Thursday, January 28, 2010

Bumi Kenyalang here we come

I was so occupied with my work lately that I’ve lost count of day. Yesterday I left office around 7.45pm dan dengan semangatnya nak ke pasar tani di P2. Ingat nak beli popcorn yang super sedap tu. Sekali bila sampai tengok pasar tani tak de. Macam-macam I fikir ok.

Eh takkan hari ni dah tak de pasar kot?
Ke dah pindah kat tempat lain?
Kat mana pulak tu? Tak nampak pun lampu-lampu pasar.
Kenapa tak de pasar ni? Kenapa?

It took me quite sometimes jugak to realize that yesterday was Wednesday, not Tuesday. Pasar tani ada only on Tuesday and Friday. Aduhai la…. There goes my popcorn yang super sedap itu.

Anyway today will be super duper busy coz from tomorrow till next week, I’ll be on leave; nak bervacation with Mak and Siti ke Bumi Kenyalang. Going to reminisce the good old days there and meet up with Mak colleague yang dah tak sabar-sabar nak jumpa Kak Bedot/or Bedah diorang ni. For those yang tak tau, kalau kat Sarawak, all the Dah will become Dot. Bedah jadi Bedot, Idah jadi Idot dan begitulah seterusnya.

As for me, I macam tak dapat je nak bereunion balik dengan my exschoolmate sebab I don’t have their contact number. Semua galak berfacebook and I pulak mana lah boleh buka facebook kat office ni. So next time lah kot kalau nak jumpa pun. Tapi bila difikirkan, rasa macam rugi je sebab bukan selalu dapat pegi balik kan. Dah 20 tahun pindah ni la baru nak pegi balik. What to do…

Lunch hour nanti nak kena jemput Mak and Siti kat Puduraya. Pastu barang-barang pun I belum pack pagi. Not even a single item ok. Maybe sebab dah selalu travel so macam dah terer pack barang dalam masa yang sekejap. Kononnya lah. Pastu nanti ada je yang tertinggal. Hampeh kan.

Kerja pulak, banyak pesanan nak kena bagi kat my subordinates ni. Surat-menyurat dan memo-memo berlambak ni. Kita test tengok macam mana diorang buat coz all this while I terlalu manjakan dengan membuat semuanya sendiri. Risau jugak sebenarnya but like what my boss said, kena let go some work to my staff jugak. I macam tak sempat nak buat semua tapi nak buat jugak. Tu pasal berlambak kertas atas meja ni. Sampai nak cari stapler pun tak jumpa. Dah berapa hari hilang stapler ni.

Pastu next week lepas balik dari Bumi Kenyalang, nak buat birthday celebration Abah yang ke-58 and Bila yang ke-2. Oh good news, this year bakal dapat anak sedara lagi sorang sebab my sister in law pregnant lagi. Pasni Bila dapat adik baru lah ye. Tak leh nak manja sangat dah. Tak pe, Ingah kan ada, boleh manja-manja ngan Ingah ye Dik Bila.

Yeeehaaa tak sabar ni. Flight esok pagi. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya jua. Amin….

Wednesday, January 27, 2010

APC

Semalam meeting, hari ni pun ada meeting jugak. This time kat Treasury. So ke sana la kita sekejap lagi. Anyway today I nak cerita sikit pasal Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ok if I’m not mistaken, this APC was given based on the performance appraisal (LNPT) and also based on the judgement from the HR people. Nothing wrong with that. Problem is when they give this APC according to rotation. This year this people, next year other people pulak. Itu namanya menjerat diri sendiri. Because sooner or later, kita akan terperangkap dalam kancah memberi APC itu sendiri.

First because orang yang tak cemerlang pun tetap akan dapat jugak. So semua orang takkan berusaha untuk mencemerlangkan diri dan kerja. I’ve seen that ok. Like when someone naik untuk dapat APC sedangkan we know that person selalu datang lewat or kuat mengular. Camne tu?

Second, orang yang tak dapat lagi will wait anxiously for their turn. Sometimes this people memang bagus pun kerja diorang but then ada pulak candidate lain yang dicadangkan untuk that year. So patah la hati masing-masing yang menanti sejak sekian lama tu. Patah hati membawa kepada merajuk dan macam-macamlah. Kesian jugak diorang ni but then again, janganlah mengharap sangat nak dapat APC. Nothing much pun kalau dapat APC ni selain dari RM1K. Lainlah kalau dapat APC boleh fast track naik pangkat ke apa ke. Still kena amik and lulus PTK jugak kan.

Third, ada orang yang memang cemerlang. Kerja tip-top sentiasa. Memang selayaknya mendapat APC. Tapi sebab dah pernah dapat so terpaksa decline sebab nanti apa pulak kata kawan-kawan lain yang tak dapat tu. Hah tak ke haru. Peduli apa orang nak kata kan. Kenapa masa kita kerja bagai nak orang orang tak heran tapi bila dapat APC orang nak jealous, kutuk bagai. Kalau yang lain-lain tu nak sangat APC, silalah kerja dengan lebih gigih lagi. Tak gitu?

Tapi yelah kita ni kan manusia. Sekali sekala dapat recognition ni pasti akan menaikkan semangat dan motivasi untuk meningkatkan mutu kerja. Yang itu tidaklah dinafikan tapi janganlah terlalu mengharap. Bertenang-tenang sudah. Kalau dapat, Alhamdulillah rezeki. Kalau tak dapat, tak pe. Mungkin bukan rezeki kita untuk tahun tu. Tingkatkan lagi usaha untuk lebih cemerlang.

Tidak mendapat APC tidak bermakna tidak cemerlang ok. Lagipun kita kerja ni bukan sebab nak kejar APC kan. So chill people, ok!

Ok nak pegi meeting sekarang.

Tuesday, January 26, 2010

My morning routine

Finished my 1st big meeting this year around 1.20pm. By then I dah shivering with hunger ok. Breakfast was 2pc of kuih only mana tak lapar semacam. Anyway, today I nak cerita sikit pasal my morning routine. Saje lah coz today I managed to clock in within 1 hour after I celik mata. Terasa macam hebat pulak. Hehehe…. Ok I had the same morning routine every day within the same timing but today I rasa macam sedikit cool and want to share it. Poyo kan. 

Ok I set my alarm at 6am and every day, I memang akan terjaga lebih awal. 5-5.30am I dah terjaga tapi still tunggu alarm went off jugak baru nak bangun. Dismiss the alarm, wake up, make up the bed and today instead of performing my Subuh prayer first, I went to soak something using the washing machine. Later performed my Subuh prayer, took morning bath and bersiap ke office. This year I wanted to put less chemical at my face so no make up make up ye. Instead I use aloe vera gel aje. Well except when ada event nak attend. Lepas siap pakai tudung semua, buka fridge, took my Anlene milk and sit down at meja makan to slowly enjoy it. Before left home kemas-kemas sikit apa yang patut pastu baru keluar. More like arranging stuff aje pun, bukan kemas beria-ia ye. Sempat tengok the washing machine and operate another round of soaking ok.

Kunci pintu, tekan lif, went down and panaskan enjin. Then memulakan pemanduan ke tempat kerja dengan diiringi bebelan DJ di Fly FM. Sampai office, park kereta, pakai tag and terus ke office. Naik lif ke level 5, tet (pressing the tag to the reader) to open door and went straight to punch in. The time was 6.59am. Phew tak sampai 1 hour ok. Dah la I buat slow and steady aje today. Drive slow, jalan slow, semualah slow. Tak de rushing-rushing punya. But then 7.20am baru dapat masuk office sebab key holder terlewat. Hmmmphh….

Ok tu je. Saje la nak share mine. What about you all? Sure yang dah kawin and beranak-pinak tu kena bangun awal kan. Nak siapkan anak, buat breakfast, hantar anak pegi nursery and all. Eh tapi kan baru I perasan. Bukan baru lah tapi hari ni nampak benda yang sama jugak and terperasan yang selalu nampak benda yang sama. Kenapa bila dah kawin and ada anak, wifey yang kena angkut semua anak hantar ke sekolah, nursery and all? Mana the hubby? Almost everyday jumpa benda yang sama di mana-mana. Hari ni masa nak turun, I terserempak with this lady ni. Tangan sebelah dukung anak, tangan sebelah pegang beg (kot) whilst the son tolak stroller yang ada daughter yang tengah lena. Kesian pulak. Anak-anak semua kecik lagi so agak susah jugak lah the lady nak tahan lif and all. But she’s not alone. Everyday I jumpa benda yang sama but different lady la. Kenapa ye? Sajelah wondering kan. I boleh je teka tapi in case ada yang nak share silakan.

Monday, January 25, 2010

Dinner yang sempoi

I had a great weekend; well spend with Hanim, going to a great distance discussing just about anything and everything. We can’t see each other much but every time we met, we can’t seem to stop talking. Nak tidur pun, mata je pejam tapi mulut masih bercakap lagi. Hehehe….

Saturday morning, wake up, performed my Subuh prayer and head straight to kitchen. Menguli tepung untruk buat roti for breakfast. So semangat kan. Mak called that morning konon-konon untuk kejut bangun solat la. Little did she know that her daughter ni dah bermain dengan tepung pun. Hehehe…

Anyway lepas uli kena la biar the dough soften dulu kan. So did my laundry and while waiting, take a nap jap. Sempat lagi tu. For breakfast I buat roti tepek (something like roti canai minus the extra oil) with sambal tumis ikan bilis. Yummy I tell you. Hanim arrived just after I finished cooking. Had breakfast and went off to pack my stuff while she read.

Left home around 12.30, went to P16 first to send some pants for alteration and then off to PD. Both bukanlah tau jalan sangat pun so sangat bergantung pada signboard. Hanim ni memandu sangatlah berhemahnya, 80-90kmph aje. Agaknya kalau I yang drive sure dia complaint kan. I memang penakut kalau drive dalam bandar (KL especially), jalan yang bengkang-bengkok (like in Karak and Genting Sempah) and jalan yang 2 lorong aje (satu pegi, satu balik) tapi masuk je highway terus bertukar menjadi pemberani. I rasa to date fastest I pernah drive was 160kmph tapi itu sebab ada orang gila kat belakang. Normal would be around 120-140kmph. Tapi kalau I ternampak the meter tu dah naik ke 140, I akan slowdown la sikit kan. Kalau tak nampak? Hehehe….

Anyway, sampai ke PD dalam 3pm something. Susah jugak nak cari Tiara Beach Resort ni. Jauh gila ke dalam. Bila dah jumpa, hmmm agak hampeh tempatnya. Buat resort di PD tapi tak de pantai. Sangatlah defeat the purpose. Yang ada cumalah pool yang sangat besar dan pantai buatan tapi kecik ajelah. Dan juga water slide. Pemandangan memang tak best lah. As for the room, apartment style. Sangatlah so-so the condition.

Petang free and easy so lepas check-in went to Teluk Kemang for lunch. The food was so-so too. Nothing much to do so I tengok TV whilst Hanim took her afternoon nap. I tengok semua berita (English and Mandarin) for the updates on the death of Sultan Johor.

I didn’t know about it until I saw newspaper at one petrol station ni. Lepas check-in terus buka TV and masa tu tengah kebumi. Ingat nak tengok sampai habis tapi Hanim tak sabar nak lunch so tu pasal beria tengok berita. Sebak rasanya tengok the late Sultan especially on one clip showing him at some perbarisan ni. Terbongkok-bongkok dia berjalan. I selalu portrays him as seorang yang gagah (sila salahkan gambar yang very misleading itu) so bila nampak clip yang latest tu he looks so old and frails. The best memory of him was masa dia jadi Agong dulu. Masa tu perbarisan Hari Kebangsaan and during the perbarisan, adalah team motor besar ni. Dia terus turun stage, tahan diorang and siap naik one of the motor few rounds pastu baru dia naik stage balik. Sungguh tidak berprotocol and I like! Rest in peace dear Sultan Iskandar.

Ok back to my PD story. Malam ada dinner. Usually kalau dinner kat tempat keje I ni sangatlah formalnya dan penuh dengan protocol walaupun bendanya bukanlah work based. So far belum ada lagi la I join dinner yang sempoi. Exception maybe dinner masa retreat last year kat Lumut tapi itupun tak delah nak hu-ha sangat. Dinner dengan orang Proton ni memang sangat sempoi. Tak de protocol langsung. Usherette tak de langsung so main redah aje. Tagging pun kat meja aje and boleh pulak tak cukup so kitorang duduk aje kat mana yang kosong. Tak de sape pun nak complaint or bising-bising pasal tempat duduk ni. Sangat lah contrast ok kalau compare to dinner yang I attend dengan tempat keje I ni. Salutation lagilah hampeh. Main cakap aje. MC… ok not sure ada MC or not sebab macam bertukar aje orang yang bercakap tu tapi sempoi gila. Setakat tersasul tu biasa aje. Pastu ada tayangan video. Screen punyalah kecik, orang belakang confirm tak nampak tapi tak de la nak kecoh ke apa. Siap ada budak berlari lalu-lalang depan projector lagi. For me yang selalu join benda yang berprotocol memang terasa a bit intimidated la tapi Hanim dok kata chill la. Memang standard diorang macam tu. Tak kisah punya. Tapi best lah jugak sebab I can see different kind of people with all kind of attitude. Eh dulu masa keje swasta pun dinner jenis bising punya. Enjoy gilalah.

Attire pun sama. Participant pakai uniform yang dah dibagi whilst yang lain-lain pakai casual. Nasib baik I pakai denim skirt with blouse so tak lah rasa macam terformal sangat. Itupun sebab Hanim dah sound awal-awal to expect something yang sangat sempoi. Ada yang datang with t-shirt and jeans aje. Duduk semeja dengan kawan-kawan Hanim yang semuanya lelaki. Ok jugaklah diorang ni but I didn’t talk with them pun. Dengar aje. My socializing skill perlu ditajamkan lagi coz I’m not really chatty bila join event-event ni except with my own friend aje. Patutnya tempat-tempat macam ni lah kena kenal lebih ramai orang to build good rapport and networking. Tapi biasalah I nikan pemalu. Awww…. Dinner habis pukul 11pm. Ramai yang stay untuk berkaraoke tapi I and Hanim balik terus. Berpillow talk sampai ntah pukul berapa pagi ntah.

Sunday morning after breakfast kami ke pool. Berenang-renang kejap. Tak la pandai pun berenang tapi bolehlah nak float. Seronok coz dah lama tak berendam dalam pool. Sakit perut, pening kepala and sesak nafas sikit sebab terjun je dalam pool terus berenang-renang. Patutnya warm up la sikit-sikit dulu kan. Ni yang semangat nak belajar swimming ni. Lepas main dalam pool naik ke bilik untuk packing barang. Check-out at 12pm. Lunch plak served at 1pm so lepak dulu kat tepi pool yang mengadap pantai buatan. Sangat best sampai rasa nak tertidur sebab duduk kat bench di bawah pokok kelapa siap ada angin-angin lagi. Lepas lunch terus gerak balik and reach home around 3pm. Sangat mengantuk coz I can’t sleep last nite. I ni memang kalau tukar tempat tidur susah sikit nak lena on the first night tu. Jadinya kenalah amik afternoon nap kan. Yang tak bestnya bila tido siang ialah pening dan penat bila bangun. Hanim left around 6pm and I pun meneruskanlah routine biasa iaitu mengiron baju dan sebagainya.

Looking forward to spend more time with her after this. Macam ada plan nak belajar swimming sama je. Ooh mesti best. Tak sabar ni. Well that’s all lah my weekend updates. Memandangkan sekarang I mengalami sindrom malas nak update gambar, tunggu ajelah ye. Ntah bila lah tu. Ok nak sambung keje. Banyak nak buat ni. See ya!

p/s : Ops lupa nak bagitau. Walaupun ramai je engineer yang handsome, berbadan sasa dan sebagai nya, no nehi I didn’t flirt or anything ok. Satu kerugian (kerugian ke?) tapi tak pe as long as I can spend time with Hanim, I’m happy. Ngeh ngeh ngeh.

Friday, January 22, 2010

Ingah...Ingah....

Tengah sibuk-sibuk buat kerja tadi, tiba-tiba dapat call from my sister-in-law. Ingatkan kenapa lah tiba-tiba je call rupa-rupanya si kecil comel Bila menangis-nangis nak cakap dengan Ingah dia. (Cik Ngah). Ngeh…ngeh…ngah…. Comelnya diaaaaa….

So bercakaplah kami. Dah la pelat. Lawak betul. She wanted to tell me about her new swing. Epoi yang buatkan. Yelah last time kan masa diorang datang sini I dok bawak si kecil tu turun main buaian kat bawah. Dah macam addicted lah kot. Masa balik during emergency hari tu pun sempatlah bawak dia ke Esplanade untuk main buaian. She seriously like swinging sebab tak mau turun-turun ok. Dah la suka swing laju-laju. Lagi laju lagi dia suka. Adventerous betul si kecil ni. So Walid dia buatkan lah buaian untuk anak-anak dia tu. Beli tak berbaloi pulak sebab mahal dan bukannya tahan lama sangat pun, baik buat sendiri aje. Buat satu nanti gaduh pulak so buat lah sorang satu. Excited lah tu sampai nak cerita kat Ingah dia ni.

So antara yang dibualkan….

Ingah. (Cik Ngah)
Uai. (Buai)
Walid.
Kakak kolah. (Kakak sekolah)
Ummi.
Ain. (Main)

Ish rindu lah pulak. Next month birthday dia yang kedua. Nak beli hadiah ape eh. Tengah eyeing set rumah yang sangat best. Besar and complete dengan perabot semua. Pergh sure best kalau main ni. Oh Dik Bila yang comel….. Ingah rindu lah pulak……

Free vacation to PD

Yesterday Hanim called. She won some 2D1N stay at Tiara Beach Resort, PD and she invited me to join her. Actually I got plan already; swimming lesson and tea break session at Sanaa Cyberjaya with Wan and Rehan on Saturday. But then it’s not everyday thing to get invited for a free vacation so I said ok. Kalau paid vacation memang selalu kena invite but I’ve to decline due to budget constraint.

My weekends are already full right till end of February so there goes my chance to start swimming lesson with some friends. I think by the time I join the class, others can swim like fish already. As for that tea break with delicious super big roti arab, later ok.

Ok back to the vacation story. Hanim joined some contest related to a car; something innovative, creative thingy. It’s a group work. When they joined the contest, the 1st prize was supposed to be a trip to Lotus, UK but then when they won the 1st prize, turn out it has been changed. Terukkan. At least kalau nak tukar pun choose a better place la. From UK to PD. Tak sesuai langsung. At least Langkawi ke, some island yang bersepah-sepah tu ke or to Sabah ke. Barulah berbaloi. Setakat PD tu tak menang contest pun boleh pegi. Betul tak? Eh eh I pulak yang teremo. Tapi betul lah kan. Kesian my friend kan. Anyway congratulation to her for wining the 1st place. Hebat tu. Bangga bangga. And thanks for inviting me.

So this week bercuti ke PD lah kita. As for next week, bercuti ke Sarawak pulak. Weehoo tak sabarnyeeee. That one cerita later k. On Saturday night tu ada dinner with winner. Nak bagi-bagi hadiah la tu. Wah ada chance nak ngorat engineer Proton ni. Hahaha....

Thursday, January 21, 2010

So close

Aaaargh I’m so close in winning RM4900 this morning and yet I’ve ruined it. Mengapa ini harus terjadi Eny? Mengapa? RM4900 tu. You see, every morning while driving to work I would listen to the Fly FM Pagi Show. They got this Wake Up Your Brain thing where they give some mind boggling question for you to guess. Each day if there’s no right answer, the prize money of RM100 would be snowballed to the next day. And every day they give 3 chances of guessing.

I’ve been listening all this while but never try my luck until this morning. I was the 9th caller thru with only one try and yet I didn’t have the correct answer. Main teka aje. They’ve been dropping hints since 6am but then mana sempat nak dengar kan. I wake up at 6am, performing my solat and bersiap to office. Around 7am baru turun bawah and sambil panaskan enjin sambil dengar radio. By that time they already open the line la.

Oh kecewanya. Apakah jawapan kepada soalan ini eh.

Scrub a dub dub
Two hands in a tub
A quack at the back
A moo up a head

You can check out the wrong answers here.

Frust sangat sebab I know bukan senang nak get thru kalau call radio station ni. Engaged je manjang. Dulu masa buat degree I rajin gak call sebab masa tu duduk kat rumah sewa so ada house phone. That time yang hotnya Hitz FM la. Pernah menang 3 kali je, cash money of RM300, a super hot pink shades (gave it away to a friend) and some Coca Cola World Cup bag that never reached my home. That were the only time I pernah menang sebab I memang jarang joint contest ni and kalau join pun memang tak pernah menang punya. Some people join lah apa contest pun, sure menang. I guess my luck bukan pada contest kot.

Oh teringinnya nak menang hadiah ni. Teringin sangat. Hehehe….

Monday, January 18, 2010

Cintai Bahasa Kebangsaan

Sekarang ni kat radio selalu ada campaign regarding Cintai Bahasa Kebangsaan. Siap pasang lagu “Bahasa Jiwa Bangsa” lagi.

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Nothing wrong with this campaign actually. Bagus sangat. Saya sokong walaupun pengunaan bahasa saya adalah sangat teruk. Tapi yang saya tak setuju ialah the way ianya digunakan. Ambil contoh Fly FM. No offence to Fly FM coz kutuk-kutuk pun I still listen to them jugak day in day out.

They plays this song. Pastu cakap in English. “Be proud of our Bahasa Kebangsaan. Here in Fly Fm we’re proud of it”. I just can’t get it. Be proud and then what? Guna English jugakkan. Kalau nak sangat pasang lagu tu and nak join kempen jugak, lepas lagu tu cakaplah dalam Bahasa Malaysia kan.

I know I pun sama jugak sebab selalu merosakkan penggunaan bahasa dengan mencampur-adukkan bahasa, susun atur, tatabahasa dan nahu yang salah and sebagainya but the way they did the campaign sangat menjengkelkan ok. Kalau dah be proud dengan Bahasa Kebangsaan then use it lah kan. Bukan sekadar cakap aje.

I’m not in any way implying that I’m not proud with our Bahasa Kebangsaan ok. Just that I’m more proud to be multiple language. Nak-nak kalau pandai Bahasa Arab. Senang sikit nak faham kalau baca Quran tu. Pastu Bahasa Korea so boleh ngorat orang Korea (heh sempat lagi tu). I dulu belajar banyak bahasa tapi semua hampeh. Masa sekolah memang belajar Bahasa Arab ni tapi fail ok. Fail with the letter “E”. Terukkan. Pastu during degree I amik Mandarin. Wah memang flying colour lah. I got “A” for every semester. Laoshi siap puji lagi tulisan I cantik but then cuba suruh tulis sekarang. Memang faillah kan. Cakap dan baca pun sama. Tak de geng nak practice so terus lupa. I try to learn Japanese on my own siap beli buku bagai. Pastu ada kawan kat Jepun yang begitu baik hati belikan I buku and pos ke sini padahal kenal online aje tapi masih hampeh juga. For every language I learn, I can only cakap sikit-sikit aje. Same goes with Korean language. Selalu sangat tengok cerita Korea sampai pandai la sikit-sikit.

I guess me and language ni memang tak boleh ngam lah kan. Tak payah la kata bahasa-bahsa lain tu. Celik je mata dalam dunia ni dah dengar Bahasa Malaysia tapi hampeh tak pandai jugak. From standard 1 dah belajar English tapi sama jugak. Tak de bahasa yang I boleh kata I’m proud of because I can master it. Yes I can only be proud of my language when I have really mastered it.

What’s your takes on this? Share lah.

Tilam ke apa ni?

Setelah beberapa bulan membeli katil, akhirnya saya telah berjaya membeli tilam 2 minggu lepas. Yes I know it sounded weird not to have mattress all this while but I was so busy with things that I didn’t have time to buy it earlier. Many people suggested looking for it at Bangi. Since I’m not very familiar with that area, I ajaklah Dayah sekali. Cadangnya nak survey aje dulu but then entah bila ada masa lagi nak membeli pulak kan so decided to juust buy it terus. To find just the correct mattress within your budget was truly challenging. But I learn a few tricks from each kedai I went.

Since there’s a single bed yang juga memerlukan tilam, bought one single mattress too. Deciding for single mattress pun sama susahnya dengan deciding for a bigger size one. I saw lot of single mattress yang disusun bertingkat-tingkat at each kedai. Price range was around RM150-RM200 only. After deciding for my queen size mattress, I pun terus ke ruang yang ada banyak single mattress tu. Lepas belek-belek yang bersusun tu, I saw one yang ada kat katil. I tried to lie down on the bed and yes it’s the one. Asking price was RM599. Mak aih single mattress pun mahal betul. After some negotiation dapatlah kurang sikit. Lagipun I bought 2 mattresses sekaligus kan. Kenalah bagi diskaun sikit.

Anyway, when they deliver the mattresses tu barulah I realised one thing. All single mattresses that were on display were around 5 to 6 inch thick. The one that I bought tebal gila ok. No wonder la mahal. And I pulak didn’t check masa beli tu coz I thought lebih kuranglah tebalnya kan. Sekali bila dah kat rumah, mine was 12 inch thick ok. Nampak pelik betul bila dah letak kat atas katil tu.

Taha came last Friday and when he arrived at 3am tu, I tengah lena kat la-la land and tak sedar pun. When he saw the bed, dia ingatkan apakebendalah yang I letak kat atas katil tu sampai tebal macam tu sekali. Dah la siap bercadar bagai. Dia ingat kotak ke apa. Tanpa berfikir panjang, he took the toto from another room and slept on the floor. Friday morning tu masa I nak bersiap pegi keje I saw him and terfikir; sia-sia je beli tilam mahal-mahal pastu tidur atas lantai jugak.

Petang lepas balik keje tu barulah dia cerita. Lawak betul lah adik I sorang ni. Iyelah sebab nampak tebal sangat bila dah letak atas katil tu. Maybe kena cari katil lain yang ada kayu kat tepi so boleh la cover ketebalan tilam tu sikit. But then laaaambat lagilah tu. I wonder what others would think bila diorang datang nanti. My family ni dah la kuat mengusik. Tilam pun boleh jadi modal ok. Hehehe….

Thursday, January 14, 2010

Kadang-kadang best kalau bermulut puaka ni

Sometimes I really wish I can be more vocals in voicing out things especially when it involves something against me. But I just can’t. No matter how garang I appeared to be but in reality I’m just some coward one. Ok bukan cowards just that I can’t seem to voice out my angst towards people. Least I can do is to mumble grumble. I rasa I ni panas baran orangnya because I got pissed off easily cumanya I susah nak marah orang cara berdepan. Sebab bila marah sangat, susah nak bercakap. Instead air mata aje yang meleleh-leleh. Tapi kadang-kadang benda tu bukannya memerlukan I untuk marah pun. Cakap aje but still can’t. Ntah kenapa. Tapi kalau ngan adik-adik bukan main lagi. Macam singa gila. Hahaha… Tak adilkan. Kesian diorang. Eh diorang pun garang jugak kat I ok. So sama-samalah.

Macam last Sunday. Went out to Alamanda to buy some groceries. Since I bought quite a lot of stuff in big boxes and big bottles, I had to push the trolley slowly. But then again, mana ada orang tolak trolley laju-laju kan. Bukannya kat litar lumba. Anyway while pushing the trolley, I saw one Chinese boy running towards me but he was looking at other way. I pun cepat-cepat stopkan the trolley but didn’t have time to push it to other way. The boy ran straight to my trolley. He hit the trolley and terjatuh. Pastu menangis. I was dumbstruck then.

It was clearly not my mistake. The boy and the mom coz obviously she didn’t care about her son. Sibuk nak bershopping lah tu. But you know what she said? While picking up her son, she said this loudly; “Watch out where you’re going. Some people are stupid not to look at you”.

Excuse me. Sapa yang stupid tu? Me or her? Sepatutnya I sound her back kan. “Excuse me. Watch out you mouth please. Was it me or was it you yang stupid?” But then it didn’t happen. Cakap dalam hati ajelah. Sedih tau. Teremo sekejap. Ada ke patut panggil I stupid just because anak dia langgar my trolley.

This is one small silly thing aje pun. Sometimes orang akan langgar I jugak. Tapi I akan cakap sorry and the other person pun akan cakap sorry. It’s not finding fault but to acknowledge lah kan. Since she said that, I pun blah ajelah. Tak kuasa nak say sorry bagai. It’s not my fault anyway.

Tapi geramlah jugak. Kenapalah I tak sound her back. Kenapa Eny? Kenapa? Ergh… I guess this just me kan. Kang I naik minyak kang susah pulak. Masuk paper front page lagi. “Seorang PTD mengamuk di Alamanda” Tak ke malu. Dah la orang tak suka PTD. Pastu orang tak suka barch 2/2006. Boleh jadi isu hangat ni. Eh ke situ pulak melalut.

At least I can deal with this thing calmly kan. Lagipun amarah ni kan sifat-sifat mazmumah. So oklah. I menang. Yeay.