Thursday, January 28, 2010

Bumi Kenyalang here we come

I was so occupied with my work lately that I’ve lost count of day. Yesterday I left office around 7.45pm dan dengan semangatnya nak ke pasar tani di P2. Ingat nak beli popcorn yang super sedap tu. Sekali bila sampai tengok pasar tani tak de. Macam-macam I fikir ok.

Eh takkan hari ni dah tak de pasar kot?
Ke dah pindah kat tempat lain?
Kat mana pulak tu? Tak nampak pun lampu-lampu pasar.
Kenapa tak de pasar ni? Kenapa?

It took me quite sometimes jugak to realize that yesterday was Wednesday, not Tuesday. Pasar tani ada only on Tuesday and Friday. Aduhai la…. There goes my popcorn yang super sedap itu.

Anyway today will be super duper busy coz from tomorrow till next week, I’ll be on leave; nak bervacation with Mak and Siti ke Bumi Kenyalang. Going to reminisce the good old days there and meet up with Mak colleague yang dah tak sabar-sabar nak jumpa Kak Bedot/or Bedah diorang ni. For those yang tak tau, kalau kat Sarawak, all the Dah will become Dot. Bedah jadi Bedot, Idah jadi Idot dan begitulah seterusnya.

As for me, I macam tak dapat je nak bereunion balik dengan my exschoolmate sebab I don’t have their contact number. Semua galak berfacebook and I pulak mana lah boleh buka facebook kat office ni. So next time lah kot kalau nak jumpa pun. Tapi bila difikirkan, rasa macam rugi je sebab bukan selalu dapat pegi balik kan. Dah 20 tahun pindah ni la baru nak pegi balik. What to do…

Lunch hour nanti nak kena jemput Mak and Siti kat Puduraya. Pastu barang-barang pun I belum pack pagi. Not even a single item ok. Maybe sebab dah selalu travel so macam dah terer pack barang dalam masa yang sekejap. Kononnya lah. Pastu nanti ada je yang tertinggal. Hampeh kan.

Kerja pulak, banyak pesanan nak kena bagi kat my subordinates ni. Surat-menyurat dan memo-memo berlambak ni. Kita test tengok macam mana diorang buat coz all this while I terlalu manjakan dengan membuat semuanya sendiri. Risau jugak sebenarnya but like what my boss said, kena let go some work to my staff jugak. I macam tak sempat nak buat semua tapi nak buat jugak. Tu pasal berlambak kertas atas meja ni. Sampai nak cari stapler pun tak jumpa. Dah berapa hari hilang stapler ni.

Pastu next week lepas balik dari Bumi Kenyalang, nak buat birthday celebration Abah yang ke-58 and Bila yang ke-2. Oh good news, this year bakal dapat anak sedara lagi sorang sebab my sister in law pregnant lagi. Pasni Bila dapat adik baru lah ye. Tak leh nak manja sangat dah. Tak pe, Ingah kan ada, boleh manja-manja ngan Ingah ye Dik Bila.

Yeeehaaa tak sabar ni. Flight esok pagi. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya jua. Amin….

Wednesday, January 27, 2010

APC

Semalam meeting, hari ni pun ada meeting jugak. This time kat Treasury. So ke sana la kita sekejap lagi. Anyway today I nak cerita sikit pasal Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ok if I’m not mistaken, this APC was given based on the performance appraisal (LNPT) and also based on the judgement from the HR people. Nothing wrong with that. Problem is when they give this APC according to rotation. This year this people, next year other people pulak. Itu namanya menjerat diri sendiri. Because sooner or later, kita akan terperangkap dalam kancah memberi APC itu sendiri.

First because orang yang tak cemerlang pun tetap akan dapat jugak. So semua orang takkan berusaha untuk mencemerlangkan diri dan kerja. I’ve seen that ok. Like when someone naik untuk dapat APC sedangkan we know that person selalu datang lewat or kuat mengular. Camne tu?

Second, orang yang tak dapat lagi will wait anxiously for their turn. Sometimes this people memang bagus pun kerja diorang but then ada pulak candidate lain yang dicadangkan untuk that year. So patah la hati masing-masing yang menanti sejak sekian lama tu. Patah hati membawa kepada merajuk dan macam-macamlah. Kesian jugak diorang ni but then again, janganlah mengharap sangat nak dapat APC. Nothing much pun kalau dapat APC ni selain dari RM1K. Lainlah kalau dapat APC boleh fast track naik pangkat ke apa ke. Still kena amik and lulus PTK jugak kan.

Third, ada orang yang memang cemerlang. Kerja tip-top sentiasa. Memang selayaknya mendapat APC. Tapi sebab dah pernah dapat so terpaksa decline sebab nanti apa pulak kata kawan-kawan lain yang tak dapat tu. Hah tak ke haru. Peduli apa orang nak kata kan. Kenapa masa kita kerja bagai nak orang orang tak heran tapi bila dapat APC orang nak jealous, kutuk bagai. Kalau yang lain-lain tu nak sangat APC, silalah kerja dengan lebih gigih lagi. Tak gitu?

Tapi yelah kita ni kan manusia. Sekali sekala dapat recognition ni pasti akan menaikkan semangat dan motivasi untuk meningkatkan mutu kerja. Yang itu tidaklah dinafikan tapi janganlah terlalu mengharap. Bertenang-tenang sudah. Kalau dapat, Alhamdulillah rezeki. Kalau tak dapat, tak pe. Mungkin bukan rezeki kita untuk tahun tu. Tingkatkan lagi usaha untuk lebih cemerlang.

Tidak mendapat APC tidak bermakna tidak cemerlang ok. Lagipun kita kerja ni bukan sebab nak kejar APC kan. So chill people, ok!

Ok nak pegi meeting sekarang.

Tuesday, January 26, 2010

My morning routine

Finished my 1st big meeting this year around 1.20pm. By then I dah shivering with hunger ok. Breakfast was 2pc of kuih only mana tak lapar semacam. Anyway, today I nak cerita sikit pasal my morning routine. Saje lah coz today I managed to clock in within 1 hour after I celik mata. Terasa macam hebat pulak. Hehehe…. Ok I had the same morning routine every day within the same timing but today I rasa macam sedikit cool and want to share it. Poyo kan. 

Ok I set my alarm at 6am and every day, I memang akan terjaga lebih awal. 5-5.30am I dah terjaga tapi still tunggu alarm went off jugak baru nak bangun. Dismiss the alarm, wake up, make up the bed and today instead of performing my Subuh prayer first, I went to soak something using the washing machine. Later performed my Subuh prayer, took morning bath and bersiap ke office. This year I wanted to put less chemical at my face so no make up make up ye. Instead I use aloe vera gel aje. Well except when ada event nak attend. Lepas siap pakai tudung semua, buka fridge, took my Anlene milk and sit down at meja makan to slowly enjoy it. Before left home kemas-kemas sikit apa yang patut pastu baru keluar. More like arranging stuff aje pun, bukan kemas beria-ia ye. Sempat tengok the washing machine and operate another round of soaking ok.

Kunci pintu, tekan lif, went down and panaskan enjin. Then memulakan pemanduan ke tempat kerja dengan diiringi bebelan DJ di Fly FM. Sampai office, park kereta, pakai tag and terus ke office. Naik lif ke level 5, tet (pressing the tag to the reader) to open door and went straight to punch in. The time was 6.59am. Phew tak sampai 1 hour ok. Dah la I buat slow and steady aje today. Drive slow, jalan slow, semualah slow. Tak de rushing-rushing punya. But then 7.20am baru dapat masuk office sebab key holder terlewat. Hmmmphh….

Ok tu je. Saje la nak share mine. What about you all? Sure yang dah kawin and beranak-pinak tu kena bangun awal kan. Nak siapkan anak, buat breakfast, hantar anak pegi nursery and all. Eh tapi kan baru I perasan. Bukan baru lah tapi hari ni nampak benda yang sama jugak and terperasan yang selalu nampak benda yang sama. Kenapa bila dah kawin and ada anak, wifey yang kena angkut semua anak hantar ke sekolah, nursery and all? Mana the hubby? Almost everyday jumpa benda yang sama di mana-mana. Hari ni masa nak turun, I terserempak with this lady ni. Tangan sebelah dukung anak, tangan sebelah pegang beg (kot) whilst the son tolak stroller yang ada daughter yang tengah lena. Kesian pulak. Anak-anak semua kecik lagi so agak susah jugak lah the lady nak tahan lif and all. But she’s not alone. Everyday I jumpa benda yang sama but different lady la. Kenapa ye? Sajelah wondering kan. I boleh je teka tapi in case ada yang nak share silakan.

Monday, January 25, 2010

Dinner yang sempoi

I had a great weekend; well spend with Hanim, going to a great distance discussing just about anything and everything. We can’t see each other much but every time we met, we can’t seem to stop talking. Nak tidur pun, mata je pejam tapi mulut masih bercakap lagi. Hehehe….

Saturday morning, wake up, performed my Subuh prayer and head straight to kitchen. Menguli tepung untruk buat roti for breakfast. So semangat kan. Mak called that morning konon-konon untuk kejut bangun solat la. Little did she know that her daughter ni dah bermain dengan tepung pun. Hehehe…

Anyway lepas uli kena la biar the dough soften dulu kan. So did my laundry and while waiting, take a nap jap. Sempat lagi tu. For breakfast I buat roti tepek (something like roti canai minus the extra oil) with sambal tumis ikan bilis. Yummy I tell you. Hanim arrived just after I finished cooking. Had breakfast and went off to pack my stuff while she read.

Left home around 12.30, went to P16 first to send some pants for alteration and then off to PD. Both bukanlah tau jalan sangat pun so sangat bergantung pada signboard. Hanim ni memandu sangatlah berhemahnya, 80-90kmph aje. Agaknya kalau I yang drive sure dia complaint kan. I memang penakut kalau drive dalam bandar (KL especially), jalan yang bengkang-bengkok (like in Karak and Genting Sempah) and jalan yang 2 lorong aje (satu pegi, satu balik) tapi masuk je highway terus bertukar menjadi pemberani. I rasa to date fastest I pernah drive was 160kmph tapi itu sebab ada orang gila kat belakang. Normal would be around 120-140kmph. Tapi kalau I ternampak the meter tu dah naik ke 140, I akan slowdown la sikit kan. Kalau tak nampak? Hehehe….

Anyway, sampai ke PD dalam 3pm something. Susah jugak nak cari Tiara Beach Resort ni. Jauh gila ke dalam. Bila dah jumpa, hmmm agak hampeh tempatnya. Buat resort di PD tapi tak de pantai. Sangatlah defeat the purpose. Yang ada cumalah pool yang sangat besar dan pantai buatan tapi kecik ajelah. Dan juga water slide. Pemandangan memang tak best lah. As for the room, apartment style. Sangatlah so-so the condition.

Petang free and easy so lepas check-in went to Teluk Kemang for lunch. The food was so-so too. Nothing much to do so I tengok TV whilst Hanim took her afternoon nap. I tengok semua berita (English and Mandarin) for the updates on the death of Sultan Johor.

I didn’t know about it until I saw newspaper at one petrol station ni. Lepas check-in terus buka TV and masa tu tengah kebumi. Ingat nak tengok sampai habis tapi Hanim tak sabar nak lunch so tu pasal beria tengok berita. Sebak rasanya tengok the late Sultan especially on one clip showing him at some perbarisan ni. Terbongkok-bongkok dia berjalan. I selalu portrays him as seorang yang gagah (sila salahkan gambar yang very misleading itu) so bila nampak clip yang latest tu he looks so old and frails. The best memory of him was masa dia jadi Agong dulu. Masa tu perbarisan Hari Kebangsaan and during the perbarisan, adalah team motor besar ni. Dia terus turun stage, tahan diorang and siap naik one of the motor few rounds pastu baru dia naik stage balik. Sungguh tidak berprotocol and I like! Rest in peace dear Sultan Iskandar.

Ok back to my PD story. Malam ada dinner. Usually kalau dinner kat tempat keje I ni sangatlah formalnya dan penuh dengan protocol walaupun bendanya bukanlah work based. So far belum ada lagi la I join dinner yang sempoi. Exception maybe dinner masa retreat last year kat Lumut tapi itupun tak delah nak hu-ha sangat. Dinner dengan orang Proton ni memang sangat sempoi. Tak de protocol langsung. Usherette tak de langsung so main redah aje. Tagging pun kat meja aje and boleh pulak tak cukup so kitorang duduk aje kat mana yang kosong. Tak de sape pun nak complaint or bising-bising pasal tempat duduk ni. Sangat lah contrast ok kalau compare to dinner yang I attend dengan tempat keje I ni. Salutation lagilah hampeh. Main cakap aje. MC… ok not sure ada MC or not sebab macam bertukar aje orang yang bercakap tu tapi sempoi gila. Setakat tersasul tu biasa aje. Pastu ada tayangan video. Screen punyalah kecik, orang belakang confirm tak nampak tapi tak de la nak kecoh ke apa. Siap ada budak berlari lalu-lalang depan projector lagi. For me yang selalu join benda yang berprotocol memang terasa a bit intimidated la tapi Hanim dok kata chill la. Memang standard diorang macam tu. Tak kisah punya. Tapi best lah jugak sebab I can see different kind of people with all kind of attitude. Eh dulu masa keje swasta pun dinner jenis bising punya. Enjoy gilalah.

Attire pun sama. Participant pakai uniform yang dah dibagi whilst yang lain-lain pakai casual. Nasib baik I pakai denim skirt with blouse so tak lah rasa macam terformal sangat. Itupun sebab Hanim dah sound awal-awal to expect something yang sangat sempoi. Ada yang datang with t-shirt and jeans aje. Duduk semeja dengan kawan-kawan Hanim yang semuanya lelaki. Ok jugaklah diorang ni but I didn’t talk with them pun. Dengar aje. My socializing skill perlu ditajamkan lagi coz I’m not really chatty bila join event-event ni except with my own friend aje. Patutnya tempat-tempat macam ni lah kena kenal lebih ramai orang to build good rapport and networking. Tapi biasalah I nikan pemalu. Awww…. Dinner habis pukul 11pm. Ramai yang stay untuk berkaraoke tapi I and Hanim balik terus. Berpillow talk sampai ntah pukul berapa pagi ntah.

Sunday morning after breakfast kami ke pool. Berenang-renang kejap. Tak la pandai pun berenang tapi bolehlah nak float. Seronok coz dah lama tak berendam dalam pool. Sakit perut, pening kepala and sesak nafas sikit sebab terjun je dalam pool terus berenang-renang. Patutnya warm up la sikit-sikit dulu kan. Ni yang semangat nak belajar swimming ni. Lepas main dalam pool naik ke bilik untuk packing barang. Check-out at 12pm. Lunch plak served at 1pm so lepak dulu kat tepi pool yang mengadap pantai buatan. Sangat best sampai rasa nak tertidur sebab duduk kat bench di bawah pokok kelapa siap ada angin-angin lagi. Lepas lunch terus gerak balik and reach home around 3pm. Sangat mengantuk coz I can’t sleep last nite. I ni memang kalau tukar tempat tidur susah sikit nak lena on the first night tu. Jadinya kenalah amik afternoon nap kan. Yang tak bestnya bila tido siang ialah pening dan penat bila bangun. Hanim left around 6pm and I pun meneruskanlah routine biasa iaitu mengiron baju dan sebagainya.

Looking forward to spend more time with her after this. Macam ada plan nak belajar swimming sama je. Ooh mesti best. Tak sabar ni. Well that’s all lah my weekend updates. Memandangkan sekarang I mengalami sindrom malas nak update gambar, tunggu ajelah ye. Ntah bila lah tu. Ok nak sambung keje. Banyak nak buat ni. See ya!

p/s : Ops lupa nak bagitau. Walaupun ramai je engineer yang handsome, berbadan sasa dan sebagai nya, no nehi I didn’t flirt or anything ok. Satu kerugian (kerugian ke?) tapi tak pe as long as I can spend time with Hanim, I’m happy. Ngeh ngeh ngeh.

Friday, January 22, 2010

Ingah...Ingah....

Tengah sibuk-sibuk buat kerja tadi, tiba-tiba dapat call from my sister-in-law. Ingatkan kenapa lah tiba-tiba je call rupa-rupanya si kecil comel Bila menangis-nangis nak cakap dengan Ingah dia. (Cik Ngah). Ngeh…ngeh…ngah…. Comelnya diaaaaa….

So bercakaplah kami. Dah la pelat. Lawak betul. She wanted to tell me about her new swing. Epoi yang buatkan. Yelah last time kan masa diorang datang sini I dok bawak si kecil tu turun main buaian kat bawah. Dah macam addicted lah kot. Masa balik during emergency hari tu pun sempatlah bawak dia ke Esplanade untuk main buaian. She seriously like swinging sebab tak mau turun-turun ok. Dah la suka swing laju-laju. Lagi laju lagi dia suka. Adventerous betul si kecil ni. So Walid dia buatkan lah buaian untuk anak-anak dia tu. Beli tak berbaloi pulak sebab mahal dan bukannya tahan lama sangat pun, baik buat sendiri aje. Buat satu nanti gaduh pulak so buat lah sorang satu. Excited lah tu sampai nak cerita kat Ingah dia ni.

So antara yang dibualkan….

Ingah. (Cik Ngah)
Uai. (Buai)
Walid.
Kakak kolah. (Kakak sekolah)
Ummi.
Ain. (Main)

Ish rindu lah pulak. Next month birthday dia yang kedua. Nak beli hadiah ape eh. Tengah eyeing set rumah yang sangat best. Besar and complete dengan perabot semua. Pergh sure best kalau main ni. Oh Dik Bila yang comel….. Ingah rindu lah pulak……

Free vacation to PD

Yesterday Hanim called. She won some 2D1N stay at Tiara Beach Resort, PD and she invited me to join her. Actually I got plan already; swimming lesson and tea break session at Sanaa Cyberjaya with Wan and Rehan on Saturday. But then it’s not everyday thing to get invited for a free vacation so I said ok. Kalau paid vacation memang selalu kena invite but I’ve to decline due to budget constraint.

My weekends are already full right till end of February so there goes my chance to start swimming lesson with some friends. I think by the time I join the class, others can swim like fish already. As for that tea break with delicious super big roti arab, later ok.

Ok back to the vacation story. Hanim joined some contest related to a car; something innovative, creative thingy. It’s a group work. When they joined the contest, the 1st prize was supposed to be a trip to Lotus, UK but then when they won the 1st prize, turn out it has been changed. Terukkan. At least kalau nak tukar pun choose a better place la. From UK to PD. Tak sesuai langsung. At least Langkawi ke, some island yang bersepah-sepah tu ke or to Sabah ke. Barulah berbaloi. Setakat PD tu tak menang contest pun boleh pegi. Betul tak? Eh eh I pulak yang teremo. Tapi betul lah kan. Kesian my friend kan. Anyway congratulation to her for wining the 1st place. Hebat tu. Bangga bangga. And thanks for inviting me.

So this week bercuti ke PD lah kita. As for next week, bercuti ke Sarawak pulak. Weehoo tak sabarnyeeee. That one cerita later k. On Saturday night tu ada dinner with winner. Nak bagi-bagi hadiah la tu. Wah ada chance nak ngorat engineer Proton ni. Hahaha....

Thursday, January 21, 2010

So close

Aaaargh I’m so close in winning RM4900 this morning and yet I’ve ruined it. Mengapa ini harus terjadi Eny? Mengapa? RM4900 tu. You see, every morning while driving to work I would listen to the Fly FM Pagi Show. They got this Wake Up Your Brain thing where they give some mind boggling question for you to guess. Each day if there’s no right answer, the prize money of RM100 would be snowballed to the next day. And every day they give 3 chances of guessing.

I’ve been listening all this while but never try my luck until this morning. I was the 9th caller thru with only one try and yet I didn’t have the correct answer. Main teka aje. They’ve been dropping hints since 6am but then mana sempat nak dengar kan. I wake up at 6am, performing my solat and bersiap to office. Around 7am baru turun bawah and sambil panaskan enjin sambil dengar radio. By that time they already open the line la.

Oh kecewanya. Apakah jawapan kepada soalan ini eh.

Scrub a dub dub
Two hands in a tub
A quack at the back
A moo up a head

You can check out the wrong answers here.

Frust sangat sebab I know bukan senang nak get thru kalau call radio station ni. Engaged je manjang. Dulu masa buat degree I rajin gak call sebab masa tu duduk kat rumah sewa so ada house phone. That time yang hotnya Hitz FM la. Pernah menang 3 kali je, cash money of RM300, a super hot pink shades (gave it away to a friend) and some Coca Cola World Cup bag that never reached my home. That were the only time I pernah menang sebab I memang jarang joint contest ni and kalau join pun memang tak pernah menang punya. Some people join lah apa contest pun, sure menang. I guess my luck bukan pada contest kot.

Oh teringinnya nak menang hadiah ni. Teringin sangat. Hehehe….

Monday, January 18, 2010

Cintai Bahasa Kebangsaan

Sekarang ni kat radio selalu ada campaign regarding Cintai Bahasa Kebangsaan. Siap pasang lagu “Bahasa Jiwa Bangsa” lagi.

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Nothing wrong with this campaign actually. Bagus sangat. Saya sokong walaupun pengunaan bahasa saya adalah sangat teruk. Tapi yang saya tak setuju ialah the way ianya digunakan. Ambil contoh Fly FM. No offence to Fly FM coz kutuk-kutuk pun I still listen to them jugak day in day out.

They plays this song. Pastu cakap in English. “Be proud of our Bahasa Kebangsaan. Here in Fly Fm we’re proud of it”. I just can’t get it. Be proud and then what? Guna English jugakkan. Kalau nak sangat pasang lagu tu and nak join kempen jugak, lepas lagu tu cakaplah dalam Bahasa Malaysia kan.

I know I pun sama jugak sebab selalu merosakkan penggunaan bahasa dengan mencampur-adukkan bahasa, susun atur, tatabahasa dan nahu yang salah and sebagainya but the way they did the campaign sangat menjengkelkan ok. Kalau dah be proud dengan Bahasa Kebangsaan then use it lah kan. Bukan sekadar cakap aje.

I’m not in any way implying that I’m not proud with our Bahasa Kebangsaan ok. Just that I’m more proud to be multiple language. Nak-nak kalau pandai Bahasa Arab. Senang sikit nak faham kalau baca Quran tu. Pastu Bahasa Korea so boleh ngorat orang Korea (heh sempat lagi tu). I dulu belajar banyak bahasa tapi semua hampeh. Masa sekolah memang belajar Bahasa Arab ni tapi fail ok. Fail with the letter “E”. Terukkan. Pastu during degree I amik Mandarin. Wah memang flying colour lah. I got “A” for every semester. Laoshi siap puji lagi tulisan I cantik but then cuba suruh tulis sekarang. Memang faillah kan. Cakap dan baca pun sama. Tak de geng nak practice so terus lupa. I try to learn Japanese on my own siap beli buku bagai. Pastu ada kawan kat Jepun yang begitu baik hati belikan I buku and pos ke sini padahal kenal online aje tapi masih hampeh juga. For every language I learn, I can only cakap sikit-sikit aje. Same goes with Korean language. Selalu sangat tengok cerita Korea sampai pandai la sikit-sikit.

I guess me and language ni memang tak boleh ngam lah kan. Tak payah la kata bahasa-bahsa lain tu. Celik je mata dalam dunia ni dah dengar Bahasa Malaysia tapi hampeh tak pandai jugak. From standard 1 dah belajar English tapi sama jugak. Tak de bahasa yang I boleh kata I’m proud of because I can master it. Yes I can only be proud of my language when I have really mastered it.

What’s your takes on this? Share lah.

Tilam ke apa ni?

Setelah beberapa bulan membeli katil, akhirnya saya telah berjaya membeli tilam 2 minggu lepas. Yes I know it sounded weird not to have mattress all this while but I was so busy with things that I didn’t have time to buy it earlier. Many people suggested looking for it at Bangi. Since I’m not very familiar with that area, I ajaklah Dayah sekali. Cadangnya nak survey aje dulu but then entah bila ada masa lagi nak membeli pulak kan so decided to juust buy it terus. To find just the correct mattress within your budget was truly challenging. But I learn a few tricks from each kedai I went.

Since there’s a single bed yang juga memerlukan tilam, bought one single mattress too. Deciding for single mattress pun sama susahnya dengan deciding for a bigger size one. I saw lot of single mattress yang disusun bertingkat-tingkat at each kedai. Price range was around RM150-RM200 only. After deciding for my queen size mattress, I pun terus ke ruang yang ada banyak single mattress tu. Lepas belek-belek yang bersusun tu, I saw one yang ada kat katil. I tried to lie down on the bed and yes it’s the one. Asking price was RM599. Mak aih single mattress pun mahal betul. After some negotiation dapatlah kurang sikit. Lagipun I bought 2 mattresses sekaligus kan. Kenalah bagi diskaun sikit.

Anyway, when they deliver the mattresses tu barulah I realised one thing. All single mattresses that were on display were around 5 to 6 inch thick. The one that I bought tebal gila ok. No wonder la mahal. And I pulak didn’t check masa beli tu coz I thought lebih kuranglah tebalnya kan. Sekali bila dah kat rumah, mine was 12 inch thick ok. Nampak pelik betul bila dah letak kat atas katil tu.

Taha came last Friday and when he arrived at 3am tu, I tengah lena kat la-la land and tak sedar pun. When he saw the bed, dia ingatkan apakebendalah yang I letak kat atas katil tu sampai tebal macam tu sekali. Dah la siap bercadar bagai. Dia ingat kotak ke apa. Tanpa berfikir panjang, he took the toto from another room and slept on the floor. Friday morning tu masa I nak bersiap pegi keje I saw him and terfikir; sia-sia je beli tilam mahal-mahal pastu tidur atas lantai jugak.

Petang lepas balik keje tu barulah dia cerita. Lawak betul lah adik I sorang ni. Iyelah sebab nampak tebal sangat bila dah letak atas katil tu. Maybe kena cari katil lain yang ada kayu kat tepi so boleh la cover ketebalan tilam tu sikit. But then laaaambat lagilah tu. I wonder what others would think bila diorang datang nanti. My family ni dah la kuat mengusik. Tilam pun boleh jadi modal ok. Hehehe….

Thursday, January 14, 2010

Kadang-kadang best kalau bermulut puaka ni

Sometimes I really wish I can be more vocals in voicing out things especially when it involves something against me. But I just can’t. No matter how garang I appeared to be but in reality I’m just some coward one. Ok bukan cowards just that I can’t seem to voice out my angst towards people. Least I can do is to mumble grumble. I rasa I ni panas baran orangnya because I got pissed off easily cumanya I susah nak marah orang cara berdepan. Sebab bila marah sangat, susah nak bercakap. Instead air mata aje yang meleleh-leleh. Tapi kadang-kadang benda tu bukannya memerlukan I untuk marah pun. Cakap aje but still can’t. Ntah kenapa. Tapi kalau ngan adik-adik bukan main lagi. Macam singa gila. Hahaha… Tak adilkan. Kesian diorang. Eh diorang pun garang jugak kat I ok. So sama-samalah.

Macam last Sunday. Went out to Alamanda to buy some groceries. Since I bought quite a lot of stuff in big boxes and big bottles, I had to push the trolley slowly. But then again, mana ada orang tolak trolley laju-laju kan. Bukannya kat litar lumba. Anyway while pushing the trolley, I saw one Chinese boy running towards me but he was looking at other way. I pun cepat-cepat stopkan the trolley but didn’t have time to push it to other way. The boy ran straight to my trolley. He hit the trolley and terjatuh. Pastu menangis. I was dumbstruck then.

It was clearly not my mistake. The boy and the mom coz obviously she didn’t care about her son. Sibuk nak bershopping lah tu. But you know what she said? While picking up her son, she said this loudly; “Watch out where you’re going. Some people are stupid not to look at you”.

Excuse me. Sapa yang stupid tu? Me or her? Sepatutnya I sound her back kan. “Excuse me. Watch out you mouth please. Was it me or was it you yang stupid?” But then it didn’t happen. Cakap dalam hati ajelah. Sedih tau. Teremo sekejap. Ada ke patut panggil I stupid just because anak dia langgar my trolley.

This is one small silly thing aje pun. Sometimes orang akan langgar I jugak. Tapi I akan cakap sorry and the other person pun akan cakap sorry. It’s not finding fault but to acknowledge lah kan. Since she said that, I pun blah ajelah. Tak kuasa nak say sorry bagai. It’s not my fault anyway.

Tapi geramlah jugak. Kenapalah I tak sound her back. Kenapa Eny? Kenapa? Ergh… I guess this just me kan. Kang I naik minyak kang susah pulak. Masuk paper front page lagi. “Seorang PTD mengamuk di Alamanda” Tak ke malu. Dah la orang tak suka PTD. Pastu orang tak suka barch 2/2006. Boleh jadi isu hangat ni. Eh ke situ pulak melalut.

At least I can deal with this thing calmly kan. Lagipun amarah ni kan sifat-sifat mazmumah. So oklah. I menang. Yeay.

Petanda ke?

Normally, when people died, others would relate all kind of things happened before as the petanda. I think I faced one too recently. Last Saturday went out to temankan Dayah looking for scarf. Sambil she browsed over hundreds of scarf on display, I tengok-tengoklah baju kurung that were on display too. Sekali I ternampak ada satu baju kurung berwarna putih yang cantik. Plain je baju ni with very minimal deco; some benang yang disulam.

Ntah kenapa berkenan sangat tengok baju tu. Sambil tengok sambil I usap-usap baju tu. Nak tau what’s on my mind then? “Ni kalau ada kematian bolehlah pakai ni”. Err ada ke orang nak beli baju untuk kematian? Memang tak de la kan. I pun tak tau kenapa boleh terfikir macam tu. But of course I tak beli baju tu. Gila ke apa nak beli baju semata-mata nak guna kalau ada kematian.

Rupa-rupanya memang dapat berita kematian esoknya. Tak sangka la pulak. Kadang-kadang memang akan terlintas dalam fikiran ni pasal kematian. Uish memang risau betul masa tu kot-kot nak dapat berita sedih tu. But this time memang tak terlintas langsung.

Whatever it is, kena sentiasa beringat; ajal dan maut di tangan Allah jua. Manusia hanya mampu merangcang, Allah jua yang menentukan segalanya. So sentiasalah kena ingat mati ni. Bila ingat mati ni, kuranglah sikit tendency nak buat benda-benda lagho ni and akan bertambah la sikit amal ibadat tu. Insya Allah.

Wednesday, January 13, 2010

To the only man who has wiped my tears away

Some people came into our life briefly but gave a lasting impression. Like Cik Halil. We were neighbours for less than 2 years and yet he’s more like a family to us. In that short period, lots of things happen. Things that make us became closer; moment yang penuh kelakar, sedih, gembira, marah and all. Then Abah retires and we have to move out. He was there to help us packing our stuff, ikut sekali ke rumah baru and help to unload the stuff from the truck. After we move out, we still see each other occasionally; mostly during raya.

I grew up, furthering my studies elsewhere and start working far away from home too. So I rarely see them anymore. But my parents still see them la. Few years back, he had some marital problem and they filed for divorce. So I haven’t seen him since and I can’t recall when was the last time I met him until last raya.

I was at a friend house with Siti and Akak when Mak call and told us that Cik Halil and family came. Circumstances have it that after leaving that friend house, I have to go to few shops looking for some stuff. Mak keep calling us all the time so we rushed home. When we reached home, they were already in the car leaving. But seeing us, they came out and sempat la bersalaman.

Cik Halil looks so fragile. Kind of suffering from some disease like that. Ish masih terbayang-bayang masa tu. His last word for me; “Angah bila nak kawin? Dah ada boifren ke belum? Nak cari suami, carilah lelaki macam Ayah (Abah). Ayah ni lelaki yang baik. Jangan cari macam Acik (him). Acik ni jahat.” I didn’t say anything, just smiling aje. Then he left. That was the last time I saw him alive. That night Bang Long told us that Cik Halil suffering from cancer. Liver cancer if I’m not mistaken. At final stage and he didn’t told anyone but Bang Long. He told Bang Long that his day is counting and it won’t be long for him.

Last week Mak called and told me that Cik Halil was warded and he’s getting worse. Then on Sunday, just before maghrib, Abah called and told me that Cik Halil dah tenat. I called Bang Long and Eman and ajak diorang balik Kuantan. I just knew then that he won’t survive this. Solat maghrib and sempatlah bacakan yaasin for him. Bang Long tak dapat ikut balik but Eman can. Sambil bersiap-siap tu received another call from Abah. He’s gone. Innalillahi wainailahirajiun. Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. I didn’t really feel anything then but later, when seeing his lifeless body, I can hardly contain my tears.

Left Putrajaya around 9pm and reached his home around 12.30am. I saw the jenazah terbujur di ruang tamu but I didn’t go in to see him. Mak and Abah were there too. Later the children sampai. Sedih sangat tengok diorang coz they didn’t make it to see the father during his final hours. Around 2am we left the house and kat rumah instead of tidur, we (me and my sisters except Akak) mengenang kembali moment-moment indah bersama arwah. Sambil tergelak sambil menangis sampai ke pagi. Sampai bengkak-bengkak mata ni.

That morning, I saw Akak getting ready for school so I ask her whether she’ll be joining for the funeral or not. Terus dia menangis tanpa henti. Akak was deeply affected by Cik Halil’s passing. When Akak was still a toddler, it was Cik Ha (the wifey) yang tolong mengasuh dia. Cik Halil always refers to Akak as “anak Ayah” and he still calls Akak “baby” until to that last time that we met. He kept calling “baby, baby, baby” sambil melambai-lambai Akak but being a teenager, mestilah she’s kind of malu kan. And then last Saturday, Akak was so eager to see him and she even said that she’s going to call Cik Halil “Ayah”. Cik Halil memang refers to himself as Ayah but Akak never calls him that bila dah besar-besar ni. But due to some unforeseen circumstances, no one dapat teman Akak pegi melawat on that Saturday. So bila dapat call from Cik Ha on Sunday about Cik Halil yang tengah tenat, Akak terus menangis and they said she was worst than his own children. Menangis, menangis dan terus menangis. Everyone was there during his final hours except for some yang duduk jauh termasuklah me and his children. Akak was there when he took his final breath. And his final heartbeat too; the line went straight just like the one being showed in movies.

That morning walaupun dipujuk, Akak tetap nak ke sekolah. I guess she just too sad kot. But right before we left for his funeral, Akak call asking for us to pick her at school. So went off to pick her and terus ke rumah arwah. Kami terus ke surau and when we reached there, tengah buat solat jenazah. Later ke kubur untuk pengkebumian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai orang yang buat solat jenazah and ramai jugak yang menghantar ke kubur. Sedih sangat masa nak tinggalkan kubur tu coz I know I won’t be going to see him anymore.

Cik Halil was the only man (or person) that has wiped my tears. No one has done that to me, not then, not now except for that one time. At least he understands me. How I feels at that time. Biasalah sebagai remaja ni banyak betul cabarannya kan. I was having rows with Mak all the time. He was there to listen and to sooth the heartache. And I was not there when he’s sick. I feel so bad. But I can’t change anything no matter how remorse I felt. I can just hope and pray that he’ll be good there.

To Cik Halil, no matter how your life turns out to be during your final years, to me you’re still a good man. Thanks for everything. Semoga roh Cik Halil dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Friday, January 08, 2010

Jenayah sana-sini

It still amazed me on how people can be so cruel. Being cruel to others is one thing, being cruel to your own family is another thing. Sampai sanggup commit heinous crime yang macam tak percaya aje ada orang sanggup buat kan. Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni.

If the criminal was another people, boleh jugaklah nak all out untuk dapatkan keadilan. Tapi kalau your own family yang buat macam mana? Serious boleh gila kalau iman tak kuat. Mana nak sedih dengan family yang dah jadi mangsa, mana nak fikir nasib family yang jadi pemangsa, nasib diri yang ditinggalkan dan stigma from others sebab in a way, darah daging kita jugak yang jahat tu. I sympathised betul dengan Puan Zaharah tu. I’m sure those yang tengok berita or baca paper tau sapa dia ni. Ibu, bapa suami and anak dibunuh oleh anak sendiri. Masya Allah. Berat betul ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya. Dan I kesian betul bila baca paper, hari-hari sebut benda yang sama; putus tangan, pisau tercacak and kepala kena penggal. Boleh tak jangan tulis dah benda tu coz it’ll traumatize those people non-stop lah kan. Hari-hari dok baca benda yang sama and akan terimagine je benda tu. Nak-nak anak dia yang 1st jumpa those victims. Simpati lah sikit kan.

I don’t know how that bad guy can turn into the bad guy coz according to the relatives, dia tu macam baik aje. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cumanya setiap yang berlaku adalah dugaan Allah untuk menguji iman hamba-Nya. Sebenarnya kalau bermasalah, (apa-apa masalah sekalipun) instead of running amuk, bunuh sana-sini, makan pil ecstacy ke, amik dadah ke, minum arak ke dan buat benda-beda pelik tu, baiklah berdoa memohon pada Allah. Solat banyak-banyak, berzikir and baca Quran. Kadang-kadang masalah takkan pergi begitu sahaja tapi sekurang-kurangnya kita dapat ketenangan untuk menghadapinya. Dan Insya Allah bantuan akan datang dalam cara yang tak disangka-sangka. Yang penting, mohonlah pada-Nya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar diri kita, keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua umat manusia di dunia ni dilindungi dan dijauhkan dari musibah macam ni. Amin.

On another note, tadi I tengok video orang kena sebat. Selalu tengok still photo aje. This time real live punya. Memang ngeri ok. 20 sebatan. Memang hancurlah punggung dia tu. Sepatutnya video ni ditayang di semua sekolah dan sebagainya. And I think, instead of masukkan orang dalam penjara, baik bagi hukuman sebat aje. Nak-nak those mat rempit, peragut, penagih and those petty criminals. Tapi kalau penjenayah kejam memang kena letak dalam penjara lah kan. Nanti kang makin ramai pulak mangsa dia tu. Setiap sebatan, boleh dengan orang tu jerit “Allah hu Akbar!”. Hah kena sebat tau pulak ingat tuhan, masa buat jahat lupa segalanya.

Patutnya kan, bila polis buat operasi tangkap mat rempit, esok tu terus je buat sebatan sorang 20 kali. Nak lagi best, buat kat khalayak ramai. Sure meraung diorang kena tu. Pastu bila dah kena sebat, nak duduk kat motor pun tak boleh dah. Baru tau nasib diri. (pergh kejam betul I ni kan) Ini tangkap sumbat dalam penjara. Tangkap, sumbat dalam penjara. Pastu makan minum diorang dalam penjara tu, kita pembayar cukai ni yang tanggung. Orang keje penat-penat, bagi penjenayah makan. Cis! PATI and prostitute pun patut disebat jugak. Hantar balik pun datang semula kan. Meh sebat sket baru tau syurga ke tak syurga dah Malaysia ni. Huhuhu nasib baik I bukan Menteri Dalam Negeri. Kalau tak, siap la korang semua. Muwahahaha. Tapi bila dah kejam sangat ni, mula lah human right activist, SUHAKAM semua tu sibuk pulak nak bersuara kan. Ni nasib mangsa ni sape nak peduli kan. Eh teremo pulak.

But then again, kalau kita kembali kepada agama, semua ni takkan terjadi. Ni sibuk nak kejar dunia, ilmu-ilmu agama tolak ke tepi. Tu yang macam-macam benda jadi ni. Kalau dari kecik dah diterapkan dengan ilmu agama yang baik, Insya Allah semua ni takkan terjadi. Semua pihak, dari yang paling bawah sampailah yang paling atas kena mainkan peranan. Memang tak de satu pun kaedah yang dapat membendung jenayah ni. Undang-undang manusia ni sama lemah dan sama jahat dengan manusia jugak. Undang-undang Allah juga yang patut kita pakai.

Bersama kita memerangi jenayah. Yeah!

Friday morning ramblings

I think I have to betulkan my statement yesterday. I’m not craving for sate actually. I’m craving for kuah kacang. Like seriously ok. Ordered 10 cucuk sate and I can only eat 6 of it. Tapi kuah kacang yang semangkuk tu, licin dibedalnya. And I memang sangat sangat sangat suka dengan kuah kacang ni. Kalau makan sate, kuah kacang tu akan lebih banyak dari satenya. Timun pun I dip dengan kuah kacang jugak. Rasa macam membazir pulak tak habiskan sate semalam. Agak-agak kan, kalau nak beli kuah kacang aje kat Samuri Warisan tu, dia bagi tak? Beli kuah kacang pastu rebus nasi himpit. Pergh mesti masyuk punya makan kan.

So today tak tau lagi nak makan ape pulak. Yang pasti petang kena ke Pasar Tani, nak replenish stok makanan basah yang dah habis tu. Lagipun weekend ni rasa macam nak masak mee lah. And nak belajar buat sweet sour. Harap-harap jadilah sebab Siti buat hari tu sedap sangat.

Eh dah lama tak letak gambar kan. Bukan apa, ada problem sikit dengan memory card camera tu. Tak boleh nak transfer gambar ke lappy tu. Puas I try. So semalam baru berhasil. Next week boleh la letak gambar sebab ada banyak gambar yang nak diupload tu.

Talking about next week; yeah minggu menggila dengan angka dan ayat sudah tiba. It’s reporting time. Memandangkan I nak bercuti end of this month, double lah the reporting sebab kena buat for 2 meeting sekaligus. Normally I buat untuk 1st meeting and lepas that meeting baru buat for the 2nd one. Tapi sekarang serentak. Wah lagi gila lah. Dah la macam nak ada event lagi this month. Pastu next month pun agak busy dengan macam-macam benda including PTK. Yes I’ll sit for my PTK exam next month. Macam-macam perasaan ada, excited tapi takut jugak coz I ni bab-bab nak study ni memang la lemah. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya jua. Amin.

As for today, nak siapkan my LNPT yang terpaksa ditolak ketepi hari tu sebab sibuk ngan audit. Nak buat I punya pun rasa macam malas inikan pulak nak buat for my subordinates. Malasnya nak bagi-bagi markah ni. Penat tau nak fikir. Ok selamat bekerja dan berhari minggu ye.

Thursday, January 07, 2010

Nak makan sate lah

Agak sedikit bosan lah hari ni. Semalam balik rumah straight away ke bathroom and memulakan aktiviti menyental. Every inch of the bathroom telah diberus dengan tangan so memang berpeluh sakan lah. A good exerciselah kan. Today rasa macam malas pulak nak balik awal even though plan awalnya nak sental another bathroom tu.

Kebetulan pulak since lunch hour tadi, I have this sudden craving nak makan sate. Ntah angin apa ntah. Puas la cari member nak teman makan. Boleh je beli and makan sorang-sorang kat rumah tapi sajelah kan. Sekali sekala kenalah bersosial dengan kawan-kawan ni kalau tak nanti diorang kata sombong pulak kan. So finally Rehan kata ok.

Just now officemates ni ajak join main bowling pulak. Told them about the sate-eating plan and kena gelak sebab dari lunch hour lagi I told them nak makan sate. Over kan. Macam mengidam pulak.

Oh perut dah berbunyi ni. Lunch tadi makan pisang goreng aje. Loceng pun dah berbunyi and air liur pun dah kecur ni. So nak pergi cari sate sekarang. Bye.

Cerita duit lagi

Semalam macam syok aje nak dapat duit hujung bulan ni kan. Tapi semalam juga habis semua duit buat bayar hutang-piutang yang tak pernah habis tu. Ish jadi hamba hutang ajelah nampaknya. This month my income patutnya extra RM1K; 500 from the so-called bantuan kewangan and another 500 from claims. Tapi hampeh macam tak nampak duitnya tu.

Yelah, bayar kereta 500, bayar credit card A 500 and bayar credit card B 800. Pastu balik kampung shopping benda mengarut semua tu. Eh tak la semua mengarut, beli baju sekolah, stationary and junk food selambak. Tu pun belum pergi braces review lagi. Yang tu confirm melayang another 200. How to save money macam ni? Habis bulan, duit pun habis. Haish….

Tapi from next month onward, concentrate on satu card aje sebab yang satu tu dah habis bayar. Boleh la cancelkan terus card tu. Tapi nak bayar satu ni pun bercinta jugaklah. Almost every month I bayar around 500-600 tapi tak settle-settle. Insya Allah by this year boleh selesai kot. Sebenarnya I bukan guna sangat pun credit card ni. Besides my monthly insurance charges, once a year I guna untuk bayar insurance and road tax kereta. Pastu ada instalments for IKEA stuff yang I beli hari tu. Dan yang menyebabkan tetiba je hutang credit card I melonjak dengan banyaknya was during one of my utter stupidity moment. Terus terhutang around RM1.4K. Gila kan. Padan muka kat diri sendiri.

Anyway, like I said, this year kena belajar belanja berhemah. Kurangkan hutang-piutang dan simpan duit sket. Insya Allah.

Wednesday, January 06, 2010

Dapat duit pegi holiday

This year I join main kutu dengan staff kat office ni. Last year tak sempat nak join. Since one head cuma RM50 and tak ramai mana yang main, ada yang main for 2 head termasuklah I. So all together ada 16 turn. Tadi diorang cast vote untuk tentukan turn. I was a bit busy at that time so what was left was mine. Sekali buka, I got turn no 1 and 11. Wah turn no 1 ok. What a perfect timing coz I’ll be going for a holiday this month with Mak and Siti. It was decided that collection will be held on pay day or day after. So memang dapat duit terus pergi holiday ok. Lalalalala…..

Wah ni yang tak sabar nak pegi holiday ni. But before that, banyak paper nak kena buat woo coz that 2 big meetings scheduled right before and after the holiday. Dah la I macam nak extend cuti after that holiday sebab nak celebrate Abah and Bila birthday sekali. Harap-harap boss luluskan lah. As long as I siapkan all my kerja I think there should be no problem kot.

Oh by the way, I sounded like budak kecil ke? I thought my voice kind of husky, serak, garau and yang sewaktu dengannya. Just now ada orang mana ntah call and she said I sounded like one. Wah kecik la sangat. Meh tengok badan besar mana. Belum tengok umur lagi tu. But I took it as compliment lah kan. Feeling muda remaja gitu. Hehehe…..

Jom bersenam

Yesterday my department ada buat bowling games kat Alamanda. I didn’t go pun. Yeah blame me for not having semangat kesukanan or at least team spirit. Memang pun agaknya. Lagipun, I don’t play with balls. Bowling lagilah. Memang tak minat. Kalau pergi, pastu sekadar tengok, kind of wasting my time lah jugak coz instead of that, banyak benda kat rumah tu yang I boleh buat. Ntah la, sometimes I suka je cheer kat orang during games ni, tapi most of the times tu I rather stay at home la.

Later diorang nak buat bowling tournament inter department. Pastu ada teams from top gun. Actually games ni bukanlah nak berlawan sangat pun, cuma sebagai satu saluran untuk merapatkan hubungan antara orang atasan, middle managers and staff bawahan. Baguslah cadangan tu kan. So sape-sape yang berminat, silalah pergi ye.

There are plans on having family day this year too. That one, handle by HR peoples. So harap-harap jadilah kan coz family day would be much better than sports tournament. At least to me la. Tapi macam banyak je benda nak buat this year. Ntah sempat atau tidak. Sebab knowing this ministry, selalunya benda-benda yang bukan kerja ni, memang kurang dapat sambutan. Semua memang sibuk dengan kerja aje. I pun dah terjangkit sama dengan sindrom tu. That’s why memang malas je nak join sport-sport ni.

Anyway, this year like I said, kena banyak exercise. Maklumlah, makin banyak lemak dah terkumpul kat badan ni. Pastu asyik kena teased by my siblings aje. And Abah too. Tak pe… tak pe… nanti bila dah kurus, hah baru korang tau. Tapi ntah bila la tu kan. Hehehe…

Dulu rajin jugak jogging ngan En. Afnan. Pastu bila dia dah pindah department, dah tak de geng. Actually ada sorang yang rajin exercise kat sini. Edwin. Tapi with him, tak syok sangat sebab level lain. Dia dah level join marathon punya. I ni nak lari sikit pun dah semput inikan nak join marathon. So bila jogging ngan dia, nanti sure dia complaint sebab tak peluh la ape lah. Kalau ngan En. Afnan dulu, sama-sama tak larat so kelajuan tu almost the samelah. And both keep pushing each other. Siap boleh gelak-gelak lagi. Tapi nak jogging sorang tak syok pulak.

So lepas ni nak kena cari geng lah. Geng bersukan. Ok bukan bersukan sangat pun, but more tu bersenam. Ada sape-sape nak join?

Tuesday, January 05, 2010

Tahun baru, tahun lama

Almost everyone got recap of 2009 and resolutions for 2010. Me? I don’t know. My 2009 was nothing compared to 2007 and 2008 in which I did so many new things. Nothing much that I can proudly count as achievement for the year. All the same routine day in day out.

Let see if there is anything that can be deem as something. Hmmm ok now I remember. There are two actually. First one was during my DPA convocation. I got that lucky no.5 with a big word of “Cemerlang” on my certificate. Sungguh tak sangka coz me, of hundreds participant which are younger, stronger, more capable and all. I always look down on myself. Like how others are better and all. Now I know. I’m not bad. Hehehe…

Second one was of me finally wearing braces. It’s been on my new year wish list since ages ago and I finally did it in 2009. It took a lot of courage. And money too. But I finally did it. So thumbs up Eny!

Well that’s about it for my 2009. I think I’ve become a better person from before but there still rooms for improvement. I’m not really into resolutions all this while coz although I do have things on my mind that I wish to do, I don’t have datelines for it. So same goes for my 2010. I always wish to be a better person; duniawi and akhrawi (eh ada ke such terms?). To improve my hablum minallah and hamlum minannas. Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Insya Allah.

Besides that, I wish to be financially wiser; save more money and spend less, settled my credit card debt, paying diligently for my PTPTN loan, loose some weight, eat healthily, exercise regularly and anything in between that I feel like doing. To do things, it can be anytime kan. Not necessarily have to put each and every one of it in new year resolutions. Kan?

So that’s about it. Hopefully everything akan dipermudahkan oleh-Nya jua. Amin.