Saturday, May 28, 2011

Standard Chartered Fun Run


Alhamdulillah yet another certificate collected. Well in this event, 2 to be exact. Berjaya jugak sampai ke penamat although tidak la berlari all the way. More berjalan dari berlari. Tak pe berjalan ke berlari ke sama je, peluh tetap keluar. Itu yang penting tu. I can't really sleep the night before. So pagi macam biasa ada sedikit pening juga.

Anyway, flag off was scheduled at 8am. Since rumah dekat, tak payah la nak turun awal sangat kan. Around 7am baru I nak keluar rumah. Tapi belum sempat keluar ada orang call nak tumpang toilet. Untung la rumah dekat tempat event eh. Hehehe.....

Fellow KKLW Runner; Nadia, Wawa, Leen, me and Diana

As usual, bila ada event ni mesti la ada geng from KKLW Runner kan. Ramai jugak kali ni. Selain dari yang bergambar kat atas tu, muka-muka biasa lain ialah Edwin, Shafarid, Aishatul and Sal. My running partner this time ialah Nadia. Berjalan and bersembang je. Hehehe..... Halfway through Sal pun join jugak. Starting point betul-betul depan my place.

Starting point

Ramai jugak participants

Ok bersedia untuk bermula. See that apartment building? Hehehe..... Bangga kejap ada event besar depan rumah

Dalam jarak yang cuma 5km tu, ada 2 water station ok. Even night race yang gempak pun tak macam tu. I didn't stop for drinks sebab takut senak tapi lepas tu langsung tak dapat minum sebab water station dekat finishing line tu dah habis airnya. Al maklum la orang berjalan memang lambat la sampainya kan. Nasib la labu. Mujur ada orang bawak bekal air. Hehehe.... Oh one thing I noticed, lately ni kalau berlari je mesti pening. Kenapa eh?

Lepak-lepak lepas berlari

Costume runner. Macam-macam ada; Spiderman, Batman, Star Wars, Peter Pan. Lembu pun ada ok

Activities tent

Again macam-macam ada. Games, foods, sport attire booth etc

Menunggu performance bermula. Cantik kan surrounding kat Putrajaya ni

Lepas berehat-rehatan, ramai yang balik sebab malas nak tunggu. So tinggal la kami berempat aje; me, Edwin, Leen and Nadia. Mula-mula ada price giving ceremony dulu. Ada satu category yang menyebabkan I sebak je bila tengok tu. Category Seeing Is Believing. Those runners ada visual impairment tapi masih bersemangat nak berlari. Oh diorang bukan lari sorang-sorang ye. Semua ada buddy. Patut la masa berjalan-jalan tadi I ada nampak orang berlari sambil pegang tali. Ingatkan apa. Eh bila dah tau ni terasa malu pulak sebab diorang lagi laju dari I ok.

Lepas settle bab hadiah, ada performance dari guest artist. Memang best la jugak. Ada group Mad Sally from UK, Ning Baizura, One Nation Emcees and few more. Then ada lucky draw. Hadiah memang gempak. Ada Liverpool stuff (bagpack, jersey, water tumbler etc), camera, Iphone and Ipad. I missed the camera by one digit aje. Memang tak bertuah langsung bab-bab cabutan bertuah ni.

Standard Chartered jigs

Mad Sally from UK. Best jugak band ni

Ning Baizura

Lepas habis lucky draw ada performance lagi tapi I malas nak tunggu dah. Lagipun ada benda nak buat kat rumah tu. Maybe nak kena hantar Eman ke klinik lagi. Oh pasal Eman nanti I cerita in other entry. Around 12 macam tu I balik. Edwin, Leen and Nadia tunggu sampai habis la kot. On the way balik, memang seperti yang I cerita sebelum ini, kereta bersepah-sepah ok.

Betul tak I cakap? Bersepah-sepah kereta depan my place

Tengok tu. Segala celah penuh

Just few meters aje tu pusat segala pesta. Memang port terbaik la kan


Memang susah nak keluar from my place. Banyak sangat kereta and jalan sana-sini kena tutup. Kena banyak bersabar ye. Sampai esok aje. So kalau tak de hal penting, duduk rumah adalah lebih baik. Ok nak kena tidur awal malam ni. Esok pukul 5.30 pagi dah nak keluar. Awal betul. Hopefuly esok boleh perform better than today. Insya Allah.

Friday, May 27, 2011

Confuse

I ada cakap yang I nak beli camera baru kan. So sekarang tengah pening nak beli model apa. Yang pasti, I nak beli compact camera aje sebab DSLR adalah besar gabak and I tak kuasa nak pikul camera yang besar gabak ke sana ke mari. Lagipun Bang Long dah ada camera DSLR with all the additional gadgets so kalau teringin nak guna boleh je pinjam from him.

Dalam mencari camera, I suka yang compact. My last Sony H3 yang diceritakan di sini adalah sedikit besar so nak cari kecik sikit dari itu. Pastu nak yang boleh zoom jauh. And boleh zoom masa shoot video sekali. Lagi apa eh. Oh I nak yang boleh capture moving object dengan sharp. So boleh la I amik gambar sambil berlari and senang jugak nak amik gambar anak-anak sedara yang tak reti nak duduk diam tu. Ni manjang blur je gambar. Basically itu je lah kot. Ye la nak yang canggih-canggih pun bukannya I reti guna sangat pun.

Last time masa keluar riki dengan Bang Long, I jatuh cinta dengan Sony Cyber-Shot HX5v. Tapi sekarang dah keluar model baru, HX7V. Lebih kurang sama cuma the new model ada 3D semua tu. Which is not that important to me. Megapixel adalah 16 with 10x optical zoom. Ada GPS so boleh geo-tag photos. Tapi I tak kisah sangat kalau function ni.
I thought this Sony HX7V would be my next camera until I terjumpa dengan Nikon CoolPix S9100 ni masa masuk kedai Nikon dekat Alamanda hari tu. Alamak macam best la pulak Nikon ni. My first camera was Nikon Coolpix jugak and memang best je guna camera tu. Although this Nikon hanyalah mempunyai 12 megapixel tetapi ada 18x zoom ye. Boleh shoot HD movie and yes boleh zoom juga masa shoot video. Kalau Sony tak boleh rasanya. Boleh shoot high speed movies jugak ye. Macro capability pun better than Sony by 1mm. I dah googled around and baca banyak forum and review on both camera. So ada beberapa benda yang ada dekat Sony tapi tak de or kurang dekat Nikon. Cumanya I tak pasti la sama ada kekurangan itu akan menjejaskan prestasi camera tu sangat-sangat or tidak. Megapixel tu I tak kisah sangat sebab selalunya I set dekat 5 je pun. First ialah Sony mempunyai better image stabilization than Nikon sebab Sony guna lens and Nikon guna sensor shift. To be honest I pun tak tau apa beza dua benda tu tapi kalau ikut review tu guna lens kurang la blur gambarnya. Which is one of my main criteria la kan.

Second ialah shooting speed. Sony can shoot at 10 frame per second whilst Nikon at 5fps. Kalau tak silap shooting speed ni bagus untuk shoot moving object la kan. Then the exposure. Sony got longer exposure at 30 second comparing to Nikon's 1 second. Based on my further reading on this exposure thingy, longer exposure is better especially kalau nak shoot photos at night. Sony juga ada function untuk manual setting of shutter speed and aperture. Manual ni kalau reti guna boleh shoot nice photos gak ni. Yang lain-lain tu banyak lagi tapi tidak sepenting yang ni lah. Sebab mostly I guna auto mode aje pun kan.

Ish confuse la nak pilih mana satu. Hati ni berat ke arah Nikon tapi.... Sony pun best jugak. Hish..... susahnya nak decide. I kalau boleh nak beli sekarang-sekarang ni jugak. Hahaha..... Tapi tu lah.... tak de masa dah nak fikir panjang ni. This week sibuk nak berlari. Next week pulak nak pegi minum-minum kat istana so kalau ada camera best mesti boleh amik gambar lagi best kan. Konon-kononnya la tu. Padahal bukannya reti sangat nak amik artistik photos sangat pun. Mostly just point and shoot aje I ni.

So sape ada idea? Nikon S9100 or Sony HX7V? Kalau beli kat kedai, boleh dapat terus. Kalau beli online kena tunggu la dulu for shipping tapi harga adalah sedikit murah. So kena la decide cepat-cepat ni. Mana satu eh? Confuse..confuse....

I read on Nikon S9100 here, here and here. For Sony HX7V pulak, I refer here. In comparing both two, I refer here and here. Actually ada banyak lagi tapi malas la pulak nak link here.


Pesta muda-mudi

2-3 hari ni blogger macam buat hal la pulak. Nak update guna netbook kat rumah tak boleh. Selepas beberapa hari ada writer's block tetibe datang idea mencurah-curah untuk menulis lagi. Banyak pulak benda yang terjadi.


Anyway, sekarang ni tengah kecoh pasal Hari Belia kan. Yang ada Himpunan Sejuta Belia tu la. If you all nak tau, my house and pusat segala pesta hanyalah beberapa kangkang kera away aje tau. So dah start la sesak dengan segala macam canopy semua around the apartment complex yang terletak betul-betul depan Taman Pancarona. And the KBS building is literally seberang jalan aje. The main stage and my place memang sangat dekat tapi sebab mine mengadap tasik so tak nampak la. Those yang duduk blok C and D yang mengadap ke pusat bandar memang tak payah keluar rumah la. Duduk je kat balcony and enjoy the concert tanpa perlu bersesak-sesak.


Kalau orang kaki pesta segala bagai ni memang la seronok sebab dekat kan. Tapi those yang tak suka ni mesti bengang. Selain dari bunyi speaker yang memang gempak tu, jalan adalah jem ye. Semua jalan kena tutup so kena pusing jauh jugak la sebelum boleh nak sampai rumah tu. And starting today until Sunday, merasa la tengok kereta parking merata alam kat tempat kitorang. Last year pun sama. Tension aje. Orang syok-syok berpesta, I pulak yang susah nak ke mana-mana. So this year it's either perintah berkurung aje or pack your bag and moved somewhere else sekejap. Hehehe....


Eh tapi tak boleh la pulak nak lari ke tempat lain. Esok secara tak langsung I pun akan terjoin dalam the hype of Hari Belia ni sebab I join the Standard Chartered Fun Run. Last year I join the Jalan Ria with En. Afnan and Shikin. This year with fellow KKLW Runners akan berlari and gathering point adalah di Taman Pancarona. On Sunday ada SunMed Jogathon pulak. Hopefully larat la nak lari or jalan sebab lately kaki selalu sakit la.


So kepada mereka-mereka yang suka jenjalan and tak de plan nak buat apa on this weekend, datang la beramai-ramai ye. Jom Heboh edisi Hari Belia pun ada. So segala macam pesta dan artis akan berkumpul kat sini. Agak-agak Aaron Aziz ada tak? Hehehe....


Tuesday, May 24, 2011

Getting better

Yeay hari ni berjaya sampai batu timbang (the final step in batu seremban). I know... I know... orang lain dah berzaman dapat sampai batu timbang tapi I dah sebulan training baru dapat. Hahaha.... Kan I dah cakap, I ni the weakest player. Semua otai-otai, I sorang je yang masih terkial-kial. Tapi Alhamdulillah berkat latihan dengan bersungguh-sungguh hari ni merasa jugak I sampai batu timbang.

Dah tak lama lagi dah ni. Tak sampai 2 minggu nak bertanding. Takut jugak sebab kalau tengokkan performance, although mine adalah semakin baik but still tak sebagus yang lain. Otai-otai tu satu round dah dapat batu timbang. Tak pe usaha tangga jaya. Mudah-mudahan lepas ni I akan bermain dengan lebih baik setanding dengan otai-otai itu.

I tak pernah letak gambar kami training lagi kan. Bukan apa, gambar selalu blur. Ye la main kan bergerak-gerak. Tapi I suka dengan team batu seremban ni. Kelakar gila. Gelak sampai terbahak-bahak ok. Even sometimes ada yang rasa nak terkucil sebab gelak banyak sangat. Tak la rasa tertekan ke apa. Kalau dapat pengurus garang memang awal-awal I dah tarik diri. Hehehe.....

Hopefully our team akan dapat perform dengan baik la masa bertanding nanti. Gerun jugak dengar diorang cerita pasal player dari agensi-agensi lain yang otai gila tu. Belum bertanding pun dah cuak, agak-agak masa bertanding nanti macam mana la eh. Sekarang pun boleh menggigil tangan tau. 

Tak sabar pulak nak tunggu selesai games ni. Selagi tak selesai selagi tu la rasa risau. Hehehe....

Such a sweet act

Yesterday I had severe headache sampai rasa nak termuntah. Especially bila mengadap PC. Tak tau la kenapa. Even sampai malam pun sakit lagi so belum pukul 10 dah masuk tidur. Ni pun masih bersisa pening semalam. Wah masih bersisa you. Ayat novel sangat tau. Kerja pulak semuanya memerlukan mata ni mengadap PC. Mana ada main tulis-tulis dah sekarang ni kan. Haish makin pening le jawabnya.

Anyway, I saw something sweet this morning. Oh itu adalah salah satu reason kenapa naik public transport adalah best. Especially untuk observer macam I ni kan. Ada banyak benda boleh dilihat. Contoh macam pagi tadi la. I naik bas together with 3 boys. Siblings ni. Yang sulung dah sekolah menengah. Maybe form 1 kot. Sebab nampak macam budak-budak lagi. Yang tengah sekolah rendah. Maybe standard 6 or 5. Most probably standard 6 kot sebab tak jauh beza dengan abang sulung. Yang kecik adalah si montel yang comel. Maybe standard 1 or 2. Abang-abang dia kurus and smart and adik pulak montel semacam. But cute. Hahaha....  

Actually selalu je nampak diorang ni but today I ternampak what they did bila turun dari bas. Diorang ni sekolah dekat sekolah P18 depan Wisma Putra tu. Situ ada sekolah menengah and rendah sekali rasanya. Bila turun je dari bas, yang si kecik montel tu cepat-cepat salam and cium tangan abang sulung dia. Pastu yang tengah pun salam and cium tangan abang dia jugak. Oh how sweet. Padahal kalau tengok both abang sulung and tengah tu macam budak-budak baru nak remaja yang bukan suka stuff like salam-salam cium tangan semua ni kan. Bagus kan. Parents diorang dah ajar macam tu kot. Even bukan depan parents pun diorang still buat. Bagus sangat.

Even I dulu kalau pegi sekolah dengan abang and adik-adik I pun tak de nya nak salam cium tangan semua ni. Cuma sekarang je la kalau I nak balik sini semula from Kuantan, adik-adik akan salam. Salam je la. Kadang-kadang ada la cium tangan. Anak sedara ye. Salam mesti cium tangan. So macam comel pulak I tengok budak bertiga tadi tu. Dah la boys. 

Stuff like this yang kadang-kadang akan buat kita terfikir kan. I ni payah sikit nak PDA-PDA ni. Dulu I paling tak suka nak salam hari raya. Keji sangat bunyinya kan. But seriously I memang tak suka. Masa kecik-kecik I akan jadi yang paling last sekali. Kadang-kadang tu kena paksa. Even duit raya yang banyak pun takkan membuatkan I terasa nak salam cepat-cepat. Bila dah besar, sebelum salam I akan tengok keliling dulu. Bila dah tak de orang baru I salam my parents. Tu pun salam cepat-cepat and cakap selamat hari raya je. Where else the boys akan salam my mom siap cium pipi, dahi, hidung semua tu. 

In my mid twenties barulah I macam ok nak salam-salam hari raya depan orang ni and selalunya mesti ada air mata menyusul. Hahaha..... In fact bila adik-adik salam my parents, I pulak yang over menangis. Tu belum diorang salam dengan I lagi tu. Sebak aje rasa hati. And sekarang I dah boleh salam and cium both pipi my parents. Mula-mula nak start memang terasa janggal tapi I tengok abang and adik lelaki I boleh cium dahi semua tu selamba aje. Buat apa nak malu kan. Parents kita tu. Entah apa-apa je I ni. Tu pun nak segan. Oh tapi sekarang dah tak segan la. Dah biasa. Cuma bab-bab peluk tu belum lagi la.

I guess benda macam ni kena start dari kecik la kan. There were always babies in the house masa dulu so maybe my parents terlepas pandang dekat anak-anak yang dah besar. I can't remember when was the last time my parents kiss or hug me. Cuma lately sometimes lepas I cium my mom, she'll kiss me back. I pun sama je. Masa adik-adik I kecik, I suka hug them, kiss them and cuddle with them. Bila dah besar dah tak dah.

Dik Man would kiss my face everyday sebelum dia pergi sekolah until dia standard 6. Lepas tu dah tak dah. Ye la dah besar remaja kan. Takkan nak cium-cium lagi. Actually bila dia dah sekolah menengah dia still suka nak melese-lese ni. Tau tak melese ni apa? I pun tak reti nak describe but mana I duduk, mesti dia nak duduk or baring sebelah. Even tidur pun nak sebelah or sebilik dengan I. My mom tak kasi tu. Ye lah dah besar-besar tak baik la pulak kan. Although kita kata tak de apa but still tak manis la kot.

To be honest, I miss all that; the kissing, hugging and cuddling. Haish cepat sangat diorang ni membesar tau. Mujur dah ada pengganti; tu budak cikonet 3 orang tu. Tak lama Dik Manan pun boleh join the group. Sometimes I macam jealous jugak tengok orang yang dah besar panjang tapi boleh berpeluk bagai dengan parents and adik-beradik dia. Jealous bukan dengki ke apa tapi sort like kagum la. Kalau I la, rasa macam janggal aje. Maybe sebab my parents pun tak biasakan kitorang macam tu kan. Sekarang ni the only sibling yang masih boleh nak bermanja-manja ialah my youngest sister Akak. Lagipun dia perempuan kan. Although dia dah umur 17 tapi I rasa dia macam kecik aje lagi. Boleh la nak geletek-geletek lagi. Eh lupa, dengan Jannah pun boleh jugak.

Despite tidak menunjukkan kasih sayang secara berpeluk-cium or cakap sayang rindu semua ni, we love each other and very closed. Takat nak tolong picit, garu, korek telinga or cabut apa yang patut memang dah biasa. Imagine I pernah kena mengadap ketiak the boys lepas sorang-sorang. Ingat I ni bukak saloon ketiak ke apa. Tapi no hal la. Nama pun adik-beradik kan. Esok dah kawin suruh la bini masing-masing buat ye. Hahaha...... Tetibe rindu pulak nak berkumpul ramai-ramai lagi. Meriah ok.   

 

Saturday, May 21, 2011

Sabtu pun sibuk

Such a busy and full day today. Last night Rehan sleepover at my place. She left around 8 plus and Sally arrived not long after. After breakfast, around 9 we went to Menara OCM at Jalan Hang Jebat with Edwin and Ana to register for 2 running event; Shape and Men's Health Night Run and Larian Koperasi. Sempat la makan langsat sikit sebelum jumpa jalan yang benar. Hehehe.....

Jom kawan-kawan, run with us.....

Edwin yang gigih mengurus hal-ehwal larian kami. Syabbas manager....syabbas....

Lepas selesai urusan di Wisma OCM, kami ke Stadium Bukit Jalil pulak untuk amik race kit for Standard Chartered Fun Run next Saturday. Actually masa registration, ada problem sikit with my forms so there's possibility I takkan dapat jadi the early bird (first 1000 runner) yang akan dapat the race shirt tapi Alhamdulillah dengan bantuan one of the staff from Avitele (the event organizer kot) akhirnya berjaya jugak I dapat the race shirt. Thanks Pam for your effort. We were one of the early birds in collecting the race kit too. No need to queue at all.

They were looking for my running bip. Running shirt adalah cantik; t-shirt berkolar

Registration tent; very organized

Race pack collection tent; very organized too

The volunteer were promoting the raffle ticket for charity. Everyone bought 2 tickets

Next stop ialah Sunway Medical Centre. Nak collect race kit for SunMed Jogathon next Sunday. Again we were the early bird too. Best jugak keluar awal-awal ni. Senang. Nak tukar size t-shirt pun dia layan aje. Cuba dah lewat, mesti dia pun dah malas nak layan. Even size pun mesti dah habis kan.

Grand betul tempat ni, macam hotel

As usual manager kena settle semua. Anak buah just tengok aje. Hehehe....

Banyaknya goodies bag....


Me and Sally


Running shirt and goodies bag for SunMed Jogathon. Banyak betul barang ok. Belum lari dah dapat hadiah eh


Ada sos barbeque


Ada thousand island and Lipton's tea


Cantik tisu pack ni kan

Running shirt and I-pad (Edwin's version.... hahaha....)

Running shirt for Standard Chartered Fun Run. Dapat manggo juice sebotol

Dah settle bab larian, balik rumah bersiap untuk pegi wedding pulak. Last night Rehan taught me how to wear selendang properly so hari ni kita practicekan apa cikgu ajar semalam ye. Of course cikgu buat cantik aje. Practice make perfect so kena try banyak kali lagi ni. I nak pegi wedding my batchmate Ika kat Kajang. Hoh sesat barat ok. Ada sejam kitorang tersesat tadi. Kali ni pegi dengan Fadroy and Mastura.

Us (Fadroy, Mastura and me) with the newlywed. Congratulations Ika!

2 orang cik and seorang cik-bakal-puan. Cuba teka sape cik-bakal-puan tu?

On the dais with bunga telur yang cantik

Lepas makan kenduri, balik lepak rumah I dulu. Mastura tak pernah sampai rumah I lagi. Lagipun dia excited nak baca novel Kasih Yang Suci tu. Wah semua follow Nora Elena ni. Tekun betul Mastura membaca tadi. I pun sibuk nak membaca novel jugak. Ulat buku sangat tau. Hahaha.....

Lately ni kerap betul kawan-kawan lepak rumah I. Seronok la. Meriah la sikit rumah ni. Kalau tak senyap aje. Paling kuat pun bunyi TV je la. So kawan-kawan, nanti selalu-selalu la datang ye. Nak lepak boleh, nak masak-masak boleh, nak tido pun boleh. Wah promo rumah nampak. Hehehe......

Thursday, May 19, 2011

Drama oh drama

I can hardly sleep last night. It was so painful but I just don't want to pop any more pills into my body. Just sapu minyak angin and use the hot water bag. Tapi kalau dah sakit tu, buat apa pun takkan jadinya. Tahan aje lah. Syukurlah hari ni walaupun still sakit but not as bad as yesterday. Thanks to kawan-kawan di atas keprihatian anda. Terasa diri disayangi gitu. Hehehe.....

Anyway, today's session went so well. Tercapai jugak mission kami berbengkel. Maybe akan buat second bengkel pulak kot lepas ni. Bila buat keje through bengkel ni senang sikit. Focus and tak de gangguan so banyak benda boleh diselesaikan.

Ok lupakan tentang kerja. Nak cerita pasal dunia hiburan and gossip-gossip artis sikit. Hahaha..... No la, actually nak cerita pasal drama kat TVsekarang ni. Lately ni bila ada kesempatan, I rajin jugak follow drama Melayu kat TV3 pukul 7 malam tu. Although I selalu je sceptical dengan drama Melayu ni, tapi dah bosan tak tau nak buat apa I hadap la jugak.

Setelah a few drama yang I tengok, I perasan drama Melayu ni kadang-kadang tu start je ok. Tapi makin lama makin hampeh. Maybe slot untuk drama tu kena ada 2o episode je kan. Contoh la kan. So 18 episode pertama maybe la ok despite ada je scene-scene typical drama Melayu yang tak masuk akal tapi boleh la kan. Bila dah 18 episode tetibe baru diorang sedar yang ada tinggal 2 episode je lagi untuk diorang wrap up the whole story. So 2 episode terakhir tu memang diorang cramp everything and kesudahannya banyak la yang tergantung. Ntah pape je tau.

I ni dah la jenis detail bila tengok tu kan. So mesti la nak tau what happen to each character. Tengah-tengah cerita tetibe one of the character kena bunuh. Pastu ada konspirasi la apa la. Tapi sebab cerita ni focus pada kisah percintaan so in the end diorang focus nak bagi ada happy ending and terlupa nak selesaikan siasatan kes pembunuhan whatsoever itu. Or tak semestinya la bunuh-bunuh but ypu get what I mean la kan. Selalu hang kalau drama Melayu ni tau. Tetibe je tamat. Laaa..... camtu aje ke endingnya. Hampeh..... Sebab tu kadang-kadang halfway through I dah malas nak tengok dah. Macam dah boleh tau apa ending dia. Or rather malas nak tau.

Anyway, sekarang I tengah follow drama Nora Elena. Ni salah satu drama yang diadaptasi dari novel. Novel dia memang best gila. Kasih Yang Suci by Meen Zalikha. I dah baca novel tu so dah boleh agak story dia macam mana even though ada la a few yang diorang dah ubah dalam drama ni. Like I said in the earlier post, I am soooooo in love with Aaron Aziz. Tak pasal-pasal tersenyum and tersengih sensorang bila tengok cerita ni tau. Hopefully this drama tidak akan mengecewakan la seperti drama-drama yang lain tu. Sayang la sebab kalau ikut novel dia memang best.

Oh selain dari drama Melayu ni, I ada beberapa siri drama Korea yang I baru je beli. Cerita tak baru tapi I kind of like the story. Entah bila la boleh tengok semua cerita tu. In fact, ada banyak je cerita yang I beli tapi tak dan nak tengok lagi dah beli cerita lain. Hehehe..... My dad each tie tengok my Korean collection mesti cakap macam ni, "Ish beli apa la ni. Kalau belanja Abah makan pun dah kenyang dah". Hehehe..... Bukan takat kenyang dah Abah, boleh makan sampai pengsan. Nak makan kat hotel 5 star pun boleh. Hehehe.....

Nak kena beli almari khas ni nak simpan my CD collection. Dah banyak sangat dah. Tu pun banyak dah hilang. Kalau semua masih ada, boleh bukak kedai sewa CD dah I ni tau. Hehehe.....

Wednesday, May 18, 2011

Sakit macam nak mati

Today and tomorrow I ada kat INFRA berbengkel on MYSPATA again. Morning session went quite well but after lunch break, I was in so much pain sampai rasa macam nak mati ok. Orang selalu cakap period pain ni sakit dia separuh aje dari sakit nak bersalin. I cannot imagine la macam mana sakitnya nak bersalin tu kalau period pain ni pun I dah rasa sakit macam nak mati. There, two times already cakap sakit macam nak mati. Memang serius sakit sampai tak tau nak describe macam mana lagi dah. Not that I know how painful death is tapi itu je yang terfikir.

I tak mau la orang nampak I'm in pain kan so I duduk kat toilet. Sekali ada pulak staff lelaki yang tersalah masuk toilet tu and saw me squatting against the wall. Dah la I kenal. Segan jugak tapi rasa sakit lebih kuat dari rasa segan. Paling tak boleh blah, that guy adalah staff sana ok. Mesti main terjah aje toilet tak tengok gambar dah tu. Hahaha.... Dah la sama berbengkel dengan I. Masuk lab balik I buat muka stone aje. Thank God he didn't ask. Hehehe....

I guess my boss saw me excruciating in pain sambil key-in data tu kot. He told me to take a rest coz he saw me like having some kind of pain. Hish tajam betul mata boss I ni. Prihatin pulak tu. Ish segan pulak. Kalau ikut kan hati memang rasa macam nak balik dan-dan tu jugak sebab I was shivering sampai naik goose bump semua menahan sakit tapi segan la pulak. Entah pape je kan. Sakit-sakit pun nak segan lagi. Eh tapi betullah. Segan la kan. Hehehe....

Hari ni baru pengenalan. Tomorrow kena work with real data. Hopefully my tummy ni akan behave la sikit esok. Sakit light-light sudah la. Kalau tak sakit langsung lagi better. Tadi tu memang tak de intro langsung. Main terjah je sakit tu datang. Ish bila teringat balik rasa seriau pulak. Perut, tolong la jangan sakit esok ye. Please ye.....

I think sooner or later I have to do something with this pain la. Makin lama macam makin teruk jadinya. Tapi nak jumpa doktor macam takut la pulak. Bukan takut nak jumpa but takut with any procedure yang mungkin dibuat. Takat nak scan I no hal tapi kalau more than that macam ngeri aje. Gynae ni kan mesti nak cek yang sulit-sulit. Malu weh. Sulit darihal anggota gitu. Hehehe.....

So tolong la doakan agar nothing serious actually ye. Biarlah sihat aje.

p/s: I'm sooooooo in love with this Aaron Aziz la. Or may be it's Seth Tan but Aaron yang berlakon kan. He is sooooooo cute. Hahaha..... Wah selalu Korean man aje. This time Singaporean la pulak. Hehehe......

Tuesday, May 17, 2011

Selasa yang sangat best

Instead of Tuesday, it felt like weekend aje today. And since today is public holiday and it's been almost (or even more) than a year since we last met, I invited Rahmah for a sleepover. Suddenly Shikin pun kata nak lepak at my place jugak. Makcik tu punya lah busy, nama je office sebumbung tapi punya la payah nak jumpa. Plan nak keluar sama selalu tak jadi sampai termimpi-mimpi la keluar dengan dia. Serius ok. Hahaha..... Meriah my place semalam and today.

Last night I baked some cookies for them tapi tak tau kenapa the cookies macam tak berapa nak cantik rupanya. Sambil bake cookies, sambil berpesta makan. We had pizza (again!) courtesy of Shikin and meehon soup courtesy of Rahmah. Lepas makan I and Rahmah sembang-sembang sampai 1am. Shikin pulak awal-awal dah lena. Penat sangat la tu.

This morning, me and Rahmah berjogging. Shikin pun jogging jugak tapi atas katil la. Hahaha.... I've been living at this beautiful place for almost 3 years tapi this is the second time I turun berjogging kat bawah. First time was last year and it was with Rahmah jugak. Sayang betul kerana tak guna kemudahan yang ada. Tak de geng actually. Ceh alasan semata-semata.

Anyway, selain berjogging, kitorang sakan bergambar. Such a nice scenery. Kalau I professional photographer mesti boleh amik banyak shot-shot yang menarik. Oh I tak tau pulak ada tempat yang menarik ni kat area PICC tu. Ramai jugak photographer yang dok sakan amik gambar tadi.

Cantik betul tempat ni. Bunyi macam air terjun

This is Rahmah; my colleague masa kat Guardian Ampang Park

Tempat berehat dengan pemandangan yang superb

Cantikkan

PICC kat atas tu

Kenapa la tak tau ada tempat secantik ini selama ni eh

Cantik jugak kan. Kat bawah jembatan ni la tempat I amik gambar paling atas tu

Rahmah merenung masa depan. Hehehe.....

Our new building

Lepas berpeluh-peluh, we had breakfast dengan leftover pizza, bread and cheesecake. Elok sangat la tu kan. Sia-sia je burnt calories earlier. Then lepak-lepak sebelum keluar lunch. Being such a workaholic, Shikin ke office. I memang salute la makcik sorang ni. Keje je keje dia. Even weekends pun selalu je dia ke office. Untung la boss dia dapat staff workaholic macam tu.

I and Rahmah pulak melepak kat Alamanda. Sekarang ni almost every alternate day I ke sana. Naik bosan sampai tak tau nak tengok apa dah kat sana. Hehehe..... Even nak makan pun tak tau nak makan apa dah sebab semua kedai pun I selalu pegi. Lastly we went to Secret Recipe aje. Baru last Friday makan kat sini. Jemu la pulak with the foods there.

Both had noodle in tom yam soup. Can't finish mine. Lagipun I'm still full with the heavy breakfast

Berborak aje keje dia ni tau. Hahaha.....

By the way, sebelum keluar tadi, I pegi la buang sampah. On the way ke rumah sampah, I saw this at the parking area. Memang selalu je ada orang buat kerja tak bertamadun ni tau. Tak faham I dengan mentaliti manusia sekarang yang dah senang nak senang lagi.


Tinggal kan sampah kat parking area padahal rumah sampah cuma beberapa langkah aje dari tempat sampah ini ditemui. This has pissed someone so much kot until he/she wrote something at the box.

Ouch! Quite harsh but serve that irresponsible fella well

Ni kalau tak faham lagi tak tau la nak kata apa. Serius ada masalah mental orang yang still nak tinggalkan sampah kat parking area ni. Diorang kalau boleh nak orang collect sampah dari dalam rumah diorang agaknya. Nak buang sampah kat rumah sampah yang just a few steps away pun malas. Ni kakitangan kerajaan la punya perangai ni. Buat malu aje. Haish!

Anyway, thanks to Shikin and Rahmah for coming over. Datang la selalu ye. Rumah ni sentiasa terbuka menanti kedatangan korang.

Monday, May 16, 2011

Kenangan bersama cikgu-cikgu - secondary and tertiary school

Ok sambung. Again, entry adalah super panjang ye.

Sek. Men. Kerajaan (A) Matang No. 2, Kuching (1991)
Started my secondary education at this religious boarding school. Ada banyak cikgu yang best juga. I can't remember the names of the teacher though except for my sejarah teacher; Cikgu Haris Fazilah and BM teacher Puan Saodah. Semua cikgu best la; cikgu math, cikgu KH, cikgu PJ. Even cikgu ganti and cikgu practical pun adalah sangat best ok. Oh ada satu je yang tak best actually. My ustaz Bahasa Arab. I tak suka ustaz ni. I rasa sebab tu lah tak berkat hence sampai sudah I tak pandai bahasa arab. Hehehe....

I love everything about this school (kecuali beberapa senior yang hampeh) eventhough sekolah ini adalah sangat daif sebab menumpang. Percaya tak kalau I cakap kelas I atap nipah ok. Sebab tak cukup kelas, form 1 kena la duduk bangunan lama, dinding papan and atap nipah and jauh terasing dari bangunan utama sekolah dan kelas-kelas yang lain. Cikgu-cikgu kena menapak jauh gila ok. So ketua kelas selalunya akan tolong angkatkan beg cikgu.

Cikgu Saodah adalah sangat baik. Dan kelakar. Dan sporting juga. She help to keep our money. Maklumlah kat sekolah berasrama ni, risiko untuk hilang duit memang tinggi. So simpan duit kat cikgu and bila nak guna baru mintak. I tak tau la kenapa but dalam banyak-banyak tahun I sekolah, masa form one lah I have good repo dengan semua cikgu. Except with that ustaz BA tu lah ye. Memang sangat-sangat kamcing. Mostly sebab I suka berbual-bual dengan cikgu la. Ada je benda nak tanya dan nak sembang. Hehehe.... Agak-agak merasa tak nak jumpa cikgu-cikgu ni lagi ye?

I sekolah kat sini setahun aje and then pindah semenanjung semula. Sayang betul sebab cikgu semua best and sekolah tu pindah ke tapak baru starting next year tu. Tak merasa la I sekolah baru.

Sek Men. Keb (A) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut, Pahang (1992-1993)
This is the worst school ever eventhough kalau ikutkan masa tu sekolah ni adalah antara sekolah terbaik di Pahang. I didn't enjoy my 2 years stay there. Semuanya tak best. I didn't know why but everything was wrong there. Ada je benda tak kena and tak betul, bukan I yang rasa tak kena or tak betul, but I yang tak kena and tak betul tu ok. I tak tau lah I yang weird or what but that was my experience there. Being a newcomer at form two, memang sangat tak best. It's like you're the new student even after one year ok.

And there's too many rules and regulation. Sekolah ini jugaklah yang telah membentuk I menjadi seorang yang sangat inferiority complex. Rasa rendah diri sangat sebab macam semua benda lah tak betul. I was bullied by the boys and seniors. Altough tak la semua but still memberikan impak yang mendalam ye. Despite hating this school so much, I dapat kawan baik that is Hanim. Hanim pun shared the same thought about this school. Both hated this school to bit. Hahaha.....

English teacher masa form two adalah Puan Mahfudzah yang sangat garang. She beat me once (or rather pinch tapi banyak kali) sebab terlupa nak lukis diagram. That was the only time I kena dengan dia tapi menangis bagai nak rak ok. Tak pernah I mengadu pasal cikgu pukul I tapi her's memang I called my mom and menangis-nangis mengadu sebab she cubit my hand sampai ada darah beku ok. At least I kena cubit aje. Boys kena penampar sampai berdarah mulut, kena baling dengan duster etc. Ngeri sangat ok. Ustazah Nor Ana yang ajar bahasa arab pun sangat garang. Suka je nak cubit perut. Then english teacher masa form 3, Puan Zaiton pulak mulut laser mak datuk. Dah la I ni jiwa sensitif. Hahaha.....

The only teacher yang best was my class teacher masa form 3; Puan Noraini. She is the only one yang I boleh connect. Yang lain memang hampeh. Sorry but that is the reality then. The teacher there either terlalu garang or tak de perasaan sangat so macam tak rapat dengan students. The only one yang bagus was Puan Noraini tu lah. Oh how can I forget my geography teacher yang sangat best itu; Cikgu Shahrom. Dia bukan best apa tapi dia suka bawak atlas masuk kelas and pasang lagu Kitaro. Memang heaven ok.

Anyway, I was traumatized by my short stint there. Mimpi ngeri la sekolah tu. Hahaha......

Sek Men. Seri Mahkota, Kuantan, Pahang (1994-1995)
This is the first school yang ada ramai kaum lain selain Melayu. Mostly chinese la. So pertempuran (cewah!) antara malay and chinese boys happened almost all the time. First time tengok bertumbuk bagai depan mata memang terkejut ok. But I preferred this school better rather than the konon-konon best religious boarding school. At least here no one treated me badly. I was a newcomer jugak tapi tak de la kena buli except for one insiden tarik tudung masa I mula-mula masuk.

I was in the first class; the one and only science class so teachers semua memang bagi tumpuan penuh la. Class teacher for both year (form 4 and 5) was Miss Tham; she taught us chemistry. Biology teacher was Cik (and later Puan) Fazilah. She is so sengal. Sengal as in lawak and selamba aje talking about stuff deems taboo too us. Nama pun biologi kan. Hehehe..... Physics masa form 4 was taught by Cikgu Zulkifli and in form 5 by Cikgu Leong yang sangat nerd. Math teacher pun sangat best despite me being one of the weakest student in math. Both cikgu BM and BI sangat sayang kat I sebab I was their best student in the whole batch masa I form 4 and 5. Welll....... (blew nails.... hahaha.....) Tapi terlebih confident bahaya jugak sebab turn out both subject I tak dapat score A pun. Hahaha.....

Our class adalah sangat small; only 17 of us so semua pun quite close with each other. Melayu and Cina berkawan baik. I rasa in my class aje la kot sebab kelas-kelas lain tu both races adalah quite hostile towards each other. Pantang silap sikit terus berlaku pertempuran ok. And being in the first class, of course kalau ada apa-apa mesti cikgu dulukan kitorang. So merasa la pergi pekhemahan science and math, pertandingan itu ini, ceramah macam-macam etc. And here tak de cikgu yang cubit-mencubit atau denda-mendenda. At least at my class la. So rasa tenang aje nak pegi sekolah.

Sek. Men Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang (1996)
I buat lower six for 6 months at this school. Ni sekolah bandar where students mostly comes from rich families. Pegi balik sekolah driver hantar naik kereta mewah. I naik la trak la macam biasa. Hehehe....... Cikgu here mostly adalah ok. Tak sempat nak kenal rapat pun dengan semua cikgu sebab sekejap sangat sekolah kat sana. To be honest, selain dari cikgu pengajian am dan sejarah yang best tapi I tak ingat nama, cikgu-cikgu lain adalah biasa-biasa aje. Nothing much impact pun from this school. Tak sempat nak merasa sebarang event pun except for a Sixxer's Nite; dinner for form six students.

Universiti Teknologi MARA Shah Alam (1997-2001)
I was under the School Of Administation and Law (now dah separated into two faculty; law and admin science and policy studies). Lecturers here ada yang best and ada yang biasa-biasa aje. But they are definately not like teachers at school; relationship between students and lecturers were quite formal. Tak de la nak manja-manja like at school. Lagipun semua dah dewasa so memang like adult la perangai tu kan. Nevertheless, lecturers juga banyak membentuk peribadi students; they inspire us to be someone. Masa sekolah bukan cikgu tak inspire tapi lecturers ni lain sikit pendekatannya. So kita banyak mengenal diri masa kat uni sebab lecturers taught us to think and not to just absorb aje apa yang dia kasi.

My favourite lecturers were my account lecturer yang menyebabkan I jatuh cinta dengan subjek account (but I can't seem to remember her name though), my law lecturer; Datin Beatrice Vohrah (ye suami dia ialah judge Datuk K.C Vohrah yang famous tu), the eccentric Miss Glory with her famous words, "Small is beautiful", Cik Siti Korota Aini yang sangat sporting (now dah jadi assoc. prof with Dr. title), En. Jalil Ali (pun dah jadi assoc. prof) yang agak strict thus menyebabkan kami lebih prepare sebelum masuk kelas, Ustaz Zaki yang rock and kelakar and handsome macam Bernard Chandran (yes that famous designer), En. Shaharuddin Badaruddin (juga dah jadi assoc. prof) yang sangat informative, Mr Allagan dan ramai lagi lah. Oh ada sorang yang dah meninggal pun; Tuan Ibni Radzuan. Almost semua lecturer adalah best and mempunyai kekuatan masing-masing.

Hoh kalau nak cerita semua 10 hari 10 malam pun tak habis ni. Anyway, despite banyak kenangan manis masam pahit payau kelat semua during students time but still masa belajar lah paling best sekali. Except for that 2 years of nighmare, I love being a student. Heaven aje. Nothing much to worry about. And I love all my teachers. Diorang banyak memberikan impak yang postif and membentuk I menjadi someone I am today. I was not able to say it then but I'm saying it now;

TERIMA KASIH CIKGU ATAS SEMUA TUNJUK AJAR, BANTUAN, NASIHAT DAN PANDUAN YANG DIBERIKAN. SEMOGA CIKGU SEMUA SENTIASA DIBERKATI OLEH ALLAH. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIKGU. BUDI BAIK CIKGU AKAN SAYA KENANG HINGGA AKHIR HAYAT. SELAMAT HARI GURU, CIKGU!