Tuesday, June 28, 2011

Rasukan di Kota Bharu Day 3

Pejam celik, pejam celik dah masuk last day kat KB. Kejap aje rasa. For breakfast, I requested nak ke kedai yang jual roti hayat tu lagi. Agak-agak kat sini mana nak cari eh. Roti gebu yang sedap dan tak berminyak. Healthy alternative for roti canai.

I baru perasan yang I tak beli apa-apa pun untuk Abah lagi so last day ni I nak cari sesuatu untuk Abah pulak. Yuzi bawak ke kawasan dekat depan masjid. Ada banyak gerai jual pakaian lelaki macam jubah, baju melayu semua tu. Dah alang-alang beli baju Abah, I beli la jugak baju untuk the boys sekali. Harap-harap diorang pakai la. Last time I pernah beli sampin songket yang cantik tapi sudahnya jadi perhiasan dalam almari aje. Pastu I pernah beli kemeja batik untuk Eman. Tapi dia tak suka sebab susah nak jaga. Dia suka kemeja batik Valentino ke, Durban ke, Alain Delon ke macam yang jual kat Parkson tu. Padahal cantik lagi batik I beli tu. Sebab tu I macam malas sikit nak beli untuk diorang. Asyik belikan t-shirt aje pun tak best la. Dah selalu sangat. Tesc

Lepas beli baju lelaki, we went to Mydin pulak. Yuzi nak beli barang rumah. Humang ai besar betul Mydin kat KB ni. Dah macam Tesco aje. Seronok la orang KB bershopping kat Mydin. Tak macam Mydin kat Putrajaya tu. Sempit dan sesak. Memang Mydin sangat tau. Mydin KB pulak tak macam Mydin tapi macam pasaraya besar lain. Selain tu, ada sesuatu yang menarik kat Mydin KB ni. I tak perasan pulak masa kat Tesco aritu macam ni jugak or not.

Cuba tengok signage kat atas casheir counter tu

Wanita sahaja ok. Selain tu ada yang lelaki sahaja and keluarga sahaja. Menarik kan

Aisle semua ada tulisan jawi

Yang ni untuk keluarga sahaja

Kalau Kelantan boleh buat macam tu (signboard semua dalam tulisan jawi and asingkan lelaki perempuan) I don't why we can't apply this elsewhere. Mudah kan. I rasa Kedah pun kena start buat camni la. Hehehe.....

2 pasang jubah untuk Abah and kemeja untuk yang lain

Balik dari Mydin terus pack barang. I memang dah bawak extra bag haritu. Padat bag tu ok. I bayar untuk 15kg je. Risau jugak kalau terlebih ni. Tapi check-in luggage hanya yang bag besar tu je. I masih boleh angkat so maybe tak cecah 15kg kot. Around 2pm keluar lunch. Then balik bersiap and bertolak ke airport around 5pm. Nak tau berapa berat bag besar I tu? 12 kg ok. Hehehe..... Kalau campur dengan backpack I tu 17kg so backpack tu I bawak as hand carry je lah.

Bag I dah terberanak la. Hari tu datang satu bag aje. Ni dah berdua. Berat pulak tu

Settle check in semua seperti biasa, kena makan dulu. Yuzi belanja makan wrap yang sedap and KFC. Kenyang betul. No word can describe how thankful I am towards the great hospitality shown by Yuzi. Dialah host, dialah driver, dialah tourist guide, dialah porter (tolong angkat bag berat I tu) dialah segala-galanya kat sana. Thanks to her hubby jugak sebab membenarkan isteri dia menemani I all the time. Kitorang keluar berjalan and suami dia dok rumah je. Hehehe.... Lepas ni tak tau bila lagi boleh ke sana sebab Yuzi akan start cuti belajar untuk buat master dia kat USM tak lama lagi. Maybe kita ke Penang pulak la lepas ni kot. Hehehe.....

Host terbaeeekkkkk

BFF

Ramainya nak pegi KL

Macam biasa, tak Airasia la kalau tak delay kan. Patut flight pukul 7.15pm tapi pukul 8pm baru take off. Sampai LCCT and settle semua around 9pm. I mintak tolong Eman jemput. Lagipun kereta I kat dia sekarang. Selesai la perjalanan penuh rasukan I kali ni. Next trip tak tau lagi nak pegi mana. Yang pasti, 2 bulan ni kena makan pasir je lah I. Hehehe..... Mana taknya. I spend almost 2k there. Dah balik baru teringat yang bulan ni kena renew road tax, insurance and kereta pun dah due for service. Duit gaji dah selamat I laburkan kat KB. Hehehe.... Moral of the story, never go for holiday on the day you got your salary. Confirm rasa macam banyak je duit tu. Kannnn.....

Dah sampai LCCT

Tamat sudah pengembaraan yang penuh rasukan. Jom balik rumah....

Terasa macam best pulak travel sorang-sorang ni. Memang boleh dibuat lagi ni. Yang penting fulus mau ada la. And kena ada host la kat tempat yang nak pergi tu. If not kena la berteman sebab bahaya jugak sorang-sorang ni actually. I berani ke KB sorang sebab ada member kat sana. Kalau tak de I pun tak berani.

So lepas ni YB KB kena buat kunjungan balas la pulak ye. Mana la I nak bawak dia jalan-jalan kalau kat sini eh. IKEA confirm la wajib bawak kan. Hehehe..... Anyway, thanks a lot buddy. Entah bila dapat jumpa lagi lepas ni. I had a great time under your care. Lepas ni kita terjah Penang la pulak kan. Kalau nak terjah KB lagi kena tunggu demo abis study la. Kannn.....

Rasukan di Kota Bharu Day 2

Day 2 dimulakan dengan breakfast session at one of the famous kedai makan jugak. Tak ingat nama kedai tu tapi kat sana you can find all the famous nasi berlauk. Orang Kelantan kan breakfast makan nasi so ada banyak tempat yang jual nasi berlauk yang best-best. Tapi nak kena travel ke sana-sini la pulak gitu kan. So kat kedai ni, ada nasi berlauk from all different places. Kira macam one stop center gitu. Senang kan. Tapi I tak la makan nasi berlauk semua tu. I makan roti aje.

Roti hayat. Sedap ni. Ish bila tengok gambar ni rasa teringin nak makan lagi

Kat tempat gambar banyak-banyak tu la tersusun deretan nasi berlauk yang famous-famous tu

Lepas breakfast terus ke next rasukan center iaitu Pasar Siti Khadijah. Datang shopping awal pagi ni bagus jugak sebenarnya sebab kebanyakan peniaga baru nak start the day so kalau dengan pelanggan pertama tu diaorang selalunya tak la berkira sangat. So mudah jugak lah nak dapat diskaun. Alamak terlupa la istilah yang diorang selalu guna tu. "Gori" kalau tak silap. Something like pecahkan telur la kalau kat belah-belah sini. I tak pegi banyak kedai pun. Kedai pertama I beli sepasang kain. Kedai kedua la tempat I borong macam orang hilang akal so takat dua kedai aje lah. Tak dok pitih dah weh.

Banyaknya kain yang cantik-cantik......

Kering tekak weh mintak diskaun ni. Kita minum dulu.....

Seperti penagih yang dikelilingi dengan dadah aje.....

Trying to reduce the choices tapi susah betul. Last-last angkut semua tu. Hahaha....

Eny selepas kerasukan yang amat dasyat. Gila betul

Minum lagi. Yuzi makan meehoon sup tapi I dah tak larat nak makan. Or rather still kenyang

Lepas sesi kerasukan yang amat dasyat tu kitorang pegi minum pulak. Yuzi ajak try sup perut. Tapi I kenyang sangat lagi so dia sorang je makan pastu tapau bawak balik untuk lunch. Sedap jugak sup tu. Kat kedai makan tu kan, ada sorang mamat ni handsome gila. Wah sempat jugak mengusha eh. Hahaha.... Mana taknya, handsome dah macam stok-stok model gitu. Kerja buat air. Tu kalau pegi audition jadi model ke, pelakon ke mesti boleh dapat tu. Esok dah popular, bila ada interview pasal kisah silam dia mesti cerita.... "dulu saya kerja buat air je kat Pasar Siti Khadijah. Pastu ada la orang suruh pegi buat audition...." Tu pun kalau dia tak malu nak mengaku la. Tapi memang serious handsome ok. Cuma tak la sampai I nak pegi mengorat pulak kan. Agak-agak la.... Hehehe....

From Pasar Siti Khadijah, we went to Tesco. Nak beli barang-barang buat cheesecake. Nak bagi Yuzi rasa my cheesecake. Sempat jugak I beli sesuatu kat sana. Macam la kat sini tak de Tesco eh. Hehehe..... Alang-alang dah jumpa baik beli je kan. Kalau kat sini entah bila tahun pulak I nak pegi Tesco kan.

Hasil rasukan di Pasar Siti Khadijah. Yang corak sama tu untuk the ladies in my family. Entah sempat ke tidak nak tempah untuk raya nanti

Measuring cups from Tesco. Dah lama I cari, kat KB baru jumpa. One for me and one for my mom

Balik from sesi rasukan siang, lunch dulu sebelum buat cheesecake. Elok-elok je masak cheesecake tu, bersiap ke rumah parents Yuzi kat Wakaf Che Yeh. Semalam tu kan I datang tapi tak makan. So hari ni kena makan dinner kat sana. Mak dia nak jamu I makan nasi kerabu. Sampai aje terus makan. I rasa macam baru je makan nasi dah makan nasi balik. Hahahaha...... Perut I ni tak sempat nak rasa lapar. In fact kena kerja keras kat sana. Asyik makan aje..... Rumah parents Yuzi ni betul-betul kat area pasar borong yang popular tu. So tak kan la tak singgah kan.

Kain-kain lagi....

Yuzi and adik dia Ida yang setia menemani I yang asyik la kerasukan ni

That's how I felt

Main longgok-longgok aje. Dah macam jual buah pulak

Rm100 untuk 5 pasang kain batik. Memang kena serbu la kan. I ingat salah dengar tapi tak ok. Memang serious RM100 untuk 5. Kain cantik-cantik tapi design bukan yang latest la

Selalu orang jual yang goreng tapi kat sana diorang bakar

Selain gerai, kedai-kedai pun banyak

Mak datuk banyaknya batik yang cantik-cantik.....

Buah yang sangat sedap. Kat pasar tani Putrajaya tu dah tak fresh sangat macam kat KB ni

Tudung pun aneka design ada

Batik lagi but don't worry, I tak beli pun batik sebab dah beli masa sesi rasukan pagi tu

Sempat rembat 2 pasang aje from Wakaf Che Yeh

Balik makan cheesecake and buah longan dulu sebelum tidur. Macam tak percaya je I boleh beli almost 20 pasang kain dalam sehari. Tu memang kena rasuk dengan teruk tu. But to my defence, 20 tu dah mengambil kira 7 pasang untuk orang lain so ok la kan. Jatuh muflis la I nak tempah semua kain-kain tu nanti. Ni yang rasa macam nak belajar menjahit aje ni. Kalau dah pandai menjahit, duit spend buat beli kain aje lah kan. Tiap-tiap bulan buat baju baru pun tak de hal gitu kan. Hehehe.....

Kejap aje rasa bercuti kat KB ni. Esok dah nak balik.....

Monday, June 27, 2011

Rasukan di Kota Bharu Day 1

This trip resulted from my spur of the moment decision here. After a few clicks, found myself with a return ticket to Kota Bharu, Kelantan. Just few days before, I registered for Standard Chartered KL Marathon. But of course the shortest distance available la kan. Trip to KB win hands down compared to causing another pain to my feet so dengan hati yang tak berapa nak berat, I let go je lah the event.

Thursday noon kan ada braces review. So sempat la buat scaling session sekali. The dentist cut the wires halfway leaving only those at the front teeth so as usual ada la protruding wires yang menganggu gugat ketenteraman mulut yang sudah sedia tak berapa nak tenteram sebelum ini. Kan dah kata... Asal ada benda nak buat yang akan melibatkan sesi makan-makan, mesti ada la benda jugak yang dibuat kat braces ni. Oh tetapi itu sedikit pun membantutkan hajat I untuk makan-makan ok. Ok... sikit la. Sakit ok melecet dalam mulut ni.

Anyway, my flight was scheduled at 9.15pm. Tapi tak Airasia la kalau tak delay kan. Flight take off around 10pm kot. I was so sleepy all the way. Try to tahan tapi tertido-tido jugak lah. By the time we landed in KB, Yuzi dah sedia menunggu ketibaan YB Putrajaya ni. Hehehe.... Yuzi is my bestie masa kat UiTM and will be my host sepanjang sesi percutian kali ni. Host, driver and even tourist guide.

Travelling with a backpack only. Unbelievable huh. I yang kalau boleh nak bawak the whole household each time tarvel berjaya jugak menjadi minimalist this time around

That night sampai aje KB perut pun dah berkeroncong. Yuzi bawak pegi supper dulu. Tapi perut dah masuk angin daaa. Tidur malam dengan perut kembung la jawabnya. Dah la first night tak berapa nak lena. Alhandulillah bangun pagi dah tak sakit sangat. Yeah boleh la teruskan aktiviti jalan-jalan buang duit. Eh got to rephrase that back. Jalan-jalan membuat pelaburan bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. Tak gitu????

Kat KB ni, ada satu makanan yang I teringin sangat nak makan; nasi ayam kampung. Yuzi penah bawak makan kat sana sekali. It's not the normal nasi ayam we have here. Nasi ayam kampung ni just nasi putih biasa with ayam kampung goreng and gulai ayam. Kedai ni popular sangat. Sentiasa penuh and susah jugak nak dapat tempat duduk. So Jumaat pagi tu memang terus tuju ke sana la for breakfast.

Full house

Hujung sana tempat masak ayam. Wangi je bau dia

Nasi, ayam kampung goreng, gulai ayam and sos apa tak tau tapi macam jeruk sikit

Licin ok. Makan 3 ketul ayam tuuuu.... Marvellous, marvellous.....

Lepas breakfast terus ke Rantau Panjang. Sesuai sangat kan. Dah makan kenyang-kenyang, pegi bersenam kat sana. Yuzi kata kat Kalantan, kalau hari Jumaat, semua kedai akan ditutup tengah hari for solat Jumaat so kena la datang awal. Lagipun tak la panas sangat lagi.

Comel sangat wall decoration ni. This is my first investment. For anak-anak sedara tersayang

Kusyuk dan tawadduk melihat-lihat semua yang cantik tertarik menarik kau memang da bomm

Teman shopping yang best bangat

Hasil rasukan di Rantau Panjang. 3 pasang kain for me, baju tidur, permainan and wall decoration untuk anak-anak sedara and boxer untuk Ayum

Keychain for Ayum

Untuk Adik Manan

Untuk Adah and Meera. Nabila I belikan baju tidur jugak

Masa kat Rantau Panjang, Yuzi belanja makan sate ikan or Lok Ching. Actually perut masih kenyang lagi tapi makan la jugak sikit. Then from Rantau Panjang ke rumah mak mertua dia. Kami dijamu dengan puding custards and mee goreng. I memang dah tahap nak termuntah dah masa tu. Seriously my tummy dah tahap penuh dan tak boleh bak diisi lagi tapi demi mengambil hati tuan rumah kena la makan jugak kan. Tapi mee tu memang tak terhabis la walaupun cuma seciput aje pun. Maaf la ye makcik. Serious ta boleh nak sumbat dah.

From rumah mak mertua ke rumah parents dia pulak. Mak Yuzi baru lepas masak for lunch and ada bermacam-macam lauk. Tapi kali ni memang tak dapek nak nolong dah. Memang tak boleh nak isi dah apa-apa dalam perut ni so terpaksa la Yuzi tapau aje lauk-pauk for lunch. Balik rumah and we had lunch together with her hubby. By that time ukan takat perut I aje yang dah sakit kerana disumbat dengan segala macam makanan, mulut ni pun dah start melecet. Mulut I ni memang manja sikit. Kalau makan banyak aje mesti melecet-lecet. Rasa macam nak mengalir air mata menahan pedih.

Lepas lunch berehat kejap sebelum ke destinasi seterusnya; Pasir Puteh. Nak pegi melawat sepupu Yuzi yang accident hari tu. From rumah Yuzi kat Pasir Tumboh ke rumah Cik Su dia kat Pasir Puteh makan masa 45 minit jugak la. Rumah tu sedang dalam proses renovation tapi hasilnya so far memang cantik.

Sungai Kelantan betul-betul depan rumah

Hai Yuzi, amik gambar jugak ke???

Nice huh. Kalau ada duit lebih ni, boleh buat jeti and beli perahu buat main-main depan rumah. Whoaaa memang best ok

Adehhhhh.... makan lagiiii

We were served with sate, nasi himpit and kuih-muih. Orang Kelantan memang suka menjamu orang makan ni. I don't know how much food was stuffed into my mouth that day. Yang pasti, perut memang terasa sangat padat dan ketat. Hahaha..... That night Yuzi bawak pegi pasar malam pulak. Balik aje tukar baju, baring-baring and terus tertido. Kekenyangan dan keletihan. Tak sempat nak makan kuih putu beli kat pasar malam. What a day.....