh Eny ada kawan ke? Ooopsss..... again.....

This morning together with a whole bunch of KKLW Runners, I attended the 10,000 Langkah Sehari anjuran MySihat, Berita Harian and Kementerian Kesihatan. As some of you might already know, semua orang disarankan untuk berjalan 10,000 langkah sehari bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Ok selain dari menjaga makan jugak la kan. Jalan 20, 000 sehari tapi dok makan lemak-lemak tepu, gula and garam sesuka hati pun tak elok jugakkan.

KKLW Runners ada Tok Ketua yang strict. Kononnya la kan. Tok Ketua kata sape datang lewat dari 6.45am dia nak buang baju. Wah berani ye Tok Ketua. So I pun apa lagi, gigih la menapak dari rumah ke Precint 3 tu pagi-pagi. Dah la sorang-sorang. Sekali bila sampai, I was informed that acara hanya bermula pukul 9am. Chett..... Penat je I jalan laju-laju sampai berpeluh-peluh pagi tu. Kalau tau baik I datang lewat sikit and jalan lenggang Mak Limah je. Tapi tak pe lah,datang awal boleh la bermesra lebih sikit kan.

Tok Ketua sedang mengedarkan kupon untuk goodies bag

Nampak segar aje muka pagi-pagi ni

Meriah jugak tapak event ni. Tak sangka the event would be this big

Antara the early bird. They even prepared breakfast. Gigih betul

Agak-agak apa la yang I tengah cakap tu eh? Tekun di Diana mendengar

We were discussing on how to reduce sunburn by using the aloe vera gel. What korang ingat kitorang keje nak bergossip aje ke?

Since event start lambat, we all jalan-jalan ke khemah yang ada to see if there's anything we can do. Antaranya ialah free BMI check. So apa lagi, gigih la semua nak check. All this free check up adalah antara benda yang I suka buat kalau ada event ni. Check darah la, BMI la, glucose level la and macam-macam. Kalau harap nak ke klinik untuk check up memang lambat lagi la kan.

Comparing each others reading

Mine. Although on a healthy side but kalau boleh nak reduce another 5kg

How to achieve the 10,000 steps daily



Please read all these pamphlet. Banyak info menarik ni

From Kelab Berbasikal Putrajaya

Warming up session with Jazzercise. Memang best. Terkinja-kinja I following them

Semua orang pun happy je berjazzercise

What are you all looking at? Oh ketibaan KKLW Runners yang lain...

Semua terduduk mendengar ucapan yang panjang berjela

Officiated by Health Minister

Amboi seronoknya Hasya kena lambung ye

Kyra pun ada

Tok Ketua dah bertukar menjadi Bibik Win

Ready to walk

This is what I've been saying all this while

Defeating the purpose of having smaller and smaller gadget invention

We were flag off around 9am. The event only mention on 10,000 langkah aje and tak specified whether to walk or to run so ada yang berlari and berjalan. Kalau I disuruh pilih, confirmed la I berjalan aje kan. Sedangkan event berlari pun I berjalan inikan yang tak specific ni. Tapi majority memang berjalan aje pun. Yang tak boleh blah tu, berjalan pun ramai yang nak mengelat ikut short cut. Kalau nak main tipu baik la tak payah join kan. Defeat the purpose of having that 10k steps target aje. What a shame....

Last time during SunMed Jogathon kan I ada beli pedometer. I tak sempat nak merasmikan lagi the pedometer and this morning baru la dapat guna. I started the walk with 2k steps already (sebab berjalan dari rumah and around the event site) but when reacing the finishing line, the steps count baru dalam 9k++ aje so in total the walk cuma dalam 7k steps and maybe the 10k steps tu after taking into consideration on steps for the whole day la kot. By the time I sampai rumah the steps counter is around 11k++ so I dah achieve the target for the day la kan. Yeay!

Anyway, lepas sampai finishing line, semua macam dah berpecah and instead of berehat-rehat, I terus ke khemah KBS. I wanted to get the goodies bag from KBS so kena la join the activities there. Dah la sorang-sorang sebab yang lain tengah lepak menghilangkan penat tapi belasah je lah. I joined 4 activities; mini golfing, ball kicking, hopscotch or tenteng and Wii sport bowling.

I don't play with balls so memang fail la. Sepak entah pape je

Yang ni of course la terer kan

Best jugak main bowling secara maya ni. I sikit lagi nak strike tau. Padahal real bowling tak penah main pun

Percaya tak I pukul bola masuk lubang? Nampak gaya kena daftar masuk kelab golf ni

I nak goodies bag from KBS tu sebab I nak the squeeze ball tapi dah habis la pulak. Tapi tak pe la, at least dapat gak try main-main kat situ kan. Kalau ada geng sure lagi kecoh. Went back to the group and saw them queuing for body health check up. Oh nak kena buat juga ni so sambung beratur kat sana pulak. Asyik beratur aje kejenya eh.

Jenuh jugak nak menunggu. Dah la panas

Take the reading first

Then mendengar what all that reading meant

Kalau ikut BMI I pagi tadi memang dah ok. Tapi body composition readings ni lagi detail and banyak benda nak kena jaga ni. So these are some of the readings:-
  • Total body fat : 30.8% - Normal for female is below 30% and at my weight, height and age, mine should be around 19-23. Gulp! Banyak tu nak kena reduce
  • Total body water : 50.6% - Normal for female is between 50-55% so mine is good la.
  • Muscle mass : 33.3% - Normal would be 2/3 of our weight so mine is exactly at 2/3 rate but then the higher it is the better so kalau boleh kena naikkan the muscle mass
  • Basal metabolic rate : 1059 - I can eat this much aje everyday for my body to function at the optimum rate. Kalau lebih tu yang berat akan cepat naik sebab makan more than the body need
  • Metabolic rate : 35 years - Erk.... my body is older than my real age. Ada orang yang lebih kuat from me but the metabolic rate is way much older than the real age. Contohnya umur dalam 20++ tapi metabolic rate dalam 40++. Tapi ada orang tu lagi dasyat. Metabolic rate dia at 19 years. Sape la tu eh????
  • Bone mass : 1.9kg -Dangerously low sebab for my age and weight, it should be around 2.4kg. This is the reason why I am so weak all this while. The stronger the bone mean the stronger the person is. Patutlah asyik tak larat aje sekarang ni. Even nak tukar the bed sheet pun terpaksa berhempas-pulas sebab the mattress adalah sangat berat (at least to me la). Fine I akan minum Anlene banyak-banyak and makan calcium supplement sekali.
  • Visceral fat : 4 - Good rate is between 1-4 so I'm still good. Kalau dapat turun sampai 1 lagi bagus la kot.
Although people keep complimenting on how smaller I am now compared to few years ago but based on the above readings ada banyak benda yang perlu dikurang/ditambah in order to ensure that I am at a healthy body range. Fuh memang banyak nak kena buat ni. I need to study on all the above matter first. Nanti kalau rajin I'll share with you guys eh. Anyway, we didn't wait till the end. Penat and panas la. Tapi panas-panas pun ramai yang bersemangat ok. Tengok gambar bawah ni.

Apa lagi la yang diorang dok buat tengah panas terik tu???

Semangat ok sambung berjazzercise tengah panas terik tu. Confirm sekilo lemak terbakar tu. Hehehe....

So guys, rajin-rajin la join this kind of activities sebab selain dapat mengeluarkan peluh, sometimes ada banyak health based activities especially all these free check up yang dapat membantu kita mengenal pasti sejauh mana sihatnya badan kita ni. Orang kurus tak semestinya sihat and orang gemuk tak semestinya tak sihat. Get what I mean? So rajin-rajin la buat check up ye.

See you guys in Shape & Men's Health Night Run next week ok. Till then, walk that 10,000 steps daily ok.