Monday, June 27, 2011

Eny kena rasuk

Phewwwww.... What a weekend. I kena rasuk ok. Tak pernah-pernah kena tetibe kena memang haru. Serius ni tak tipu. I kena rasuk dari hari Jumaat hari tu. Malam tadi baru pulih. So for the time being kena berpantang la in order to recover from rasukan tu. Kena makan pasir 2 bulan. Gulpppp.... 2 bulan ok. Lamanyaaaaa....... 

Ni badan pun dah terasa sakit-sakit ni. Kerja pun banyak. So nanti-nanti la I cerita pasal rasukan tu eh. Perut terasa lapar gila ni tapi I puasa. Hai macam-macam. Ok selamat bekerja semua.

Thursday, June 23, 2011

Another review

Hai bosannya la. Banyak sangat benda yang bermain di fikiran ni sampai tak tau nak fikir mana satu. Pasal kerja la paling banyak sekali. Nak pindah office ni memang banyak keje la. Kalau la boleh fast forward, tetibe je dah pindah kan senang. Tak larat nak fikir. Tu baru fikir. Belum laksana lagi. Haish......

Anyway, hari ni ada braces review. Asal I have something to do yang akan melibatkan sesi makan-makan aje mesti ada review. Dentist ni macam tau-tau aje tau. Saje la tu tak nak kasi orang makan banyak-banyak. Hehehe..... In a way bagus la jugak tapi macam tak enjoy la kalau gigi sakit kan. Cakap pasal gigi ni kan, I ingat I nak complaint la kat doktor. I kind of having loose bite on my right side. So kalau nak kunyah mesti kena kunyah sebelah kiri. Actually dari mula-mula pakai lagi dah macam ni tapi I though lama-lama akan ok. Before pakai braces I don't have that problem pun. So I tak nak la nanti bila buka the braces, the loose bite akan jadi permanent. Tak syok ok bila mengunyah tapi tak rasa macam mengunyah. Camne nak explain eh....

Agak-agak apa la doktor nak buat hari ni eh. And apa la komen dia kan. Dulu masa sebelum pasang dia kata setahun aje. Ni dah 2 tahun tapi macam tak de pape sangat pun except for my front teeth yang dah sebaris although masih mancung. And except for that 2 batang gigi depan, I rasa semua gigi-gigi yang lain adalah worst than before. So I memang ada rasa macam menyesal jugak la pakai braces ni. Tapi nak buat macam mana. Dah terpakai kan. So teruskan jugak lah. Dah tak larat nak tahan sakit melecet-lecet dalam mulut ni. Yang peliknya Shikin tak pulak melecet macam I.

Punya la asyik fikir pasal braces aje, sampai termimpi-mimpi malam tadi ok. I mimpi braces I tercabut and gigi semua pun macam nak tercabut jugak. Duh mengerikan aje tau. Tak pasal-pasal kena pakai gigi palsu nanti. Eeeee tak nak la pakai gigi palsu kan. Mesti tak best. I ras dah berapa kali jugaklah I mimpi pasal gigi ni. Mesti berkaitan dengan braces. Dah la rasa macam real. Sedih, risau and takut je dalam mimpi tu sebab gigi semua nak tercabut gara-gara braces.

Hopefully review session hari ni akan memberikan hasil positif la. Insya Allah....

Tuesday, June 21, 2011

Current craze

A fortnight ago, Didi introduced me to a new food and it became immediate addiction. Last Friday I had the same thing and today too. I ni memang macam ni. Kalau suka kat sesuatu tu, akan makan yang sama aje sampai puas. I've frequented Kenny Roger's all this while tapi never had anything else besides the quarter chicken. So lepas ni memang tak makan ayam dah la. Makan yang ini aje. Nak tau apa dia?

Beef bolognese jacket potato

My dinner partner

Tak sabar nak makan

Lama betul tak lepak dengan makcik ni. Dia sibuk manjang. Hari ni dia puasa so I temankan dia berbuka. Kenyang betul makan hari ni. Lunch tadi dah la brother kedai tu letak nasi super banyak. Ni makan berat lagi. Hai makin susah la nak gerakkan jarum penimbang tu ke kiri macam ni.

Anyway, makcik ni memang makcik sangat tau. Makin teruk pelupanya. Tadi pun sama. Told her that I needed her help to send me to LCCT this Thursday and she offered to fetch me home too.

Shikin : Bila kau balik beb? Nanti aku amik eh. Nanti ingatkan aku tau.
Me : Ahad malam. Ok.

Then borak-borak and she told me that she's going to KB on Sunday night. Boleh????

Me : Abis tu, tak boleh la nak amik nanti.
Shikin : Eh, a-ah la beb. Aku terlupa. See..... aku ni memang pelupa sangat.

Hai.... makcik, makcik. Nak kena kasi makan gingko biloba ni. Kasi kuat sikit ingatan tu. Ada banyak lagi ok benda-benda yang dia lupa. That's why I ni kena jadi PA tak berbayar dia. Everything nak kena ingatkan. If not makan hati la sorang-sorang sebab dia memang lupa punya. Hahaha.... Like last week. Bukan main ajak I keluar on Saturday. Nak tengok movie. But come Saturday and she senyap aje. I ingat tak jadi la. Sekali tadi dia bagitau dia dah pegi tengok pun cerita KL Gangster tu. Boleh???? Sabar aje lah.

Me : Janji nak tengok ngan aku.
Shikin :Oh ye ke? Alamak terlupa la beb.

Lupa aje lah alasan dia. Seriously dah memang tahap teruk dah ni. Tu la sibuk sangat dengan kerja. Kerja, kerja,kerja. Workaholic sangat. Ni pun tak tau bila boleh keluar sama lagi. Kadang-kadang tu sampai berbulan tak bercakap ok. Sibuk punya pasal. Kalau ingat-ingat rasa kelakar pun ada. Padahal boleh aje telefon kan. Tapi tu lah, both pun pelupa. Nak telefon kawan sendiri tanya khabar pun boleh terlupa. Hahaha..... Hopefully our next lepak session won't take so long to happen la. Entah bila la trip nak bercuti sama tu boleh tercapai eh.

Cakap pasal trip ni kan tetibe teringat sesuatu. Baju tak pack lagi ni. Tak berapa hari aje lagi dah ni for the trip. Malasnya la nak pack-pack baju ni. Hish asyik malas aje I ni tau. Apa nak jadi la.....

Sunday, June 19, 2011

Blended Orange Cake

Since realizing that my weight has skyrocketed again, I feel like putting my baking on hold. Tapi baru beberapa hari, tangan ni dah terasa gatal aje macam nak buat sesuatu. So, googled around and found one simple recipe. Sangat senang nak buat. Actually dah lama nak try buat kek oren ni tapi Mak punya resepi tu adalah sangat susah nak buat. Well at least to me la. Tapi rasa memang serious sedap. So far hanya Mak and Jannah aje yang buat kek oren kalau kat rumah. Jannah tu punya la otai siap buat dengan tangan lagi. Sesia je Mak beli Kenwood beribu. Hehehe....

Anyway, I got the recipe here. Tapi I tak ikut sangat la. I baca kat ruangan komen tu and ikut la mana yang menyenangkan. Tapi kalau tengok her cake and mine, memang macam langit dengan bumi la. Hahaha.... I ni bab-bab memotong memang fail ye. Main belasah je potong. Tak de nya nak seni-seni ni. Hehehe.... Tak pe lah nanti masuk perut jugak kan. Lagipun kawan-kawan biasa je yang nak makan pun. Kot esok nak impressed kan bakal suami ke, bakal mak mertua ke baru la I cari tutor ajar camne nak potong kek kasi cantik. Kannnn......

My first ever orange cake

Recipe ni punya la senang pakai blender je ok. Since my blender tu dah lama bertapa memang sesuai la kalau nak bagi dia kerja sikit. Blender ni Bang Long yang hadiahkan masa I mula-mula pindah rumah sekarang. Baru sekali dua je guna. Dulu tu I guna blend cili kot so takut la nanti ada bau atau rasa kat kek I ni so I blend kopi dulu kasi hilang bau and rasa. Trick ni I baca somewhere online. Hasilnya memang tak de bau and rasa langsung ok. Not that the blender berbau tapi saje la kan. Precaution gitu.

Kasi blend itu coffee dulu

Bahan-bahan yang diperlukan

Ingredients for this cake adalah sangat senang. I guna 1 biji oren, 3 biji telur, 1/2 cup melted butter, 1/2 cup cooking oil, 2 cup flour sifted with 1 tbs baking powder and 1 cup castor sugar. Senang je kan. Sekali buat boleh terus hafal resepi ni.

I used the whole orange. Just potong kecik-kecik and buang yang putih kat tengah tu. And of course la biji dia sekali kan.

Just put the orange, sugar, melted butter, oil and eggs dalam blender

Blend until smooth ok

Pour into mixing bowl

Add flour bit by bit

Mixed until smooth, pour into greased baking tin and bake at 130-140 degrees for 40 minutes or until cooked

Yikes merekah la pulak

Emmmm..... not bad

Patut la every time I buat kek merekah. Rupa-rupanya kena pakai api bawah aje la. Gitu rupanya. I mengadu la kat Mak tadi pasal kek I yang asyik merekah aje. Ok tak pe next time kita try guna api bawah aje. So my verdict, kek ni sedap la jugak. Tapi tak leh challenge la orange cake Mak. Not too sweet and moist. Just the way I want it to be.

I cuma nak baking aje and bukan nak makan sangat pun. So esok ada la yang dapat merasa my first ever orange cake. I dapat rasa one slice pun dah ok dah. Puan Y, Puan I and Puan A, sila datang amik cake at my room ok. Hopefully you'll like it. Sebarang komen adalah dialu-alukan. Thank you.

p/s : Suhu oven and tempoh baking to I ikut my oven. Different oven different temperature and baking time so pandai-pandai la you all agak-agak ok. Oh I'm sure you all lagi terer kan. Hehehe....

Larian Koperasi 1 Malaysia


Another one this month. Alhamdulillah. Although namanya adalah Larian Koperasi 1 Malaysia tapi I buat Berjalan Koperasi 1 Malaysia. Hahaha.... Serious weh, I jalan aje tadi. Lari ada la dalam few hundred meters aje. Tak tau kenapa tapi macam tak larat and tak de semangat aje nak pulun at least berlari sampai beberapa km like before. Makin banyak join event larian bukannya membuatkan I makin fit. Makin lemau ada la. Hehehe....

Selalunya I macam excited nak pegi berlari ni. Larat tak larat belakang kira. Tapi this time I dah rasa berat hati je nak pegi few days before. Entah kenapa tak tau la. Tapi so far ni la distance berlari paling jauh I pernah join. Selalu dalam 5-6km je. Kalau berjalan tu ada la 7km macam last week tu. Maybe itu la kot yang menyebabkan I tak bersemangat. Hehehe.... Alasan sangat kan. Sudahnya memang tak berlari pun. Hampeh aje....

Lengang aje.... Weekdays tak de nya nak tengok lengang macam ni


Participants baru nak start datang

Ada orang tak sanggup nak pakai running tee yang dah ala-ala baju tidur tu. Besar sangat ok

Pakai kain pelekat ke bang? Bagus le... Daripada pakai seluar yang dah ala-ala sepender tu....

Getting ready nak bermula

My XL running tee. Dah rupa preggerino aje...

Will start exactly at 7.30am

Laluan biasa, kat celah-celah rumah orang kaya-kaya

Dah nak sampai

Me among the bottom 20. Hahahaha.....

Both top 40. Dapat medal tu. Dan la kering peluh diorang tunggu I sampai

Ni tak berapa nak top. And tak berapa nak tutup jugak. Hahaha....

Lepak-lepak, minum-minum

Top 100 so dapat medal jugak. Kali ni tak de planking pose

Pssstttt, tu medal pinjam aje tu. Hehehe.....

Masa ni senyum la. Masa belum sampai tadi, tak tau la apa rupanya....

Tapi at least habis and dapat gak sijil

Minuman wajib ni

Macam biasa bila dah selesai tu rehat-rehat, minum-minum and posing-posing dulu. Masa lepak-lepak tunggu lucky draw tu tetibe terdengar bunyi macam bunyi brass band. So I pun pegi la tengok. Mak datuk memang best ok. Rugi pulak tak record video. Awesome sangat. Skillful and best la. The brass band is from TUDM. Ada banyak gila photos diorang yang I amik. Enjoy ok.

Love, love, love their performance

Amboi cerianya....

Macam-macam gaya ada

Macam-mcam lagu jugak. Lagu Micheal Jackson pun ada ok

Buat wave

Goyang-goyang badan and passing the stick

Ni gaya berpecah

Meriah and creative ok


Tunduk-tunduk pulak

Ni dah ala-ala hip-hoppers ni. Cap pun senget but they still look smart

Sangat cekap main benda alah tu

Siap melompat lagi ok

Ok turn yang lain pulak

Drummers

Drum major yang cekap

Bersedia semua. Nak habis dah ni...

Ok nak balik dah. Babai....

Best kan. Kalau tengok real life lagi best. I've been told yang actually the group dah performed earlier tapi ni saje la nak performed again sebab tadi ramai tak sampai lagi. Seriously sangat suka and impressed with their performance. Brass band TUDM.... Emmm suddenly teringat satu memori silam. Hehehe.....

Sambil tunggu lucky draw sambil diorang makan ice-cream Then pegi sarapan kat same kedai we went last week. Nak cari breakfast sedap lagi. Tapi tak de rezeki nak dapat makan yang macam last week. Tak kisah la asalkan lebih kurang.

Elok la tu, lepas lari makan ice-cream

Ni pun sama

Eh ni pun sama jugak..... errrr I pun makan gak tapi sikit je la sebab I nak makan benda lain

Nasi lemakkkkk..... Sesia je membakar kalori tadi eh

Next week patutnya ada larian lagi. Standard Chartered KL Marathon tapi I tak dapat nak join sebab ada benda lain. Kalau tak de orang nak beli bip I, burn aje lah duit registration tu. Ada sape-sape interested? Mine 5km aje. Kalau berminat bagitau eh.