Friday, April 08, 2011

Friday's walkabout

This morning naik bas 3 orang je tau. Sebesar-besar bas cuma 3 penumpang aje. Ish..ish... pembaziran sumber betul. And kesian driver bas tu. Hehehe..... Bila dah almost seminggu naik bas ni kan, rasa macam syok pulak naik bas. Tak payah susah-susah nak fikir pasal parking. Cuma kena spend time lebih sikit la menunggu bas dan menunggu sampai ke destinasi. Tapi ok je. Dok dalam bas boleh berangan, menikmati keindahan Putrajaya or even menyanyi lagu ikut radio. Kihkihkih..... 

Anyway hari ni as usual nak walkabout ke Alamanda for lunch. Kalau tak de apa memang every Friday ada walkabout ni. Bersama teman walkabout yang setia iaitu Cik Yanti. Jarang ada orang yang berminat nak walkabout ni. Sekali-sekala kena la berjalan sikit kan. Ni asyik la duduk aje pastu bising-bising kata sana lebar sini lebar. Kan.... Dah few weeks jugaklah tak berwalkabout ni. Cuaca pun just nice aje today. Tapi hujan ke panas ke kalau kata nak ke ke Alamanda kami redah aje. Hehehe.... Oh that explain why on Friday I suka pakai flatshoes aje. Sonang nak berjalan. 

Talking about lunch ni kan, I nak bawak Cik Yanti makan kat Manhattan Fish Market today. I selalu bawak dia tryout kedai-kedai makan western kat Alamanda tu. Tapi kan, for 2 consecutive years I had my birthday treat at MFM so kalau I makan sana hari ni then next week on my birthday takkan nak makan kat sana lagi kot. Wah over la pulakkan sampai 2 minggu berturut nak makan kat sana. But then bukan selalu pun. But then again I kan on cholesterol watchout ni. Ni hari ni punya session pun dah berapa cholesterol counting dia. Tu belum kira everyday punya meals tu. Although I try not to eat fatty food sangat tapi susah ok. Bukan ada banyak pilihan sangat pun.

So ok la next week on my birthday I nak kena cari tempat baru untuk makan. Hmmmm.... kat mana eh. Bukan ada banyak pilihan pun kalau kat Putrajaya ni. Ada sape-sape nak belanja I kat Pullman tak? Hahaha..... Over je tau. Tapi birthday treat mestilah kat tempat yang jarang kita pergi. Jarang tu as in few times aje every year. Or worst still, the only time pegi sana ialah masa birthday. Baru la rasa special sikit kan. Since my birthday would fall on weekdays, nak berjalan jauh demi nak makan adalah malas so itu pasal pilihan adalah Alamanda saje. Apa je kat Alamanda tu yang I tak try lagi. Sushi???? Hehehe..... 

So selamat menikmati lunch hour yang panjang ye. See you all in Alamanda. 

Thursday, April 07, 2011

Beauty regime

The other day En. Afnan came to my place. I can't remember when was the last time I met him. Pakcik tu sentiasa sibuk aje. Wah he looks very radiant la. Glowing skin gitu. Rambut pun nampak shiny and healthy. Apa rahsia dia ye. He did share some of his beauty regime. Gigih betul kawan I sorang ni. I pun tak segigih itu dalam bab-bab menjaga kecantikan diri ni. Tapi bagus lah. I pun nak kena ikut his style la. Menjaga kulit, rambut dan kesihatan dalaman supaya nampak radiant aje. Kihkihkih..... Oh tapi I rasa En. Afnan tu berseri-seri sebab nak kawin kot. Hahaha..... Jangan marah nooo.....

Kena rajin-rajin pakai product kecantikan, buat treatment muka, rambut dan badan, exercise and makan makanan yang sihat dan menyihatkan. Konon-konon je la tu. Tak de ke maknanya I nak rajin buat semua tu. I ni actually paling tak suka nak letak benda kat muka. I suka au naturale. Biar my skin naked and easy to breathe. Tapi sekarang nak pegi keje muka togel tak boleh la kan. In fact ada je kawan-kawan yang pernah tegur suruh at least pakai light make-up. Kalau rajin I pakai la tapi rajin tu memang jarang-jarang datang.

So normally my morning routine lepas cuci muka ialah pakai toner, serum, day cream and bedak baby. Kadang-kadang I pakai la 2way powder. Kalau dulu masa pakai Olay Total Effect lagi senang. Cuci, sapu toner, sapu cream Total Effect and bedak. I kalau boleh tak mau guna pencuci muka kerap sangat so time nak solat memang I cuci muka dengan air aje. And that explained kenapa I malas betul nak pakai make-up ni. Payah nak cuci kalau nak solat. Bukan la payah mana sangat tapi kena pakai pencuci muka. Selalu lepas solat memang muka au naturale aje lah. No touch-up touch-up ni. And later malam bila mandi baru cuci guna pencuci muka and thats about it. Tiada toner or night cream bagai. Sometimes like twice a week ke I akan scrub my face.

Kalau ikutkan, I paling suka guna product ZA. In fact dulu memang guna the whole set. Tapi biasa lah I ni suka nak beli itu ini so lama-lama I dah tak pakai ZA sangat except for the facial wash and 2way powder. For facial wash I guna ZA True White Cleansing Foam. Best product ni. Now that I nak try on Safi, I bought the whole set of Safi Balqis Perfect 10 except the facial wash. Ada toner, serum and day cream. Since I tak suka letak apa-apa kat muka bila nak tidur, I tak beli la night cream tu. As for the scrub, I guna St Ives Apricot Scrub. I dah pernah try banyak scrub tapi I rasa ni yang paling best. Selalu beli scrub pakai sekali tak best terus pass on to my sister. Membazir betul. Tapi kalau St Ives ni memang dah banyak tube dah la pakai.

Although I tak pakai make-up, tapi kalau you all tengok my make-up set memang macam stok pakai make-up all the time lah. But not the expensive ones la sebab bukan pakai selalu pun nak beli yang mahal-mahal kan. And paling penting, macam la I reti sangat nak pakai make-up pun. Nak sapu eye shadow pun tak lepas lagi ok. Although tak reti pakai sangat tapi kalau beli tak nak kalah ok. Hahaha.... I ada banyak colour of eye shadow and mostly from Silkygirl and Loreal. For blusher I guna Silkygirl, Elianto and Sasa. Lipstick ok yang ni tricky sikit. My lips ni entah kenapa kalau pakai je lipstick aje mesti kering semacam. Sampai menggelupas yang stok boleh koyakkan the skin tu tau. Wah macam sakit aje bunyinya kan. Well memang pun kadang-kadang tu.

For my lip I guna Sebamed Lip Defense. Hah amik nak. Defense ok. Hehehe... Dulu I have tonne of lip balm. Sebut je jenama apa semua ada. Tapi yang ni je yang kekal I guna sampai sekarang. Even Vaseline punya pun tak rasa best macam Sebamed ni. Cuma satu je la yang tak best. Rasa dia. Tak sedap. Hahaha...... Lipstick or lipcolour tak de satu pun yang bila pakai tak mengeringkan bibir kecuali yang I pakai sekarang ni. From CNI tak silap. Ni my sister in law yang belikan. As for lip gloss I dah tak pakai any dah. Dulu ada la jenama Loreal la, Maybelline la and entah apa je. Again, memang la nampak cantik aje shiny and glossy pastu merasa la kering menggelupas tu.

Eye liner and mascara memang tak pakai. Lagipun kalau letak mascara, habis smeared at my specs. Well nak kata bulu mata panjang la tu. Hahaha..... Memang pun. So kalau terasa macam nak pakai light make-up I akan pakai la blusher. Kalau rajin lip balm and lipstick and kalau ada function baru letak eye shadow. Memang dasar pemalas betul I ni kan. Hehehe.... Tau tak pe....

Nak tau tak. Dulu masa kerja kat Guardian I memang tahap kronik gila tau. Mana taknya. Hari-hari dok mengadap cosmetics and skincares so my make-up set memang complete ok. Tapi pakainya ada la sekali dua. Hahaha.... I ada foundations, concealer, pressed powder, loose powder, 2way cakes, eye shadows, eye liners, mascaras, blushers, lip balms, lip liner, lipsticks and lipglosses. Pastu entah apa lagi yang bagi nampak glowing la apa la tu. Perasan tak almost semua tu ada 's'? Plural tu. Memang ada a few ok. Ada yang I beli and ada yang I dapat. Tapi mostly beli la. Yang dapat tu sebab beauty advisor kasi hadiah. Kadang-kadang diorang balik HQ diorang boleh beli dengan harga yang teramat murah so kadang-kadang ada la diorang kasi hadiah. Tu belum kira hadiah sebab kedai menang apa-apa or dinner and whatnot tu. Gila betul. Tapi kawan-kawan I pun tumpang la sekaki sebab I pun bila dah melambak-lambak tu mesti la kasi hadiah kat kawan-kawan pulak kan. Hahaha.....  

Anyway, setelah melihat akan En.Afnan punya hasil kerajinan dan kegigihan dalam mengamalkan beauty regime dia tu, I ingat I pun kena rajin la jugak kan. Malu la lelaki pun lagi rajin dari I yang perempuan ni. Hehehe.... So lepas ni kena la rajin-rajin pakai toner, serum, cream and whatnot. Susah-susah sangat, buat facial sebulan sekali. Yezza itu memang patut. I ni jarang kasi perhatian kat diri sendiri kan. So like I wrote earlier, lepas ni nak bagi focus yang lebih pada diri sendiri. Buat treatment kecantikan. Treatment ajelah bukan la pegi buat makeover plastic surgery or cucuk sana sini tu. Tu I pun ngeri nak buat ok.

So nantikan kemunculan Eny yang berseri-seri ye. Hahaha..... 

Tuesday, April 05, 2011

Cerita Selasa

Second day of riding bus to work. Hari ni jauh la pulak the bus pusing-pusing; ke Wisma Putra and Alamanda dulu. So I sampai office pukul 7.28am. And that according to my standard is late. I know I know my working time start at 8am tapi I memang suka je datang awal ni. Normally kalau drive I akan sampai before 7am. Kalau start dengan angka 7 je I dah rasa macam lewat. Entah apa-apa entah.

Anyway, bagus jugak naik bas ni. My green phone have step counting software. Normally kalau drive, from home to office ada la dalam 300++ steps. Tapi kalau naik bas, dekat 2000 steps ok. So kalau selalu naik bas dan bergerak dengan aktif kat office tu, senang-senang aje boleh achieve 10k steps per day in which recommended to maintain a healthy lifestyle. Dan menjimatkan Co2 juga. 

Yesterday a friend came to my place and antara topik perbualan ialah ukur lilit badan yang makin melebar. Ahah such a familiar topic among friends nowadays. Hehehe.... So, she invited me for a jogging session and I pulak invited her for a swimming session yang masih belum berjaya dilaksanakan itu. Since kami adalah tinggal berdekatan maka senang juga nak buat arrangement. Hopefully lepas ni berjaya la impian I nak belajar swimming ni.   

Perlukah disebut nama kawan ini? Kang ada pulak yang meroyan sebab I tak sebut nama kawan-kawan ni kan. Hahaha..... Sempat lagi tu. Anyway, kawan I ni suka minum teh tarik. So she blame it on the teh tarik kerana menyebabkan expanding waistline itu. Actually it's not really waistline but more on thightline. Hahaha..... I pun sama je. I suka sangat nescafe tarik. Everyday memang breakfast dengan nescafe tarik. I know last time I dah stop from minum sweet drinks ni but once you started again memang akan terus-terusan minum. Sweet drinks and cold drinks. Memang sedapppp.

Fine I'll stop. So this morning I tak minum dah nescafe tarik. Back to plain water. Tengok la berapa lama boleh bertahan. I'm not addicted. Not yet tapi saje la suka nak minum kan. So sebab tu boleh stop bila-bila. No withdrawal symptom or anything. Bayangkan kalau I ni coffee addict yang setiap pagi memang kena minum coffee dulu if not semua benda tak kena. Hoh memang payah la sikit kan. So yes back to plain water only. Even doctor pun dah pesan suruh minum air kosong banyak-banyak. Liat betul nak minum air dia ni tau. 

Tu baru minuman. Belum lagi benda-benda yang tak boleh makan. And benda-benda yang nak kena makan. Aiyo....

Monday, April 04, 2011

Coret-coret kenduri

Laaaa ingat kan dah habis. Tak habis lagi ke cerita kenduri ni? Please la. Hahaha.... Actually bukanlah pasal kenduri but all this happened semasa kenduri so kira coret-coret kenduri la jugak kan.

Sape yang selalu singgah sini mesti tau how's mak neneknya mulut anak-anak sedara I kan. Adah asked this question kat Kak Jc.

" Pak Long lahir yang pertama kan. Walid (her dad) lahir yang ketiga kan (or was it 'kemudian' tak ingat dah). Abis tu kenapa Walid kawin dulu dari Pak Long?"

Haaaa sape nak jawab tu? Hahaha.....

Eh I pun kena jugak soalan bombastic ni. Takat tanya bila lagi tu dah tak terbilang dah. Soalan paling tak tau nak jawab camne came from my cousin Natasya (anak Mak Ngah). We were doing the bunga telur then. Mula-mula dia tanya bila nak kawin la apa la. Last-last tau apa dia tanya?

"Kak Eny memang tak nak kawin eh?"

Terkejut my Mak Ngah dengar anak dia tanya macam tu. Hahaha.... Kalau tanya bila I boleh la jawab nanti la. Kalau tanya dah ada calon ke tidak boleh la jawab tak de. Tapi kalau tanya memang tak nak kawin ke tak tau nak jawab apa. So I told her yang itu I tak tau nak jawab apa. Sebab I betul-betul tak tau. Hahaha......

Oh something paling tak munasabah of course la keluar dari mulut I ni. Hahaha.... Pak Long Zul and family dah nak beransur balik so masa salam-salam tu macam biasa la mesti la nak tanya soalan cepu emas kan. Since he's with some aviation company, I dengan selamba badaknya jawab;

Me : "Kalau kawin nak helikopter boleh?" (not that I nak helikopter sebagai hadiah kawin tapi saja la nak buat gimik masa majlis kan - wah terperasan diva la pulak)

Pak Long : "Ok kalau Angah kawin next year Pak Long sediakan helikopter"

Me : "Alamak kena kerja keras macam ni"

Mak : "Habis la tercabut semua khemah-khemah macam tu"

Hmmm betul jugak cakap Mak tu kan. Mintak tak agak-agak. Hahaha.... Kalau la dapat helikopter tu pun, apa I nak buat. Macam tak sesuai aje kan. Ingat kau tu selebriti or jutawan ke Eny oiii??? Dah tak payah nak berangan. Tsk patutnya I asked for something better than that kan. But like what eh? Hadiah yang super gempak. Ecece......

Oh jangan tak tau, ada orang (specifically jenjiran la) yang still tak tau I ni sape. Hahaha.... Nampak sangat kurang bergaul eh. Dah tu dok terperap aje kat rumah. Even masa semua dok sibuk kat khemah masak tu, I kat rumah aje sebab banyak tu benda nak buat kat rumah tu thus tak de masa nak bersosialisasi dengan semua. Yeah I know my bad. Bang Long rarely at home tu tapi all the makcik-makcik kenal him. Alah orang keje F&B ni memang terbaik PR dia kan. So memang sesuai la dengan keramahan dia mengentertain semua orang tu kan. I was the talkative one compared to him but once involved audience yang ramai, Bang Long memang champion lah. I ni cakap banyak only to close ones. Kalau ramai-ramai I malu. Malu la sangat. Hehehe.....

Ops tadi macam banyak nak tulis. Now dah terlupa la pulak. Kalau ikutkan ada banyak je dialog-dialog lawak atau funny circumstances sepanjang cuti berkenduri hari tu. Ish tetibe terasa rindu pulak nak balik Kuantan. Hmmmm......

Isnin yang tak berapa best

It's Monday morning and I had so much already. Definitely not a good start of the week. First my car couldn't start. Seems like the battery dah sakit tenat since the hospital tragedy last week. Hahaha..... Then I tried to call few ministrymate yang tinggal at the same apartment tapi semua pun tak dapat. So fine I naik bas aje la. Alhamdulillah tak sempat sampai bus stop dah ada bus datang and yang direct pulak tu so tak de la pusing satu Putrajaya.

Since I naik bas, terlupa nak amik tag dalam kereta. So sampai ofis kena la tunggu orang nak keluar masuk sebelum I boleh masuk untuk punch. Perut ni pulak meragam aje so bila nak keluar masuk ke toilet kenalah pinjam tag orang. Malas pulak nak amik temp tag kat security.

Abah tertinggal ubat kat rumah. Ubat tu pulak nak kena inject every night. Nak pos tak boleh. So kena hantar dengan segera. Ada orang nak pegi Kuantan for meeting tapi dah terlepas la sebab I sampai tadi pukul 7.10am lebih and they push off at 7.00am. Now macam mana I nak hantar ubat Abah ni. Ingat nak tumpangkan melalui bas ke Kuantan tapi kereta I la pulak buat hal. So amcam mana ni? Ada sape-sape nak ke Kuantan tak?

Nampak gayanya melayang la duit untuk beli battery kereta yang baru. I punya birthday kereta pulak yang dapat hadiah. Hehehe...... So sehari dua ni terpaksa la naik bas. Nak tau, since I bought the car in July 2007, I tak pernah lagi replace the battery. So far memang tak pernah having any problem macam susah nak start ke apa ke. It's either the battery adalah sangat bagus atau I pandai jaga. Hahaha..... Just after incident terlupa nak tutup lampu last week aje dia meragam. I guess dah sampai masa la kot. Tuan dia sakit so kereta pun nak sakit juga. Tak pe lah at least dah banyak jasa battery lama itu. Hmmm.... kat mana nak replace battery eh?

Oh hari ni tidak la tak pahit memanjang sebab ada juga yang manisnya. Puan D bagi apple crumble and potato salad. Dia tu macam tau-tau aje. These past few days memang I teringin sangat nak buat potato salad. Siap dah beli semua ingredients. Ingat nak buat malam tadi tapi kemalasan melanda so plan nak buat malam ni. Sekali dah dapat from her. So nanti-nanti lah ye.

Sunday, April 03, 2011

B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T.

I was super-duper-trooper angry last Friday. Marah ya amat. Bersorak-sorai gembira syaitonniroojim dengan kemarahan I itu. Tapi I memang sangat marah la. Mujur la orang yang menimbulkan kemarahan itu tak de depan mata. If not possibly I akan mengaum macam naga, singa whatever. Hahaha.... Konon-konon la kan. Tapi betul la. I memang marah and telah mengeluarkan perkatan yang selayaknya keluar kalau marah; B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T. Ambik kau. Semua keluar. Memang sesuai sangat dengan orang yang buat benda macam ni kat I. And of course my cinta hati Savvy. Kesian dia tau tak. Apa dosa dia sampai you all buat dia macam ni. Memang B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T punya orang.

Look at that
Deep scar I tell you
Very obvious

I am so angry sebab I tidak melakukan sebarang kesalahan ok. I parked my car correctly in parking line. Tidak lebih dan tidak kurang. Just nicely park. In fact banyak lebih kat depan tu. Maklumlah Savvy I kan comel aje. Tapi ada orang yang B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T telah dengan B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T nya mendouble park dengan mencuri ruangan yang ada depan kereta I tu. Dan kereta bersebelahan juga. Pastu ada orang bersebelahan yang B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T yang telah menolak kereta tadi sebab nak keluarkan kereta dia hingga menyebabkan kereta I yang menjadi mangsa.

Kalau I parking kat tempat yang tak sepatutnya atau double/triple park kereta orang atau parking tak betul then memang padan la muka I sebab kena kan. Ini tidak. I tidak bersalah langsung so sebab tu I marah sangat. Dasar manusia B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T. Kalau dah lambat tu dan nak double park, boleh fikir sikit tak. B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T. Yang nak menolak tu pun sama. Boleh fikir sikit tak bila menolak kereta orang lain tu. B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T. Ni memang suoer-duoer-trooper angry la ni sampai dok keluar B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T memanjang.

Ni sapa yang nak bayar gantirugi kat I ni. Memang tak de sape yang akan mengaku. Tak pe tak pe. Konsep I senang aje. Today you buat kat I kan. Tomorrow orang pulak buat kat you. Maybe lebih teruk. Accident sampai total lost ke kan. Not that I doakan jadi macam tu but I'm just saying. Setiap perkara buruk yang kita buat dekat orang pasti ada pembalasannya. So maybe what happened to me is some sort of kafarah dosa I jugak. Maybe I pernah buat macam tu kat orang sebelum ni tanpa sedar. Although I always take precaution masa menolak tu tapi manalah tau kan. Tak pelah. Tapi marah tetap marah jugak. B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T. punya orang.

Oh nak tau, kereta yang B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T itu ialah kereta PROTON SATRIA BCF 7665. Ok bukan kereta yang B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T tapi tuan dia yang B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T. I don't care if this B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T know me or a friend of me. You just plain B.O.D.O.H, S.T.U.P.I.D, I.D.I.O.T. Both of you yang memarking dan menolak kereta juga. Tak pasal-pasal sakit perut I bertambah sebab kena tolak kereta tu. Aaaarrrgggghhhhh!!!!!!!!!!!

Ok bagi menyejukkan hati yang panas, mari kita tengok muka Ju-On ni. Hahaha......



Finale of itu kenduri

Ok ok I know I'm way behind in finishing the story but too many things come out so asyik rancangan tergendala sebentar. My tum-tum is ok already and my parents went back to Kuantan already last night leaving me all alone again so what's a better way to spend the day kan. So here's the finale episode. Ecece......

Let see.... hmmm this would be on last Sunday la kan. Since all the pots and pans and whatnot telah selesai dicuci on Saturday so Sunday tu just for mengemas dan mengira inventori baliklah before everything disimpan kembali di dalam stor. Selamat pengantin for not having to wash the periuk belanga. Last time masa Hayat, Mamat telah menyelesaikan semua. This time Eman pulak. So pengantin tak perlulah kena menyental periuk yang besar dan berjelaga itu.


Sudu lagi 3, garpu lagi 5, besen merah bla bla bla.....
Khemah memasak is always the last to go

Once semuanya telah selesai, we served them breakfast or rather makan pagi la kot of pulut and pengat durian. Although I memang teringin sesangat nak makan durian but I makan sikit aje pulut and pengat itu. Masih beringat pasal cholesterol level tu. Dah macam kenduri la pulak bila makan ramai-ramai kan. Time to recap and also time for my parents to say thank you officially. Lega semuanya dah selesai.

Thank you to all jiran tetangga Blok H yang telah bersusah-payah memastikan kelancaran majlis di rumah kami. Thank you to Pak Cik Zul and Pak Cik Mat and of course Epoi jugak kerana sudi menjadikan rumah masing-masing sebagai kawasan kerja untuk kenduri. Thank you to Mak Ngah and Nadia juga Cik Yah kerana sudi menyediakan lauk pengantin. Thank you to Cik Ju kerana sudi mengeluarkan semua pinggan-mangkuk yang diimport itu untuk digunakan di meja pengantin. Thank you to Cik Ma kerana sudi menolong merebus telur untuk bunga telur. Thank you to Aida and Angah and semua yang membantu mereka for the bilik pengantin, mini pelamin and meja pengantin.

Thank you semua kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis meraikan perkahwinan di rumah kami. Ramai betul saudara-mara dari Kl yang datang. Pak Lang Ayaq and Mak Lang Ayaq pun sanggup datang from Ipoh. Mostly ambil kesempatan untuk bercuti di Kuantan hingga hari Ahad. Baguslah tu. Sambil menyelam kita minum air kan. Thank you juga to kawan-kawan from KKLW yang datang. Thank you everyone.

Dan tak lupa, maaflah kalau ada kekurangan semasa majlis berlangsung. Kot la makan tak cukup atau kurang sedap ke (but I doubt that sebab ramai yang memuji ecece...) or layanan yang kurang ke. Maklumlah orang ramai sangat so kena la sama adil pada semua. Mungkin ada yang datang jauh-jauh tapi tak sempat kami nak berbual panjang tu kan. Maaflah ye. Harap-harap this wouldn't be the last time anda semua datang meraikan kenduri di rumah kami. Ada 11 perkahwinan lagi yang bakal berlangsung. Or maybe 12 kalau my sister nak remarries la kan. Hehehe.....

Baiknya Kakak Meera tolong suapkan Nabila
Adik Manan back to his cheekyself. Was a bit cranky before sebab tak sihat

Ingat nak balik after lunch tapi asyik delayed sampai lepas Asar baru gerak ke KL. Rasa berat hati nak balik sebab kat rumah tu banyak lagi yang tak selesai. Tak pe Jannah cuti sampai Selasa so she have to selesaikan lah. Hihihi.... Memang penat betul buat kenduri ni kan. Paling penat of course Mak Abah la. Lepas ni turn sape la agaknya kan. Hehehe......

Friday, April 01, 2011

Serba-salah

Hari ni datang kerja dengan penuh rasa bersalah. Yelah my parents datang jauh-jauh nak tengok I tetibe I pegi keje pulak hari ni. Nampak macam tak hargai pulak apa diorang buat. Ke I sorang je yang fikir macam tu? Hopefully diorang tak de la fikir apa-apa kan. Ish I ni suka je fikir lebih-lebih kan. Tapi betul la. It didn't look good bila family sanggup ambil cuti and datang nak tengok anak sakit tapi anak tu boleh pulak selamba aje pegi keje. Perut I masih sakit lagi walaupun tak seteruk semalam tapi ada benda nak kena buat so tu yang datang jugak keje tu. Serba-salah la..... 

Anyway, April is my favourite month of the year. Tapi not a good start la this year. Tak sihat pulak and ada banyak benda yang terjadi, bakal terjadi and bermain-main di fikiran. Hoh macam-macam. Risau pulak. This month ada 5 birthdays in our family; Zakiah my SIL on 11th, me on 13th, Hayat on 19th, Ayum on 21st and Dik Man on 27th. Banyak jugak nak kena beli hadiah tu. Hadiah untuk orang dan hadiah untuk diri sendiri. Hahaha....

I nak beli apa eh for myself? Banyak sangat benda on my mind. Oh maybe selain dari beli benda-benda fizikal for myself, I should also consider some self-pampering session like pegi hair saloon ke (memang nak kena pegi ni sebab rambut dah sangat panjang dan merimaskan), pegi spa ke or pegi mani-padi ke. I spend too much on stuff for myself but not on myself. Paham tak ni? I kalau barang untuk rumah tu bukan main nak yang best-best. Kena beli sabun khas untuk itu-ini, rak special for itu-ini etc. Tapi kalau for my ownself memang kedekut. So this month is the best month to start on self-pampering ni kan. Ada sape-sape nak ikut? Jom!

Tapi kan, this month jugak adalah bulan mesyuarat besar itu. Maknanya sibuuuuk sangat dengan segala mak nenek paper. So ada ke masa nak manja-manjakan diri ni. Hmmmmm....... Eh tak kira, kena jugak kan. Bukan selalu terasa nak manja-manjakan diri ni. Bila dah datang perasaan tu baik la laksanakan cepat-cepat. Hehehe..... Lagipun kerja ni sampai mati takkan habis kan. Ecece... cakap aje tu. Pastu bila ada keje banyak sama la jugak. Abandon semua and lebihkan kerja dari segala-galanya. Tak patut...tak patut.....

Anyway, I guess the time has come for me to seriously take some action towards my own health. Kalau beli benda-benda harga ribu-ribu pun tak kisah. Tapi kalau pasal kesihatan ni selalu berkira. Tak patut kan. Padahal tanda-tanda untuk sedar akan hal ini dah lama ada. So I nak buat thorough health screening la. Check everything just to make sure. Tapi macam takut aje kan. Yelah kalau tak tau tu tak rasa apa-apa tapi bila dah tau mesti rasa risau aje. Like now la. Dah tau ada cholesterol tinggi rasa risau aje tapi takat risau je lah kan. Tangan dengan mulut tetap selari menyuap dan mengunyah benda-benda banyak lemak tu. Hehehe.... Eh tapi ada la sikit changes. Try not to eat dah junkfood and fastfood semua tu. Slow-slow la kan. I know when I have set my mind on something, I can do or achieve whatever I want. Very determine gitu. Tapi masalahnya jarang sangat I ni very determine. Selalunya tak kisah aje. Hahaha..... Tak pe tak pe, my motto ialah slow and steady win the race and better late than never. 

So from now on, kena sihat jiwa dan raga. Eh betul ke jiwa dan raga? Ok la physically, mentally, emotionally and spiritually. Semua kena sihat baru hidup seimbang dan bahagia. Tak gitu? So tolong doakan agar semuanya baik-baik aje ye. I pun doakan agar semua orang sihat sejahtera hendaknya. Eh macam tulis surat pulak. Hahaha..... Ok kena ada motto baru lah. Health is wealth. Kena berul-betul pegang motto baru ni.  

Together we strive towards a better life. Ewah!   
  

Thursday, March 31, 2011

Still in pain

I thought I am getting better but I'm not. The cramp is worsening today. I can't stand straight and when the cramp attack, pergh berkerut-kerut muka ni menahan sakit. However I'm not on medical leave sebab tak larat nak pegi clinic. Nak jalan pun terbongkok-bongkok inikan pulak nak drive and pegi clinic kan. Memang la tak mampu. Actually balik aje from hospital yesterday I dah start rasa sakit balik. For precaution, I invited Sal for sleepover. Yelah I kan duduk sorang. If anything happen nanti susah pulak. Alhamdulillah walaupun agak sakit la jugak sepanjang malam but bearable la. My pain tolerance level is definitely on the higher side. Thanks Sal for being there with me.

For breakfast I makan biscuits aje. Sebelum makan kena makan ubat dulu. Lepas makan pun kena makan ubat jugak. As for lunch, Syikin and CC Maryam datang bawak meehon sup. Terharu betul. Lepas makan and berbual-bual sikit, they left. Thanks for coming and thanks for the lunch ya. I keep on dozing on and off in between menahan sakit tu. And in between tu menjawab smses and calls from all concerned families and friends. Thank you. Thank you. And thank you again.

Dalam dok bersms tu, Jannah terbagitau yang Mak Abah on the way nak datang melawat I. Alahai kesian betul kat my parents. Penat buat keje kenduri hari tu tak hilang lagi dah kena travel datang ke Putrajaya ni. So  mesti Mak kena amik cuti lagi kan. Nampaknya GCR Mak memang takkan cukuplah. Pastu Abah pulak kena drive dengan kaki yang tak berapa nak baik lagi tu. I ni menyusahkan jugak lah kan. Hehehe..... Tu lah lenkali tak boleh nak merajuk-rajuk kata my parents tak sayang or tak care for me. They do love me and care so much for me cuma tak tunjuk aje. 

Oh pasal merajuk tu bukan apa. Bila dah penat, emosi pun mula la haywire kan. Hari tu masa kenduri I macam merajuk la. Tapi I merajuk bukan cakap apa-apa. Just mendiamkan diri aje. I guess Mak perasan kot sebab muka pun masam aje. Dah tua-tua pun nak mengada-ngada merajukkan. Hahaha.... Actually bendanya kecik aje tapi biasalah kan. I merajuk sebab Mak concern sangat kat yang lain tapi kat I macam tak concern pun. Eman punya tangan allergic so Mak belikan dia glove untuk basuh pinggan. Jannah pulak sakit kaki so Mak keep reminding us yang Jannah tak boleh angkat benda berat-berat. Tapi I yang sakit belakang sesangat tu tak de sape pun peduli. Dah la banyak benda I nak kena buat. Or rather I rasa I kena buat. I ni kalau mengemas memang very detail so semua benda pun I nak kemas sampai bila nampak I dah lain macam tu Mak siap kata tak payah la kemas beria-ia sangat nanti sakit. Masa tu rasa macam nak menangis tapi control aje. Kata tengah merajuk kan. Bila ingat-ingat balik macam poyo je kan. Mengada nak merajuk-rajuk. Hahaha......     

So no doubt my parents love are equals for all their 14 children. Pasni tak boleh nak merajuk-rajuk kata tak de orang peduli. Lagipun asyik nak parents aje concern kat kita. Abis diorang tu kat sape nak mengadu kan. Hai I ni memang anak yang agak keji la jugak. Hehehe....... Tu Mak tengah masak for dinner. Mesti sedap tu walaupun cuma lauk simple aje. 

Perut masih sakit but I guess esok kena kerja jugak. This month I dah cuti banyak sangat. Keje tu melambak nak kena buat. Sebelum orang berkata baik lah kita sedar diri kan. Hopefully esok akan boleh bertahan la. Tapi kalau cuti pun best jugak kan sebab my parents ada. Dik Man and Meera pun ikut jugak. Ada jugak teman I nak menyembang dan mengadu. Ok nak makan dah. Tolong doakan supaya sakit I ni cepat baik ye kawan-kawan.  

Wednesday, March 30, 2011

Painful Wednesday


Orang lain buat wordless Wednesday. I pulak buat painful Wednesday. What a rough day today. Actually masa pagi tadi ok je. Ada la rasa macam tak sedap perut but nothing unusual. Memang selalu je ada rasa tak sedap perut. Then for lunch I pegi makan asam pedas and ayam goreng kat Kajang with Klynn and Yanti. Elok aje nak balik perut I tetibe sakit sampai cramp. Again nothing unusual kalau stomach cramp ni. Tapi kali ni I rasa lain macam sebab tetibe sangat jadinya. On the way back to Putrajaya sakitnya makin menjadi-jadi. Sampai berpeluh-peluh and berkerut-kerut la muka ni menahan sakit.

Melihat keseriusan akan kesakitan itu, Klynn suggest pegi klinik. Lunch hour Klinik Kesihatan Putrajaya tutup so pegi la ke private clinic kat Precint 9. First clinic doctor tak de; keluar lunch so ke second clinic. Doctor checked and melihat I sakit sangat she gave me a jab to reduce the pain. Tak pasal-pasal bum-bum I kena inject tau. Tak pe sakit sikit aje. She gave me two choice; jumpa gynae petang tu at the same clinic or pegi Hospital Putrajaya. Mula-mula I ingat nak fatang jumpa gynae petang tapi masa bayar tu I kena RM80 for a jab and gastric medication. Gastric? Cannot be lah. So terus I cancel nak pegi jumpa gynae petang nanti and mintak referral letter to Hospital Putrajaya. Since Klynn got to chair a meeting at 2.30pm, she passed the responsibility to take me back to office to Anisah. Yanti memang peneman yang setia.

So lepas tu balik ke office semula although ada dapat MC. Something scary happened. Lepas kena jab, mata I terus blurry. Semua benda kabur. Ngeri ok. Balik office pun still blurry. And since masih sakit, we decided to just go to Hospital Putrajaya. Yanti tak reti nak drive my Savvy, so we asked for Luqman's help. He drove us to the hospital and waited. Register and tunggulah berjam-jam. First masuk triage room dulu. My blood pressure was 137/89 ok. Tinggi tu. Nurse cakap sebab tahan sakit kot. Then tunggu lagi berjam-jam. Right when Yanti went to ask, terus kedengaran nama I dipanggil. Masuk bilik rawatan. Doktor adalah sangat mesra.

So I told her my history of pain. I have very bad period pain every month but not this time. I thought maybe it's due to my hard work during the kenduri la kot kan. Years ago, I selalu sakit perut yang tahap tak tau nak cakap. Sinply said; rasa macam nak mati. Not that I tau rasa nak mati tu macam mana la kan. Anyway, after years of going without any proper diagnostic, I was then referred to a gynae at HUKM. Itu pun sebab kena attack sakit perut melampau kat office. So bos mestilah concern kan. Mula-mula ke private clinic tapi sebab tak baik tu pasal referred to HUKM. First check up kena scan perut macam preggerino tu. Hasilnya didapati I ada cyst so kena scheduled for another checkup few months later.

Second checkup the cyst is gone. Gynae ada explain to me on my condition tapi what she said then masuk telinga kanan and keluar telinga kiri. Tak paham langsung. She prescribed me with tonne of painkiller sampaikan I ate painkiller macam makan TicTac ok. Sangat dependent pada painkiller. That was in 2002. 2003 after the second attack of sakit perut macam nak mati tu, I agreed to go to hospital. I had acute appendicitis rupa-rupanya. Dah nak pecah so they removed it. Since then dah tak de dah sakit perut macam nak mati but occasionally memang akan cramp.

Makin lama the cramp adalah makin kerap. Selalunya terjadi selepas makan. Cramp tak ingat punyalah. Kembung berangin sampai senak and tegang aje the tummy. Hence the kebuncitan. Hahaha.... Another problem ialah my bowel movement adalah jarang-jarang. Sometimes I can go for weeks without any bowel movement. I don't have any constipation. I just don't have the urge to go. Sometimes pulak kena diarrhea. Eh bukan sometimes. It's either no bowel movement at all or diarrhea. But sometimes I had a normal one. Sangat tak teratur ok. As for the cramp due to angin and perut yang mengembung dan mengeras tu, memang selalu je jadi.

So tadi they took my blood and urine for further investigation. And then masukkan drip with a meds in it. Tapi selepas 2 jam of having that drip attached to my arm, jumlah yang masuk adalah beberapa titis aje ok. Seems like ada blockage kat my right arm tu. I bet it was due to my bad drip during a hospital stay years ago. Masa operation tu kot kalau tak silap. Bosan ok duduk sorang-sorang kat wad kecemasan tu. Dah la sakit; tangan dan perut. Battery phone pulak dah tahap nazak. Pastu ada la beberapa incident lagi. Kelakar betul.

I'm not sure what is the result of my blood and urine. Tapi doctor told me I ada gastric; hence the diarrhea, angin dan sebagainya tu. And I might be having addition colic. Tak sure how to spell it tapi bunyinya gitu la. Addition colic ni adalah effect akibat dari operation. Sometimes when they operated on our tummy, the usus-usus setelah diusik-usik, digode-gode, akan menjadi melekat-lekat. Hence perut akan selalu kembung dan berangin. Dan akan ada bowel movement problem. Selalu jadi kekembungan, keberanginan dan cramp bagai lepas makan. E eh memang menepati my kesakitan lah.

And doctor jugak suspect I might be suffering from IBS; irritable bowel syndrome. The addition colic, kalau nak baik maybe kena operate balik la perut I ni untuk memisahkan lekatan-lekatan itu. Tapi since I dah ada history of addition colic then kalau operate maybe akan kena balik. As for the IBS, nak diagnos kena buat thorough checkup and kena masuk camera kat either mulut or rectum untuk melihat dalaman perut da usus. Pergh that sound scary and painful. Takutnyaaaaa..... Bila dah ada IBS, makan la apa pun memang takkan ada bowel movement jugak. Kena makan ubat baru ok. Adoi malas la nak hidup bergantung dengan ubat ni.

So I dah balik and tak de pulak doctor kasi any letter untuk further checkup. Only kalau makin sakit atau tak baik-baik, I kena pegi sana semula untuk rawatan selanjutnya. Abis yang explain bagai tadi tu buat apa kan. Alang-alang tu kasi je la referral letter to specialist so boleh terus check and clear all the doubt. KAn I dah risau tak tentu hala. MAna nak fikir perut lagi, cholesterol lagi. Adoiiiiii.....

Ni tengah sakit and cramp ya amat ni. Tapi tahan ajelah. Macam la tak biasa kan. Esok nak pegi clinic ke tidak eh. Hai risau pulak bila tak tau in detail ni. Sila doakan agar saya sentiasa sihat walafiat ye kawan-kawan. Mudah-mudahan tak de la sebarang penyakit critical. Takut la. Makin jaga kesihatan ni makin banyak pulak penyakitnya. Dulu masa ain hentam keromo aje elok pulak sihat. Hai macam-macam.

Anyway, I would like to convey my heartiest gratitude towards semua yang telah bersusah-payah membantu ketika I sakit tadi. Thanks Klynn sebab hantar I ke clinic. Thanks Anisah sebab bawak I balik dari clinic. Thanks Yanti sebab teman I kat clinic and hospital. Thanks Lokman sebab hantar I ke hospital and balik rumah. Thanks En. Hadi kerana tolong mengjumperkan kereta saya yang tetibe tak mau hidup la pulak and tunggu sampai saya keluar and hantar Lokman balik. Mucho gusto gracias semua. Saya sangat terharu di atas budi dan jasa baik kalian semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Akhir kata, tolong doakan agar kesihatan saya baik-baik aje ye. Thanks!